You are on page 1of 9

International Journal of Social Science Research

eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

International Journal of Social Science Research (IJSSR)


eISSN: 2710-6276 | Vol. 3 No. 4 [December 2021]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL: KOMPETENSI


PROFESIONAL DALAM KALANGAN KAUNSELOR DI
MALAYSIA

(PROFESSIONAL RESPONSIBILITY: PROFESSIONAL


COMPETENCE AMONG COUNSELORS IN MALAYSIA)

Hadijah Johari1* dan Abu Bakar Abdullah2


12
Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kaunseling & Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah, Kedah, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: hadijah@unishams.edu.my

Abstrak: Kompentensi profesional merupakan salah


Article Information: satu cabang perbincangan akademik yang khusus bagi
Article history: pengurusan tanggungjawab profesional dalam
kalangan kaunselor di Malaysia. Kompentensi ini lebih
Received date : 25 November 2021 menjurus ke arah pembentukan prinsip-prinsip yang
Revised date : 20 December 2021 menentukan tingkah laku beretika serta amalan terbaik
Accepted date : 22 December 2021
Published date : 30 December 2021 demi kemenjadian seorang kaunselor. Kajian ini
dijalankan bagi memperincikan dapatan kajian bab 4
To cite this document: iaitu Competence to Pratice: Building and Maintaining
a Foundation for Doing Good and Avoiding Harm
Johari, H., & Abdullah, A. (2021).
TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL:
dalam buku Ethic in Counseling and Psychotherapy oleh
KOMPETENSI PROFESIONAL Elizabeth Reynolds Welfel serta Kod Etika Kaunselor
DALAM KALANGAN KAUNSELOR Lembaga Kaunselor (Malaysia). Kajian ini
DI MALAYSIA. International Journal menggunakan kaedah perbandingan dalam
of Social Science Research, 3(4), 201- memperincikan data yang terdapat dalam teks kajian.
209.
Terdapat 2 kajian yang terpilih bagi analisi kajian ini.
Setiap kajian yang dipilih memenuhi kriteria seperti
definisi, tuntutan kod etika, pra syarat, faktor, langkah
pencegahan yang hanya melibatkan kajian berkaitan
kompentensi profesional. Keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan bahawa masih terdapat banyak
perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap
kajian-kajian berkaitan isu utama etika dan kajian kes
kompentensi. Kesimpulannya, kajian-kajian seterusnya
berkaitan kompentensi profesional perlu dijalankan
bagi memenuhi agenda perubahan dalam dunia
kaunseling. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan

201

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

bagi pengkaji akan datang bagi melakukan kajian


lanjutan.

Kata kunci: Tanggungjawab Profesional, Kompetensi


Profesional, kaunselor di Malaysia, kod etika, kaedah
perbandingan.

Abstract: Professional competence is one of the


branches of academic discussion that is specific to the
management of professional responsibilities among
counselors in Malaysia. This competency is more
towards the formation of principles that determine
ethical behavior and best practices for the sake of
becoming a counselor. This study was conducted to
detail the findings of chapter 4, namely Competence to
Practice: Building and Maintaining a Foundation for
Doing Good and Avoiding Harm in the book Ethics in
Counseling and Psychotherapy by Elizabeth Reynolds
Welfel and the Board of Counselors Code of Ethics
(Malaysia). This study uses a comparative method in
detailing the data found in the study text. There were 2
studies selected for the analysis of this study. Each
selected study meets criteria such as definitions, code of
ethics requirements, preconditions, factors, preventive
measures that only involve studies related to
professional competence. Overall, the findings of the
study indicate that there are still many things to pay
attention to in studies related to key ethical issues and
competency case studies. In conclusion, further studies
related to professional competence need to be conducted
to meet the agenda of change in the world of counseling.
The results of this study can be used as a reference for
future researchers to conduct further research.

Keywords: Professional Responsibilities, Professional


Competencies, counselors in Malaysia, code of ethics,
comparative methods.

202

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

1. Pengenalan
Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat (2010) mentakrifkan kompetensi sebagai kecekapan.
Justeru, kompetensi ialah kecekapan yang dimiliki seseorang untuk melaksanakan tugas
tertentu dengan mahir dan berpengetahuan. Kompetensi merupakan ciri khusus yang melatih
seseorang dalam bidang tertentu yang merangkumi kemahiran teori malah turut menentukan
pemikiran, watak, nilai dan pengendalian situasi masalah dengan baik.

