You are on page 1of 8

SOALAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah ? Menurut Albert &
Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru yang
boleh menguruskan masa, ruang , sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid
ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Hal ini bermakna pengurusan
bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada kawalan bilik darjah dan
peraturan semata-mata.

Kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada cara
guru mengurus murid dan bilik darjah. Pada pendapat saya dalam rajah di atas saya dapat lihat
bahawa persekitaran pembelajaran tidak kondusif dan tidak diurus dengan baik. Seterusnya
saya juga dapat lihat bahawa komunikasi antara guru dan murid-murid tidak berhala. Murid-
murid tidak mahu mendengar arahan guru dan guru tidak dapat memahami apa yang murid
mahu. Guru juga tidak dapat mengawal murid-murid. Oleh sebab itu, muri-murid tidak belajar
dalam kelas malah bermain di sekeliling bilik darjah.

Peranan guru sangat penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Peranan


pertamanya ialah guru perlu memastikan persekitaran pembelajaran di bilik darjah kondusif iaitu
tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam
pembelajaran. Guru mesti mengingati bahawa persekitaran yang sihat selalu mendorong murid
untuk minat belajar dan dapat mengurus kelas dengan baik.

Selain itu, guru mesti memastikan persekitaran fizikal kelas yang boleh menyumbang
kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan
murid. Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalam pembelajaran
murid. Guru tersebut perlu memastikan susunan dan reka bentuk fizikal bilik darjah, sumber
bahan pembelajaran yang terdapat dalam kelas, tempat ruang, beri perhatian kepada
pencahayaan, pengudaran, perabot dan akhirnya guru perlu memastikan bahawa kelas
tersebut sentiasa dalam keadaan bersih.

Di samping itu, persekitaran psikososial amat penting untuk murid-murid tersebut. Faktor
yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan
pengajaran, gaya kepimpinan dan, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan oleh
guru di dalam bilik darjah. Guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif
dan juga gaya pembelajaran murid yang berbeza. Seterusnya, guru perlu menyediakan aktiviti
pembelajaran yang memberikan peluang kepada murid- muridnya menggunakan gaya
pembelajaran tersendiri dan apa yang sangat penting ialah guru perlu mengamalkan amalan
demokrasi yang selalu berbincang dengan murid, memberikan murid peluang bersuara,
mendengar pandangan mereka serta memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat
keputusan dengan sendiri. Peraturan dan rutin melicinkan proses pembelajaran di dalam bilik
darjah jika murid faham dan mengetahui tanggungjawab mereka masing-masing. Maka, guru
tersebut perlu memastikan peraturan-peraturan yang terdapat dalam jadual kelas ataupun
dalam buku peraturan perlu jelas, ringkas dan penting harus dipaparkan di dalam bilik darjah
untuk pengetahuanb murid-murid

Tambahan pula, untuk menyelesaikan ataupun mengawal murid-murid dalam keadaan


huru-hara seperti dalam gambar rajah tersebut, guru perlu menjalin dan membina sesebuah
hubungan yang harmonis dengan murid-murid yang perlu melalui beberapa proses social yang
memerlukan usaha dari guru. Pada mulanya, guru perlu menarik murid ke dalam pembelajaran
dengan sikap mesra dan mudah didekati tetapi tegas dalam menentukan bata-batas
pembelajaran dan memastikan

Justeri itu, guru perlu memastikan penampilan mereka dan bahasa yang guru
menggunakan kepada murid-murid perlulah sopan. Sentiasa menjaga tingkah laku murid di
depan murid-murid kerana sikap guru yang kasar akan dibenci oleh murid-murid. Guru perlu
menunjukkan minat dalam pengajaran supaya murid juga akan minat untuk belajar, sentiasa
ceria dan tenang dan mengambil berat tentang murid.

Selain daripada itu, guru perlu mengingati nama murid dan memnaggil dengan nama
masing-masing. Sebagai seorang guru, perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati
nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Hal ini juga dapat menolong guru
dapat mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku boleh
memanggil nama murid dan menegurnya.

