You are on page 1of 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/319178509

STRATEGI EFEKTIF PERANTI BERFIKIR CoRT (COGNITIVE RESEARCH TRUST )


DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Conference Paper · August 2017

CITATIONS READS

3 13,079

9 authors, including:

Anida Sarudin Husna Faredza Mohamed Redzwan


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
82 PUBLICATIONS 112 CITATIONS 27 PUBLICATIONS 31 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Zuraini Ramli
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
20 PUBLICATIONS 20 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Anida Sarudin on 19 August 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


1

STRATEGI EFEKTIF PERANTI BERFIKIR CoRT (COGNITIVE RESEARCH


TRUST ) DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Anida Sarudin
anida@fbk.upsi.edu.my
Husna Faredza Mohamed Redzwan
husna@fbk.upsi.edu.my
Adenan Ayob
adenan@fbk.upsi.edu.my
dan
Zuraini Ramli
zuraini@fbk.upsi.edu.my

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu


Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tg. Malim
Perak

KBAT atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT merupakan proses fundamental yang meliputi hal-hal seperti membina pengetahuan,
kemahiran analisis dan sintesis, membina kreativiti serta membuat penilaian. Berdasarkan
PPPM, pelaksanaan KBAT ditumpukan dalam tiga aspek utama iaitu, kurikulum (mengubah
cara pelajar belajar), pedagogi (mengubah pemikiran pelajar) dan bilik darjah (mengubah
cara menguji pelajar). Penyelidikan Ketelusan Kognitif atau CoRT (Cognitive Research
Trust) yang merupakan antara peranti berfikir yang efektif didominasikan dalam kalangan
pelajar-pelajar dalam PdP Bahasa Melayu, maka kajian ini akan merungkaikan kepentingan
tujuh strategi pemikiran yang dianjurkan dalam CoRT , iaitu terdiri daripada bahagian
Breadth (Keluasan persepsi)- (CoRT 1), Organisastion (Organisasi berfikir)- (CoRT 2),
Interaction (Interaksi)- (CoRT 3), Critical Thingking and Argument (Argumen berfikiran
kritis dan pemikiran kreatif)- (CoRT 4), Information and Feeling (Maklumat)- (CoRT 5),
dan Action (Tindakan)- (CoRT 6) diterapkan dalam pengajaran guru-guru Bahasa Melayu
yang terlibat. Setiap bahagian ini akan diuji menggunakan teknik PMI (Plus, Minus,
Interesting),CAF (Consider All Faktors), C&S (Consequence & Sequel),AGO (Aims, Goal,
Objectives), FIP (First, Important, Pirioriti), APC (Alternatives, Possibilities, Choice) dan
OPV (Other People’s Views). Penggunaan peranti berfikir ini memerlukan guru lebih
merancang soalan, stretegi, membina idea dengan lebih luas dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Impaknya dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut akan melahirkan pelajar-
pelajar yang berfikiran aras tinggi dan mengurangkan kesilapan berfikir. Bertitik tolak
daripada kepentingan peranti ini sebagai alternative efektif dalam merealisasikan pelaksanaan
KBAT di sekolah, maka kajian ini cuba mengenal pasti kefektifan strategi ini untuk
dilaksanakan di sekolah secara holistik, khususnya dalam pengajaran bahasa.
2

Kata kunci: Cognitive Research Trust (CoRT), peranti berfikir, guru,pelajar, pengajaran
Bahasa Melayu

PENGENALAN
KBAT atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT merupakan proses fundamental yang meliputi hal-hal seperti membina pengetahuan,
kemahiran analisis dan sintesis, membina kreativiti serta membuat penilaian. Fundamental ini
dikaitkan dengan proses pemikiran. Menurut Rosnanaini Sulaiman et al. (2011), berfikir
merupakan satu proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam
otak manusia. Otak manusia akan bertindak untuk memahami sesuatu maklumat yang
diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran serta memberikan tindak balas
berdasarkan pengalaman sedia ada dalam ingatan sewaktu berfikir.
Selain itu, mengikut The Penguin Dictionary of Psychology (2011) dalam ‘Kemahiran
berfikir’ pula, berfikir merupakan manipulasi kognitif atau mental secara terselindung dengan
idea, imej, simbol, perkataan, pernyataan, memori, konsep, persepsi, kepercayaan atau
kehendak. Manakala, konsep pemikiran merupakan kegiatan dan proses penggunaan akal
manusia yang digunakan untuk pelbagai tujuan dalam kehidupan (Mohd. Yusof Hasan,
2007). Beliau juga turut menyatakan bahawa pemikiran digunakan untuk mengenali Tuhan
dan kehidupan bagi menyelesaikan masalah serta mengambil keputusan untuk kesejahteraan
hidup manusia.
Apakah pemikiran dan perkaitanya dengan konsep KBAT?Dalam konteks KBAT,
pemikiran turut menyentuh berkaitan hal memanfaatkan akal yang dianugerahkan Tuhan ke
landas yang menyedarkan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Hal ini, telah dikupas
dengan baik oleh Yaacob Harun (2001), bahawa pemikiran dari sudut kosmologi seperti
mana yang ditinjau oleh tokoh-tokoh ilmuan Melayu zaman silam, iaitu Hamzah Fansuri, Nur
al-din al-Raniri, dan Shaykh Daud al-Fatani, tentang pengaruh kosmologi tasawuf. Pengaruh
ini berkaitan dengan hakikat ketuhanan dan pengalaman kaum Sufi mencari Tuhan dan
mengenaliNya. Oleh itu kita tidak dapat mengkesampingkan hubungan antara pemikiran
dengan Tuhan sangat erat dan dapat membentuk adab dan sahsiah seseorang.
Selain itu, pemikiran juga merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang
dialami untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Menurut
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (1997), bahawa berfikir dapat dicetuskan melalui sumber
ilham bagi menghasilkan idea-idea yang bagus dan boleh dipasarkan. Contohnya, Charles
Strite mendapat idea untuk menghasilkan alat pembakar roti automatik apabila suatu hari
beliau melihat roti hangus terbakar di kantin tempat beliau bekerja. Berdasarkan situasi
tersebut, Charles Strite telah menjalani proses KBAT dalam pemikirannya sehingga berjaya
mencetuskan ilham dalam menghasilkan alat pembakar roti secara automatik dengan hanya
melihat suatu kejadian sahaja.
Justeru, proses berfikir boleh dikatakan sebagai suatu akal yang melibatkan
pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Proses ini terbahagi kepada dua
jenis, iaitu operasi kognitif dan operasi metakognitif. Operasi kognitif ialah kemahiran
berfikir yang sering kita gunakan pada setiap hari seperti mengelas, membanding, membuat
urutan dan sebagainya. Manakala, operasi metakognitif pula merupakan operasi yang
mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif, iaitu memandu dan membimbing
segala aktiviti pemikiran manusia antara komponen-komponen berfikir.
3

