You are on page 1of 14

PENGGUNAAN ANALOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KhairulHasni Binti Abdul Kadir


(P61100)
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Analogi atau perumpamaan adalah salah satu kaedah yang banyak digunakan
terutamanya dalam proses pembelajaran bagi menerangkan maksud sesuatu konsep. Ia
digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau proses yang bersifat abstrak iaitu
perkara yang tidak dapat diperhatikan melalui pemerhatian mata. Penggunaan analogi
ini telah banyak dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam
mata pelajaran Sains paduan dan Sains tulen iaitu Kimia, Biologi dan Fizik. Kertas kerja
ini bertujuan untuk menghuraikan kepentingan penggunaan analogi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia turut memfokuskan penggunaannya di dalam
mata pelajaran sains di mana ia banyak membantu pelajar memahami fenomena alam
yang tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar.

Malah, analogi ini juga telah

digunakan di dalam kitab Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w., ini membuktikan
bahawa penggunaan analogi dapat meningkatkan pemahaman seseorang terhadap
sesuatu konsep atau perkara dengan lebih berkesan. Seterusnya kertas kerja ini
mencadangkan agar penggunaan analogi ini dapat diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains ke arah mencapai matlamat cabaran ke-6 dalam
wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang menjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

PENGENALAN

Mengikut kamus DBP melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
analogi membawa maksud persamaan dalam sesuatu hal atau sesuatu sifat dan maksud
kedua ialah perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang telah berlaku. Manakala mengikut
tafsiran Johansen (2002), analogi ialah perbandingan di antara dua perkara atau keadaan
yang mempunyai persamaan, sama ada ciri atau hubungan identiti dalam aspek tertentu.
Analogi mempunyai dua bahagian iaitu sasaran (target) di mana pengetahuan yang akan
diterangkan dan yang kedua ialah perwakilan (analog) bagi menerangkan sasaran tersebut
(Rajah 1). Contoh yang paling mudah untuk difahami ialah perkakasan komputer iaitu
tetikus (mouse) sebagai analogi yang digunakan untuk menunjukkan bahawa tetikus itu
sentiasa bergerak-gerak, sama seperti sifat tikus yang bergerak pantas dan cekap.

Perwakilan (analog)
Perwakilan (analog)
Contoh : Tikus

Hubungan analogikal

Sasaran (target)
Contoh : Tetikus (mouse)

Rajah 1

Sebenarnya, penggunaan analogi ini telah digunakan dalam kehidupan seharian


kita tanpa disedari oleh diri kita sendiri. Kita bercakap, berfikir dan belajar semuanya ada
kaitan dengan analogi, namun begitu ia seolah-olah sudah menjadi satu lumrah
sehinggakan kita lupa bahawa analogi ini merupakan satu alat yang amat hebat dan mampu
mengubah pemikiran, pemahaman dan kepercayaan seseorang individu. Oleh sebab ramai
yang menjadikan analogi untuk mencipta pengetahuan mahupun komunikasi, justeru, para
ahli saintis, ahli psikologi dan pendidik telah cenderung menggunakan analogi dalam
bidang masing-masing melebihi 40 tahun lamanya (contohnya Glynn, 1991). Contohcontoh penggunaan analogi dalam subjek sains boleh dilihat dalam Jadual 1.

Analogi

Fenomena yang berlaku

Tujuan/Fungsi
2

Pasukan

tentera

sedang Sistem

bertempur dengan musuh

badan

pertahanan
manusia

dalam Menerangkan fungsi sistem


sedang pertahanan badan manusia

mengawal jangkitan bakteria

Sistem pam air

Sistem

pengaliran

darah Menerangkan fungsi jantung

dalam badan manusia dipam


oleh jantung

Sistem paip air tertutup


(Rea-Ramirez, Nunez-

Pengaliran

arus

dalam litar elektrik

elektrik Melihat

bagaimana

arus

elektrik bergerak

Oviedo, & Else, 2002)