Selain itu, guru itu perlu menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah.
Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid membangkitkan motivasi intrinsik
kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid
terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan
kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh
menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan membangkitkan semangat setikawan dan
kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid. Tambahan pula, melibatkan murid dalam
membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas dan p$p
merupakan salah satu strategi untuk membina hubungan antara guru-murid. Beri peluang
kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas. Murid-
murid akan berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut.

Pengurusan disiplin bilik darjah ini juga boleh diterangkan sebagai idea bagaimana guru
mengawal murid untuk bertingkah laku positif agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Fokus utama pengurusan disiplin bilik darjah adalah untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar selaras dengan pendapat Jacob Kounin (1970) yang mana beliau
menyatakan bahawa pengurusan disiplin bilik darjah yang teratur bergantung kepada
kemahiran guru menangani masalah daripada berlaku dan bukannya bagaimana guru
menyelesaikan masalah yang berlaku.

Menurut model disiplin asertif canter guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-
peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Guru itu perlu menjadi seorang guru yang asertif yang jelas dengan matlamat
pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif
mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Seterusnya, guru assertif mengenakan
tindakan pembetulan ke atas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang, konsisten iaitu
tindakan yang sama yang dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-
mana murid, apabila murid telah menunjukkan tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan,
berikan peluang untuk murid untuk meluahkan perasaan dan guru perlu mempunyai cara
komunikasi yang berkesan dalam menangani salah laku murid. Lagi lagi pula, guru perlu
mendekati murid-murid ini dan cuba dapatkan kepercayaan mereka terhadap guru, berikan
perhatian dan keperluan yang diperlukan oleh murid-murid ini yang tidak didapati sebelum ini
dan cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih kerap dengan murid-murid yang sukar
ini.

Secara kesimpulan, untuk membuat satu transformasi yang baru dalam kelas tersebut
peranan guru dalam pengurusan bilik darjah sangat penting. Guru mesti menyediakan bilik
darjay yang kondusif untuk murid-murid. Guru juga perlu membina suatu hubungan yang positif
di antara guru dengan murid supaya p&p berjalan dengan lancar dan akhirnya guru juga perlu
menguruskan bilik darjah dengan betul dan menggunkan kaedah yang sesuai untuk mengawal
murid-murid dalam kelas.
SOALAN 2

Berdasarkan rajah di atas, saya cadangkan ‘Model Beyond Discipline Alfie Kohn adalah
sangat sesuai untuk pengurusan bilik darjah yang paling kondusif. Dalam model ini Kohn
menyatakan bahawa konsep bilik darjah sebagai komuniti iaitu sebuah tempat murid-murid
berasa disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Mereka rasa dihargai dan dihormati;
di mana setiap murid adalah penting antara satu sama lain dan juga kepada guru. Mereka
melihat diri mereka di dalam kelas sebagai ‘satu’, mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai.
Hasilnya, mereka berasa selamat di dalam bilik darjah bukan sekadar secara fizikal tetapi juga
secara emosi. Daripada perkara di atas kita dapat dilihat model ini sangat sesuai untuk
mengubah suai keadaan kelas tersebut kerana kalau murid berfikir bilik darjah adalah satu
komuniti dan berasa disayangi secara tidak langsunya pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar

Tambahan pula, keutamaan bagi model adalah membina bilik darjah yang penyayang,
prihatin dan menyokong murid-murid supaya dapat meneroka topic atau p&p yang diminati
mereka dengan mendalam. Untuk merealisasikan konsep ini, murid saharusnya dibenarkan
untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam hal-hal yang melibatkan bilik darjah mereka
terutamanya masalah yang berkaitan dengan p&p dan pengurusan bilik darjah yang akan
memberikan kepada mereka. Apabila murid-murid melibatkan diri sepenuhnya dalam kelas,
mereka akan lebih yakin semasa belajar di dalam kelas dan berani bertanya soalan kepada
guru, mereka aka berasa dihargai dan dihormati, mereka bertindak dan berfikir sebagai satu
kumpulan, mereka mempunyai rasa kepunyaan dan rasa saling berkait antara satu sama lain.
Hal ini dapat mengawal murid-murid dalam kelas dan mereka juga akan berasa selamat di
dalam bilik darjah bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara emosi.

