You are on page 1of 22

HUBUNGAN ETNIK DAN CABARANKonsep budaya merupaka

Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha


memupuk keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam
mengekalkan dan memupuk perpaduan etnik. Umumnya, cabaran dibahagikan
kepada dua elemen utama iaitu cabaran internal dan external seperti berikut: Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan
hak etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa
dominan di negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara
ini. Tindakan pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang
pastinya mengundang kepada perpecahan.
Dasar pecah dan perintah oleh British memberi implikasi kepada hubungan
etnik sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan
dan jenis pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat
kurang khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap
hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik
di Malaysia.
Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut
kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu
dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di
sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan. Pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil sebagai bahasa pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya
tertumpu dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini
hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya,
masing-masing cuba mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam
usaha membentuk suatu kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai
untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang berbeza secara tidak langsung
memberikan impak yang kurang baik kepada penstrukturan negara. Cabaran
dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh semua pihak kerana jika ini
berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan etnik masing-masing.
Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk
penajajahan baru oleh kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya.
Masyarakat berbilang etnik terdedah kepada cara pergaulan bebas antara lelaki
dan wanita. Aspek kepercayaan dan agama semakin dipinggirkan
memandangkan terlalu memikirkan keseronokkan dunia.
Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah
melalui penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai
sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan

berteknologi rendah. Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti
perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat
dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan
ketara di kalangan etnik. Masing-masing cuba bersaing mendapatkan hak dan
keuntungan yang lebih besar.
Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan
rasa tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil
kira dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik
tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar
dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam
pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan
dan pertumbuhan ekonomi.
Cabaran dari aspek politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan
kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu
tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika
dipergunakan untuk tujuan berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu. Semua etnik saling berusaha untuk
mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh membawa kepada
hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada negara.
Cabaran dari aspek nilai-nilai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan
India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan
masing-masing. Kesannya, setiap etnik lebih mengutamakan anggota sendiri
daripada etnik yang berbeza dalam memilih sahabat dan mendapatkan
perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok yang sama akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat pelbagai
etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain
memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang
sama.
Cabaran dari segi globalisasi. Semua etnik perlu berani menyahut cabaran
globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi
dan perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu diambil kira
dalam memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap perancangan
dan pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran globalisasi
agar jurang di antara etnik dapat

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA EDU3106

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara
seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu,
Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta
orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosiobudaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu.
Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahulu
dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya?
Menurut ensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada
perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang
bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi
dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya)
membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara
berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman
web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalamkontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup
dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri
masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur kemasyarakatan, keagamaan selain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat.
Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai
satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain lain kebolehan serta
kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih
besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan,
kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan
perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan
kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik,
budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kepada guru
kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk
membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai
Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38
Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988
Manakala menurut Dato Panglima Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia,
kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen
membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai
warga Negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana
mereka datang. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya
dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina.
Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal
tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid

murid agar masalah guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku.
Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara perkara
pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan
dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil
pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran,
penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu
guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan
perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah
ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah olah
tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik,
terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan
oleh masyarakat dan Negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara
realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan
sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada
pemajuan Negara-bangsa dan global
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh
ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses
yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke
tahap yang optimum.
Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001),
proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa
prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:
a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara
aktif;
b) Berpandukan bahan bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa,
potensi dan kemajuan murid;
c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.
Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan
kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan
dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa
mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan.
Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam
menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian
dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dan
seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal.
Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang
melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat
menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang
sosial dan kecerdasan individu.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa
dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan
seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid
akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran.
Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi
boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid murid sedemikian.
Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu
hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan member peluang sama rata
kepasa semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada
semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada
mana mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid
meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi
tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya
mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap
kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran
yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum,
adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran
hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi pembelajaran. Ini akan
memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang sesuai untuk mengatasi
kelemahan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang
yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati
hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan
lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam
pengurusan masa.
Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma
haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa. Guru haruslah
pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Penyampaian pengajaran
guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi
aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas
seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan
dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
Implikasi kepada murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap
kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah mahupun di luar
bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan
saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan;
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau
pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam
bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana
institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak
dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
Petikan perlembagaan Malaysia
Berlandaskan Perlembagaan Malaysia, seharusnya guru mengurus tingkahlaku murid
berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosiobudaya di kalangan murid agar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.
Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan
perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke
dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah

dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara


langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya
berupaya membentuk masyarakat yang toleran kea rah memacu pembangunan Negara.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan
oleh murid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras
bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea
rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa
bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan
sosial yang sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina.
Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang
berlainan jantina.
Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab
tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan
Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua
kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam
kelas mereka.
Guru sebagai role model kepada murid murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepada
tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti
membentuk program program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan
dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkan
kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian
pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami
sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
mudah dan mesra murid.
Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid
Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang
harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama
rata dalam penerimaan pembelajaran.
Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah,
vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui,
namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini adalah
datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru menggunakan
kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan
murid bosan untuk mengikuti P&P.
Mengambil contoh permasalahan yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran
pendidikan di kalangan etnik ini amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO)
melaporkan 34.31% dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.
Dalam kes tertentu mungkin terdapat segelintir kanak kanak Orang Asli yang tidak dapat
ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak kanak berkeperluan khas.
Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli masih keberatan atau langsung tidak mahu ke
sekolah?
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah buahan. Malah masih ada yang
terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati, ada
kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan
mengubah masa depan kaum mereka.
Apabila membicarakan tentang budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu
pembangunan dan budaya pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu struktur
persekitaran dan sosial masyarakat mereka sendiri.
Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan tanpa
berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.

Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan
ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi bahkan
mereka akan tersinggung dengan kata kata guru khususnya di sekolah, mereka akan
menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang Asli mudah
percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor ponteng sekolah
seterusnya akan mematikan minat untuk belajar.
Selain daripada itu, budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli.
Mereka suka bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai
seorang guru, perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang
sesuai untuk menarik minat anak anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.
Pelajar Orang Asli lebih suka bersantai dan tidak suka dikongkong. Masa lapang mereka
dipenuhi dengan aktiviti permainan. Memanjat pokok, menjerat haiwan, dan mandi sungai
merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh mereka.
Berdasarkan perkara perkara di atas, dua kaedah yang dirasakan sesuai dipilih untuk
dilaksanakan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian sosial dan mempunyai anak
Orang Asli di dalam kelas tersebut.

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu
profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia.

Mereka berperanan

membentuk
sahsiah pelajar. Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar
terhadap
perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia.
Sistem pendidikan di Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana
mahu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai
masyarakat
yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur,
penyayang, saksama, serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai
cabaran
yang besar untuk merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan anak murid
yang
mempunyai kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Sistem pendidikan di
Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua rakyatnya,
merupakan

satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik.

i. Cabaran dalam aspek sosial:


a. Pemisahan penempatan: bukan sahahj boleh
hbgn & interaksi pelbagai

merenggangkan

etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan

kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan


yg seterusnya menimbulkan
mengekalkan kejahilan

anggota
prasangka,

streotaip

&

di klgn etnik trhadp etnik yg lain.

b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi

hanya berkisar

dlm kalangan etnik yg sama.

1. Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang surut.


-Sebelum Perang Dunia II hubungan adalah baik, kemudiannya berubah
menjadi longgar semasa Perang Dunia II dimana terdapat etnik yg memberi
sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
-Hubungan tersebut kembali kukuh di era kemerdekaan kerana British
meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu sekiranya mahu merdeka.
Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
-Kini secara umumnya hubungan adalah baik disebabkan pelbagai program
anjuran kerajaan contohnya Rukun Negara, Rukun Tetangga dan sebagainya.
2.

Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969.


- Berlaku kerosakan harta benda.
1.

Kerosakan harta benda dan korban jiwa yang banyak i.e di Selangor

196 orang mati dan 493 cedera.


