You are on page 1of 3

Sarawak

Bagi Sabah dan Sarawak perkembangan politiknya agak berbeza daripada negeri-negeri di Semenanjung. Sebelum 1841 kedua-dua negeri merupakan jajahan takluk kerajaan Brunei. Disebabkan beberapa pertimbangan dan keadaan politik, kerajaan Brunei telah menggadaikan Sarawak kepada James Brooke. Dalam tahun 1946 Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British yang menjadi jajahan British. Selepas Perang Dunia II, Sarawak ditadbir secara langsung sebagai crown colony oleh British sehingga menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Pada tahun 1951, pengaruh Komunis telah berkembang ke negeri Sarawak melalui Liga Belia Demokratik Cina namun telah dibubarkan semasa Darurat. Mereka menghasut golongan-golongan terutamanya berbangsa Cina untuk menentang British yang dianggap penindas dan penjajah. Pada tahun 1956, pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak. Sebuah parti politik lain yang telah wujud di Sarawak pada ketika itu juga telah dipengaruhi oleh pihak Komunis iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak. Pemimpin-pemimpin utama dalam parti ini ialah Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Parti ini mendapat galakan daripada pentadbir kolonial kerana penubuhannya dianggap sebagai persediaan awal ke arah pemerintahan sendiri yang dirancang oleh pentadbiran kolonial Inggeris. Pucuk pimpinannya dimonopoli oleh etnik Cina meskipun ia merupakan parti multi-etnik. Pihak British telah cuba untuk menentang ancaman Komunis tersebut tetapi gagal. Adalah diharapkan bahawa dengan pembentukan bersama di dalam Malaysia ini, pengaruh Komunis dapat dihapuskan dengan wujudnya kestabilan politik di Sarawak. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada awal tahun 1960 mendorong etnik peribumi menubuhkan parti masing-masing kerana terdapat anggapan bahawa parti yang sedia ada tidak mewakili kepentingan mereka. Dalam kalangan etnik Dayak, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan dari kawasan Skrang-Saribas pada tahun 1961 telah didakwa oleh Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) bahawa etnik Dayak tidak mendapat tempat dalam SNAP. PESAKA mewakili etnik Dayak dari Rejang dan ditubuhkan oleh Temenggung Jugah pada tahun 1962.

Bagi etnik Melayu dan Melanau pula, Parti Negara Sarawak (PANAS) yang dipimpin oleh Abang Haji Mustapha pada 9 April 1960 telah didakwa oleh Parti Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) bahawa tidak mewakili mereka dalam PANAS. BERJASA ini ditubuhkan pada tahun 1961 oleh Tuanku Haji Bujang. Bagi Sabah Chinese Association (SCA) pula ditubuhkan pada tahun 1962 oleh sebab SUPP tidak sehaluan dengan pemerintah kolonial. Parti ini merupakan parti yang berpandangan sederhana. Ia telah diterima masuk ke dalam kerajaan pertama yang dibentuk berdasarkan pilihan raya 3 tingkat pada 1963. Namun demikian, parti ini hanya mendapat sokongan segelintir daripada orang Cina. Negeri Sarawak dibahagi kepada lima bahagian, setiap bahagian diketuai Oleh seorang Residen, manakala bahagian pula dibahagi kepada beberapa Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peristiwa ini disambut dengan tunjuk perasaan daripada pelbagai kumpulan terutamanya orang Melayu dan Iban. Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah (ketua datu-datu masyarakat Melayu dan kaum Melayu terpelajar). Contoh parti politik yang membantah ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Parti Dayak Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Pemuda Malaya (BPM). Terdapat banyak faktor dalam Gerakan Antipenyerahan Sarawak. Salah satu faktor ialah Perlembagaan 1941. Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak. Usaha untuk mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kepada British. Faktor yang kedua ada berkaitan dengan tipu muslihat. Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan. Selain itu, Barisan Pemuda Melayu membantah kerana ingin meminta Anthony Brooke ditabalkan sebagai Raja Sarawak yang baru. Dengan memulihkan pemerintahan Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah. Parti Perikatan Sarawak telah dibentuk di antara PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan PESAKA. Parti ini diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan daripada parti SNAP. Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah seliaan pentadbiran kolonial British. Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Perikatan Sarawak terdiri daripada Persatuan Cina Sarawak (SCA), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti

Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). PANAS memberikan pendirian tegas dan menyokong penuh perancangan Malaysia serta bersikap liberal untuk kepentingan seluruh rakyat, khasnya membela nasib bumiputera. Penjajahan British musnah sejak pembunuhan dan kematian Gabenor Duncan Stewart. Parti politik semakin banyak muncul di Sarawak apabila British memutuskan untuk mengadakan pilihan raya pada 1963. Menjelang pilihan raya 1963, konsep gabungan parti Perikatan di Semenanjung menjadi model beberapa parti politik Sarawak yang bergabung atau bekerjasama sesama mereka dan menjamin bahawa Sarawak memperolei pemerintahan berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan. SNAP pada mulanya menaruh syak terhdap pembentukan Malaysia tapi akhirnya menyokong kuat rancangan Malaysia. SNAP terbuka kepada semua bangsa dengan tujuan perjuangan hendak mencapai taraf berkerajaan sendiri, dan akhirnya kemerdekaan dengan cara aman damai. Ketika kempen pilihan raya Majlis Daerah 1963 kebanyakan parti politik memberi fokus kepada penubuhan Malaysia. Parti Perikatan menghadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London yang melahirkan Akta Malaysia II yang diluluskan oleh Parlimen British. Ia diikuti kelulusan Perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perundangan Singapura, Majlis Undangan Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk secara rasmi merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta Singapura.

You might also like