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), dalam proses berfikir, terdapat pelbagai
teori yang dikenal pasti dapat menyumbang ke arah kemahiran berfikir. Antara teori-teori
tersebut ialah teori yang berkaitan dengan otak seperti teori otak triune, teori otak
pembahagian dua, teori pelbagai kecerdasan, dan teori tetiga kecerdasan. Teori otak triune
yang diperkenalkan oleh Paul Maclean, menekankan tiga komponen utama yang terlibat
dalam proses pemikiran manusia, iaitu bahagian R-Complex, Limbic System, dan Neocortex
yang beroperasi seperti tiga buah komputer biologikal yang setiap daripadanya memiliki
kecerdasan tersendiri serta berciri subjektiviti, mempunyai masa operasi, ruang, dan memori
tersendiri. Manakala teori otak pembahagian dua oleh Roger Sperry yang menghuraikan otak
manusia yang menggunakan bahagian kirinya untuk berfikir secara kritis dan bahagian
kanannya untuk berfikir secara kreatif. Berdasarkan teori-teori tersebut, penyelidik mendapati
bahawa bahagian-bahagian otak yang terlibat sewaktu berlakunya proses pemikiran sangat
berkait rapat dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini demikian kerana otak merupakan
elemen utama sebagai alat berfikir manusia yang membezakan manusia dengan haiwan.
Menyedari hakikat tentang peripentingnya pemikiran disalurkan kepada landas-landas
ilmu maka, timbul beberapa persoalan yang antaranya menyentuh tentang peranan KBAT
dalam bidang pendidikan. Bagi menyahut seruan ini, maka kementerian telah melaksanakan
satu usaha dalam merealisasikan penerapan KBAT melalui PPPM (2013-2025) untuk
menggariskan usaha bagi membina rupa bangsa yang memiliki daya saing yang tinggi
melalui pendidikan yang menerapkan pemikiran tinggi di sekolah. PPPM (2013-2025) telah
menekankan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan pelajar yang
dapat berdaya saing menjelang abad ke-21.
KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif yang
melibatkan seseorang itu mendapat maklumat baharu, menyimpan dan memberi, menyusun
dan mengaitkan maklumat tersebut dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan
maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit (Rajendran,
2016). Oleh itu, KBAT dianggap sebagai satu komponen penting untuk mewujudkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Justeru, sejauh manakah KBAT ini mampu
membina pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar di sekolah?. Hal ini dapat
dilihat apabila KBAT memerlukan pelajar menggunakan minda secara meluas dan terbuka
bagi menghadapi cabaran global. Perkembangan teknologi yang pesat memaksa pelajar dan
guru untuk berdaya saing dalam pelbagai bidang supaya mereka tidak ketinggalan dalam
mendapatkan maklumat akibat daripada ketandusan idea.
Berdasarkan PPPM, pelaksanaan KBAT ditumpukan dalam tiga aspek utama iaitu,
kurikulum (mengubah cara pelajar belajar), pedagogi (mengubah pemikiran pelajar) dan bilik
darjah (mengubah cara menguji pelajar). Kurikulum terbahagi kepada dua, iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
KSSR dan KSSM digubal untuk mencapai matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara bagi
meningkatkan kemampuan intelek pelajar untuk berfikir dalam aras tinggi. Kenyataan ini
disokong oleh Zevin (1995), yang menyatakan bahawa masalah-masalah yang mempunyai
pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada pemikiran aras tinggi. Oleh itu,
KBAT dianggap sejajar dengan kehendak dan permintaan dunia sehingga tergubalnya KSSR
dan KSSM.
Pelaksanaan PdP bersifat tradisional dianggap masih lemah untuk mewujudkan
KBAT dalam kalangan pelajar. KBAT dikatakan tidak hanya tertumpu pada suatu bidang
sahaja, tetapi KBAT boleh merangkumi kesemua aspek bidang. Oleh itu, adakah KBAT
memberi kesan kepada pedagogi bahasa Melayu itu sendiri? Menurut Onosko dan Newmann
4

(1994), penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir,
menganalisis atau memanipulasi maklumat bagi menjawab persoalan atau menyelesaikan
masalah yang dikemukakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa KBAT dapat mengubah
pedagogi bahasa Melayu yang pada awalnya dianggap membosankan kerana tertumpu
kepada bidang itu sendiri sahaja, sedangkan aplikasi KBAT menggalakkan pelajar itu berfikir
secara menyeluruh dalam pelbagai bidang.
Peranan guru diperlukan dalam menjayakan pelaksanaan KBAT kerana pelaksanaan
KBAT memerlukan guru-guru melakukan sesuatu dengan mengaitkan maklumat atau fakta
atau idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza
daripada kebiasaan. Guru-guru perlu memahaminya, menggabung dan menghubung kait
antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasi sesuatu ilmu itu untuk
membolehkan pelajar menemui makna dan kefahaman baharu. Secara jelasnya, KBAT
melibatkan kemahiran intelek yang tinggi.
Dalam perspektif Taksonomi Bloom (1996). peringkat KBAT dimulakan pada tahap
aplikasi, analisis, dan sintesis. Aplikasi merupakan aras bagi menguji kefahaman pelajar
menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan, dan kemahiran untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan. Analisis pula merujuk kepada aras bagi menguji
kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan
perhubungan di antara satu sama lain. Manakala, sintesis merupakan aras untuk menguji
kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.
Terakhir, menilai merupakan aras untuk menguji kebolehan pelajar membuktikan,
menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori, dan sebagainya.
Pedagogi guru meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk inkuiri,
penyelesaian masalah, penyelidikan dan berasaskan projek, pelbagai pendekatan dan aktiviti
dalam bilik darjah, penggunaan alat berfikir seperti peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi
semasa PdP dan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat pemudahcaraan. Jika guru-guru
memiliki kemahiran ini, pelajar bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur,
mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka
sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan, maka pelajar-pelajar boleh memberi jawapan
dalam pelbagai bentuk, idea baharu dan melihatnya daripada pelbagai sudut.
Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar, maka
peranan guru sangat signifikan. Berhubung dengan saranan menyebarluaskan pelaksanaan
elemen kemahiran berfikir aras tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memastikan
semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama terhadap Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang melibatkan pelajar di bandar dan di luar
bandar. Untuk mencapai matlamat tersebut, jurang pendidikan perlu dirapatkan supaya akses,
ekuiti, dan kualiti dapat ditingkatkan antara jurang bandar dan luar bandar, jurang digital,
jurang antara tahap pencapaian pelajar, jurang antara pelajar normal dan pelajar berkeperluan
khas dan jurang sosioekonomi (2009). Oleh itu, keperluan proses berfikir ini perlu seimbang
di semua sekolah-sekolah di Malaysia bagi memastikan pelaksanaan KBAT didominasi
dengan efektif.
Lazimnya, dalam proses pembelajaran, guru perlu peka terhadap tahap pencapaian
dan prestasi pelajar-pelajarnya. Oleh itu, guru perlu arif dan mahir dalam menentukan strategi
pengajaran dan pembelajaran, termasuklah menjana proses berfikir dengan berkesan bagi
melahirkan pelajar-pelajar yang boleh membina idea, merancang masa depan dan
5

memanfaatkan ilmu dalam kehidupan. Sebagai pendidik, guru perlu mampu memikul
tanggungjawab ini seupaya mungkin, khususnya dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang
boleh berfikiran aras tinggi. Slavin (1994), menerangkan bahawa terdapat empat faktor yang
mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap
pengajaran, insentif dan masa diperuntukan untuk pengajaran. Sebagai guru yang mengajar
pelajar-pelajar dalam kalangan orang asli, semestinya tugas ini perlu dipraktikkan dengan
sebaik-baiknya.
Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya,
kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang
konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau
universiti suatu ketika dahulu. Walau apapun, guru perlu terus meningkatkan keupayaan
kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar dalam
pengajaran mereka. Bertitik tolak daripada perkara inilah, kajian ini melanjutkan
perbincangan berkaitan pelaksanaan aspek KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah dengan berpandukan skala Penyelidikan Ketelusan Kognitif (Cognitive Research
Trust-CoRT).

OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti strategi efektif peranti berfikir dalam Cognitive Research Trust yang
diaplikasikan di sekolah-sekolah orang asli.
ii. Menghuraikan kekuatan peranti berfikir Cognitive Research Trust yang diamalkan di
sekolah-sekolah orang asli.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dibataskan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tapah yang memiliki
jumlah orang asli yang agak dominan sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan secara temu
bual bersama guru dan pencerapan pdp guru bagi mengukuhkan maklumat, soal selidik juga
telah diedarkan kepada guru-guru bagi mengenal pasti pengetahuan mereka kepada peranti
CORT (Cognitive Research Trust). Maklumat daripada instrumen tersebut dianalisis
menggunakan senarai semak yang telah dimodifikasikan oleh pengkaji. Dalam kajian ini,
pegkaji menghuraikan sebahagian analisis pencerapan pdp guru-guru yang mengajar salah
sebuah sekolah yang terpilih dalam kajian ini, iaitu di SMK Seri Tapah, Perak.

KBAT DALAM KALANGAN ORANG ASLI

Menurut Onosko dan Newmann (1994), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merujuk
kepada penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru yang
berlaku apabila seseorang individu itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi
maklumat bagi menjawab persoalan atau pun menyelesaikan masalah bagi persoalan yang
dikemukakan. Selain itu, pemikiran aras tinggi melibatkan perluasan maklumat yang sedia
ada dalam minda bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau asli (zevin, 1995).
Orang asli atau dikenali sebagai orang asal merupakan manusia yang mula-mula
mendiami negara ini. Menurut undang-undang Malaysia Akta 134, dalam Akta Orang Asli
1994 semakan 1974, orang asli didefinisikan sebagai individu yang mana bapanya merupakan
seorang ahli daripada kumpulan etnik orang asli dan mengikut cara hidup, adat serta
kepercayaan orang asli, termasuklah individu yang berketurunan melalui orang itu. KBAT
6

orang asli merujuk kepada cara berfikir bagi masyarakat orang asli. Hal ini demikian kerana
masyarakat orang asli dikenali sebagai masyarakat yang agak mendap pemikirannya terhadap
kemajuan sosial budaya. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti sejauh mana cara pemikiran
masyarakat orang asli terhadap pembelajaran secara formal di sekolah.

PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat beberapa kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan dengan aspek berfikir ini.
Oleh itu, pengkaji telah mengkategorikan kajian tersebut kepada 3 jenis Perspektif Kajian,
Iaitu Perspektif Ukuran Melayu, Perspektif Kurikulum, Dan Perspektif Higher Order
Thinking.
Perspektif Kurikulum ialah kajian yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah. Antaranya
ialah contoh kajian yang ditulis oleh Carolina@Lorena David dan Abdul Said Ambotang
(2014) yang bertajuk “Kajian Profesionalisme Guru Novis dalam Pengurusan Pengetahuan,
Kesediaan Mengajar dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Terhadap Pelaksanaan
Pengajaran di Sekolah” mendapati kajian soal selidik terhadap 400 orang guru novis (guru
baharu) sekolah rendah di negeri Sabah membincangkan menerusi analisis faktor, beberapa
jumlah dimensi dapat dibentuk dan sifat yang diwakili juga boleh ditentukan. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai
tahap profesionalisme, guru novis dalam pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar, dan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah.
Responden yang dipilih sebagai sampel kajian merupakan guru-guru novis yang baru
memulakan perkhidmatan dan telah mengajar selama satu hingga tiga tahun di sekolah.
Responden dipilih secara rawak, iaitu seramai 400 orang. Pengkaji telah menggunakan
kaedah kuantitatif, iaitu soal selidik ke atas guru-guru yang dipilih. Perisian SPSS telah
dipilih oleh pengkaji untuk menganalisis data. Berdasarkan hasil dapatan menunjukkan
bahawa tahap profesionalisme guru novis melibatkan pengurusan pengetahuan, kesediaan
mengajar, dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhadap perlaksanaan pengajaran di
sekolah adalah pada tahap yang tinggi. Namun begitu, kajian ini tidak melibatkan guru-guru
dalam pelbagai fasa perkhidmatan. Semestinya, kajian ini memihak kepada pelaksanaan
KBAT kerana merupakan guru-guru yang muda dan masih baharu dalam perkhidmatan.
Selain itu, kajian yang ditulis oleh Bakry, Md. Noor dan Firdaus (2013) yang bertajuk
“Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Kalangan Guru Matematik Sekolah Menengah Pertama
di Kota Makassar” menyatakan bahawa proses pembangunan pengetahuan dan maklumat
pelajar boleh didapatkan menerusi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang
dilakukan oleh guru Matematik.
Hasil dapatan dalam kajian ini mendapati bahawa masih ada beberapa guru
Matematik sekolah menengah di Makassar belum mengetahui tentang kemahiran berfikir aras
tinggi. Berdasarkan dapatan temu bual daripada guru Matematik sekolah menengah negeri
dan swasta sebagai sumber dalam kajian ini. Dalam kajian ini juga diketahui terdapat guru
Matematik yang memiliki kefahaman terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Guru
Matematik memahami bahawa kemahiran berfikir aras tinggi ialah kemahiran seseorang
dalam menghubungkan maklumat baharu dengan maklumat sebelumnya untuk
menyelesaikan masalah. Sebahagian guru memiliki kefahaman bahawa kemahiran berfikir
aras tinggi adalah kemahiran seorang pelajar dalam menyelesaikan soalan tidak rutin, dan
juga ada guru Matematik memiliki kefahaman tentang kemahiran berfikir aras tinggi sebagai
7