Seorang kaunselor, menurut Barnett dalam Mohd Khir Johari Bin Abas (2016), mestilah
dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan. Perkara ini turut dinyatakan dalam Kod Etika
Kaunselor Malaysia (2008) yang menyatakan bahawa kaunselor mesti berlatih dalam
persekitaran yang tidak diskriminasi, dalam lingkungan profesional dan kecekapan peribadi
serta mengikut Kod Etika Lembaga Kaunselor.

Justeru, kajian analisis ini dibuat untuk meneliti beberapa aspek dalam bab 4 iaitu Competence
to Pratice: Building and Maintaining a Foundation for Doing Good and Avoiding Harm dalam
buku Ethic in Counseling and Psychotherapy oleh Elizabeth Reynolds Welfel serta Kod Etika
Kaunselor Lembaga Kaunselor (Malaysia) berkaitan kompetensi profesionl dalam kalangan
kaunselor di Malaysia.

1.1 Persoalan Kajian


Kajian ini adalah untuk menjawab soalan berikut:

1. Apakah 3 komponen kompetensi?


2. Apakah pra syarat kompetensi kaunselor?
3. Mengapakah kaunselor hilang kompetensi?
4. Bagaimanakah cara mengekalkan kompetensi?
5. Apakah isu utama etika kompetensi kaunselor?
6. Apakah contoh kajian kes kompetensi kaunselor?

2. Ulasan Kajian Lepas


Norzaliza Alis (2017) dalam kajiannya mendapati bahawa keupayaan untuk melakukan terapi
kemahiran dipengaruhi bukan sahaja oleh pengalaman sekolah, tetapi juga oleh bagaimana
pelajar kaunseling melihat keupayaan mereka untuk melaksanakan sesi kaunseling yang
berkesan (Larson & Daniels, 1998; Bandura, 1991; Kirsch, 1986). Kepercayaan yang kuat
terhadap kecekapan seseorang untuk melaksanakan pelbagai kebolehan yang diperlukan,
membolehkan pelatih kaunselor mengintegrasikan kemahiran diri ke dalam persekitaran
kaunseling di bawah penyeliaan (Urbani, et al., 2002; Scott, 1995).

Selain itu, menurut Mohd Khir Johari et al. (2016) untuk menerapkan agama dalam kaunseling,
seorang kaunselor mestilah mempunyai kelayakan yang diperlukan, menjadi seorang
profesional dengan kepercayaan yang dipercayai, mematuhi kod etika dan cuba menyepadukan
pandangannya tanpa mengenakannya kepada klien.

Seterusnya, kajian pada 2017 oleh Nurul Hasyimah Mat Rani mendapati bahawa pengetahuan
etika, pandangan etika, orientasi prinsip etika dan kecekapan mempengaruhi tingkah laku etika
kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling. Akibatnya, profesional mesti berlatih dalam

203

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

bidang kepakaran mereka untuk mengelakkan bahaya kepada klien (Muntut dalam Elizabeth
Reynolds Welfel: 2015).

3. Perbincangan
3.1 Apakah Tiga (3) Kompetensi Kaunselor?
Pada asasnya kompetensi merujuk proses oleh profesional yang berkerja sama secara berkesan
dengan profesional lain dengan mengikut kriteria yang diterima. Walau bagaimanapun ianya
mempunyai perbeza tahap kesempurnaan. Hal ini, kerana kompetensi boleh diukur seperti
daripada tidak cekap menjadi sangat cekap.

Terdapat tiga (3) komponen utama kompetensi sumber daya manusia menurut Hutapea dan
Thoha (2008) dalam Elizabeth Reynolds Welfel: 2015) iaitu pengetahuan yang berkaitan
dengan pekerjaan, kamahiran dan keterampilan individu meliputi aspek teknikal dan klinikal
dan terakhir ialah ketekunan dengan kerja keras, perhatian yang konsisten serta mempunyai
kecekapan emosi.

