You are on page 1of 6

Pengenalan 1.

Sejarah Bola Baling Antarabangsa

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.

Malaysia

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah

menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/sejarah-bola-baling/ 2. Peralatan dan Ukuran Gelanggang Sebelum mempelajari cara bermain bola baling, ada baiknya jika mengetahui peralatan yang diperlukan untuk permainan ini. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang, sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujung orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Permainan bola baling juga mempunyai beberapa peralatan yang tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan yang lain. jadi peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan. Padang/gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang bersimen atau berarket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuran sebenar 5 cm. Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)


Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2.

Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3.

Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun)

Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebabsebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. Tiang gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian lain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan jarring. Lebar kayu tiang gold an palang ialah 8 cm. Pemain dan pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola baling perlu terdiri

daripada 12 orang pemain, iaitu 7 orang peamin gelanggang dan 5 pemain simpanan termasuk 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12, dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang. http://sklikashandball.wordpress.com/teknikal/kelengkapan-alatan/

You might also like