- Peristiharan perintah berkurung.
1.

Menyekat kebebasan bergerak, berinteraksi, beraktiviti.

2.

Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.

3.

Pilihanraya Sabah dan Sarawak digantung

-Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira


etnik di Malaysia kerana ketidak seimbangan ekonomilah menyebabkan
tercetusnya 13 Mei 1969.

Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan seharusnya


berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap rakan
bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik supaya tidak
terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain.
Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh murid tidak harus dipertikaikan dan
aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama
hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat majmuk di negara
kita.
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa berada di
sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur dialek mengikut
kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa
yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu murid berkomunikasi dengan lancar.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina
mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan
perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina dan saling menghormati antara satu sama
lain.
Kemahiran juga berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan
budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur, pengunaan
bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon
dan sebagainya.
Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai
seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala
tingkahlaku negatif.

Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar
ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar
bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas

itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah
bilik darjah yang dapat ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan bilik
darjahku, rumahku.
Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus diingat
bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran mengawal kelas sebaik sahaja
guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid
murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak
menjadi pak turut. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan
meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia
merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian
dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.
Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang
menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada pengajaran.
Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil
masa yang lama.
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang
peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus
bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas
social dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain.
Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan
aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam
jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat
perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat
yang toleran memacu pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa
standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid
mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan
laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah
peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang
sepatutnya.

Murid digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka
perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik
darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat
kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan
disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri
mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.
Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan komunikasi
berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila
murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan
budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan
mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang
dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru.
Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal
melalui tindakan yang berkhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang
terbaik untuk mengembangkan potensi diri kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti.
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru dapat kurangkan masalah disiplin melalui
pendekatan bilik darjah yang berkesan. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalah harus
dikenal pasti, supaya murid lain tidak menjadi pak turut .
Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya. Guru
dicadangkan agar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran berlandaskan tahap
pencapaian murid yang dimulakan dengan set indaksi yang menarik dan diikuti aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang boleh menghilangkan rasa bosan murid.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL-BUDAYA


DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP
SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH

Sekolah Kebangsaan Sekolah Berasrama penuh

Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Jenis

Kebangsan CinaVokasional

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Agama

Sekolah Premier

Sekolah Bestari

Sekolah Model Khas

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah Wawasan

2.3 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA DI DALAM BILIK


TERHADAP MURID
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian
Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada
usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada
peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat
SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan
Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa
pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil.
Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi
peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik
supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP
mempunyai bidang keistemewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala
Kangsar, Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang.
Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang
teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh
mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi
rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik
termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT
Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung
(ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan
makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan).
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawar dan menyediakan program Pendidikan
Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar
negara. Diantara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah

kometmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan
agama kepada murid-murid.
Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi
sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang
bersejarah yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambing
kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirkan tokoh-tokoh negara dan
korporat seperti Victoria Institiut (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail
(Kelantan) dan Sekolah MenengahSt. John (Kuala Lumpur)
Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di
Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang
lengkap dan terletak dalam kawasan strategic berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah Model Khas pula menggabungkan murid sekolah rendah pada peringkat tahap dua dan
murid sekolah menengah di bawah satu bumbung. Ia merupakan konsep baru dan menyediakan
kemudahan fizikal yang kundusif bagi murid-murid yang berpotensi di kawasan luar Bandar seperti
Sekolah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun
di Negeri Kedah.
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan,
pendengaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya
adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan
negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan
pelajaran bagi ketiga-tiga kategori pendidikan khas. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang
pendidikan kepada murid bermasalah pendengaran dengan menawarkan kursusu-kursus anjuran
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Sekolah Wawasan pula ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan
dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain
dapat berinteraksi sejak dari peringkat awal persekolahan lagi sedah tentu akan lahir satu generasi
Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum
sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanakkanak yang boleh dibentuk.
3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, para pendidik hendaklah mempelajari kepelbagaian


