You are on page 1of 1

KISAH SITI Siti merupakan seorang murid tahun 3 Amanah dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Terbalik.

Dia tinggal di hujung Kampung Bukit Terbalik. Setiap hari dia berbasikal untuk pergi ke sekolah. Untuk ke sekolah dia akan melalui satu kebun buah kepunyaan Pak Abu. Terdapat pelbagai jenis pokok buah di dalam kebun Pak Abu. Pak Abu juga memelihara ayam di dalam kebun tersebut. Pada suatu hari Siti melalui Kebun Pak Abu untuk ke kedai. Dalam perjalanan ke kedai, Siti telah terserempak dengan seekor ayam kepunyaan Pak Abu berserta empat anak ayam yang masih kecil. Tiba tiba, si ibu ayam telah mengejar Siti dengan garangnya apabila Siti berada berhampiran dengan anak ayam. Siti terkejut lalu mengayuh basikal dengan lebih laju. Siti bernasib baik kerana ibu ayam telah berhenti mengejar Siti.

You might also like