You are on page 1of 3

SEJARAH BOLA

Bola sepak (Jawi: ‫بوال سيڤق‬, juga di beberapa


kawasan di Indonesia: sepak bola)
ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan yang mana setiap pasukan terdiri
daripada 11 orang pemain. Bola sepak
dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi
empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan.

Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang


dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di
dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak
penalti manakala 10 pemain lainnya hanya
dibenarkan menggunakan semua bahagian
badannya selain daripada tangan, kebiasannya
kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan
kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang
memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan
ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir
kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan
undian, pembaharuan masa ataupun tendangan
penalti, bergantung kepada format penganjuran
kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya


dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan
bola sepak antarabangsa (FIFA).
Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah
diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-
sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara
permainan yang berlainan mengikut sekolah)
menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara
permainannya juga lebih teratur. Undang-undang
awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara
permainan yang berlainan itu dan memudahkan
pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England
(The Football Association) telah ditubuhkan pada
1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan
ini berjaya menggubal undang-undang formal bola
sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini
kemudian berkembang menjadi Undang-undang
Bola Sepak hari ini.
Urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan
oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (International Football Association
Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan
mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat
wakil persatuan bola sepak England, Scotland,
Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan
Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh
Lembaga melalui undian majoriti. 
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération
Internationale de Football Association (FIFA),
badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan
dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta
orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih
daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia.
Peraturannya yang mudah dan memerlukan
peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong
penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan
lebih daripada 250 juta orang di lebih buah 200
negara.

You might also like