budaya dalam masyarakat di negara kita. Guru telah disarankan bagaimana untuk membentuk
interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Disamping itu guru berperanan
memperkembangkan bakat murid tanpa sikap prejudis terhadap mana-mana kaum. Ini membolehkan
murid dapat dibentuk akan mencintai ilmu melalui budaya belajar kea rah pencapaian prestasi budaya
cemerlang.
Guru juga diingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik sematamata, sebaliknya guru harus mengambil kira aspek kurikulum yang tersirat. Nilai-nilai murni harus
diterapkan kepada murid-murid supaya mereka mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi
intelek dan rohani.
Oleh itu, profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi
oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti,
ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidikan layak dan patut menjadi
guru .
Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian
Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya
pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian
kebolehan dan budaya murid.
Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diturunkan dari generasi ke generasi.Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat
berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka
dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis.
Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa
dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.
Pierre Bourdieu (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu
adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu
bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya
mereka dalam masyarakat.

Pembelajaran secara direktif bermaksud, murid-murid belajar melalui penerangan tentang konsep /
kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan yang dibuat dengan bimbingan
guru.Contoh strategi-strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah kuliah dan latih-tubi.
Bagi elemen pembelajaran secara mediatif pula, murid-murid diajar oleh guru untuk mengaplikasikan
pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan
menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contoh-contoh aktiviti pengajaran yang boleh
digunakan oleh guru dalam pendekatan mediatif ialah seperti penakulan dialektual, pemerolehan
konsep, pembentukan konsep, latihan inkuiri dan perbincangan terbuka.
Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif.
Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan
menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh
digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan
pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu
kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam
kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan
kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang
sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid-murid untuk membuat kaitan antara ilmu pengetahuan
dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat.
Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan.
Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran

eksperential, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan


murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa
situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia
mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari.
Prinsip-prinsip penting dalam pembelajaran kontekstual ialah seperti guru menggalakkan murid untuk
belajar daripada satu sama lain, guru menggunakan penilaian sebenar, pembelajaran kontekstual
bergantung kepada ingatan spatial guru dapat menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran yang
berlainan dan penilaian autentik melalui pengalaman praktikal.
Dalam strategi metakognitif, murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Contoh-contoh soalan yang boleh diberikan oleh
guru kepada murid-muridnya dalam strategi metakognitif ialah Apakah yang saya telah belajar?
Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya? Apakah bantuan yang saya perlu? Muridmurid dapat mempraktikkan strategi metakognitif semasa mereka menjalani latihan praktikum atau
membuat journal refleksi. Pemikiran metakognitif ialah pemikiran aras tinggi yang boleh dipraktikkan
oleh murid-murid
Kaedah konteks luar ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di luar
bilik darjah atau di makmal sains. Dalam kaedah ini, peranan guru sebagai seorang fasilitator di mana
dia akan cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru akan memberikan satu
aktiviti penyelesaian masalah dan murid mesti berada di luar bilik darjah untuk menyelesaikan
masalah ini. Selepas menyelesaikan aktiviti yang diberikan oleh guru, murid akan menyediakan
laporan secara individu atau mengikut kumpulan.
Dalam kaedah kajian masa depan, guru membolehkan murid-murid mengambil bahagian dalam
penciptaan masa depan. Dalam konteks persekolahan, kajian masa depan adalah amat penting untuk
golongan remaja dan murid. Kaedah ini dapat membantu murid untuk melihat manusia berfikiran jauh
dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Dua
prinsip dalam kajian masa depan ialah masa depan sahajalah merupakan ruang di mana kita
mempunyai kuasa atau pilihan untuk bertindak atau melakukan sesuatu, terdapat bukan hanya satu
masa depan tetapi beberapa dan pelbagai masa depan. Oleh itu, pemilihan soalan kajian masa
depan perlu dilakukan dengan beretika dan bertanggungjawab oleh guru. Contoh-contoh soalan yang
boleh dikemukakan oleh guru dalam kaedah ini ialah seperti bagaimana keadaan lalu lintas pada satu
hari nanti di Malaysia? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan?
Apakah kesan-kesan daripada penebangan hutan? Guru boleh menanya soalan sama ada murid

