You are on page 1of 35

TAJUK 1

SINOPSIS:

PERMAINAN BOLA SEPAK.

Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus takbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola sepak, strategi, latihan dan formasi permainan serta bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola sepak. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan sejarah awal permainan bola sepak; 2. Meringkaskan perkembangan bola sepak dalam tiga era di Malaysia 3. Membincangkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia - FAM ). 4. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan permainan bola sepak. 5. Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola sepak. 6. Mempraktikkan ilmu pengurusan, pengendali an dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
PERMAINAN BOLA SEPAK AMALI TEORI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. KEMAHIRAN ASAS PERMAIAN KEMAHIRAN TEKNIKAL MENYEDIAKAN PADANG KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAEDAH PENILAIAN PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

1.1

Sejarah.

1.1.1 Sejarah Permainan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Rajah 1.1.: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan di Eropah ketika Zaman Pertengahan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu . Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undangundang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 /1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913.

Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930

Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang- seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

1.1.2 Perkembangan Di Malaysia. Awal 1920-an Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Rajah 1.3: Singapura menerima piala sebagai juara Piala Malaya.

Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama. 1.1.3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1.1.3 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).

Rajah 1.4: Struktur Organisasi FAM

1.1.4 Peraturan Dan Undang-Undang Permainan. Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA adalah seperti berikut, i. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang diminati. ii. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi bola sepak. iv. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia. v. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan mengenainya. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). 1.1.4.1 Undang-undang Permainan

iii.

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuai an ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.2.1 ): Panjang Lebar : : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela)

(b)

Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang Lebar : : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) 6

(c)

Kawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).

Rajah 1.5: Ukuran kawasan padang bola sepak

(d)

Kawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(e)

Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.

Rajah 1.6: Ukuran kawasan penalt

(f) Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. (g) Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. (h) Tiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

Rajah 1.7 : Ukuran tiang gol bola sepak

Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan.

Rajah 1.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak

Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

Rajah 1.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.

(b)

Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c)

Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d)

Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e)

Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan. Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. Jersi ii. Kasut bola iii. Seluar pendek iv. Stoking vi. Pelindung kaki

(b)

10

Rajah 1.10 : Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak

(c)

Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d)

Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(e)

Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.

11

Rajah 1.11 : Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil

(b)

Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. 12

(c)

Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

(b)

Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.

Rajah 1.12 : Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan.

13

Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.

Rajah 1.13 : Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa

(b)

Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c)

Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan.

(d)

Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e)

Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

14

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.

Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan

(b)

Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

(c)

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Permainan akan diteruskan kembali dengan:

15

(a) (b) (c)

Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

Rajah 1.15 : Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar

Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.16 : Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol

16

Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurangkurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.

Rajah 1.17 : Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. (b) memegang pemain pihak lawan. (c) melompat ke atas pemain pihak lawan. (d) menolak pemain pihak lawan. (e) mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. (f) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. (g) menyadung pemain pihak lawan (h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. (i) membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).

17

Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Rajah 1.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran.

Rajah 1.18 : Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti

Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti. Prosedur: a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang.

18

b)

Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.

c)

Rajah 1.19 : Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur: Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. (Rajah 1.20) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira.

19

Rajah 1.20 : Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara. Prosedur: Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol. Prosedur: Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

20

Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.

Rajah 1.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

1.3

Kemahiran Asas Permainan Bola Sepak

1.3.1 Pengenalan

Topik berikutnya akan mendedahkan tentang kaedah kawalan, pengawalan gawang gol dan strategi permainan bola sepak. Tujuan seseorang pemain mengawal bola adalah untuk mengawal bola yang ditujukan kepadanya supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan dengan mudah. Bahagian-bahagian badan yang berikut boleh digunakan untuk mengawal bola iaitu melalui: Hujung kaki (bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki) Batang kaki (peha dan bahagian bawah lutut) Kepala Dada Perut

Semasa bersentuh dengan bola, bahagian badan yang terlibat hendaklah dileturkan atau dilembutkan untuk mengurangkan hentaman bola ke atas badan. Jika bahagian badan yang menahan bola ditegangkan, bola itu akan melantun semula dan bola susah untuk dikawal. 21