kemahiran berfikir daripada peringkat berfikir taksonomi bloom. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) memberikan banyak
maklumat, konsep baharu kepada pelajar sehingga memudahkan pelajar dalam
membangunkan pengetahuan dan kemampuan berfikir. Namun begitu, kekurangan kajian ini
adalah pengkaji mendapati bahawa terdapat guru matematik yang tidak mengetahui tentang
KBAT. Oleh itu, pengkaji melihat kajian ini memerlukan penambahbaikan untuk
mengetahui sejauh mana kepentingan KBAT kepada guru dan pelajar di sekolah.
Perspektif Higher Order Thinking ialah kajian yang berkaitan dengan otak dan
pemikiran manusia. Kajian lepas yang dijalankan oleh Syed Ismail bin Syed Mustapa et al.
(2014) dalam kajiannya yang bertajuk “Kegunaan dan Amalan Pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Semasa Praktikum Fasa II, 2014”,
menyatakan bahawa persepsi siswa guru terhadap pelaksanaan KBAT berada pada tahap
sederhana tinggi. Manakala, persepsi siswa guru terhadap amalan KBAT berada pada tahap
yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa amalan KBAT sering diamalkan oleh siswa guru
semasa menjalani praktikum di sekolah, tetapi kebanyakan siswa tidak memahami secara
mendalam apa itu KBAT sebagai salah satu pelaksanaan dalam pengajaran di sekolah.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih seramai 177 orang siswa guru yang telah
mengikuti empat program pengkhususan, iaitu Pendidikan Khas Masalah Pendengaran,
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, dan Pengkhususan Bahasa
Inggeris. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik untuk
mendapatkan data berkaitan tajuk kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap sederhana
tinggi melibatkan persepsi siswa guru terhadap pelaksanaan KBAT dengan catatan min
sebanyak 3.98 (sp= .64). Selain itu, persepsi siswa guru terhadap amalan KBAT pula
mencatatkan nilai yang paling tinggi dengan catatan min sebanyak 4.01 (sp= .67). Secara
keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa seramai 55 orang atau 31.1% responden
bersetuju bahawa mereka sering menggunakan elemen KBAT dalam pengajaran sewaktu
menjalani praktikum.
Kajian lepas ini dilihat sangat bagus dan baik, namun terdapat kekurangan dari segi
teori yang digunakan. Kajian beliau hanya mengkaji persepsi siswa guru tanpa perkaitan
sebarang ujian atau teori yang bersesuaian digunakan. Pengkaji lepas seharusnya mengenal
pasti kepentingan KBAT yang digunakan oleh siswa guru semasa praktikum. Oleh itu,
pengkaji menjalankan ujian CoRT bagi mengesan KBAT dalam kalangan guru dan pelajar
bagi menutupi kelompangan kajian lepas.
Seterusnya, kajian oleh Suhaimi Zakaria @ Othman, Baharuddin Aris, Hasnah
Mohammed,Norasykin Mohd Zaid, Zaleha Abdullah yang bertajuk Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi Pelbagai Mod (2014) membincangkan
tentang kemampuan Pedagogi Model Stesen Rotasi dalam memperbaiki kebolehan
pembelajaran kendiri, memperbaiki motivasi dan penglibatan pelajar, meningkatkan sumber
pembacaan dan fleksibiliti pembelajaran, berpotensi meningkatkan keberkesanan PdP guru,
memaksimumkan penggunaan aplikasi pembelajaran sosial serta merapatkan jurang digital
dalam kalangan pelajar.

Pembelajaran Rotasi Stesen Pelbagai Mod berpotensi meningkatkan KBAT dalam


kalangan pelajar dengan gabungan Aktiviti Perbincangan dan Pembelajaran Dalam Talian.
Pendekatan ini memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyuarakan
pendapat serta memberi jawapan dalam setiap soalan yang diberikan oleh guru. Kajian
sebelumnya tidak menggabungkan pembelajaran menggunakan Pedagogi Rotasi Stesen
8

Pelbagai Mod dengan Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian seperti yang dicadangkan
dalam kajian ini.Maka, keberkesanan gabungan Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian dapat
memberi impak positif dan membantu pengkaji memahami kekuatan dan kelemahan kaedah
yang dicadangkan dalam meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar. Namun begitu, kajian
ini hanya tertumpu pada Pedagogi Model Stesen Rotasi sahaja. Oleh itu, pengkaji
menggunakan CoRT yang diperkenalkan oleh Edward D Bono dalam kajian ini bagi menutup
kelompangan pada kajian lepas.
Perspektif Ukuran dalam Pedagogi Guru ialah kajian yang berkaitan dengan ukuran
Kbat dalam bidang pedagogi guru. Antaranya, kajian lepas yang dijalankan oleh Mohd
Syaubari dan Ahmad Yunus (2016), yang bertajuk ‘Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) Di Dalam Amalan Pelajaran Guru Pendidikan Islam Menurut Imam Ghazali.’
Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji amalan pengajaran guru bersandarkan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) menurut perspektif Imam Ghazali. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan karya Imam Ghazali seperti Ihya Ulumudin, Ayuha Walad, dan Minhaj
Abidin. Dapatan kajian yang diperoleh oleh pengkaji telah menghasilkan 3 kerangsa utama
KBAT menurut perspektif Iman Ghazali dalam amalan pengajaran guru, iaitu kerangka
pertama berkaitan kefahaman mengenai konsep ilmu, kerangka kedua berkaitan proses
bagaimana pengajaran dilaksanakan dan kerangka ketiga berkaitan nilai di dalam pengajaran.
Ketiga-tiga kerangka berkenaan telah membentuk penghasilan amalan guru yang
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Namun begitu, kajian yang dijalankan
dilihat terdapat kelompangan yang sangat jelas, iaitu metodologi yang digunakan hanya
menurut perspektif islam imam ghazali.
Oleh itu, bagi mengisi kelompangan daripada ketiga-tiga kelompok kajian tersebut,
kajian lanjutan berkaitan KBAT perlu dilakukan terhadap guru dan pelajar. Usaha ini juga
bertujuan bagi menyelesaikan beberapa persoalan yang berkaitan dengan:
i. Sejauh manakah pengetahuan KBAT dalam kalangan guru dan pelajar yang
terdiri daripada orang asli?
ii. Bagaimanakah elemen KBAT diaplikasikan oleh guru-guru dalam pengajaran
mereka di sekolah-sekolah orang asli?
iii. Apakah kayu ukur yang digunakan oleh guru-guru khususnya dalam
menentukan pengajarannya mengaplikasikan KBAT. Begitu juga daripada
tindak balas pelajar-pelajar yang terdiri daripada orang asli?

STRATEGI PERANTI BERFIKIR CoRT (Cognitive Research Trust)


Pengkaji akan menjelaskan tujuh kepentingan peranti berfikir dalam Cognitive Research
Trust dan menghuraikan ujian-ujian yang diaplikasikan dalam peranti ini.
CoRT (Cognitive Research Trust) atau dikenali sebagai Program Ketelusan Kognitif
merupakan antara peranti berfikir secara efektif. CoRT ini terdiri daripada 6 jenis tahap
pemikiran, iaitu Breadth (Keluasan persepsi)- (CoRT 1), Organisastion (Organisasi berfikir)-
(CoRT 2), Interaction (Interaksi)- (CoRT 3), Creativity (Argumen berfikiran kritis dan
pemikiran kreatif)- (CoRT 4), Information and Feeling (Maklumat)- (CoRT 5), dan
Action (Tindakan)- (CoRT 6). Seterusnya, setiap bahagian ini akan diuji menggunakan teknik
PMI (Plus, Minus, Interesting),CAF (Consider All Faktors), C&S (Consequence &
Sequel),AGO (Aims, Goal, Objectives), FIP (First, Important, Pirioriti), APC (Alternatives,
Possibilities, Choice) dan OPV (Other People’s Views) (Edward D. Bono, 2000).
9

