You are on page 1of 1

Tutorial 20210120

Berikan maklumat ringkas, jelas dan tepat tentang permainan bola sepak kepada
seseorang yang tidak mengenali permainan tersebut.

Bola sepak ialah sukan berpasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton
di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri
daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan lebih
daripada 250 juta orang di lebih buah 200 negara, yang menjadikannya sebagai
sukan paling terkenal dan ia juga merupakan sukan rasmi di dunia.

Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola
dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10
pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain
daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan
kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir
perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan
seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti,
bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh


induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala
Dunia FIFA setiap empat tahun sekali.

Di Malaysia, dan beberapa negara asia tenggara yang lain, Piala AFF Suzuki
merupakan satu kejohanan yang dianggap Piala Dunia bagi negara-negara dia Asia
Tenggara. Antara negara yang telah memenangi kejohanan ini ialah Thailand,
Singapura, Vietnam dan Malaysia.

You might also like