You are on page 1of 4

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-

kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Terdapat tiga teori
penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai,
Teori Konstruktivisme dan Teori Hoka Hoki.
NEXT

Teori Kecerdasan Pelbagai


Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk
“seven ways of knowing, perceiving and understanding life”, beliau membuat kajian terhadap
pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk
yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta
definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini.
Kecerdasan dirumuskan sebagai:

 Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


 Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan
 Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.

NEXT

Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai lapan kecerdasan yang


berbeza yang boleh digunakan untuk memproses maklumat iaitu (JENIS-JENIS
KECERDASAN)

 Verbal – Linguistik
 Logikal – Matematik
 Visual – Ruang
 Kinestetik
 Muzikal
 Interpersonal
 Intrapersonal
 Naturalis

NEXT

1. Verbal – Linguistik maksudnya suka berbahasa: Kebolehan proses melalui bacaan,


pertuturan, menulis, memberitahu atau berlucu. Contohnya: Murid memberi
interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan.
2. Logikal – Matematik iaitu Kebolehan menkuantitikan, mengukur, membuat peta,
sekuen secara logikal. Sebagai contohnya: Murid menjalankan eksperimen sains
yang keputusannya di luar jangkaan murid.
3. Visual – Ruang iaitu Kebolehan membaca topografi, 3 dimensi, membuat corak,
bentuk, warna dan keseimbangan. Misalnya: Murid melukis sesuatu menggunakan
stail, media atau bahan baru.
4. Kinestetik iaitu Kebolehan membuat hands-on, respon kepada tugasan fizikal.
Contoh: Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama.
5. Muzikal maksudnya abiliti aural: Kebolehan sensitive pada irama, corak bunyi, kualiti
ton dan pic. Misalnya, Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih
seronok dan gemar didengar.
6. Interpersonal maksudnya interaksi dengan orang lain: Kebolehan respon kepada
keperluan orang lain. Sebagai contoh, Murid menginterpretasi motif watak seseorang
dalam cerita dan drama.
7. Intrapersonal maksudnya kendiri: Kebolehan menilai emosi, perasaan dan peribadi
sendiri. Contoh: Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan
apa yang dipelajari dengan sendiri.
8. Naturalis: Kebolehan memahami binatang, tumbuhan dan system planet. Misalnya,
Murid mencari cara menggunakan bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber
penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.
Lapan teori kecerdasan pelbagai yang saya nyatakan adalah dari Howard Gardner (1983)
dalam bukunya “Frames of Mind: Theory of Multiple Inlleigence”

NEXT

Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Seni dalam Pendidikan.


 Menyokong pembelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai.
 Membentuk kepelbagaian untuk menilai.
 Wujudkan suasana kolaboratif.
 Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam
pengejaran dan pembelajaran.
 Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri
 Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya
meningkatkan potensi diri.

NEXT

Teori Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini
murid akan menyesualkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksl mereka dengan objek dan idea.
Lev Vygotsky berpendapat bahawa perkembangan kognitif dan penggunaan bahasa kanak-
kanak tidak boleh diasingkan daripada konteks sosial. Menurut Vygotsky proses
perkembangan mental seperti ingatan, pemerhatian, dan penaakulan melibatkan
pembelajaran menggunakan hasil penemuan masyarakat seperti bahasa, system pengiraan,
dan alat-alat pengukuhan ingatan.

Behaviorism Kognitivisme Konstruktivisme


Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka
sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan
seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat
kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yng akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

NEXT

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


 Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru.
 Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran.
 Menyokong pembelajaran secara koperatif.
 Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
 Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar.
 Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengguna.
 Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
 Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
 Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

NEXT

IMPLIKASI daripada PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF


 Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berpusat.
 Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan
dan menyelesaikan.
 Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
 Membina pengetahuan baru berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.
 Guru mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan.
NEXT

PENERAPAN Teori Pembelajaran Vygotsky dalam Pengajaran dan Pembelajaran.


i. Guru harus mendampingi setiap kegiatan murid dengan aktif. Murid-murid
melaksanakan tugasan dalam Zone of Proximal Development dan guru menyediakan
scaffolding untuk murid semasa melalui ZPD.
ii. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif
kanak-kanak. Kerja berkumpulan secara koperatif dapat mempercepat
perkembangan murid.
iii. Tugasan kreatif boleh diperluaskan kepada pengajaran dan pembelajaran oleh rakan
sebaya, iaitu murid yang berpengetahuan mengenai sesuatu kemahiran boleh
ditugaskan untuk mengajar rakan yang agak tertinggal dalam pelajaran. Murid yang
berpengetahuan dapat membimbing rakan yang lain melepasi ZPD dengan lebih
efektif. Perkara ini akan berlaku kerana mereka sendiri baharu sahaja melepasi
tahap tersebut dan adalah lebih mudah untuk mereka mengesan kesulitan yang
dihadapi oleh rakan lain untuk menyediakan scaffolding yang sesuai.
Kesimpulannya, dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina
ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya.

You might also like