AMALAN PERANTI BERFIKIR CORT (COGNITIVE RESEARCH TRUST)/


PENYELIDIKAN KETELUSAN KOGNITIF
Breadth (Keluasan persepsi)- (CoRT 1)
Persepsi merupakan suatu tanggapan atau penilaian yang dibuat oleh seseorang melalui
pengalaman atau penglihatan mereka sehingga menimbulkan penafsiran dan
penginterpretasian dalam diri mereka tentang sesuatu perkara. Oleh itu, keluasan persepsi
dibina bagi menggalakkan dan membantu pelajar dalam meluaskan fikiran mereka terhadap
sesuatu perkara. Keluasan persepsi merupakan tahap dimana pemikiran diluaskan dan
dibahagikan kepada beberapa perkara. Misalnya, berdasarkan CoRT 1 pelajar boleh
mengarahkan pemikiran dan pemerhatian mereka kepada beberapa perkara seperti akibat,
matlamat, objektif, dan mengambil kira pandangan orang lain dalam menambahkan
maklumat.
Oleh itu, keluasan persepsi adalah sangat penting dalam membantu pelajar untuk
berfikir. Hal ini demikian kerana keluasan persepsi memberi kebebasan dalam melontarkan
idea atau memberikan maklumat yang ingin diperolehi. Pelajar tidak terhad terhadap apa
yang dilihat sahaja, tetapi mereka juga boleh mengambil kira keadaan persekitaran untuk
mengukuhkan lagi maklumat yang diperolehi pada awalnya. Perkara ini sangat membantu
pelajar dalam befikir ke tahap yang lebih tinggi. Contoh, isu pencemaran alam sekitar:
1. Pelajar 1 (Persepsi): Hanya menyatakan punca pencemaran seperti asap
kenderaan, pembakaran terbuka, pembalakan.
2. Pelajar 2 (Keluasan persepsi): Menyatakan keseluruhan berkaitan pencemaran
seperti punca, kesan dan akibat.
Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa keluasan persepsi sangat membantu
pelajar dalam berfikir secara luas dan terperinci. Hal ini demikian kerana pelajar bukan sahaja
bebas dalam berfikir, tetapi mereka juga dapat melontarkan idea dan pendapat mereka sendiri
berkaitan tajuk yang dibicarakan bagi perkongsian maklumat tersebut. Oleh itu, pada zaman
sekarang, perluasan fikiran sangat penting dalam membina kemahiran berfikir aras tinggi.

Organisastion (Organisasi berfikir)- (CoRT 2)


Organisasi berfikir merupakan asas atau perkara utama yang hendak didahulukan dalam
berfikir. Organisasi ini dibina bagi membantu pelajar supaya fokus pemikiran tidak terkeluar
daripada isu yang hendak diketengahkan. Misalnya, organisasi ini ditubuhkan bagi membantu
pelajar dalam meluaskan fikiran namun, ianya juga membantu mereka agar idea dan
maklumat yang dilontarkan tidak jauh terpesong dari akar utama permasalahan. Hal ini
demikian kerana keluasan berfikir akan membawa kita kepada pelbagai perkara yang
kadangnya tiada kena mengena dengan perkara yang dikehendaki.
Oleh itu, organisasi berfikir ini sangat penting bagi mewujudkan sistem pemikiran
yang lebih teratur. Organisasi berfikir ini juga dikatakan banyak memudahkan kita dalam
berfikir. Organisasi ini bukan sahaja mengajar kita supaya disiplin dalam berfikir, malah ia
juga menjimatkan masa dalam berfikir. Hal ini demikian kerana kita tidak berfikir yang jauh
10

dari permasalahan tetapi lebih fokus kepada permasalahan yang hendak dibincangkan pada
waktu itu. Contohnya, perbincangan topik komsas didalam kelas (watak utama novel Salina):
1. Situasi 1 (Tanpa organisasi berfikir)
Pelajar akan membincangkan kesemua watak dalam novel tersebut.
2. Situasi 2 (Organisasi berfikir)
Pelajar hanya membincangkan berkaitan watak utama sahaja yang terdapat
dalam novel tersebut.
Berdasarkan contoh diatas, dapat dilihat bahawa organisasi berfikir sangat membantu
pelajar dalam berfikir secara teratur. Jika dilihat daripada situasi 1, pelajar telah lari daripada
apa yang diminta oleh guru. Manakala, situasi 2 pelajar lebih fokus terhadap apa yang
diminta sahaja dan tidak terkeluar daripada permintaan. Hal ini juga memudahkan pelajar
dalam melontarkan pertanyaan kepada guru kerana permikiran mereka telah fokus kepada
organisasi berfikir yang teratur. Situasi ini bukan sahaja memudahkan pelajar tetapi
memudahkan guru juga.

Interaction (Interaksi)- (CoRT 3)


Interaksi boleh dikatakan sebagai komunikasi dua hala. Interaksi ini digunakan bagi
menyampaikan maklumat yang lebih jelas dan berkesan. Bagaimana maklumat dijelaskan
dan bagaimana maklumat akan berkesan kepada penerima. Persoalan inilah yang digunakan
dalam mewujudkan interaksi yang berkesan terutama dalam bilik darjah. Misalnya,
bagaimana seorang guru menyampaikan maklumat yang mudah difahami oleh pelajar dan
membuat pelajar berfikir dengan baik apabila menerima maklumat tersebut.
Oleh itu, interaksi sangat penting dalam berfikir kerana perkongsian maklumat lebih
mudah difahami dan diterima melalui interaksi antara dua pihak. Interaksi juga bukan sekadar
perkongsian ilmu tetapi, interaksi juga menggalakkan murid untuk mendengar dan berkongsi
pendapat dalam menilai segala maklumat yang diperolehi dari interaksi tersebut. Contohnya,
isu keburukan media sosial.
1. Situasi 1 (Tanpa interaksi)
Guru hanya menunjukkan video tanpa memberi penjelasan lanjut dan
menyuruh pelajar membuat karangan.
2. Situasi 2 (Interaksi)
Guru menayangkan video dan menjelaskan lebih lanjut berkaitan video
tersebut sambil melakukan soal jawab bersama murid sebelum membuat
karangan.
Berdasarkan contoh situasi diatas, dapat dilihat bahawa interaksi ini sangat penting
dalam membina daya berfikir kepada pelajar. Situasi 1 mempamerkan bahawa tiada interaksi
berlaku dan pelajar diminta membuat tugasan. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak faham
dan pemikiran mereka mungkin akan terkeluar dari isi sebenar. Manakala situasi 2
menunjukkan betapa jelas interaksi berlangsung yang menarik minat pelajar sekaligus
menguji daya berfikiran dalam diri pelajar tersebut. Interaksi ini membolehkan maklumat
disampaikan dengan berkesan kepada penerima.

(Critical Thinking and Argument) Argumen berfikiran kritis dan kreatif)- (CoRT 4)
11

Pemikiran kritis merupakan keadaan berfikir, dimana pemikir membuat analisis sesuatu
masalah ataupun isu serta menilai proses pemikiran. Pemikiran kritis juga melibatkan
seseorang itu berfikir secara kritis sesuatu masalah ataupun isu. Pemikiran tersebut
kebiasaannya bergantung kepada bagaimana komunikasi berlaku secara efektif dan
melibatkan kemahiran seseorang dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pemikiran kritis ini
jika ditinjau dari sudut yang lain merupakan cara bagaimana seseorang manusia yang berfikir
akan sesuatu masalah ataupun isu bertindak untuk menyelesaikan masalah ataupun isu
tersebut secara mendalam yang dikaitkan dengan penyelesaian masalah ataupun isu secara
kritis.
Manakala, jika dibincangkan berkaitan pemikiran kreatif pula merupakan cara
bagaimana seseorang itu melihat sesuatu masalah ataupun isu dari perspektif yang baru. Hal
ini dibuktikan apabila seseorang yang berfikir secara kreatif ini sentiasa mengolah sesuatu
perkara itu secara lebih mendalam. Jika diperhatikan berfikiran kritis dan pemikiran kreatif
ini saling berkpait rapat. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan, iaitu sekiranya seseorang
itu menilai sesuatu perkara secara mendalam atau kritis, maka seseorang itu dapat mengolah
perkara tersebut kepada sesuatu yang bersifat kreatif.
Contohnya, pelaku A sedang melihat sebuah lukisan tentang pemandangan. Sekiranya
si pelaku tersebut berfikir secara kritis, maka dia akan berpendapat bahawa lukisan tersebut
bukan hanya menggambarkan pemandangan semata-mata, tetapi menyampaikan makna yang
lebih mendalam seperti menunjukkan perasaan pelukis sewaktu menghasilkan lukisan
tersebut. Oleh itu, pelaku A ini dikatakan dapat mengolah idea yang lebih kreatif sekiranya
dia ingin menghasilkan lukisan hanya melalui pemerhatian. Selain itu, jika ditinjau pula
kepada contoh bagi pelaku B, dimana dia hanya melihat lukisan sebagai pemandangan
semata-mata sekiranya dia tidak menilai lukisan tersebut dari sudut pemikiran secara kritis.
Oleh itu, dapat dilakukan satu bentuk hujah ataupun argumen bahawa berfikiran kritis dan
pemikiran kreatif perlu ada sebagai amalan peranti berfikir bagi membolehkan seseorang itu
sentiasa berfikir secara meluas dan dapat melakukan inovasi yang menarik daripada
pemikirannya.

