You are on page 1of 22

PEMBELAJARAN BERASASKAN

KAJIAN KES
DISEDIAKAN OLEH
JESMA ISMAIL
UNIT PEMULIHAN
JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS PERLIS
KAJIAN KES
 Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan
dalam sesebuah sekolah, 2 buah sekolah atau 3 buah
sekolah yang terletak dalam sesebuah kawasan
 Tujuan :
Menjawab persoalan kajian “bila”,
“bagaimana” dan “mengapa”
Fokus penghuraian yang holistik dan
menyeluruh
 Dapatan kajian kes memberikan penjelasan
kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara
mendalam (Yin, 1994)
 2 jenis kajian kes :
 penerokaan (exploratory)
 deskriptif (descriptive)
Contoh kajian kes:
 kajian terhadap seorang pelajar yang bermasalah
dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran
 Alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperolehi
maklumat berkenaan (Chua, 2006)
 Antara alat kajian :
 soal selidik
 temu bual
 pemerhatian
 penelitian dokumen
 dokumen peribati cth : diari
KAEDAH TRIANGULASI :
 Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian
kes
 Aspek yang dipelbagaikan :
 masa
 ruang
 pemerhati
 Boleh juga menggunakan 3 alat kajian berlainan untuk
mendapatkan data yang sama
KONSEP KES

Pada umumnya kes merangkumi pelbagai jenis:


Kes Intrinsik: Kajian bertujuan untuk memenuhi kehendak-kehendak
intrinsik penyelidik.
Kes Instrumental: Kajian bertujuan untuk memahami sesuatu teori dengan
lebih mendalam
Kes Kolektif: Sama seperti kes instrumental yang boleh dikaitkan dengan
kes-kes lain.
Kes Pengajaran: Kes untuk menjelaskan sesuatu permasalahan untuk
dijadikan panduan pengajaran-pembelajaran
Biografi: Kes tentang seseorang ditulis secara kronologis
Dokumentari televisyen: Kadang kala dikategorikan sebagai kes dengan
cara yang tersendiri.
Kes Legal: Digunakan sebagai rujukan untuk menjelaskan prinsip undang-
undang.
KES PENGAJARAN
Menurut Judith H. Shulman dan Joel A. Colbert, kes
adalah peristiwa atau rentetan peristiwa yang dramatik,
"candid" dan menarik tentang pengajaran
pembelajaran. Ia boleh ditulis oleh guru atau
penyelidik dan menggambarkan sesuatu masalah atau
delima yang sengaja diolah untuk mencetuskan
perbincangan.
Kes bukan sahaja cerita biasa malah fungsinya lebih
luas daripada itu. Ia boleh menjadi wacana untuk
meluaskan pengetahuan.
KOMPONEN-KOMPONEN KES

Permasalahan: peristiwa khusus atau rentetan peristiwa


Konteks: latar belakang kes
Huraian Lanjut: huraian tentang peristiwa
Refleksi: analisis dan renungan kendiri
Reaksi: komen dan pandangan daripada pihak-pihak
yang berkenaan
Permasalah, konteks dan refleksi boleh diharapkan
menjadi vignette.
Apakah ia Vignette

Vignette menceritakan dengan lebih jelas perilaku


sesuatu peristiwa, sebab dan akibatnya dan pemikiran
serta perasaan yang berterusan daripada mereka yang
terlibat.
CIRI-CIRI KES YANG BAIK

Memberi tumpuan kepada peristiwa atau rentetan peristiwa yang


khusus
Masalah tertumpu kepada cabaran dan dilema
"Cerita" mempamerkan "cerita benar" sehingga boleh dihayati oleh
pembaca.
Kes hendaklah "diolah" supaya dapat merangsang penganalisisan
dan perbincangan.
Kes adalah kompleks - terdapat satu cerita utama yang mengandungi
beberapa masalah lain
Kes mengandungi maklumat yang terperinci dan mencukupi;
contohnya dialog
Hampir semua maklumat berkait dengan kes adalah padat, tepat dan
relevan.
TUJUAN KES

Digunakan sebagai alat latihan dalam perkhidmatan pendidikan untuk


meningkatkan mutu profesionalisme pendidikan serta pentadbir melalui
perbincangan terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui
proses reflektif yang akan membawa celik akal tentang isu-isu pengajaran dan
pembelajaran hasil dari perbincangan kumpulan
Mengintegrasikan dapatan kejian dengan amalan profesional dan ini dapat
merapatkan jurang natara teori dan amalan dalam pendidikan.
Merancang penulisan tentang pengalaman dan isu-isu yang kurang dikurang
diberikan perhatian.
Membuat koleksi kes-kes yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk digunakan
dalam pengajaran dan pendidikan guru. Himpunan ini boleh dijadikan asas ke
arah tindakan pada masa akan datang.
Membentang dan meneliti prinsip-prinsip, teori-teori pendekatan-pendekatan
dan tindakan alternatif bagi memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Fasa Pembelajaran Berasaskan Kes

