You are on page 1of 9

1.

0 Pengiraan tarif bil elektrik

Pengiraan tarif pada bulan Disember (21 Disember 2016)

Bacaan meter dahulu = 53910

Bacaan meter semasa = 54150

Kadar tarif yang digunakan = (bacaan meter semasa) – (bacaan meter dahulu)

= 54150 – 53910
= 240 kW/j
Tarif : A(kediaman)

Blok tarif (kW/j) Blok prorata (kW/j) Kadar (RM) Amaun (RM)
Pertama = 200 200 0.218 43.60
Kedua = 100 40 0.334 13.36
Jumlah 240 56.96

= (200 X RM0.218) + (40 X RM0.334)


= RM56.96
Pengiraan tarif pada bulan Januari (21 Januari 2017)

Bacaan meter dahulu = 54150

Bacaan meter semasa = 54350

Kadar tarif yang digunakan = (bacaan meter semasa) – (bacaan meter dahulu)

= 54350 – 54150
= 200 kW/j
Tarif : A(kediaman)

Blok tarif (kW/j) Blok prorata (kW/j) Kadar (RM) Amaun (RM)
Pertama = 200 200 0.218 43.60
- - - -
Jumlah 200 43.60

= (200 X RM0.218)
= RM43.60
Pemerhatian: Amaun bil yang perlu dibayar pada bulan Disember 2016 lebih tinggi
dibandingkan dengan amaun yang perlu dibayar pada bulan Januari 2017.
Sumber: Rujuk lampiran bil bulan Disember 2016 dan Januari 2017 di lampiran.
2.0 Pengenalan dan perbandingan bayaran bil
Berdasarkana kajian dan analisis dalam membandingkan dua bil elektrik bulanan secara
berturutan iaitu bil yang bertarikh 21 Disember 2016 dan 21 Januari 2017, terdapat pelbagai
aspek yang telah diambil kira. Di Malaysia, kerajaan telah menetapkan tarif bagi tarif A iaitu
untuk unit kediaman dimana 200 unit pertama sebulan ialah RM/kWj 0.218 dan 800 unit
berikutnya adalah RM/kWj 0.334 (Tenaga Nasional Berhad). Sepanjang pemerhatian pada bil
elektrik berkenaan, terdapat perbezaan nilai tarif pada bil tersebut termasuklah amaun yang
dikenakan. Didapati nilai tarif pada bil bulan Disember 2016 lebih tinggi iaitu 240 kW/j
dibandingkan dengan nilai tarif bagi bil pada bulan Januari 2017 iaitu 200 kW/j. Dimana amaun
yang perlu dibayar pada bulan Disember 2016 lebih tinggi iaitu sebanyak RM56.96 berbanding
pada bulan Januari 2017 sebanyak RM43.60. Telah berlaku peningkatan melebihi 30 peratus
daripada kebiasaan iaitu pada bulan sebelumnya.

3.0 Justifikasi (faktor-faktor)

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah pertambahan bilangan pengguna.
Bulan disember merupakan cuti sekolah, jadi lebih ramai pengguna meluangkan masa dirumah
jika dibandingkan diluar. Jadi, ini menyebabkan lebih banyak perkakasan elektrik digunakan
seperti pendingin hawa, kipas, pengecas telefon bimbit, dan sebagainya. Selain itu,
penggunaan perkakas elektrik yang tidak mesra alam turut mengakibatkan pertambahan kadar
tarif. Secara umumnya, kebanyakan alatan elektrik yang digunakan adalah tidak berdaftar
dibawah SIRIM. Alatan yang tiada cop Sirim ini kebanyakannya menggunakan nilai voltan yang
besar dan kebarangkalian berlaku kebocoran arus adalah tinggi. Hal ini kerana kualiti barang
yang rendah disamping objektif pembuatannya hanya untuk mengaut keuntungan sahaja tanpa
memikirkan nasib dan keselematan pengguna. Jadi, mungkin kebocoran arus yang berlaku
meningkatkan lagi bacaan tarif secara tidak sedar disamping mengundang padah.