Sistem

pengangkutan Sistem

pengangkutan Memperlihatkan

bagaimana

kenderaan (contoh: bas) di oksigen dalam darah manusia oksigen diangkut oleh darah
jalan raya

dalam badan manusia

Jadual 1 : Contoh penggunaan analogi


Penggunaan analogi ini sebenarnya merupakan proses kognitif kerana ia
memerlukan penaakulan berfikir untuk menterjemahkan sesuatu maksud. Malah, analogi
dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dan sekali gus dapat meningkatkan
kemahiran menyelesaikan masalah. Ini kerana, untuk memahami sesuatu konsep baru,
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan sedia ada dalam otaknya, apabila analogi
yang digunakan itu ialah pengetahuan sedia ada, maka proses asimilasi atau penggabungan
terbentuk dalam otak akan menghasilkan satu pemahaman mengenai konsep baru. Kajian
yang dibuat oleh Mary Jane Else dan rakan-rakan (2008) membuktikan bahawa
penggunaan analogi dalam pembelajaran telah meningkatkan pemahaman konsep sains
pelajar. Oleh itu, analogi merupakan kaedah berfikir yang paling berkesan untuk
menerangkan sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau tidak nampak, diterjemahkan ke
dalam bentuk lain yang lebih mudah untuk difahami.
Mengikut pandangan ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler Bruner, Gagne dan
Ausubel, pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan
3

tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mengikut kajian
yang dilakukan oleh mereka, pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar
yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru,
di samping mempunyai motivasi sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran (Mak
Soon Sang, 2003). Proses pembentukan maklumat atau konsep baru ke dalam akal fikiran
seseorang atau dikenali dengan istilah sains kognitif, memerlukan satu kemahiran yang
dipanggil kemahiran berfikir dan penggunaan analogi mampu membina pengetahuan baru
dengan lebih berkesan. Kaedah analogi ini mampu meningkatkan pemahaman sesuatu
konsep baru dengan membuat perbandingan dan perbezaan bentuk atau struktur yang yang
ingin diterangkan ke dalam konsep yang telah wujud dalam mental seseorang pelajar.

KEPENTINGAN ANALOGI DALAM MATA PELAJARAN SAINS


Usaha untuk melahirkan lebih ramai para saintis dan pakar teknologi dalam
pelbagai bidang penyelidikan dan pembangunan termaju masih memerlukan perhatian
serius termasuklah bidang sains.

Mempelajari subjek sains memerlukan kemahiran

berfikir, terutamanya yang melibatkan pemahaman sesuatu konsep sains. Sesuatu konsep
sains itu sudah pasti tidak akan dapat dikembangkan oleh pelajar tanpa sebarang
penerangan berkesan yang diberikan oleh guru, ini kerana mereka tidak dapat
menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan konsep baru.

Pendekatan secara

konvensional oleh guru pula seperti menggunakan teks sahaja dalam pengajaran dan
pembelajaran sains kurang meningkatkan pemahaman pelajar mengenai konsep sains
yang hendak diterangkan. Apabila pemahaman sesuatu konsep sains tidak dapat dicapai
oleh pelajar, ini akan menjadikan ia dianggap satu subjek yang susah untuk dipelajari
seterusnya motivasi pembelajaran pelajar akan menurun.
Sebahagian pelajar tidak dapat mempelajari sesuatu konsep sains itu kemungkinan
disebabkan tahap pemikiran mereka tidak sampai ke aras pembelajaran yang sepatutnya,
ini menyebabkan berlakunya salah tafsir atau miskonsepsi dalam subjek Sains (Missouri
Department, 2005). Para pengkaji, pemeriksa kertas soalan dan guru-guru mendapati
beberapa faktor berikut menjadi punca kesilapan mentafsir konsep ini, antaranya:
1

Pelajar tidak dapat menangkap konsep yang diterangkan itu hanya berpandukan
kepada buku teks dan arahan berpusat dari guru sahaja (teacher-centered).
4

Bahasa yang digunakan oleh buku teks atau guru mungkin mengelirukan pelajar.

