You are on page 1of 4

PENGENALAN

Permainan bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas


bola jaring, bola keranjang dan bola sepak. Ia mula mendapat pengiktirafan sebagai
salah satu permainan bertaraf antarabangsa dan mula diminati. Kini, bola baling menjadi
permainan yang setanding dengan pertandingan-pertandingan lain dari segi
popularitinya.
Permainan ini merupakan permainan berpasukan yang dimainkan oleh 7 orang
pemain bagi setiap pasukan dan 5 orang merupakan pemain simpanan. ia diadili oleh 2
orang pengadil. Bagi membolehkan sesuatu perlawanan dimulakan, sekurang-
kurangnya 5 (minimum) atau 7 orang (maksimum) pemain untuk setiap pasukan perlu
berada digelanggang. Lontaran mula dibuat ditengah-tengah gelanggang oleh pasukan
yang memenangi undian. Ia juga dimulakan setelah wisel ditiup oleh pengadil
gelanggang.
Bola baling dimainkan dalam dua tempoh permainan. Kedua-dua pasukan akan
menukar kawasan permainan semasa separuh masa kedua bermula. Pasukan yang
menjaringkan bola terbanyak kedalam gawang gol dan disahkan oleh pengadil akan
dikira sebagai pemenang.










SEJARAH BOLA BALING

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan
satu permainan yang telah diubahsuai daripada permainan-permainan yang asal seperti
Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffball di
Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama, permainan ini melibatkan 7 orang pemain
dalam satu pasukan dan ia dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemain
dalam pertangdingan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang
bola sepak. Heizer merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan
permainan ini. Beliau berasal dari Jerman. Permainan ini ketika itu dikenali sebagai
handball. Manakala bagi rakyat Rusia, mereka mempercayai bahawa permainan ini
telah diperkenalkan oleh rakyat mereka iaitu Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
Pada tahun 1926, Kesatuan Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undang-undang permainan ini. pada
tahun 1928, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan di
Amsterdam. Avery Brudge yang merupakan Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa
(OIC) kemudiannya menjadi ahli piagam kesatuan yang baru ditubuhkan itu. Bilangan
ahli kesatuan itu bertambah daripada 11 buah Negara pada tahun 1928 kepada 23 buah
Negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan
dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah Negara telah mengambil bahagiandalam
sukan itu dan Jerman telah memenangi pingat emas. Pada tahun 1938, Jerman sekali
lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia dimana 10 buah Negara telah
mengambil bahagian.
Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah
pertubuhan yang baharu, iaitu Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan
tersebut masih lagi menerajui sukan ini sehingga sekarang. Kesatuan ini menggalakkan
permainan menggunakan 7 orang pemain bagi setiap pasukan. Ia bolah dimainkan di
padang mahupun gelanggang. Perubahan dilakukan dari semasa ke semasa
menjadikan permainan bola baling ini sejenis permainan yang menonjol dan menarik.


Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Swedwn
telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1957, Czechoslovakia telah memenangi
Kejohanan Bola Baling Sedunia bagi kategori wanita. Pada tahun 1956, undang-undang
permainan ini telah diubahsuai supaya membentuk undang-undang yang lebih lengkap
dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini.
Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam
Sukan Olimpik di Munich, setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik
sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada tiap-tiap kali
Sukan Olimpik. Di peringkat antarabangsa, pasukan-pasukan yang menguasai
permainan ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslavakia, Hungary
dan Poland. Di peringkat Asia pula Jepun, China dan Korea adalah tiga buah Negara
yang terhandaldimana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas
dan pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 1988.
Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 68 buah negara, lebih daripada 200 000
pasukan dan lebih daripada 3 juta pemain telah berdaftar dengan IHF. Kesatuan Bola
Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran. Ibu
pejabat kesatuan itu berada di Kuwait.










PERKEMBANGAN BOLA BALING DI MALAYSIA

Permainan bola baling boleh dianggap sebagai satu permainan baharu di
Malaysia. Ianya mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Encik Lim Hock Han. Ketika
itu beliau bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor.
Permainan ini kemudiannya diperkenalkan kepada sekumpulan gurudan pelajar dari
Negeri Selangor di Universiti Malaya.satu jawatankuasa kerja bola baling yang
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unti Pendidikan Jasmani dan Sukan,
Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun1978. Sejak itu, kursus-kursus
dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk
guru-guru telah dijalankan dengan tujuan supaya permainan ini dapat dikembangkan
dan dipopularkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang
pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Sebanyak 12 pasukan
dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya telah
mengambil bahagian.
Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah secara
rasminya didaftarkan pada 11 September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula
secara rasminya didaftarkan pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su telah dilantik
sebagai Presiden yang pertama manakala Encik Kan Tong Leong pula telah dilantik
sebagai Naib Presiden.

You might also like