Seterusnya, dengan menggunakan model ini guru tersebut boleh mengamalkan


beberapa strategi untuk membentuk bilik darjah yang berkomuniti. Pertamanya ialah, guru
membina satu hubungan yang positif antara murid. Dalam rajah tersebut, murid-murid tidak
menghormati guru langsung, dan mereka bermain di sekeliling bilik darjah walaupun guru
berada di dalam kelas. Apa yang model ini menyatakan bahawa murid akan bersikap
menghormati sekiranya individu yang penting di persekitaran mereka iaitu guru juga bersikap
menghormati mereka. Mereka akan mengambil berat tentang orang lain sekiranya mereka
merasakan dirinya diberi perhatian. Sekiranya keperluan emosi mereka dipenuhi, mereka akan
lebih cenderung untuk membantu orang lain dan mengurangkan sikap mementingkan diri
sendiri.

Selain itu, meningkatkan hubungan antara murid dengan murid. Guru boleh melakukan
beberapa aktiviti yang efektif untuk meningkatkan hubungan sesama murid iaitu pembelajaran
koperatif, saling mengenali dan berkenalan, atau mencari rakan untuk berkongsi pendapat
tentang perkara yang dibincangkan menggalakkan perkongsian perspektif di mana murid
melihat situasi berdasarkan pandangan orang lain, mengadakan bulletin atau majalah kelas,
membuaT persembahan, bersama-sama melakukan kerja kebajikan untuk komuniti luar dan.
Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat menarik perhatian murid dalam melibatkan diri dalam pengajaran
dan pembelajaran dan mereka juga lebih koperatif antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi guru
juga boleh mengadakan perjumpaan mesyarat kelas untuk melibatkan semua murid di dalam
kelas dan bertanya soalan- soalan yang mereka dapat menjawab, contohnya tentang sekolah,
masalah murid dan persekitaran pembelajaran murid. Maklumat- maklumat tersebut dapat
membantu guru mengenali murid dan menyediakan aktiviti yang dapat merangsang minat murid
untuk belajar dan hadir ke sekolah.

Mengikut Kohn, apabila murid diberikan ganjaran terhadap apa-apa yang dilakukan,
mereka selalunya tidak mempunyai rasa tenggungjawab terhadap perkara tersebut, tidak faham
tujuan tingkah laku itu dilakukan dan sebab mereka perlu melakukanya kerana mereka lebih
tertumnpu kepada ganjaran yang akan diterima. Model ini juga menyatakan peraturan bilik
darjah tidak akan berfungsi untuk membentuk sahsiah murid kerana murid kerana murid akan
sentiasa mencari helah untuk mengelakkan peraturan dan dendaan. Apabila, guru semakin
mengawal murid dan cuba membuat mereka patuh kepada peraturan, maka semakin luar untuk
guru membentuk murid yang mempunyai nilai moral yang tinggi seperti gambar rajah di atas,
dan mampu berfikir sendiri dan mengambil berat tentang orang lain serta persekitaran.

Justeru itu, guru perlu berfikir sebelum menetapkan perkara-perkara yang murid perlu
patuhi dan lakukan. Guru sepatutnya sedar tentang peraturan yang ditetapkan dan tujuan
peraturan tersebut perlu dipatuhi. Guru perlu berfikir sama ada dengan mengadakan aktiviti p&p
atau aktuiviti kelas yang menyeronokkan di mana semua murid terlibat dan terangsang dengan
p&p tersebut. Seterusnya, guru boleh bersama-sama dengan murid untuk menjadikan komuniti
bilik darjah mereka sebagai sebuah komuniti yang demokratik dengan membincangkan
perkara-perkara yang melibatkan keselamatan di dalam bilik darjah dan hak peribadi murid dan
guru. Semasa menetapkan peraturan, beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh guru.
Antaranya ialah, elakkan daripada mengadakan peraturan yang terlampau banyak sekatan,
guru yang memberikan arahan secara berhemah dan menghormati murid lebih diterima
daripada guru yang hanya mengarah. Perkara yang paling penting ialah murid dapat menerima
peraturan yang ditetapkan.