Tenaga pengajar menganggap pelajar sudah faham sebelum memberi peluang


kepada mereka untuk memahami denga lebih lanjut konsep yang diterangkan.

Secara amnya, pelajar membina konsep semasa aktiviti hands-on selepas sesi
pembelajaran tamat, ini menyebabkan idea dibina berdasarkan apa yang mereka
nampak.

Berdasarkan pengalaman penulis yang telah mengajar subjek Sains di sekolah


menengah selama 8 tahun, menunjukkan, kebanyakan pelajar tahap kognitif rendah sukar
memahami konsep-konsep Sains dalam subjek Sains, ini dapat dilihat daripada keputusan
PMR setiap tahun di mana peratus pelajar yang mendapat gred A kurang berbanding
peratus pelajar yang memperolehi gred D. (Rujuk Jadual 2).
Jadual 2. Analisa Subjek Sains PMR (Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)
Gred
A

ABCD

2010

21.7%

17.8%

19.1%

35.7%

94.3%

5.7%

438,829

2.86

2011

25.7%

17.0%

18.6%

32.4%

93.7%

6.3%

440,447

2.77

Tahun

Bil.

GPMP

Melihat senario di atas, maka analogi menjadi satu alat yang amat berkuasa bagi
meningkatkan

pemahaman konsep dalam pembelajaran sains, di samping membantu

murid-murid menghubung kaitkan kehidupan seharian mereka dengan konsep baru yang
akan diajar oleh guru sains (James & Scharmann, 2007).
Sejarah juga membuktikan bahawa penggunaan penaakulan (reasoning) analogi
oleh para saintis telah menemui banyak penemuan fakta-fakta saintifik yang penting,
antaranya seorang pakar Kimia August Kekul telah mendapat idea apabila melihat seekor
ular mengejar ekornya sendiri dan beliau telah mendapat analogi pembentukan struktur
benzene (S. Ren Smith and Sandra K. Abell , 2008). Menurut Glynn (2007), semasa
dalam pengajaran sains, guru-guru akan memulakan dengan ayat seperti Cuba fikirkan ia
dalam bentuk begini, Ia sama seperti atau Ia seolah-olah seperti, maka dengan
5

menggunakan analogi ini, guru akan dapat membantu pelajar membina model di mental
mereka yang akan mengubungkan idea baru dengan pengetahuan sedia ada. Untuk
memahami penggunaan analogi, lihat contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah.

Injap

Litar air

Aliran dikurangkan

Pam
suis

Litar eletrik
Rintangan

Sel kering
Litar elektrik

Rajah 2 : Litar air dan litar elektrik. (Sumber : Shawn M. Glynn, 2008)
Berdasarkan Rajah 2, para pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada bagi litar
aliran air, maka analogi itu dapat digunakan bagi menerangkan bagaimana arus elektrik
mengalir dalam satu litar. Penggunaan analogi ini pasti akan dapat menjimatkan masa
seseorang guru untuk menerangkan sesuatu konsep, di samping mengelakkan salah konsep
(misconception) oleh pelajar dalam pembelajaran sains.

Teknik analogi banyak juga digunakan dalam bentuk teks, gambar, video dan
verbal di dalam pengajaran kelas, bagaimanapun, kajian-kajian lepas mendapati
penggunaan analogi dalam teks sains tidak konsisten dari segi keberkesanannya
(Aubusson, 2006).

Gilbert (1989) menyatakan bahawa penggunaan analogi dapat

memudahkan pengajaran bentuk teks mengikut situasi yang berbeza, ada kalanya ia sesuai
dan akan menjadi sebaliknya dalam keadaan lain. Ketidaktekalan (inconsistency) ini
berpunca dari pengoperasian definisi analogi yang lemah,

pembinaan bentuk analogi

yang gagal dipetakan secara sistematik dan peranan imej visual kurang ditekankan dalam
proses pembelajaran. Tambahan pula, pengarang analogi ini selalunya gagal dan kurang
memberikan kesan ke atas peningkatan ingatan pelajar terhadap maklumat teks tersebut
(Gilbert, 1989), ini disebabkan kurangnya garis panduan dan tidak sistematik dalam
penggunaan analogi, sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pelajar (Thiele &
Treagust, 1994).

