You are on page 1of 3

Penyediaan JSU mengikut Taksonomi Bloom

JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu sama
ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ialah
satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru mengarahkan soalan-soalan kepada
murid-murid mengikut penyoalan aras rendah kepada penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap
perlu diberi penekanan. Dengan itu, guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan
untuk setiap tahap.

Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk


mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu disediakan
untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk meningkatkan kesahan
penilaian. JSU seharusnya mengandungi data yang berikut, iaitu jumlah soalan bagi setiap
kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.

Rajah 1: Taksonomi Bloom


a) Mengingati
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada
pembelajaran yang lepas. Istilah yang digunakan adalah Nyatakan, terangkan,namakan,
labelkan.

b) Memahami
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-
idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah
draf. Istilah yang digunakan adalah pilih ataupun terangkan.

c) Mengaplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. Istilah yang
digunakan adalah selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

d) Menganalisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Istilah yang digunakan adalah
bezakan, pasti, pilih.

e) Menilai
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi. Istilah yang digunakan adalah bina, hasilkan, susun,
kembangkan.

f) Mencipta

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir
dan mengkritik. Istilah yang digunakan adalah pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

You might also like