Sebenarnya, kecekapan dan pengetahuan berkaitan kerana pengetahuan merangkumi


kesedaran tentang kandungan penting serta keupayaan untuk membuat keputusan yang sesuai
tentang pengetahuan dan penglibatan dalam keadaan tertentu. Kaunselor mesti sedar tentang
kepentingan mendapatkan dan mengekalkan pendidikan berterusan mengenai maklumat
saintifik dan profesional terkini dalam bidang serta mengambil langkah untuk mengekalkan
kecekapan dalam kemahiran yang digunakan dan bersedia menerima prosedur baharu serta
sentiasa dikemas kini termasuk yang berkaitan Etika Kaunseling Malaysia (Etika Kaunseling
Malaysia, 2008)

Jelaslah bahawa seseorang profesional mempunyai satu set kriteria objektif dan disahkan
secara saintafik untuk menilai teori dan penyelidikan baharu dalam usaha meningkatkan
kompetensi diri dan kecekapan intlektual melalui pendidikan berterusan (Sprull et all dan Pope
et.all dalam Elizabeth Reynolds Welfel (2015). Pengetahuan kaunselor akan bertambah melalui
pendidikan berterusan apabila menyambung pengajian dengan jaminan program yang dipilih
diakreditasi contohnya program kaunseling yang diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kaunseling
jika tidak kaunselor berisiko menjadi tidak berpengetahan kerana asas pengetahuan cepat
terhakis atau separuh ilmu yang dipelajari bersifat usang selepas satu (1) dekat pengajian
(Dubin et.all (1972) dan Jensen et.all (1979 dalam dalam Elizabeth Reynolds Welfel (2015).

Komponen kompetensi kedua ialah kemahiran yang merangkumi kemahiran teknikal dan
klinikal serta ketelitian dalam perkhidmatan melalui sebanyak mungkin diagnosis dan sesi
rawatan juga penyertaan aktif dalam penyelidikan dan perundingan tambahan dan keinginan
untuk menyelesaikan perkhidmatan. Kaunselor di Malaysia hanya boleh mempraktikkan
bidang kecekapan baharu selepas mempunyai pendidikan, latihan dan pengalaman yang diselia
dengan sewajarnya seperti yang termaktub dalam Etika Kaunselor (2008). Semasa mempelajari
kebolehan baharu dalam bidang baharu, kaunselor harus mengambil langkah berjaga-jaga
untuk memastikan kecekapan dalam kerjanya dan melindungi orang lain daripada potensi
bahaya.

Ketekunan iaitu kecekapan terkini dengan tertumpu pada penyediaan perkhidmatan yang
memberi manfaat kepada pelanggan, mengelakkan risiko kepada pelanggan, memenuhi
Piawaian Persatuan Profesional dan menumpukan pada prestasi profesional bukan keupayaan
204

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

semata-mata. Akibatnya, kaunselor mesti sedar tentang petunjuk kesukaran fizikal, mental atau
emosi diri. Jika ketidakupayaan mereka menimbulkan risiko kepada pelanggan atau orang lain
maka mereka tidak seharusnya menawarkan atau menyediakan perkhidmatan profesional
(Etika Kaunselor Malaysia: 2008)

3.2 Apakah Pra Syarat Kompetensi Kaunselor?


Kaunselor mesti berlatih untuk meningkatkan had kompetensi demi mengelakan bahaya
kepada klien. Terdapat dua (2) pra syarat kompetensi kaunselor iaitu mendapat latihan tahap
latihan formal iaitu melalui sistem pendidikan formal seperti menyambung pengajian pada
tahap ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta mendapatkan latihan yang
diawasi melalui praktikum sekurang-kurangnya menyelesaikan 200 kes dan intensif atau kajian
lapangan antara 500 hingga 510 kes. Jelaslah syarat-syarat tersebut perlu dipenuhi bagi menilai
kebolehan dan keberkesanan mereka sebagai kaunselor (Etika Kanunselor Malaysia: 2008).

3.3 Mengapakah Kaunselor Hilang Kompetensi?


Kaunselor harus memperoleh dan memahami semua piawaian etika dan kebolehan yang
diperlukan dalam proses membantu klien mengikut masa dan tempat yang sesuai, menurut
Mohamed Sharif Mustaffa et al. (2003). Jika kod etika tidak dipatuhi dan kemahiran yang
digunakan tidak sesuai maka situasi tersebut akan memberi kesan kepada keseluruhan proses
kaunseling yang akhirnya menyebabkan klien lebih sukar untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi kerana hilang kepercayaan kepada kaunselor.