Morgan (1997) menyatakan bahawa analogi mampu mencipta sesuatu konsep,


tetapi pada masa yang sama wujudnya risiko kesilapan mentafsir. Selain itu, terdapat
limitasi bagi penggunaan elemen analogi sebagai alat mengajar di mana pelajar perlu fokus
dan faham dengan jelas tentang perkara baru yang akan disampaikan oleh guru. Akibat
limitasi ini, pelajar sukar membuat penaakulan semasa aktiviti sains dijalankan kerana
mereka tidak dapat membuat pemetaan berdasarkan pengetahuan sedia ada ke dalam
fenomena baru (L.Trey, S.Khan, 2008). Kajian penyelidik lepas pula mendapati, jika
penaakulan pelajar atau imej visual terhad, maka penggunaan analogi dalam pendidikan
juga menjadi terhad (OBrien, 2002. Kesinambungan dari masalah tersebut, Khan (2007)
mendapati

satu strategi simulasi komputer yang diintegrasikan dengan model

pembelajaran menjadi satu kombinasi yang cukup kuat untuk membantu visual pelajar
dalam memahami fenomena yang tidak dapat dilihat. Dalam kajian yang telah dibuat oleh
Khan & Trey (2007) membuktikan bahawa kaedah simulasi berasaskan komputer ini telah
berjaya meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Kimia sebanyak sembilan puluh
lima peratus berbanding pengajaran berasaskan teks semata-mata iaitu tujuh puluh
sembilan peratus.
Walaupun begitu, terlalu sedikit maklumat yang diperolehi berkenaan kesannya ke
atas pembelajaran pelajar dan bagaimana penggunaan analogi berasaskan komputer ini
7

dapat diintegrasikan dengan simulasi, ini kerana penggunaan analaogi dalam penyelidikan
sering dilakukan tetapi pemetaan khusus secara sistematik

amat

jarang ditemui

(Aubusson, 2006). Apabila maklumat pemetaan analogi ini tidak dibuat secara sistematik,
maka masalah penaakulan pelajar untuk memahami fenomena yang tidak dapat dilihat dan
kesilapan mentafsir konsep sains seperti yang dinyatakan oleh Morgan (1997) akan
meningkat.

Oleh itu, kajian yang akan dikembangkan ini, iaitu penggunaan analogi

dalam perisian berasaskan web (laman Joomla) yang menggunakan model analogi TWA
( Teaching-With Analogies, Glynn & Duit, 1995) akan digunakan dengan menambahbaik
model yang sedia ada. Pemetaan yang sistematik ini dijangka akan dapat menyumbang
kepada pembelajaran sains yang lebih bermakna di mana ia dijangka dapat mengurangkan
kesalahfahaman konsep sains, seterusnya membantu pelajar tahap kognitif rendah
memahami fenomena sains dengan lebih berkesan.

ICT DAN ANALOGI


Abad ke 21 kini telah menjurus ke arah dunia siber, di mana hampir sembilan
puluh peratus urusan dunia adalah berhubung kait dengan internet. Kemajuan teknologi
dan internet kini semakin mendominasi masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia
khususnya. Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia
Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara
negara-negara maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan
penggunaan ICT dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat
bermaklumat (knowledge based society) dan salah satu perkembangan ICT masa kini ialah
penggunaan E-learning (pembelajaran melalui internet).
Tamadun manusia yang semakin berkembang mendorong penggunaan teknologi
moden dalam sistem pendidikan menjadikan usaha meringkas dan mempermudahkan
BBM (Bahan Bantu Mengajar) amat perlu supaya kanak-kanak yang baharu memasuki
alam persekolahan mudah memahami pengajaran guru (Ahmad Kilani, 2005). Berikutan
itu, ledakan dan pembangunan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan
penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah mewujudkan sistem pendidikan
bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar. Situasi ini mendorong Kerajaan
Malaysia menyedia dan memberikan peruntukan berupa televisyen, perakam CD, perisian
8

