You are on page 1of 3

Suasana Persekitaran Pembelajaran

Sekolah Dasar(SD) Muhammadiyah Gantong merupakan sekolah Islam yang tertua di daerah Belitong.Sekolah ini memainkan peranan yang penting kerana memberi peluang kepada 10 murid tersebut iaitu Ikal,Lintang,Mahar,Sahara,A Kiong, Syahdan, Kucai, Borek,Trapani dan anak istimewa,Harun untuk mendapat pendidikan walaupun mereka datang daripada keluarga yang miskin.Akhirnya,mereka mempunyai anggota yang ke-11 iaitu Flo. Pada hari pertama murid-murid pembukaan kelas,suasana di SD Muhammadiyah penuh dengan kerisauan kerana hanya mempunyai 9 orang murid mendaftar.Sewaktu menanti-nantikan murid yang ke-10,Ibu bapa dan murid-murid menunggu dalam keadaan yang panas kerana sekolah ini tidak mempunyai bekalan elektrik.Akhirnya,anak istimewa,Harun telah muncul sebagai penyelamat sekolah ini kerana sebuah sekolah hanya boleh dibuka dengan syarat yang minimum iaitu memenuhi 10 orang. Melalui filem Laskar Pelangi,kita boleh melihat SD Muhammadiyah merupakan sekolah yang berada di pedalaman dan kelihatan usang serta berlandai tanah.Di depan bangunan ini terdapat ruang yang besar dan sekitarnya dikelilingi dengan pokok-pokok. Lokasi ini memang nyaman dan bermesra alam.Selain itu,sekolah ini mempunyai dua bilik,satu ialah pejabat bagi Pak Harfa,Bu Muslimah dan Bakri yang akhir telah meninggal sekolah ini manakala sebelahnya ialah bilik darjah.Terdapat sebuah pondok yang kecil di sebelah bangunan buruk ini.Tempat ini merupakan tempat bersolat guru dan murid-murid.Tambahan pula,sekolah ini tidak mempunyai bekalan air.Oleh itu,mereka menggunakan air perigi semasa ingin membersihkan badan pada waktu solat. Atap sekolah ini berlubang-lubang dan menyebabkan bilik darjah banjir apabila hujan. Kayu papan bangunan ini sudah rapuh dan mempunyai satu lubang yang terpaksa ditampal dengan poster Rhoma Irama.Pada waktu malam pula,sekolah ini akan menjadi kandang kambing.Oleh itu,bilik darjahnya mempunyai bau busuk. Bilik darjah mereka yang tidak mempunyai daun pintu kerana tiada benda yang berharga di dalam kelas.Yang ada ialah kerusi meja yang lapuk,sebuah papan hitam

dan sehelai peta yang warnanya sudah lusuh dan koyak.Mereka juga tidak memiliki gambar presiden atau wakilnya dan poster operasi seperti sekolah dasar lain.Maka,sekolah ini seolah-olahnya akan roboh kerana tiang-tiang kayu sudah tidak tegak untuk menahan atap sirap yang berat itu.Ia hanya disokong oleh dua batang yang besar di sebelah kiri dinding bangunan ini.SD Muhammadiyah memang tidak serupa dengan sekolah dasar yang lain seperti SD PN yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Pada awal kisah cerita ini,SD Muhammadiyah mempunyai 3 orang guru iaitu Pak Harfan,pengetua sekolah dasar ini,Bu Muslimah yang pertama kali menjadi guru dan Bakri.Mereka hanya berfokus kepada satu kelas yang mempunyai 10 murid.Sekolah dasar ini tidak mempunyai peraturan-peraturan dan anak muridnya tidak perlu memakai baju seragam sekolah.Semua anak murid datang dengan kaki ayam namun semua ini tidak pernah melunturkan anak-anak Laskar Pelangi untuk mencari apa yang dipanggil sebagai ilmu. Hal ini juga boleh lihat dari babak semasa Lintang berbasikal mengharungi perjalanan sejauh 20 kilometer semata-mata untuk menuntut ilmu. Mereka telah diatur oleh Bu Muslimah berduduk secara berpasangan berdasarkan kemiripan murid-murid seperti Ikal dan Lintang duduk sebangku kerana rambut yang kerinting.Trapani duduk bersama dengan Mahar kerana wajah mereka kelihatan tampan.Anak-anak murid tidak mempunyai buku teks tetapi hanya menggunakan sebatang pencil dan sebuah buku nota semasa belajar. Dalam filem ini,hubungan Bu Muslimah dengan murid-murid sangat rapat sehingga menghasilkan suasana yang harmoni semasa pengajarannya.Bu Muslimah juga membawa anak-anak didiknya ke luar kawasan sekolah untuk belajar ilmu yang tidak tertulis dalam buku seperti Bu Muslimah membawa murid-muridnya belajar di gunung batu sambil menikmati keindahan alam .Oleh itu,anak-anak murid ini menjalani kehidupan yang bebas dan gembira walaupun miskin.Akhirnya,anak-anak didik ini telah mengharungi pelbagai cabaran dan mengharumkan nama SD Muhammadiyah!

gambar SD Muhammadiyah Laskar Pelangi

gambar Bu Muslimah

You might also like