Mata hendaklah mengikut pergerakan bola sehingga ia dapat dikawal dengan bahagian badan yang sesuai. Tangan pemain pula memainkan peranan untuk mengimbangkan badan. Cara-cara mengawal bola ialah dengan (rujuk rajah 2.1): Menggunakan perut kaki [Rajah (a)] Menggunakan luar kaki [Rajah (b)] Menggunakan tapak kaki [Rajah (c)] Menggunakan peha [Rajah (d)] Menggunakan perut dan juga lutut [Rajah (e) & (f)]

Rajah 1.22 : Cara-cara untuk mengawal bola

1.3.2 Latihan Mengawal Bola Sila perhatikan pula langkah-langkah berikut sebagai latihan untuk mengawal bola. 1. Berpasangan Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya. Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah: (a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. (b) Bola leret dari kiri, kanan dan depan. 22

(c) 2.

Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

Latihan dinding Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik. Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

Rajah 1.23: Latihan menendang ke dinding Latihan berkumpulan (statik/bergerak) (a) Bulatan - seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan dan mengumpan bola kepada ahli pasukannya seorang demi seorang. Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya. Barisan - Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembali kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan menjadi pengumpan baru.

3.

(b)

Rajah 1.24: Latihan dalam bulatan

23

1.3.3 Tendangan Dan Hantaran Kebiasaannya sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya. 1.2.3.1 Jenis-jenis Tendangan Terdapat 3 jenis tendangan. (i) Tendangan leret (ii) Tendangan tinggi (iii) Tendangan voli

Rajah 1.25: Seorang pemain sedang melakukan satu tendangan voli Teknik asas menyepak Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola: Untuk menggerakkan bola secara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak. Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan pada bahagian bawah garisan tengah. Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak atau menggerakkan bola.

24

Rajah 1.26: Cara-cara untuk membuat tendangan leret dan tinggi

Rajah 1.27: Bahagian kaki yang digunakan untuk membuat sepakan dan hantaran

Teknik berikut dapat membantu anda membuat tendangan dan hantaran yang tepat (rujuk Rajah 1.3.7): (i) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret, tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu gol (Rajah (a)) Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah, hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b)). Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola (Rajah (c)). Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran (Rajah (d)). Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli (Rajah (e)). Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau lambung (Rajah (f).

(ii) (iii) (iv) (v) (vi)

25

Rajah 1.28: Cara-cara untuk membuat tendangan dan hantaran bola yang betul

Latihan tendangan dan hantaran bola Latihan-latihan berikut akan membantu anda memperbaiki tendangan anda: (a) Latihan tendangan leret 1 A-B (menggunakan kura-kura kaki) B-C (menggunakan bahagian luar kaki) C-A (menggunakan bahagian perut kaki) (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan hendaklah dijauhkan)
Rajah 1.29: Latihan tendangan leret 1

(b)

Latihan tendangan leret 2 Seperti dalam Latihan 1, seorang pemain bertindak sebagai pengumpan tetap.

Rajah 1.30: Latihan tendangan leret 2

26

(c)

Latihan menghantar bola Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain menggunakan semua ba hagian kaki untuk membuat hantaran bola.
Rajah 1.31: Latihan menghantar bola

(d)

Latihan menyepak dan menghantar bola Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.
Rajah 1.32: Latihan menyepak dan menghantar bola

(e)

Latihan menjaring (membuat sepakan ke pintu gol) Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.
Rajah 1.33: Latihan menjaring

(f)

Latihan menghantar bola Pemain X membawa bola dan apabila menghampiri garisan gol, tukar haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.

Rajah 1.34: Latihan menghantar Bola

27

Jenis Hantaran Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empat dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Mari kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini: (i) Hantaran dinding Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali lagi kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai penghalang.

Rajah 1.35: Hantaran dinding

(ii)

Hantaran terus/sisip Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain X yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

Rajah 1.36: Hantaran terus

28

(iii)

Hantaran segi empat Latihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z dengan pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

Rajah 1.37: Hantaran segi empat

(iv)

Hantaran zig-zag Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.