Information and Feeling (Maklumat dan Perasaan )- (CoRT 5)


Maklumat merupakan satu bentuk idea yang diolah berdasarkan pemerhatian seseorang
individu terhadap keadaan di sekelilingnya. Perasaan pula melibatkan proses memberikan
respon terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Jika ditinjau dari sudut berfikir, maklumat dan
perasaan ini memainkan peranan ynag penting. Hal ini demikian kerana apabila seseorang
berfikir akan sesuatu perkara, secara tidak langsung perkara tersebut akan diproses sebagai
maklumat. Contohnya,
Situasi 1: Ahmad melihat seorang kanak-kanak sedang dimarahi oleh ibunya.
Melalui gambaran situasi di atas, Ahmad sedang melihat satu gambaran peristiwa
ataupun kejadian yang sedang berlaku di hadapannya. Secara tidak langsung, peristiwa
tersebut akan diolah oleh Ahmad dalam bentuk maklumat, sama ada maklumat yang positif
ataupun negatif. Sekiranya maklumat yang diproses itu positif, maka Ahmad mungkin
berfikir bahawa ibu tersebut memarahi anaknya kerana ingin mendidik anaknya. Walau
bagaimanapun, sekiranya maklumat tersebut berbentuk negatif, maka Ahmad mungkin
berfikir bahawa ibu tersebut sedang mendera anaknya. Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa
12

pemikiran terhadap sesuatu situasi merupakan maklumat yang akan diproses oleh seseorang
untuk memberi gambaran terhadap sesuatu perkara yang berlaku.
Begitu juga dengan perasaan. Perasaan juga dikaitkan dengan berfikir. Jika ditinjau daripada
situasi 1 seperti di atas, Ahmad akan berfikir tentang perkara tersebut. Secara tidak langsung,
perkara yang difikirkan itu akan mewujudkan perasaan yang pelbagai dalam diri Ahmad.
Contohnya, perasaan sedih, kasihan dan sebagainya. Selain itu, dapat diperhatikan juga
amalan berfikir ini berkait rapat dengan maklumat serta perasaan. Hal ini dapat dibuktikan
bahawa apabila seseorang manusia itu berfikir, secara tidak langsung perkara yang difikirkan
itu diproses dalam bentuk maklumat dan seterusnya diterbitkan dalam bentuk perasaan

Action (Tindakan)- (CoRT 6)


Tindakan boleh dikaitkan dengan proses tindak balas terhadap sesuatu perkara. Setiap perkara
yang difikirkan oleh seseorang akan disampaikan dalam bentuk tindakan secara sedar
ataupun tidak sedar. Maklumat yang difikirkan oleh seseorang itu akan diolah dalam bentuk
yang lebih jelas dan seterusnya disampaikan dalam bentuk tindakan. Tindakan yang
dilakukan hasil pemikiran tersebut akan melahirkan satu bentuk penyelesaian kepada perkara
yang difikirkan. Contohnya,
Pelajar 1: Datang lambat ke sekolah.
Pelajar 2: Lemah dalam pembelajaran.
Jika dilihat contoh pelajar 1, menunjukkan bahawa pelajar tersebut datang lambat ke sekolah.
Sekiranya pelajar tersebut berfikir akan keburukan perkara tersebut, maka pelajar tersebut
akan melakukan tindakan yang baik untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukan. Tindakan
tersebut kebiasaannya bergantung kepada cara pemikiran pelajar itu sendiri sama ada
memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan ataupun masih mengulangi kesilapannya
pada masa yang akan datang. Selain itu, lihat pula pada contoh pelajar 2, di mana pelajar
tersebut lemah dalam pembelajaran. Jika dilihat dalam situasi,iaitu pelajar tersebut ingin
memperbaiki kelemahan tersebut, maka secara tidak langsung pelajar tersebut akan berfikir
cara penyelesaian bagi masalah yang dihadapi yang akan melahirkan tindakan pelajar itu
sendiri seperti sentiasa mengulangkaji subjek yang lemah, dan sentiasa bertanyakan guru
topik pembelajaran yang tidak difahami. Walau bagaimanapun, sekiranya masalah tersebut
tidak difikirkan secara mendalam oleh pelajar tersebut, maka tiada tindakan yang akan
dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Secara keseluruhannya, dapat digambarkan bahawa tindakan amat penting sebagai amalan
peranti berfikir kerana seseorang yang berfikir bukan sahaja dapat menyampaikan
pemikirannya secara dalaman sahaja, bahkan boleh diperlihatkan melalui tindakan seseorang
itu. Begitu juga dengan seseorang yang memerhatikan tindakan seseorang yang lain, dapat
memikirkan maklumat yang ingin disampaikan oleh seseorang itu melalui tindakan yang
dilakukan.

UJIAN CORT (COGNITIVE RESEARCH TRUST)/ PENYELIDIKAN KETELUSAN


KOGNITIF
13

Ujian Penyelidikan Ketelusan Kognitif melibatkan beberapa cara, iaitu PMI, CAF,
C&S,AGO, FIP, APC dan OPV. Setiap peringkat ini memerlukan proses berfikir yang
terancang bagi membolehkan setiap tujuan, objektif dan matlamat guru tercapai. Beberapa
contoh rakaman pengajaran diperlihatkan bagi menunjukkan bagaimanakah pelaksanaan
beberapa contoh ujian itu dapat dilaksanakan.

PMI (Plus, Minus, Interesting)


Proses menentukan kekuatan (kelebihan, sebab pemilihan dan faedah), kelemahan
(kekurangan, sebab kurang sesuai dan masalah bakal dihadapi) dan keistimewaan (daya
penarik, implikasi masa hadapan dan kaitan dengan status quo) bagi sesuatu perkara/ PMI
juga merupakan analisis SWOT, iaitu Strength (Kekuatan), Weaknesses (Kelemahan),
Opportunities (Peluang) dan Threats (Ancaman).

CAF (Consider All Factors)


Proses menimbangkan semua faktor berkaitan dengan perkara dibincangkan sebelum
membuat keputusan, tindakan, perancangan, penilaian, kesimpulan atau memahaminya
dengan lebih terperinci.

C&S (Consequence & Sequel),AGO (Aims, Goal, Objectives)


Proses melihat akibat atau kesan yang berlaku apabila tindakan, perancangan, keputusan,
peraturan atau ciptaan.

AGO – Aims, Goal and Objectives


Proses menentukan tujuan, matlamat dan objektif, iaitu memberikan penekanan berkaitan
idea yang dijalankan.

FIP – First Important Priorities


Proses mengisih, mengelas atau mengasing, keutamaan sesuatu perkara (idea, faktor, objektif,
keperluan) Mengikut Kepentingan perlu diamalkan bagi memudahkan tindakan. Boleh
digabungkan dengan teknik lain seperti CAF, AFC dan sebagainya.