Peningkatan bil ini juga mungkin disebabkan faktor cuaca kerana diantara Disember
2016 dan Januari 2017, cuaca di kebanyakan negeri di semenanjung adalah tidak menentu
(hujan lebat dan panas terik bersilih ganti) ditambah pula dengan fenomena el-nino. Situasi
suhu dan keadaan dalam rumah sentiasa berubah seperti waktu malam menjadi tersangat
panas manakala waktu pagi bertukar menjadi sangat sejuk menyebabkan penggunaan kipas
dan pemanas sangat kerap digunakan. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh penyelenggaraan
sistem pengudaraan yang tidak sesuai di dalam rumah sehingga haba yang terperangkap di
dalam rumah tidak keluar sepenuhnya. Kebanyakan pengguna terpaksa menggunakan alatan
elektrik seperti kipas dan pendingin hawa kerana tidak tertahan dengan keadaan yang agak
panas di dalam rumah. Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan
mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara
relatifnya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain (laman
TNB Careline). Sesetengah perkakasan tidak berfungsi sebaiknya sepanjang perubahan cuaca
tidak menentu ini seperti keadaan lampu tiang yang berkelip-kelip malah siaran televisyen
kadang-kadang hilang siarannya. Malah, peningkatan jumlah bil elektrik kebiasaannya
disebabkan juga oleh faktor-faktor lain seperti perubahan cuaca panas, musim perayaan,
pertambahan jumlah isi rumah dalam tempoh tertentu, penggunaan elektrik yang tidak
berhemah, meter lama diusik dan kenaikan tarif elektrik (Portal Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air, KeTTHA).

4.0 Kaedah-kaedah penjimatan

Terdapat beberapa kaedah menangani peningkatan tarif elektrik secara drastik


disamping menjurus kearah penjimatan elektrik serta mengurangkan amaun yang perlu dibayar.
Di dalam sebuah rumah memerlukan penyelenggaraan dan pengurusan yang sesuai sama ada
dari segi warna rumah, sudut, alatan yang digunakan dan lain-lain lagi. Antaranya termasuklah
keadaan persekitaran rumah terutama daripada sudut pengcahayaan. Sudut pencahayaan
amat penting dalam menjimatkan penggunaan elektrik. Sebagai contoh, dinding yang dicat
dengan warna terang dan cerah seperti putih mempunyai sudut pencahayaanyang tinggi. Jadi,
satu mentol lampu yang dipasang sudah memadai jika dinding dicat warna putih kerana cahaya
dari lampu akan dipantulkan oleh dinding putih tadi. Malah warna putih mengelakkan rumah
daripada kelihatan suram. Jika warna gelap dipilih, maka lebih banyak mentol lampu yang
diperlukan atas faktor pencahayaanyang kurang dan cahaya kurang dipantulkan kerana warna
gelap menyerap cahaya. Contoh warna gelap ialah hitam yang mana merupakan penyerap
cahaya dan haba yang baik.

Selain itu, pengehadan dalam penggunaan perkakas elektrik yang menggunakan tenaga
yang besar juga perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, alatan elektrik seperti seterika dan mesin
basuh yang sedia maklum menggunakan tenaga elektrik yang tinggi perlu dikurangkan unitnya
bagi setiap rumah serta dihadkan penggunaannya. Antara langkah-langkah penjimatan dalam
penggunaan perkakas elektrik yang menggunakan tenaga tinggi adalah menggunakan ketika
perlu dan membuat had penggunaan di mana hanya seunit sahaja yang digunakan dalam
setiap rumah. Kita digalakkan menggosok dan membasuh baju secara banyak dalam satu
masa dan kebiasaannya seterika diletakkan di ruang tamu untuk kegunaan bersama. Ini
membantu pengurangan penggunaan tenaga elektrik disamping memastikan pembaziran dapat
dielakkan. Sudut ruang tamu harus menyediakan satu ruang yang tersendiri seperti ruangan
seterika dimana ibu bapa boleh mengehadkan dan mengawasi penggunaan bagi anak-anak
mereka kerana anak-anak kebiasaan suka membazir kerana mereka sering menggosok baju
secara kerap.