Klien mungkin hilang kepercayaan kepada kaunselor jika mereka menghadapi tekanan kerja
akibat kerja yang berlebihan, keletihan bekerja akibat kurang rehat, atau masalah kerja akibat
penggunaan bahan terlarang, yang kesemuanya memberikan implikasi negatif seperti
kemerosotan emosi, keletihan, hilang belas kasihan dan keletihan. Kaunselor kehilangan
kecekapan atas pelbagai sebab termasuk keletihan juga burnout. Burnout terjadi akibat tekanan
daripada jangkaan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu tugasan, sedangkan jangkaan yang
diharapkan adalah sesuatu yang sukar dan mustahil untuk dicapai; tambahan pula, seseorang
itu dikatakan bekerja terlalu keras dan terlalu sensitif, tetapi setelah gagal mendapat sesuatu
yang diharapkan maka akan berlaku perubahan sikap dan gejala negatif serta gejala burnout
iaitu kelesuan emosi (Freudenberger dalam Sajoli Bin Masdor (2019).

Sekiranya situasi ini timbul dalam kalangan kaunselor, Kod Etika Kaunselor Malaysia
(Malaysia: 2008) telah menawarkan arahan yang jelas iaitu kaunselor dinasihatkan untuk tidak
melaksanakan perkhidmatan profesional. Jika perkhidmatan profesional kaunselor terancam
oleh batasan sedemikian maka dia harus mendapatkan bantuan untuk sebarang isu yang boleh
menjejaskan keselamatan klien atau orang lain. Hal ini, telah ditunjukkan dalam kalangan
kaunselor, menurut dapatan kajian Philips (2011) dalam Elizabeth Reynolds Welfel (2015),
yang menunjukkan bahawa pengamal kesihatan mental akan menerima terapi sekurang-
kurangnya sekali semasa kerjaya. Walau bagaimanapun, kerana kaunselor yang bermasalah
tidak merujuk ahli yang betul, kekurangan masa, mengalami cabaran kewangan dan tidak
menerima masalah peribadi akhirnya, isu ini akan terus berlaku Elizabeth Reynolds Welfel
(2015).

205

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

3.4 Bagaimanakah Cara Mengekalkan Kompetensi?


Baker (2003) dalam Elizabeth Reynolds Welfel (2015) yang menasihatkan kaunselor agar
memantau status emosi terhadap tekanan diri dan mengambil langkah pencegahan terhadap
perkara yang boleh menjejaskan kompetensi diri seperti langkah berikut:

Rajah 1: Langkah Pencegahan Mengekalkan Kompetensi


Kenali risiko amalan • Praktik dan kenal pasti tingkah laku yang mengekalkan kerjaya seperti masa untuk
kesihatan mental keseronokan kerjaya, kurang kesan negatif dalam tekanan kerja dan mempunyai
sistem sokongan profesional.
Tetapkan had yang • Tentukan bilangan kes yang boleh dibantu (tidak boleh terlalu kompromi dan
jelas terlalu komited)
Gunakan nasihat • Saranan untuk menjalani:
yang diberikan i. rawatan diri secara profesional
kepada klien ii. rawatan diri peribadi
Kenali kelemahan • Mendapatkan sokongan terdekat saat tekanan kerja dan kerumitan kehidupan
diri • Turut serta program Bantuan Rakan Sebaya (APA: 2023)
Kaunseling peribadi • Mendapatkan terapi untuk meningkatkan fungsi diri dan atasi masalah yang timbul

Bersedia hadapi • Hadapi tekanan pasca truma sekunder dengan perkhidmatan sokongan
tekanan

Jelaslah bahawa isu hilang kompetensi dalam kalangan kaunselor harus dipandang serius.
Justeru, semua langkah dalam rajah 1 boleh diaplikasikan agar dapat mengelakkan bahaya
kepada klien akibat tekanan dan keletihan emosi.

3.5 Apakah Isu Utama Etika Kompetensi Kaunselor?


Hakikatnya setiap kaunselor dan ahli terapi mempunyai cabaran emosi dan pemikiran dalam
kehidupan peribadi yang akhirnya menyebabkan kompetansi diri semakin menurun. Buktinya,
menurut Coster (1997) dalam Elizabeth Reynolds Welfel (2015) bahawa 62% kaunselor dan
ahli terapi bekerja ketika dalam tekanan dan 82% tidak beretika untuk sesi bersama klien.
Jelaslah, isu etika ini perlu ditangani segera bagi mengelakkan klien mendapat bahaya yang
berpunca daripada amalan yang tidak kompeten dan mengelak daripada memberi akses dengan
perkhidmatan yang mungkin tidak bermanfaat. Rajah 2 menjelaskan perbincangan beberapa
isu kompetensi dalam Kod Etika Kaunselor Lembaga Kaunselor Malaysia (2012) dan Code of
Ethic (American Counseling Association (2014). Menurut Siti Noorjannah (2020) penyediaan
kod etika kaunselor Malaysia adalah merujuk pada Code of Ethics (American Counseling
Association) dan terdapat persamaan kedua-dua kod etika ini.