APC –– Alternatives Possibilities Choices


Proses mencari dan memikirkan alternatif, kemungkinan dan pilihan.

OPV – Other People View


Proses mengambil kira Pandangan atau pendapat orang lain untuk dipertimbangkan bagi
menyokong keputusan atau tindakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN


14

Berdasarkan analisis pdp Bahasa Melayu di SMK Seri Tapah, pengkaji telah dapat mengenal
pasti beberapa teknik KBAT yang diaplikasikan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang
terdiri daripada orang asli. Berikut akan dihuraikan melalui paparan data pdp .

Analisis 1 : Pengalikasian CoRT 1 dan CoRT 2, UJIAN CAF dan FIP

Guru: Baik..ambil masa kamu..senaraikan hanya empat isi tersurat. Tak payah lagi.
senaraikan hanya empat isi tersurat sahaja. Ada banyak benda dalam tu..saya hanya nak isi
tersurat, berapa? Empat…

Siapa yang belum dapat petikan?

Isi tersurat..isi tersurat, mana nak dapat isi tersurat, apa yang depan, apa yang berlaku..apa
yang ada di tempat tersebut.

Baik..agak-agak kamu, apa tema bagi tajuk tersebut?

Pesta Buku 2017..temanya ialah berkaitan dengan aspek pesta buku..pesta buku maknanya
kita kena membaca. ada yang beli buku tapi, tak baca?..Kenapa beli? Simpan..buat apa beli?
Buat koleksi..betul?

Baik, dapat isi tersurat? Dapat..baik, dapat isi tersurat, saya nak panggil empat orang wakil
tulis isi tersurat.

Baik, seorang lagi..Khairul! Isi tersurat, maknanya isi yang diambil daripada bahan yang
dibekalkan. Ok duduk, terima kasih.

Bila kamu dapat, soalan ini tentang pesta buku. Bila dia akan diadakan..ada jawapan? bila
dia akan diadakan? Ada,. pada 24 April hingga 30 April”. Ya.. pada hari apa akan
diadakan?”Isnin-Khamis”...apa kelebihan kalau kamu pergi ke tempat ini? masuk bayar ke?
Dia dah nyatakan masuk secara percuma ..apa lagi yang kamu dapat kalau kamu
mengunjungi tempat ini?Ada diskaun. Diskaun maksudnya kamu akan menjimatkan..duit.
penjimatan duit. Kalau tidak ada diskaun, kita kena membeli dengan harga yang mahal.
baik, berapa diskaun yang diberi? maksudnya ada jenis-jenis buku yang menawarkan 20%
diskaun dan ada jenis-jenis buku yang menawarkan berapa?..”70% diskaun”.

Strategi Peranti CoRT (Cognitive Research Trust) yang dikenal pasti dalam soalan
guru tersebut ialah CoRT 2 dan CoRT 3. Dalam CoRT 2, guru berperanan untuk mengulang
arahan agar murid memfokuskan topik yang dikehendaki, iaitu hanya isi tersurat sahaja. Guru
juga mewujudkan komunikasi dua hala dalam sesi perbincangan selaras dalam CoRT 3. Ujian
CoRT yang terdapat dalam petikan berikut ialah CAF (Consider All Factors) dan FIP (First
Important Priorities). Melalui CAF, murid perlu membuat penilaian untuk medapatkan isi
tersurat yang terdapat dalam lembaran kerja. Setelah itu, guru membuat perbincangan
bersama murid untuk membuat keputusan. Berdasarkan strategi peranti CoRT dan Ujian
CoRT, tahap KBAT berada dalam tahap sederhana.
15

Analisis 2 : Pengaplikasian CoRT 1 DAN CoRT 2, Ujian CAF, FIP, OPV dan PMI

Guru : Kalau kamu pergi dengan kawan kamu, apa yang kamu dapat? Dapat..mengeratkan
silaturrahim. Kalau kamu tak banyak duit, apa yang kamu dapat?
menjimatkan?..Wang..menjimatkan masa..betul..menjimatkan masa? betul..kalau kamu
mengolahkan ayat dengan baik. Dapat? Bincanglah dulu.

Ok. Isi tersirat yang pertama, baik..saya akan panggil pelajar, datang ke depan, dan tulis.
yang pertama.. yang kedua.. dan yang ketiga…. . siapa yang tulis diskaun ni? Diskaun isi
tersurat..atau isi tersirat?Apa faedah yang kamu dapat? mendapat ilmu pengetahuan. baik,
seorang lagi..Nur Syafirah..baik, tulis isi tersirat yang kamu dapat. baik, terima kasih. ada
perbezaan antara isi tersurat dan isi tersirat? ada.. isi tersurat, kita ambil daripada?
Gambar yang dibekalkan. dan isi yang tersirat kita ambil daripada mana?

Idea. Idea yang keluar dari pelajar. Baik, yang belum salin, sila salin maklumat ini, dalam
kertas kamu. Ok., kita baca balik, apa isi tersirat yang ditulis oleh kawan kamu.Yang
pertama, mendapat pengalaman baru, yang kedua dapat..menjimatkan wang, yang ketiga,
dapat menambahkan ilmu pengetahuan. dan yang keempat, dapat mengeratkan silaturrahim.
Ok, ini antara isi yang boleh dijadikan sebagai isi tesirat. baik, selain daripada ini, ada tak
pendapat lain, yang boleh dimasukkan sebagai isi tersirat? Mendapatkan ilmu dah ada.
Menjimatkan masa. Satu pesta buku, semua jenis buku yang ada. Kamu nak apa? Kamu nak
buku masakan, buku pelajaran, buku rujukan, buku latihan, semua…Kamu nak buku subjek
apa? Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, semua ada di tempat yang sama.

Strategi Peranti CoRT 1 dan CoRT 2 dikenal pasti dalam petikan diatas. CoRT 1
dinyatakan apabila guru bertanyakan pelbagai soalan untuk memberi kebebasan murid
berfikir dan melontarkan idea mereka. Murid menggunakan imaginasi, menilai dan membuat
keputusan mengenai idea mereka, guru pula membuat timbang tara dan memvariasikan
keputusan yang dikemukakan murid bagi menghasilkan idea yang menarik.Seterusnya, CoRT
2 berlaku apabila murid memfokuskan isi tersirat dan tidak keluar daripada isu tersebut. Ujian
CoRT pula mendapati CAF (Consider All Factors). OPV (Other People View), FIP (First
Important Priorities) dan PMI (Plus, Minus, Interesting) terdapat dari hasil komunikasi
tersebut. Oleh yang demikian, unsur KBAT dalam komunikasi dua hala yang ditunjukkan
dalam petikan ini dalam tahap sangat baik.