Pembelajaran berasaskan kes boleh dibahagikan kepada tiga


fasa utama seperti penulisan, penggunaan dan penyebaran.
Kes perlu ditulis sebelum ia dapat digunakan dalam proses
pengajaran pembelajaran di bilik darjah.
Dalam proses penulisan kes perkara utama yang perlu
diambil kira ialah kes itu sendiri, refleksi dan reaksi.
Kes-kes yang sesuai digunakan dalam bilik darjah perlu ada
masalah, di mana pelaksanaan tidak sebagaimana yang
dirancang dan adanya usaha bagi mebaiki keadaan.
Sama ada sesuatu kes itu ada refleksi dan reaksi atau tidak,
tidak akan mencacatkan penggunaannya dalam bilik darjah.
Setelah adanya kes yang ditulis, barulah boleh digunakan
dalam pengajaran.
Dalam fasa ini, perkara utama yang perlu diambil
perhatian dan rumusan.
Semasa kes dibaca secara individu, objektif pembelajaran
yang dihajatkan perlu diberi fokus.
Pembelajaran berasaskan kes ini akan berakhir dengan
rumusan.
Di antara perkara utama dalam rumusan yang tidak boleh
ditinggalkan adalah apa yang dapat dan boleh dipelajari
dari kes yang dibincangkan.
Bagi tujuan perkongsiaan pengalaman dan
mempertingkatkan keberkesanan penggunaannya
dalam bilik darjah, idea pembelajaran berasaskan kes
perlu disebarluas.
Di antara langkah penyebarannya termasuklah
membukukan kes-kes tersebut dan menjalankan kajian
dan penyelidikan. Dapatan dari kajian dan
penyelidikan boleh dibentengkan dalam seminar dan
konferens.
TEKNIK PENULISAN KES

Terdapat 3 peringkat dalam penulisan kes: SEBELUM, SEMASA, DAN SELEPAS

Sebelum Menulis
1.Perlu memikirkan perkara-perkara berikut:
Apakah cerita pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditulis?
Apakah kisah (di bilik darjah) yang benar-benar ingin disampaikan?
Apakah tujuan kes itu?
Apakah perbincangan yang ingin dicetuskan?
Siapakah sasaran cerita ini dan apakah jenis pengetahuan dan pengalaman yang  boleh disumbangkan?
Dalam situasi manakah isu boleh digunakan?
Adakah penekanan kes kepada beberapa isu atau satu isu sahaja?

2. Mengenalpasti dan memilih bidang:


Kurikulum dan pengajaran
Interaksi dengan pelajar dan lain-lain.
(Ikut tajuk dalam proforma)
TEKNIK PENULISAN KES
Semasa Menulis
1. Memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Panjang kes antara 2 - 4 muka surat.
Seronok untuk dibaca dan mempunyai unsur dramatik
Jelas dan mudah dibaca
Boleh menggunakan nama samaran bagi melindungi
pembaca segera menghayati istuasi yang dicetuskan dan
juga menimbulkan rasa ingin tahu tentang apa yang
berlaku selanjutnya.
Tidak terlalu memikirkan tentang kualiti penulisan pada
daraf awal.
TEKNIK PENULISAN KES

Selepas Menulis
Penulis perlu menyemak perkara-perkara berikut:
Apakah isu(2) dalam kes selaras dengan tujuan penulisan?
Apakah maklumat tambahan yang diperlukan?
Dari manakah maklumat tambahan yang diperlukan?
Siapakah yang perlu dilibatkan?
Adakah kes ini menjejaskan sesuatu masalah secara eksplisit atau
adakah tujuan anda supaya pembaca mengenalpasti masalah?
Adakah kes ini boleh digunakan tanpa bantuan kes atau bahan atau
huraian atau reaksi lain?
Harus membaca, menyemak dan memurnikan daraf - jika perlu, minta
pandangan atau bantuan daripada orang lain.
KEGUNAAN KES
Pengajaran
Sebagai rujukan (precedent) untuk menyelesai masalah.
Digunakan dalam pengajaran yang melibatkan moral dan etika.
Menggalakkan guru pelatih berfikir sebagai guru terlatih
Memberi keyakinan kepada guru pelatih menangani cabaran

Penulisan
Sebagai model untuk menulis kes-kes lain

Penyelidikan
Sebagai bahan rujukan para penyelidikan pendidikan
Sebagai satu metodologi penulisan penyelidikan pendidikan

Pembacaan
Sebagai sumber bacaan dan rujukan tambahan.
Cara-cara Menggunakan Kes
Memilih kes yang sesuai
Memastikan isu(2) dalam kes adalah jelas dan mencukupi untuk
mencetuskan perbincangan.

Mengedarkan kes
Diberikan sebelum pengajaran
Diberikan pada permulaan pengajaran

Menguruskan perbincangan
secara kelas
secara kumpulan kecil
secara pasangan
secara individu
Cara-cara Menggunakan Kes
Mengemukakan soalan-soalan tugasan

Kenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih di dalam


kes tersebut.
Cadangkan penyelesaikan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut
Apakah risiko-risiko yang mungkin dihadapi sekiranya penyelesaian
tersebut diambil?
Apakah implikasi kes tersebut kepada anda?
Apakah strategi alterantif yang boleh dilaksanakan oleh pelatih tersebut?
Bandingkan kes tersebut dengan kes-kes lain yang pernah anda kaji?
Apalah prinsip-prinsip atau generalisasi-generalisasi yang anda diapati
dari kes tersebut?
Kaitkan kes-kes ini dengan teori-teori yang telah anda pelajari?
Cara-cara Menggunakan Kes
Strategi Pelaksanaan
Membincangkan keseluruhan kes
Membincangkan kes - bahagian demi bahagian
Membincangkan kes berdasarkan pembacaan topik
yang berkaitan
Forum (panel/moderator/pencatat/peserta)
Sumbangsaran atau sesi"buzz“
RUMUSAN
Kaitan teori dengan amalan
Merumuskan jawapan-jawapan/hujah yang
dibincangkan.

You might also like