Rajah 1.38: Hantaran secara zig-zag

1.3.4 Penjagaan Gawang Gol Fungsi seorang penjaga gol adalah sangat penting. Penjaga gol adalah pemain yang berada di barisan belakang pasukan dan mestilah menguasai semua jenis kemahiran. Untuk menjadi penjaga gol, pemain tersebut mestilah boleh menangkap, menendang, membuat hantaran, menanduk dan menggelecek bola selain menghalang semua serangan yang dilakukan ke arah gawang gol. Tugas utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan pintu golnya supaya bola tidak dijaringkan. Cara yang digunakan untuk menggagal kan sesuatu percubaan menjaringkan gol adalah bergantung kepada pergerakan bola yang menuju ke pintu gol itu. Mengikut peraturan permainan, penjaga gol dibenar menggunakan mana-mana bahagian badannya untuk menahan bola semasa berada di kawasan golnya. Dalam keadaan biasa, penjaga gol hendaklah 29

menyambut bola dengan menangkapnya dengan kedua-dua belah tangan. Ini adalah cara yang paling selamat. Oleh itu, selain daripada kemahiran menyepak bola, penjaga gol perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang cekap untuk mempertahankan daripada pintu gol dibolosi pasukan lawan.

Rajah 1.39: Seorang penjaga gol sedang beraksi dalam percubaan menepis bola

Kemahiran asas menjaga gol boleh dilakukan seperti aksi berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menangkap tendangan bola leret, aras badan atau bola tinggi Menepis bola tinggi dan sisi Menumbuk bola Mengecilkan sudut jaringan Menyepak bola Membaling bola

Cara-cara menjaga gol (rujuk Rajah 2.19) seperti berikut boleh membantu anda:

1.

Dalam keadaan bersedia untuk bertindak. Mata hendaklah mengikut pergerakan bola sepanjang masa. (Rajah (a))

30

2.

Untuk menyambut hantaran bola leret, tangan dan kaki akan melindungi atau menghalang bola. Semasa menyambut bola, kedua-dua belah tapak tangan hampir di belakang bola. (Rajah (b))

Rajah (b)

3.

Satu lagi gaya untuk menyambut bola leret ialah sebelah kaki melutut semasa menyambut bola. (Rajah (c))

4.

Untuk menyambut bola aras dada, pemain hendaklah bergerak ke belakang bola. Sebaik sahaja menyambut bola, bawa bola rapat ke badan dengan membongkokkan badan. (Rajah (d))

5.

Dalam keadaan di mana pemain tidak sempat menangkap bola, adalah lebih selamat sekiranya bola itu ditepis keluar sahaja. (Rajah (e))

31

6.

Bola boleh ditepis ke luar tiang gol dengan pergerakan pergelangan tangan ke arah yang sepatutnya. (Rajah (f))

7.

Menumbuk bola dengan kedua-dua belah tangan juga dibenarkan. Tangan hendaklah diluruskan semasa bersentuhan dengan bola. Biasanya tindakan ini dilakukan apabila penjaga gol berlari keluar dari pintu golnya untuk menyekat hantaran tinggi ke gawang golnya. (Rajah (g))

8.

Melompat ke sisi bertujuan untuk menyekat bola. Dalam keadaan ini, pastikan tangan menjangkau bola untuk menangkap atau menolaknya keluar. (Rujuk rajah (h)) Sebaik sahaja bola ditangkap, tangan hendaklah menahan bola agar tidak terlepas daripada tangkapannya.

32

Rajah 1.3.19: Cara-cara seorang penjaga gol menangkap dan menepis bola

1.4

Strategi Permainan

Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain, pengadilan yang baik dan langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap. Kini anda akan didedahkan pula tentang strategi permainan bola sepak. Ini juga penting agar permainan bola sepak akan menjadi lebih tersusun dan efisen. Pemilihan sesuatu strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut

Rajah 1.40 : Faktor kepada pemilihan strategi

33

Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah:

(a)

4-2-4 Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi penghubung di antara pemain pertahanan dan penyerang. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan. Oleh itu, daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting

Rajah 1.41 : Sistem 4.2.4

(b)

4-3-3 Dalam sistem ini, hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang. Oleh itu, pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat overlap untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.

Rajah 1.42 : Sistem 4.3.3

(c)

4-4-2 Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan. 34

Rajah 1.43 : Sistem 4.4.2

(d)

1-4-3-2 Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi sweeper manakala yang lain akan menjaga pemain lawan. 'Sweeper ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.

Rajah 1.44 : Sistem 1.4.3.2

35

You might also like