Analisis 3: Pengaplikasian CoRT 1 dan CoRT 3, Ujian PMI

Guru: Kalau kamulah yang ke pesta buku, apa jenis buku yang kamu akan cari? Jujur! .
Komik, majalah, novel. ok..bagi remaja apa yang nak kamu baca? Adalah yang berkaitan
dengan novel. Apa yang kamu dapat dari novel. Apa perbezaan kita baca buku dengan kita
baca novel? Baca buku kita akan jadi mengantuk..baca novel, rasa? Segar …. sekarang
secara berpasangan, secara berpasangan saya minta tolong... nak minta tolong senaraikan
empat isi tersirat. Apa yang kamu dapat bila kamu membaca. apa yang kamu dapat, bila
kamu mengunjungi tempat-tempat jualan pesta buku tersebut Bincangkan. Saya beri 5 minit,
cuba senaraikan empat isi tersirat. Bincang dengan rakan, empat isi tersirat.
16

Berdasarkan petikan yang ditranskripsi daripada video pengajaran, unsur KBAT


digunakan adalah di tahap sederhana. Hal ini disebabkan, strategi peranti CoRT menunjukkan
CoRT 1 dan CoRT 3. Pada CoRT 1, guru memberi analogi kepada murid. Setelah itu, guru
mendapatkan pandangan murid mengenai isu yang diketengahkan. Selain itu, pada CoRT 3
pula, perbincangan pengajaran guru menggunakan contoh yang relevan dengan tahap murid
dan berkaitan isu sambil melakukan soal jawab bersama murid. Ujian yang digunakan hanya
menggunakan teknik PMI (Plus, Minus, Intersting ).

Analisis 4; Pengaplikasian CoRT 1, CoRT 5, CoRT 6, Ujian CAF, FIP , AGO dan APC
Guru : Kedua-dua binatang ini..binatang..tersayang..yang paling disayangi..Buyong la ye.
baik, permulaan ceritanya macam mana ceritanya? Dan pada awal tahu tak…(unsur
lawak)..tahun..Bentong berasa..? Sangat risau…kenapa risau? Macam kamu lah..hujan
lebat..adik kamu tak balik..risau ke tak risau?..

Murid : Risau..

Guru : Thinisha..adik kamu tak balik..waktu hujan lebat..kenapa kamu risau akan adik
kamu yang tak balik-balik?

Murid : Saya akan keluar untuk cari dia..cikgu.

Guru : Cari..tapi, kalau sia-sia je. ok kita balik pada cerita tadi..Ba..wod. Dia cari tak?
baca tak kamu ni cerita tu?

Murid : Tak cari..mak dia tak bagi.

Guru : Kenapa mak dia tak bagi?

Murid : Dah malam..

Berdasarkan petikan tersebut, penyoalan guru berada pada strategi peranti CoRT 1, CoRT 5,
dan CoRT 6. Pada CoRT 1, guru memberi satu situasi kepada murid, untuk mereka
memahami keadaan isu tersebut. Selain itu, pada CoRT 5 pula, perbincangan pengajaran guru
menggunakan perasaan iaitu unsur takut dan sedih apabila guru meletakkan situasi murid
dalam cerita tersebut. Seterusnya, CoRT 6 pula berlaku apabila guru meminta murid untuk
memikirkan tindakan yang perlu dibuat apabila mereka berada dalam situasi tersebut. Unsur
KBAT dalam penerapan pengajaran pada tahap sangat baik apabila ujian CoRT yang dikenal
pasti ialah CAF (Consider All Factors), OPV (Other People View), AGO (Aims, Goal and
Objectives) dan APC (Alternatives Possibilities Choices) terdapat daripada hasil komunikasi
tersebut. Oleh yang demikian, unsur KBAT dalam komunikasi dua hala yang ditunjukkan
dalam petikan ini dalam tahap sangat baik.

Analisis 5: Pengaplikasian CoRT 2, Ujian PMI


Guru : Siapa tuan Bawod? Edison!
17

Murid : Bentong merupakan tuan kepada Bawod dan Buyong.

Guru : Bentong tuan kepada bawod dan..buyong. Terima kasih. Pada mulanya Bawod dan
Buyong..Bawod tu apa?

Murid : Sapir…

Strategi Peranti CoRT 2 dikenal pasti dalam petikan diatas. CoRT 2 berlaku apabila
guru meminta murid menjawab terus kepada pertanyaan yang diberi. Maklum balas dari
murid berada pada CoRT 1, iaitu murid memberi persepsi dan pandangan mengenai soalan
tersebut. Ujian CoRT pula mendapati hanya PMI (Plus, Minus, Interesting) sahaja yang
terdapat dalam perbincangan tersebut. Oleh itu, unsur KBAT dalam komunikasi dua hala
yang ditunjukkan dalam petikan ini berada pada tahap lemah.

Berdasarkan kepada proses pencerapan pdp guru ini, jelaslah bahawa terdapat interaksi dua
hala yang aktif antara guru dan pelajar. Seringkali aspek KBAT sukar diukur, malah
Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak menyediakan garis panduan yan jelas dalam
menangani hal ini. Melalui peranti CORT (Cognitive Research Trust), aspek KBAT dapat
ditangani dengan baik, malah lebih mudah untuk guru menentukan sejauhmanakah tahap
aspek KBAT yang diaplikasikan oleh mereka dan juga daripada pelajar berlaku. Dalam
sudut pemanfaatan peranti ini, semakin pelbagai peranti dan ujian yang diaplikasikan
semakin kritis aspek berfikir guru-guru dan pelajar.

KESIMPULAN
Sistem pendidikan pada masa kini memerlukan penambahbaikan bagi membolehkan pelajar
yang kurang mampu mengaplikasikan pengetahuan dapat menerapkan kemahiran berfikir
dalam konteks akademik. Kajian berkaitan KBAT perlu diperluaskan berikutan KBAT
pelajar yang masih berada pada tahap yang rendah walaupun KBAT telah dilaksanakan sejak
dahulu lagi. Aplikasi KBAT memerlukan penambahbaikan dari sudut kajian yang dijalankan,
iaitu menggunakan CoRT.

RUJUKAN
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (1997). Seni Berfikir Kreatif. Kuala Lumpur: PTS
Consultants Sdn. Bhd.

Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, (2001). A Taxonomy for learning,Teaching, and
Assessing : A revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives, New York :
Pearson, Allyn & Bacon.

Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
18

Arthur, S. Reber, Rhiannon Alken dan eMily S. Reber (2011). The Penguin Dictionary of
Psychology. Penguins Bool Ltd. UK: Londan.

Bakry, Md. Nor Bakar dan Firdaus (2013). Prosiding International Seminar On Quality
and Affodable Education (ISQAE) , Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

Caroline @ Lorena David dan Abdul Said Ambotang (2014). Prosiding Seminar
Kebangsaan Integriti Keluarga.Universiti Malaysia Sabah, Sabah.

Edward D. Bono, 2000. Six Thinking Hats. Revised Edition. Penguin Canada.

Onosco dan Newmann (1994). Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dapat dikembangkan secara Berkesan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Kesihatan Peringkat Sekolah Rendah di Mlaysia. Diperoleh pada 30 Mac 2017
melalui https://www.slideshare.net/muhammadaniq/hbhe1203-bagaimana-kemahiran-
berfikir-aras-tinggiTaksonomi Bloom (1996).

Slavin, R.E. (1994). Using Student Team Learning (2nd Ed.). Baltimore, MD: Johns
Hopkins University, Center for Social Organization of Schools.

Mohd. Syaubari dan Ahmad Yunus (2016). Elemen kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) di dalam amalan pengajaran guru pendidikan Islam menurut imam ghazali.
Diperoleh pada 28 Mei i2017 melalui
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_006_syaubari.pdf

Yaacob Harun (2001). Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu
Universiti Malaya.

Zevin (1995). Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat


dikembangkansecara Berkesan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Kesihatan Peringkat Sekolah Rendah di Malaysia. Diperoleh pada 30 Mac 2017
melalui https://www.slideshare.net/muhammadaniq/hbhe1203-bagaimana-kemahiran-
berfikir-aras-tinggi.

View publication stats

You might also like