Menurut Solomon, et al. (1992) guru boleh mengadakan mesyuarat kelas untuk
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab dan cara menghormati
antara satu dengan yang lain di dalam bilik darjah. Aktiviti tertentu boleh dijalankan untuk
membantu murid belajar tentang nilai etika, hormat-menghormati dan tanggungjawab antara
satu sama lain. Selepas aktivit tersebut guru boleh mengadakan sesi perbincangan bersama-
sama murid untuk membuat refleksi tentang kepentingan nilai yang diterapkan dalam aktiviti
yang telah dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti membersihkan kelas bersama-sama. Ketika
aktiviti tersebut setiap orang bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam
memastikan kelas bersih dan ceria. Dalam gambar rajah tersebut, kelas tidak bersih dan ceria.
Apabila guru mangamalkan strategi yang terkandung dalam model ini, maka bilik darjah
sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan seronok untuk belajar. Apabila wujud masalah
tingkah laku guru hendaklah mengajar murid cara bertingkah laku dengan betul dengan
mengambil kira kepentingan murid dan rakan-rakan yang lain. Guru perlu memberikan
kesedaran kepada murid-murid bahawa tingkah laku yang salah akan mengakibatkan suasana
di dalam bilik darjah menjadi tegang atau huru hara. Daripada gambar atau rajah di atas, kita
dapat ketahui bahawa guru tersebut memberikan nasihan ataupun kesederan tentang tingkah
laku yang salah.

Sebagai kesimpulan, semua perkara yang dibincangkan merupakan strategi-strategi yang


boleh membantu guru untuk membina sebuah bilik darjah sebagai satu komuniti yang
membuatkan murid berasa disayangi dan dihargai. Komuniti yang mempunyai persekitaran
yang sihat di mana setiap murid mempunyai rasa kepunyaan terhadap persekitaran mereka..
Menurut Bickart et al. (2000) apabila guru mengajar nilai yang baik kepada murid, murid akan
mengjormati guru pada setiap masa, kemahiran menyelesaikan masalah akan meningkat bukan
secara kekerasan tetapi secara berhemah. Persekitaran yang sebegini dapat memupuk
kesedaran murid untuk mempunyai kawalan kendiri dan mempunyai autonomi ke atas segala
tindakan yang dilakukan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan bahawa Model Beyond Discipline
Alfie Kohn adalah sangat sesuai untuk menggelakan keadaan huru-hara dalam kelas tersebut
dan meningkatkan rasa hormat pada guru kelas untuk berjalan pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas dengan lancar.
RUJUKAN

Alberto, P. A. Troutman, A. C. (2012). Applied Behaviour Analysis for Teachers, (9 ed.), New

Jersey: Pearson Education.

Kounin, J. (1970). Discipline and Group Management in Classrooms, New York: Holt, Rinehart

& Winston.

Bickart, T.,Jablon, J.,and Dodge, D. (2000). Building a Classroom Community. In In Charles,

C. M. (2008), Today’s Best Classroom Management Strategies: Paths to Poasitive Discipline

Boston: Allyn & Bacon.

Kohn, A. (2001). Beyond Discipline : From Compliance to Community. Upper Saddle River

NJ: Merill / Prentice Hall.

Solomon, D., Schapes, E., Watson, M. & Battistich, V. (1992). Creating Caring School and

Classroom Communities fo all Students. In Charles, C. M. (2008). Today’s Best Classroom

Management Strategies: Path to Possitive Discipline. Boston: Allyn & Bacon.


PENGHARGAAN

Bersyukur kami kerana dapat menyiapkan kertas kursus dengan jayanya. Pertama
sekali kami mengucapkan ribuan terimah kasih kepada Institut Pendidkan Guru Kampus Ipoh
kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Kanthasamy A/L Sundara
Rajoo yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami
dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada
kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti
rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih kepada raka-rakan kami yang membantu
saya seperti memberi atau bertukar-tukar idea dan semasa membuat kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

You might also like