program dan OHP (overhead projector) yang disalurkan ke sekolah-sekolah bagi


pelaksanaan PPSMI pada tahun 2005.
Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam
pendidikan masakini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada
bahan yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan
bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini
teknologi telah merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah. Ini kerana pelajar hari ini
bukan sahaja telah banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi moden yang serba
canggih malah banyak juga yang begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut
dalam kehidupan harian mereka.
Tujuan teknologi dalam pendidikan ialah untuk memperbaiki pencapaian dan
melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan
pendekatan saintifik dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk
menguasai atau memperolehi matlamat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu
kurikulum atau mata pelajaran, ini termasuklah penggunaan peralatan tertentu seperti
bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain dalam
membantu pendidik mencapai matlamatnya.
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Siti Fatimah Ahmad (2010), mendapati
persepsi guru terhadap penggunaan BBM (Bahan Bantu Mengajar) berasaskan teknologi
maklumat multimedia secara puratanya adalah tinggi.

Ini menunjukkan penggunaan

teknologi multimedia dalam P & P seharusnya ditingkatkan kerana ia mampu


meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemahaman oleh pelajar.

Faedah yang

diperolehi dengan menjadikan elemen teknologi multimedia sebagai BBM di dalam bilik
darjah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin kerana dapatan hasil kajian
menunjukkan banyak kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan
pembelajaran (Rohaya, 2003; Kamarul Azmi dan Ab.Halim, 2007). Berdasarkan kajiankajian lalu juga, tidak dapat disangkal lagi akan kepentingan penggunaan teknologi
komunikasi dan multimedia dalam meningkat dan menambah

baik proses pengajaran

guru dalam bilik darjah (Abdul Rahman, 2000).

ANALOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM


Analogi Dalam Al-Quran
Sejak 14 abad yang lalu, Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai panduan dan cara hidup seseorang yang bergelar
Islam. Kitab Al-Quran ini banyak menggambarkan fenomena-fenomena alam semesta
yang begitu hebat sehingga merangsang akal untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah
kepada manusia. Setiap fenomena alam semesta semuanya tercatat di dalam Al-Quran dan
kebenarannya telah dibuktikan dan diperakui oleh penemuan Sains hari ini. Ayat-ayat
dalam Al-Quran pula diformulasikan atau diolah dalam bentuk retorik

sistem yang

berasaskan nada dan melodi yang menarik didengari dan dapat membimbing akal untuk
mengenali pencipta dan alam semesta (Yusuf al-Hajj Ahmad, 2000). Penggunaan analogi
boleh ditemui dengan banyaknya di dalam Al-Quran ini kerana manusia telah diberi akal
yang sangat hebat untuk memahami sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Antara penggunaan analogi yang tercatat dalam Al-Quran ialah;
Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?; dan gunung-gunung
sebagai pasak? (An-Naba: 6 7). Sebagai manusia yang diberi akal, sudah pasti dapat
mengetahui maksud yang tersirat dari ayat di atas, di mana digambarkan bahawa bumi ini
tempat manusia berjalan dan gunung dijadikan sebagai penahan bumi supaya tidak runtuh.
Maka apabila gunung-gunung ditarah dan pokok-pokok ditebang, akan berlakunya tanah
runtuh atau dikatakan bencana alam, oleh itu Al-Quran sendiri sudah memberikan
peringatan berupa analogi yang boleh difikir oleh manusia untuk menilai sesuatu perkara
yang dilakukan itu sama ada baik atau sebaliknya.
Di dalam Surah An-Nur (ayat 35), telah disebut dengan jelas analogi atau
perumpamaan yang dinyatakan untuk memberi petunjuk dan panduan kepada manusia
bagi memahami setiap fenomena atau kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Firman
Allah yang berbunyi; Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah
pertunjuk Alah (Kitab Suci Al-Quran ) adalah sebagai sebuah lubang yang berisi sebuah
lampu; lampu itu dalam pelita kaca, pelita itu dalam kaca dan kaca itu seakan-akan
bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pokok
yang berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di
10

