You are on page 1of 2

Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2002), kaunseling individu sebagai satu perhubungan

yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Dalam melaksanakan sesi kaunseling, penting bagi kaunselor untuk mengetahui isu-isu yang
dihadapi agar kaunselor dapat bersedia untuk menjalani sesi kaunseling. (Sapora Sipon dan
Ruhaya Hussin, 2020). Untuk mencapai objektif dalam sesi bimbingan dan kaunseling,
kaunselor mesti memastikan bahawa segala halangan yang boleh wujud dalam proses
kaunseling individu dielakkan. Ini kerana satu aduan yang biasa diterima daripada klien-klien
yang terlibat dalam proses kaunseling individu ialah mereka tidak dapat berkomunikasi dengan
kaunselor-kaunselor yang telah dilatih. Oleh itu, kaunselor mesti menunjukan rasa hormat
kepada klien, kalau tidak, halangan-halangan dalam proses kaunseling individu akan berlaku.
Terdapat beberapa faktor-faktor halangan terhadap keberkesanan proses kaunseling individu.

Halangan yang pertama ialah halangan fizikal. Ia adalah halangan yang nyata dan jelas.
Ia merujuk kepada benda-benda fizikal yang boleh mengganggu kelancaran proses kaunseling
individu. Berapa contoh halangan fizikal merupakan telefon, meja, tempat perjumpaan yang
tidak selesa dan bunyi seperti bunyi trafik, bunyi kuat, laluan keretapi dan lain-lain. Kaunselor
yang duduk di belakang mejanya semasa bercakap dengan klien merentasi meja tersebut
mewujudkan satu halangan fizikal iaitu jarak yang terlalu jauh telah menghalang proses
memberi maklumat kepada klien. Tambahan pula, nada suara yang tidak bersesuaian akan
menyebabkan klein salah faham dan mengganggu proses kaunseling. Ada juga klien
mengalami kecacatan fizikal. Contohnya, masalah pendengaran akan menyebabkan sesi
kaunseling akan berlarutan. Mimik muka yang terlalu serius juga akan menyebabkan klien
berasa takut untuk berkongsi cerita.

Selanjutnya, halangan kepada proses kaunseling individu yang kedua ialah halangan
persekitaran. Menurut W. Edgar Vinacke (1969), persekitaran adalah segala kuasa kompleks
yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Halangan persekitaran merujuk kepada aktiviti-
aktiviti sekeliling mempengaruhi corak dan kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan halangan persekitaran ialah persekitaran yang bising
dan menggalak tingkah laku sosial pasif. Murid-murid yang selalu terdedah kepada beberapa
persekitaran yang tertera di atas akan menyebabkan mereka memiliki konsep kendiri yang
rendah. Konsep kendiri yang rendah ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah sosial
dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mengganggu komunikasi khasnya dalam
proses kaunseling individu.
Halangan yang seterusnya ialah halangan sosial. Halangan sosial dan budaya melalui
tingkah laku bukan “verbal” ialah satu lagi sumber konflik dan kesalahfahaman yang boleh
berlaku dalam proses bimbingan dan kaunseling. Sebagai contoh dalam setengah budaya-
budaya negara barat, kontak mata antara seorang kaunselor dengan kliennya dianggap
sebagai satu tanda yang menunjukkan minat, kejujuran dan kredebiliti. Namun bagi budaya
timur, kontak mata yang tidak bertentangan merupakan satu simbol hormat dan sopan santun.
Oleh itu, jika kaunselor sedar tentang perbezaan tersebut, maka ia akan mengurangkan kesan
halangan-halangan komunikasi dalam proses bimbingan dan kaunseling. Justeru itu, kaunselor
perlu menghormati, memuji budaya danpeka kepada adat resam klien-kliennya yang berbeIa
dengan menggunakan perkataan, ekspresi yang tepat supaya halangan sosial dapat
dielakkan. Terdapat beberapa contoh halangan sosial iaitu kaunselor kurang minat untuk
mendengar luahan klien. Kaunselor tidak cakna atau tiada keinginan untuk mendengar apa
sahaja yang diluahkan oleh klien. Di samping itu, kaunselor membuat penghakiman serta
membuat penilaian negatif kepada klien menyebabkan klien tidak selesa untuk berkongsi cerita.
Ia boleh melemahkan motivasi klien untuk berubah kerana berpendapat bahawa beban
tugasnya terletak pada kaunselor sendiri untuk menyelesaikannya.

Kesimpulannya, kaunselor sepatutnya menitikberatkan dengan memahami dan


menyelesaikan faktor-faktor halangan yang mungkin berlaku dalam proses kaunseling individu.
Ini kerana faktor-faktor halangan dapat mengganggu kelancaran proses kaunseling individu.

You might also like