pernah melihat hutan? Apakah yang akan berlaku pada haiwan-haiwan bila hutan ditebang dan
apakah akibat-akibatnya apabila tiada lagitumbuh an hijau di dunia?
Pendekatan koperatif berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif. Dalam kaedah ini, murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu
dalam aktiviti pembelajaran. Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti guru
sampaikan pelajaran baru, murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif, ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam setiap kumpulan.
Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang berprestasi cemerlang. Murid membentuk
kumpulan untuk membincangkan secara koperatif. Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti,
murid-murid melibatkan diri secara aktif, murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab
sesama ahli kumpulan, kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk dan murid-murid sedar tentang
kebaikan pembelajaran ini. Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif pembelajaran, guru membimbing dengan
kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang sesuai, murid mengikuti bimbingan guru, murid-murid
berusaha bersama-sama dalam kumpulan mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Mengikut Kamus Dewan (1998), kolaboratif bermaksud kerjasama erat di antara dua pihak atau lebih.
Pendekatan kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai
prestasi yang cemerlang sama ada bidang akademik & ko-kurikulum. Melalui pembelajaran ini,
keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan nilai sosial & kerjasama dapat dipupuk dengan baik
serta masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Pembelajaran koperatif & kolaboratif
mempunyai ciri-ciri yang hampir sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.

Secara keseluruhannya, saya dapati bahawa seorang guru perlu memainkan


peranan penting bagi menyuntik dan mendidik murid didalam menjaga hubungan
dan menghormati sesama manusia. Hal ini kerana kita hidup didalam sebuah negara
yang pelbagai agama, budaya dan kaum. Oleh itu, guru sendiri yang akan mencorak
murid sama ada menjadi insan yang baik ataupun tidak.
Selain itu, seorang guru perlu mengkaji latar belakang murid dan keperluan
mereka. Hal ini bagi mewujudkan serta menghasilkan satu pengajaran yang
sempurna. Hakikatnya, jika guru dapat mengetahui kehendak murid dan
permasalahan murid didalam pembelajaran maka guru akan menghasilkan
perancangan pengajaran yang teratur dan baik.
Tambahan pula, seorang guru perlu bijak didalam sesi pengajaran. Apa yang
ingin dijelaskan ialah tidak semestinya mengajar subjek selain sivik dan moral tidak
mampu menyelitkan elemen budaya. setiap subjek perlu diselitkan dengan elemen
moral yang baik mendidik dan membina satu sifat yang murni dikalangan murid.

Akhir sekali, pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan


menghormatinya perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni
dan bebas dari keburukan dan perkauman. Sesungguhnya kita hidup di bawah satu
bendera iaitu Malaysia.

Bibliografi
Edge(1992). Sistem Mentor Untuk Guru-Guru Permulaan : Antara Cabaran
Dan
Harapan Oleh Salhah Binti Abdullah. Jurnal Pendidikan Guru. Bil 11/1996
Kagan(1992). Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 Dan Profesionalisme Guru Dr.
Kartini Bt. Baharom. Jurnal Pendidikan Guru 2002. Bil 15
Othman Puteh(2002). Pengajaran Bahasa Melayu : Suatu Kerjaya Professional Oleh
Hasnalee Bin Tubah. Jurnal Akademik Tahun 2004, MPTAR , Jilid 1 , Ms. 11-20
3. Sekolah
Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid.
Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu,
aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat.Oleh itu,
murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid
juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain
daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui
aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain
daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid
tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh
menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi
pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.
Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan
dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal
persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di
antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu
dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk
menghadapi masyarakat di masa akan datang.
4. Kurikulum Tersirat
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan,
strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada
norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah.
Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh

dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan
sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan,
prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti
murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di
antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang
dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat
bermakna terhadap amalan hidup murid
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana
nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di
mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus
kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan
peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke
arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat
setempat.

You might also like