sebelah barat(nya), yang minyaknya (sahaja) hamper-hampir menerangi, walaupun tidak


disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi
manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Terjemahan Al-Quran Al-Karim
Rasm Uthmani, 2012). Ayat ini telah dibuktikan kebenarannya mengenai penggunaan
minyak zaiton di mana kajian oleh Dr. Groundi pada tahun 1985 mendapati minyak zaitun
boleh menurunkan kolesterol darah (Yusuf Al-Hajj Ahmad, 2010). Oleh itu, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa kaedah penggunaan analogi dalam kehidupan seharian dapat
merangsang dan mengaktifkan sel-sel otak untuk berfikir dengan lebih berkesan seperti
yang telah dinyatakan dalam Al-Quran itu sendiri.

Analogi Dalam Hadis Nabi


Mengikut penulis buku Nabi Muhammad S.A.W: Guru dan Pendidik Terulung,
karangan As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, salah satu teknik (Teknik 8) dalam
penyampaian dakwah nabi ialah penggunaan bahasa kiasan atau perumpaan. Contoh
pertama ialah, daripada sayyidina Anas bin Malik beliau berkata; Bersabda Rasulullah
s.a.w: Perbandingan seorang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seumpama buah
limau kasturi, baunya wangi dan rasanya pula sedap. Dan perbandingan seorang mukmin
yang tidak membaca Al-Quran adalah umpama buah tamar : rasanya sedap tetapi tiada
bau. Dan perbandingan seorang jahat (fasik) yg membaca Al-Quran adalah seumpama
sepohon raihanah; baunya wangi tetapi rasanya pahit. Dan perbandingan orang jahat yang
(fasik) yang tidak membaca Al-Quran adalah umpama peria: rasanya pahit dan baunya
juga tiada.
Contoh kedua penggunaan analogi dalam hadis Nabi S.A.W ialah ; Dan
perbandingan kawan yang baik adalah seumpama penjual minyak wangi, kiranya kamu
tidak memperoleh sesuatu apa pun daripadanya, kamu akan bau wanginya, manakala
perbandingan kawan yang jahat adalah seumpama tukang besi walaupun kamu tidak
terkena warna hitam dan karat besi tetapi kamu akan tetap terkena asapnya yang berbau
busuk.

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa

penggunaan analogi dalam kehidupan seharian mahupun dalam pembelajaran dapat

11

meningkatkan ingatan jangka panjang dan ia merupakan asas yang kukuh dalam membina
semua pemikiran manusia (Hofstader, 2000).

KESIMPULAN
Penggunaan analogi ini sebenarnya merupakan satu kaedah terbaik untuk
memahami sesuatu perkara yang sukar terutamanya dalam mata pelajaran sains yang
melibatkan konsep-konsep berbentuk molekul seperti sistem perjalanan darah. Apabila
sasaran dan objek yang dijadikan analogi digunakan menggunakan bahasa yang sesuai, ia
mampu menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu sains dengan lebih berkesan dan
bermotivasi. Menyedari kepentingan analogi dalam pembelajaran sains, maka strategi
pedagogi perlu diteliti dalam usaha mengukuhkan pemahaman konsep sains pelajar.
Antara strategi yang telah dilakukan ialah memasukkan analogi di dalam buku teks sains,
ini telah banyak dibuat di kebanyakan negara barat dan terlalu sedikit terdapat di dalam
buku teks di negara kita Malaysia. Dengan adanya kertas kerja dan kajian yang akan
dilakukan mengenai penggunaan analogi ini, diharap agar pihak kurikulum dapat
mengambil perhatian serta cadangan untuk memasukkan penggunaan analogi dalam buku
teks sains dapat dipertimbangkan.

