You are on page 1of 1

Grice maxim kesantunan Bahasa GKB

Grice telah mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan


hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan Beliau telah
membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:

i. maksim kuantiti

ii. maksim kualiti

iii. maksim pertalian (hubungan)

iv. maksim cara

Maksim kuantiti merujuk kepada apabila seseorang bercakap atau berkomunikasi


haruslah didukung dengan fakta atau data yang lengkap agar terhindar daripada yang tidak
benar atau lemah sebaliknya hendaklah membuat pernyataan yang betul dan tepat agar
maklumat yang diberikan itu diterima pendengar dengan hati terbuka. Jika pendengar
berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan hendaklah disampaikan melalui pernyatan
yang lebih kuat atau hujah-hujah yang kukuh.

Maksim kualiti pula bermaksud penutur tidak membicarakan hal yang benar sebaliknya


mengatakan hal yang palsu atau tidak mempunyai bukti yang cukup kuat. Dalam konteks ini
penutur akan memendamkan maklumat oleh sebab tidak ada pengetahuan yang cukup bagi
meyakinkan pendengar.

Maksim pertalian pula bermaksud ketika berkomunikasi haruslah releven atau berkaitan
dengan apa yang diucapkan. Penutur hendaklah bercakap dengan yang releven dan tidak
menyimpang dengan tajuk yang diberikan. .

Maksim cara pula merujuk kepada cara seseorang itu berkomunikasi. Jika penyampaiannya
menyingung perasan orang lain,dengan menggunakan bahasa kasar maka tujuan
berkomunikasi secara santun tidak tercapai.

You might also like