You are on page 1of 3

Tabiat makan haiwan merupakan subtopik kepada unit 3 Dunia Sains dan

Teknologi tahun 3. Topik ini telah diajar oleh pengkaji kepada murid-murid tahun
3 Bestari. Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran, maka penyelidik telah melakukan tinjauan awal untuk mengumpul
data bagi mengenal pasti punca kepada timbulnya permasalahan ini . Penyelidik
telah menggunakan beberapa kaedah bagi meninjau masalah yang dihadapi:
Analisis dokumen
Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah
mengedarkan lembaran kerja di akhir pengajaran untuk melihat tahap
kefahaman murid-murid terhadap topik yang telah diajar. Setiap murid diberi
tempoh 10 minit untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Setiap lembaran
kerja murid ditanda dan diberi skor berdasarkan jumlah jawapan tersebut.
Penyelidik telah membuat analisis skor bagi mengenalpasti masalah-masalah
yang timbul kepada murid-murid
Ujian pra
Soalan akan membantu guru memperkenalkan tajuk, merangsang pemikiran
analitik dan juga mengenalpasti masalah murid-murid dalam usaha untuk
memahami konsep-konsep tertentu (Faridah , 2007). Oleh kerana itu, penyelidik
telah membina satu item ujian pra dan setiap murid tahun 3 Bestari perlu
menjawab soalan ujian pra tersebut. Tujuan ujian tersebut adalah untuk
mengenalpasti subjek kajian iaitu murid-murid yang menghadapi masalah dalam
memahami topik tabiat makan haiwan.
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.
Mohd Majid ( 1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan
untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa
pemerhatian dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan
oleh subjek kajian dan melihat sendiri tingkah laku mereka.mengikut Majid lagi,
maklumat yang diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi
seandainya secara objektif. Atas alasan itu penyelidik melakukan pemerhatian ke
atas murid 3 Bestari. Pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik adalah
berbentuk pemerhatian tidak berstruktur iaitu melalui instrumen nota lapangan.
Fokus atau objektif pemerhatian telah ditetapkan iaitu untuk menyelidik tingkah
laku dan juga respon yang ditunjukkan oleh murid ketika proses pengajaran dan
pembelajaran topik tabiat makan haiwan berjalan.

11

Analisis tinjauan masalah


Penyelidik telah melakukan analisis berdasarkan kaedah yang diguna pakai ketika
proses tinjauan masalah. Hasil analisis tinjauan masalah adalah seperti berikut:

Analisis dokumen
Pengkaji telah mengkaji serta menganalisis lembaran kerja murid. Berdasarkan
lembaran kerja tersebut, murid-murid boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan
iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana serta kumpulan lemah.
Kumpulan cemerlang ialah kumpulan murid yang berjaya mencapai band B1 DS4
E1 iaitu berjaya menyatakan tabiat makan haiwan sama ada herbivor, karnivor
atau omnivor dengan betul kesemuanya atau 9. Manakala kumpulan sederhana
ialah kumpulan yang berjaya menyatakan 4 hingga 8 tabiat makan haiwan
dengan betul manakala kumpulan lemah ialah kumpulan murid yang hanya betul
3 dan ke bawah. Jadual sss dibawah menunjukkan prestasi murid berdasarkan
hasil analisis lembaran kerja murid.
Jumlah jawapan betul
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Bilangan murid
3
5
6
6
5
7
1
2
1
1

Kumpulan prestasi
Cemerlang
Cemerlang
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Lemah
Lemah
Lemah
Lemah

Jadual ssss
Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon
murid terhadap topik tabiat makan haiwan. Pemerhatian terhadap tingkah laku
yang telah direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Selain
itu,kerjasama kepada pengkaji yang diberikan oleh responden, perhatian kepada
penyelidik, sifat dan juga sikap turut diberi perhatian. Hasil dapatan daripada
nota lapangan yang telah dikaji dan dianalisis adalah seperti carta berikut.

22

Peratusan tingkah laku murid


memberi perhatian
membuat bising
berbual dengan kawan
tanya soalan yang tidak
berkaitan
menunduk kepala
membuat kerja lain

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pengkaji, pengkaji mendapati bahawa


tingkah laku murid adalah negatif dan perlu diperbaiki bagi memastikan
berlakunya perubahan tingkah laku sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran.

33

You might also like