Rajah 2: Isu Utama Etika Kaunselor


Kod Etika Kaunselor Lembaga Code of Ethic (American Counseling Isu Etika
Kaunselor Malaysia (2012) Association (2014).
C.2. Kompetensi profesional Section A Isu Kecekapan dan latihan
The Counseling Relationship • 4 kaunseling
C.2.a. Sempadan kompetensi Section B
C.2.b Bidang kepakaran baru Confidentiality and Privacy • 6 i. Isu berkaitan
C.2.f Pendidikan berterusan Section C kepakaran bidang
C.2.g. Ketidakupayaan Professional Responsibility • 8 baharu (tentang
C.2.h. Ketidakmampuan Section D kemurahan hati /
kaunselor atau penamatan Relationships With Other Professionals • 10 beneficence
praktis Section E kaunselor dengan
Evaluation, Assessment, and klien.
Interpretation • 11

206

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Section F Isu pendidikan berterusan


Supervision, Training, and Teaching • 12
Section G ii. Sejauhmanakah
Research and Publication • 15 sambung belajar
Section H ini mampu
Distance Counseling, Technology, meningkatkan
and Social Media • 17 kecekapan/
Section I kompetasi?
Resolving Ethical Issues • 18
Glossary of Term Isu layak untuk perkerjaan

iii. Kelayakan
pegawai
psikologi
menangani isu
berkaitan
kaunseling

Jelaslah berdasarkan rajah 2 menjadi tanggungjawab semua kaunselor untuk berbuat baik,
menghindari bahaya, bekerja dengan ilmu dan kemahiran, memantapkan kecekapan dan ada
penambahbaikan secara berkala dengan menjadikan kod etika sebagai sumber pendidikan
formal, praktis diawasi, pendidikan berterusan demi terus meningkatkan kecekapan. Malah
pada masa yang sama memastikan skop amalan menjadi standard profesional yang menjamin
perancangan yang sistematik dan komprehensif (ikut kod & standard) sentiasa berhati-hati
mempraktikan pendekatan yang belum diuji demi melindungi kesejahteraan pelanggan serta
tidak menggunakan intervensi yang belum terbukti. Menurut wise (2012) dalam Elizabeth
Reynolds Welfel (2015) menyarankan beberapa prinsip sebagai model rawatan diri iaitu
penekanan kepada pertumbuhan, kesungguhan dalam tindakan, kesedaran tentang timbal balik
iaitu menjaga diri dan jaga orang lain agar wujudnya kepuasan belas kasihan. Jika kaunselor
didapati berlatih di luar batasan kompetensi maka kaunselor berkemungkinan berbahadapan
dengan beberapa risiko seperti memberikan perkhidmatan yang tidak kompeten, berisiko
menerima aduan juga berisiko dikenakan tuntutan saman yang akhirnya nanti pihak mahkamah
boleh mendakwa atas tuduhan tindakan kecuaian seperti kecederaan dan kemudaratan kepada
diri klien.

3.6 Apakah Contoh Kajian Kes Kompetensi Kaunselor?


Rajah 3 ialah ringkas maklumat kajian kes yang ada dikemukan oleh Elizabeth Reynolds
Welfel (2015) berhubung kompetensi Dr. Marsello yang berasal dari Itali iaitu seorang ahli
Psikologi berlesen selama 5 tahun yang mempunyai kepakaran dalam bidang terapi keluarga.
Beliau sangat kompeten kerana memiliki latihan akademik tetapi pengalaman diawasi yang
terhad. Walau bagaimanapun, pada suatu hari dia didatangi oleh Mr. dan Mrs Tuner iaitu orang
Amerika Afrik yang mempunyai anak remaja yang sering ponteng sekolah, mengabaikan
perintah berkurung dan mengganggu kehidupan keluarga jiran. Justeru, wajarkah sesi
kaunseling tersebut diteruskan?

207

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rajah 3: Kajian Kes Kompetensi Kaunselor

Jelaslah berdasarkan rajah 3 tersebut Dr. Marcello perlu membuat pertimbangan sewajarnya
sama ada hendak meneruskan sesi atau sebaliknya kerana timbul isu kompetansi dirinya selaku
kaunselor miskipun telah memenuhi syarat kecekapan. Antara halangan kompetensi yang
wujud ialah apabila di agensinya tiada profesional terlatih kecuali dirinya walau
bagaimanapun, pada masa yang sama pengalaman diawasinya yang terhad.