Seterusnya, kita digalakkan menggunakan lampu yang mesra alam dan menjimatkan
tenaga. Warna lampu yang sesuai digunakan adalah berwarna putih kerana bersifat memantul
cahaya dan tidak menyakitkan mata. Penggunaan mentol berfilamen tidak digalakkan kerana
menggunakan banyak tenaga. Malah, pemilihan mentol lampu juga mestilah mengikut
kesesuaian kepada tempat yang ingin diletakkan. Sebagai contoh, bilik tidur kebiasaannya
menggunakan mentol yang mempunyai nilai Watt yang rendah. Hal ini demikian kerana mentol
lampu mengeluarkan tenaga cahaya dan haba dan mentol yang mempunyai nilai Watt yang
rendah menghasilkan kurang haba. Antara mentol yang dicadangkan dalam menjimatkan
penggunaan tenaga adalah mentol LED jika dibandingkan mentol pijar. Kuasa yang digunakan
oleh sebuah mentol LED biasanya adalah 5 Watt berbanding lampu pijar biasa yang digunakan
antara 60-100 Watt. Perbezaan ini adalah antara 1/12 hingga ke 1/20 lebih menjimatkan.
Bayangkan sekiranya anda mempunyai banyak mentol di rumah, berapa banyak penjimatan
yang anda perolehi jika menggunakan mentol LED. Mentol LED juga dikatakan boleh mencapai
70 peratus kecekapan dalam penggunaannya (Siri Teknologi Baharu: Teknologi Tenaga m.s 9).

Umum mengetahui bahawa perkakas yang menggunakan plag 3 pin menggunakan Watt
yang tinggi. Oleh itu, kita mestilah sentiasa memastikan suis dimatikan setelah selesai
menggunakannya. Untuk perkakas yang menggunakan plag 2 pin pula, fius tidak disediakan
dan jika arus yang dialirkan adalah tinggi, maka kebarangkalian alatan elektrik itu untuk rosak
sangat tinggi dibandingkan plag 3 pin yang tersedia fius bagi mengelakkan alatan rosak. Hal ini
demikian kerana arus yang tinggi itu akan dihentikan oleh fius dan fius akan mencair. Maka,
hanya fius diganti dengan yang baru dan alatan boleh digunakan semula. Ketika berjalan jauh,
pastikan semua plag dicabut dan suis dimatikan. Untuk penjimatan, pastikan suis utama iaitu
suis semi-breaker dimatikan bagi memastikan tiada tenaga digunakan sewaktu ketiadaan orang
dirumah. Malah kita juga dapat mengelakkan malapetakan seperti litar pintas. Ibu bapa
seharusnya menyediakan satu ruang sahaja yang menggalakkan penggunaan plag secara
banyak dan perlu berhati-hati terutama dalah penggunaan plag sambungan. Hal ini kerana
semakin banyak plag yang dipasang di dalam bilik masing-masing, semakin banyak tenaga
yang digunakan.

Sebagai tambahan, kita digalakkan menggunakan perkakasan elektrik yang mesra alam
atau eco-save. Hal ini demikian kerana perkakasan sebegini lebih mengurangkan tenaga
elektrik yang digunakan dan kurang pembebasan bahan-bahan bertoksik seperti gas karbon
dioksida di udara. Malah, ini mengelakkan persekitaran berpenyakit di sekitar kita. Jika kita
mengurangkan penggunaan tenaga, maka kita dapat mengurangkan pemanasan global.
Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan suhu persekitaran dan membantu dalam
menyelamatkan persekitaran bumi kita. Atas langkah tersebut, kita dapat mengelakkan masalah
kepada alam seperti pemanasan lampau dan pencairan ais di kutub sehingga menyebabkan
paras air laut meningkat dan menyebabkan kebanyakan hakisan di sekitar pantai termasuklah
mengurangkan keluasan tanah di muka bumi. Kebanyakan peralatan eco-save juga
menggunakan kurang tenaga elektrik malah lebih berkualiti (dari segi masa dan produk yang
dihasilkan) berbanding alatan-alatan yang kebiasaannya digunakan. Namun, penggunaan
perkakasan sebegini kurang ditekankan oleh kebanyakan konsumer kerana perkakasan
sebegini begitu tinggi kosnya. Mereka sepatutnya lebih teliti dan perlu berkorban sedikit dari
segi kos kerana alatan sebegini mampu membantu menyelamatkan alam kelak.