RUJUKAN
Abdul Rahman Daud. 2000. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Alat
Teknologi Pendidikan (ATP) dalam Pengajaran Matematik di kalangan Guru Sekolah
Rendah.
Proceedings of the International Conference on Teaching and
LearningStrategising Teaching and Learning in The 21st Century. Vol.2, hlm. 772 784.
Ahmad Kilani Mohamed. 2005. Pengurusan Pendidikan di sekolah: Huraian menurut
perspektif Islam. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
12

Francois Fluchiger. 1995. Understanding Networked Mutimedia-application & technologi.


Prentice Hall Europe. London.
As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Penterjemah: Hj Shuhadak Mahmud). 2001. Nabi
Muhammad S.A.W : Guru dan Pendidik Terulung. Universiti Al-Azhar, Kaherah. Maktab
Al-matbuah Islamiah Halab.
Harald Frater & Dira. 1993. Multimedia Mania. Paulussen, Abacus. Germany.
http://info.med.yale.edu/caim/manual/sites/site_structure.heml.
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/index.php/ms/penerbitan/perincian-senarai-penerbitan
http://prpm.dbp.gov.my/
Glynn, S. M. (1991). Explaining science concepts: A teaching-with-analogies model. In S.
Glynn, R.Yeany and B. Britton (Eds.), The psychology of learning science (pp. 219-240).
Hillsdale, NJ,Erlbaum.
Glynn, S.M. 2007. The teaching-with-analogies model. Science and Children 44(8): 52
55.
Glynn, Shawn M. "5.1 Making science concepts meaningful to students: teaching with
analogies." Four decades of research in science education: From curriculum development
to quality improvement (2008): 113.
Hofstadter D.R. 2000. Analogy at the core of cognition. In J. Gleik (Ed), The best
American Science Writing 2000. New York. Hillside, NY: Eco Press.
James, M. C., & Scharmann, L. C. (2007). Using analogies to improve the teaching
performance of preservice teachers. Journal of Research in Science Teaching, 44(4), 565585.
J.J. Clement and M.A. Rea-Ramirez (eds.), Model Based Learning and Instruction in
Science, 215231. 2008 Springer. Using Analogies in Science Teaching and Curriculum
Design: some Guidelines.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. 2007. Pendidikan Islam: Kaedah P & P. Cet.
Ke-2. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mahzan Arshad. 2005. Teknologi Pendidikan dalam Literasi Bahasa Melayu. Fakulti
Pendidkan, Univerisiti Malaya.
Mak Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur. Seasons Sdn. Bhd.
Rea-Ramirez, M. A., Nunez-Oviedo, M., & Else, M. J. 2002. Energy in the human body
teachers manual. University of Massachusetts. Amherst.
Robby Linsky. 1997. Multimedia Graphics.. Que (R) Education & Training.
13

Rohaya Hassan. 2003. Tahap Pengetahuan Kemahiran Komputer dari Perspektif Guru
Pendidikan Islam di Daerah Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan.
Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
S. Ren Smith and Sandra K. Abell , 2008. Using Analogies in Elementary Science.
Science and Children. December 2008.
Siti Fatimah Ahmad dan AB Halim Tamuri. 2010. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF.
Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 53 -64.
Steve Heath. 2005. Multimedia dan Teknologi Komunikasi. Penterjemah; Maslin Masrom,
Rasimah Che Mohd Yusoff, Hafiza Abas, Liza Abd. Latif, Mohamad Ahmad Nasrul.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. UTM, Skudai, Johor.
Terjemahan Al Hidayah Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani). 2012. Al Hidayah House
of Quran Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Yusuf Al-Hajj Ahmad. 2010. Sains Moden Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunah.
Thailand. Perniagaan Jahabersa.

14

You might also like