Oleh sebab itu, langkah alternatif yang boleh diambil oleh Dr. Marcello seperti membawa kes
tersebut kepada profesional lain yang lebih kompeten dan pada masa yang sama terus
mendapatkan sokongan luar. Walau bagaimanapun, langkah tersebut tetap mendatangkan
risiko kepada kedua-dua pihak apabila profesional gantian tersebut tiada jaminan tentang
keberhasilan sesi atau berkemungkinan klien tetap mahu meneruskan sesi bersama Dr.
Marcello tetapi adanya campur tangan luar. Justeru, saat ini keutamaan adalah untuk mengelak
bahaya daripada amalan tidak kompeten dan mengakses perkhidmatan yang tidak bermanfaat.
Jelas saat itu keselamatan diri klien menjadi keutamaan.

4. Kesimpulan dan Cadangan


Kajian ini mengkaji tanggungjawab professional iaitu kompetensi profesional dalam kalangan
kaunselor di Malaysia. Hakikatnya, amat mencabar untuk menguasai kompentensi dan
kecekapan kaunseling yang berkesan untuk semua situasi klien. Namun begitu, ketepatan
seseorang penyelia dalam mengukur kompentensi dan kecekapan amat penting dalam
membantu meningkatkan kemahiran seorang kaunselor pelatih di bawah seliaannya.
Berdasarkan hasil kajian ini banyak lagi gap kajian yang boleh diisi bagi isu kompetensi
profesional dalam kalangan kaunselor di Malaysia seperti perbandingan antara kompetensi
profesional dalam Kod Etika Kaunselor dan Code of Ethics (American Counseling
Association). Justeru, dicadangkan bagi pengkaji seterusnya untuk meluaskan kajian kepada
bahagian lain dalam Kod Etika Kaunselor.

208

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.


International Journal of Social Science Research
eISSN: 2710-6276 | Vol. 3, No. 4, 201-209, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijssr

Rujukan
Bandura, A. (1991). Social cognitive theory in self-regulation. Organizational Behavior and
Human Decision Processes, 50 (2), 248-287.
Elizabeth Reynolds Welfel. (2015). Ethics in Counseling and Psyhotherary Standards,
Resarch and Emerhing Issues. Cengage Lerning Boston USA
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4., tahun 2010.
Liley Saidi. (2018). Pandangan Kaunselor Mengenai Isu Perundangan dan Etika Kaunseling
Di Malaysia 2018 dalam https://www.researchgate.net/publication/ 329707721
Pandangan_Kaunselor_Mengenai_Isu_Perundangan_dan_Etika_Kaunseling
Di_Malaysia_2018
Mohd Khir Johari Bin Abas. (2016). Kompetensi Kaunselor Muslim Dalam Mengintegrasi
Islam Dalam Proses Kaunseling daripada prosiding Seminar Antarabangsa Kuanseling
Islam
2016:https://www.researchgate.net/publication/325708692_Kompetensi_Kaunselor_Mus
lim Dalam_Mengintegrasi_Islam_Dalam_Proses_Kaunseling
Mohamed Sharif Mustaffa. (2003). Kemahiran Asas Seorang Kaunselor dalam Seminar
Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) :
https://www.researchgate.net/publication/317087330_KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_
KAUNSELOR
Norzaliza Alis. 2017. Kompetensi Kaunseling melalui Refleksi Kendiri: Satu Kajian terhadap
Kaunselor Pelatih dalam Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 20: 105–115 dimuat turun
daripada http://jps.uum.edu.my/images/jps/20/8_JPS--Jilid-20.pdf
Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). (2008). Kod Etika Kaunselor.
Sajoli Bin Masdor. (2019). Kompetensi Pemikiran Dalam Kalangan Pemimpin Dalam
Membentuk Kesihatan Mental Organisasi Abad Ke 21 dalam International Conference on
Counselling and Behavioural Science (2019): https://www.masree.info/wp-
content/uploads/2019/11/PROCEEDINGS-ICCoBS-.pdf
Siti Noorjannah Abd Gani, yusfiza Yussoff. Perbandingan Kod Etika Kaunseling Malaysia
Dan ACA dalam https://www.academia.edu/8370423/ PERBANDINGAN_KOD_
ETIKA_KAUNSELING_MALAYSIA_DAN_ACA

209

Copyright © 2021 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved.

You might also like