Sebagai tambahan, kebanyakan rumah yang berkonsepkan penjimatan tenaga juga


telah banyak dibina. Hal ini demikian kerana kebanyakan telah sedar bahawa pentingnya dalam
menjimatkan tenaga alam. Antaranya adalah rumah yang menggunakan tenaga solar iaitu
menukarkan tenaga cahaya kepada elektrik. Terdapat juga rumah yang mengaplikasikan
kaedah kinestatik iaitu tenaga kinetik(gerakan). Sebagai contoh, pembinaan hidroturbin
membantu dalam menukarkan setiap putaran kincir air kepada tenaga elektrik. Ini apabila air
yang dialirkan menolak turbin dan berputar. Pengaplikasian ini menukar tenaga kinetik kepada
tenaga elektrik dan ini membantu dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik
semulajadi. Terdapat juga sesetengah bangunan moden kini yang bersifat sifar karbon yang
mana tidak menyerap haba. Dalam mewujudkan penyejukan pasif (tiada penggunaan tenaga
elektrik yang melampau), bidai tingkap memastikan haba tidak masuk semasa panas terik pada
siang hari dan membenarkan udara panas keluar dari bangunan serta ditambah pula dengan
penggunaan kaca fotokromatik atau kaca ‘pintar’. Kaca ini menjadi gelap apabila arus elektrik
kecil mengalir menerusinya dimana memainkan peranan dalam membenarkan cahaya dan
haba masuk melaluinya atau turut dipasang untuk memastikan haba tidak masuk (Siri Teknologi
Baharu: Teknologi Tenaga m.s 10).

5.0 Kesimpulan/ penutup

Kesimpulannya, penjimatan seharusnya berlaku dan sikap berjimat perlu disemai dalam
diri setiap insan kerana setiap sumber alam yang disediakan oleh pencipta amat penting untuk
masa hadapan kelak. Firman Allah:

“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana


di darat dan laut dengan sebab apa yang telah dilakukan
oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
(Surah ar-Rum 30:41)

Kita digalakkan menjaga kelestarian alam ini kerana kita adalah khalifah dan penghuni dunia ini.
Setiap perlakuan kita pasti akan menerima balasan sama ada ke atas diri kita mahupun kepada
penghuni di bumi ini pada masa hadapan kelak. Hal ini kerana jika kita berbudi pada alam,
maka kita akan mendapatkan hasilnya nanti selaras dengan slogan Tenaga Nasional Berhad
yang berbunyi “Better Futures Start With Brighter Minds”.
Rujukan

Lokman Bin Hussein, Hashimah Binti Muhmad, Sanif Bin Sapa'at, Hasni Bin Rais (2007).
KBSM Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. Shah Alam, Selangor: K. Publishing
Sdn.Bhd.

Oxlade, Chris. (2011). Siri Teknologi Baharu: Teknologi Tenaga. Terjemahan oleh Rohani
Sulaiman. Malaysia: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Tenaga Nasional Berhad. (2014, Januari 1). Pricing & Tariffs. Tenaga Nasional Berhad.
Diperolehi pada April 2017 daripada https://www.tnb.com.my/residential/pricing-tariffs/

Tuan Seang, K, S. (2011, Disember 14). Tenaga. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air (KeTTHA). Diperolehi pada April 2017 daripada
http://www.kettha.gov.my/portal/index.php?r=kandungan/parlimen_view&menu1_id=5&
menu2_id=19&parlimen_id=372#.WN8XdDuGO00

Ammboi. (2016, April 22). Penjelasan TNB Careline Mengenai Punca Kenaikan Bil Elektrik.
Blogspot. Diperolehi pada April 2017 daripada
http://www.ammboi.com/2016/04/22/penjelasan-tnb-careline-mengenai-punca-kenaikan-
bil-elektrik/

Lisa Nurulain. (2016, April 21). Punca Bil Elektrik Naik. Blogger.
Diperolehi pada April 2017 daripada http://www.ciksepet.com/2016/04/punca-bill-
elektrik-naik.html

The Malay Mail Online. (2016, April 21). Bil elektrik melambung? Semua akibat tabiat
pengguna, kata TNB. Artikel Berita. Diperolehi pada April 2017 daripada
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/bil-elektrik-melambung-
semua-akibat-tabiat-pengguna-kata-tnb

Mohd Shahrul. (2015, Jun 21). Teknologi Mesra Alam, Manusia ‘Mesra’ Alam. Blogger.
Diperolehi pada April 2017 daripada http://raudhahjiwa.blogspot.my/2015/06/teknologi-
mesra-alam-manusia-mesra-islam.html

Wan Syamim. (2016, Mac 9). Kelebihan Menggunakan Lampu LED. Blogger.
Diperolehi pada April 2017 daripada https://mahligaiidaman.com/2016/03/09/kelebihan-
menggunakan-lampu-led/
Lampiran
Tugasan 2:
Penulisan
esei

You might also like