You are on page 1of 35

Bil.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Tajuk Prakata pengenalan Peralatan Kemahiran asas Latihan dan Ansur Maju Pentaksiran kendiri Glosari Rujukan Lampiran Index

Muka surat

SEKAPUR SIREH Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pensyarah Dr Ruaibah Yazani bt Tengah dan Dr Nelfianti binti Arshad yang telah banyak mengajar saya dan menyiapkan tugasan individu Buku Manual Kemahiran Ikhtisas Hoki (QSI 3081) ini dengan sempurna seperti yang telah dikehendaki. Dalam buku manual ini mengandungi kemahiran asa dalam kemahiran hoki iaitu kemahiran menyerkap dan menerima bola hoki. Sepanjang kuliah berlangsung, banyak perkara yang telah diajar oleh pensyarah. Beliau seorang yang banyak pengalaman dan merupakan bekas pemain kebangsaan dalam sukan hoki. Segala tunjuk ajar beliau dalam sukan ini telah pun saya dokumentasikan dalam buku manual ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana telah mengubah persepsi saya terhadap sukan ini. Kemahiran Ikhtisas Sukan Hoki adalah satu kursus yang memberi kesedaran kepada masyarakat amnya dan individu khasnya tentang betapa pentingnya keseimbangan intelek, emosi, rohani dan jasmani. Harapan saya, daripada pendedahan terhadap sukan ini membekalkan ilmu kejurulatihan kepada saya untuk diaplikasikan disekolah apabila bergelar seorang guru kelak, semoga dapat melahirkan atlet Hoki yang dapat menyumbangkan sesuatu kejayaan dalam arena sukan Malaysia.Saya berharap semoga buku ini dapat dijadikan panduan dan rujukan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN Walaupun hoki tidak sepopular bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik. Beberapa tahun kemudian di dapati berlaku banyak perubahan dalam peraturan, gaya bermain, alatan dan permukaan bermain. Ini telah membantu kopopularan permainan hoki tanpa menukar bentuk asal dan cirinya. Sehingga hari ini hoki telah dimainkan dibanyak negara oleh setiap lapisan masyarakat. Di tanah air pada tahun 1989 permainan menampakkan perubahan apabila pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagai perkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. Buat masa ini tahap hoki negara tidak begitu memberangsangkan. Pencapaian pada peringkat antarabangsa kurang membanggakan. Prestasi pasukan negara seperti yo yo tanpa dapat mengekalkan sesuatu kejayaan dengan berturutan berbanding dengan tahun-tahun terdahulu. Oleh itu disarankan agar satu program yang lebih komprehensif meliputi pembangunan bakat dan semua aspek hoki dari peringkat awal perlu diusahakan. Oleh yang demikian usaha untuk meningkat dan memajukan permainan hoki ini terletak pada semua yang terlibat seperti Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, Persatuan-Persatuan hoki sendiri samada peringkat daerah, negeri dan negara.

PADANG DAN PERALATAN Padang hoki Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini serta mempunyai tanda-tanda yang diperlukan dalam permainan ini. Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa kerana bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan seperti takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

22.90 m 14.63 m

91.40 m

55.00 m

.
PADANG HOKI

Peralatan 1.Kayu Hoki Kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:Kayu hoki

Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan tingginya seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510 g hingga 624 g untuk wanita dan antara 510 g hingga 794 g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624 g sering digunakan. Kayu hoki hendaklah ddisimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

2.Bola Bola hoki yang diluluskan oleh Persatuan Hoki Antarabangsa diperbuat daripada kulit pada bahagian luarnya. Bola jenis ini boleh digunakan untuk pertandingan, manakala bola jenis plastik pula adalah sesuai untuk digunakan bagi latihan sahaja. Bola bersalut kulit amat sukar untuk menjaganya kerana ianya perlu dicatkan dengan warna putih apabila kelihatan pudar. Juga ianya senang meresapi air. Sebaliknya, bola jenis plastik amat senang untuk menjaganya dan tidak mudah diresapi air. Berat bola hoki ialah antara 156 g hingga 163 g.

Bola hoki

3.Pakaian Mana-mana pakaian yang agak selesa bagi pemain atau pasukan boleh digunakan dalam permainan hoki. Untuk mengelakkan daripada kemalangan atau kecederaan pemain perlu menjauhkan daripada memakai benda yang tajam. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan bernombor di belakangnya. Seluar pendek digunakan oleh pemain lelaki, tetapi mereka boleh juga menggunakan track bottom. Undang-undang hoki antarabangsa telah menetapkan, iaitu pemain perempuan memakai skirt pendek (tunic) ketika bermain dalam perlawanan antarabangsa atau pertandingan yang diiktirafkan. Peralatan lain yang diperlukan oleh pemain hoki ialah but, stoking panjang dan shin pad. Pemakaian but amat penting terutamanya jika padang basah atau lembut bagi mengelakkan pemain daripada terjatuh.

MENYERKAP/MENAHAN BOLA Menyerkap bermakna manahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki (memiliki bola). Pemain -pemain harus menguasai kemahiran menyerkap bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga astrot urf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. Terdapat beberapa cara menyerkap antaranya: Menyerkap dengan gaya dua belah kaki sedikit terbuka. Pangkal kayu dicondongkan sedikitke depan. [Rajah (a) ]

Rajah (a)

Menyerkap dengan sebelah kaki ke depan. [ Rajah (b) ]

Menyerkap bola dengan mengilas kayu %biasanya bagi bola yang bergerak ke sisi kiri pemain. Berdiri dengan mengangkangkan kaki dan tangan kiri mengawal kayu. [ Rajah (c) ]

Rajah (c)

Menyerkap bola dengan meletakkan kayu selari dengan dengan arah dada. Satu gaya menyerkap bola di udara. [ Rajah (d) ]

Rajah (d)

Menyerkap bola di bahagian tengah kayu yang rata. Tangan kiri lurus. Semasa merendahkan badan untuk menahan bola, buku lima tangan kiri rehat di atas padang. [ Rajah (e) ].

Rajah (e)

MEKANIK KEMAHIRAN MENYERKAP 1. Cara Memegang Kayu: Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri. 2. Cara Berdiri: Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit. Muka kayu yang rata adalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada dalam keadaan selesa. Keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas. 3. Badan Badan,kepala dan kaki berada di belakang dan selari dengan arah datangnya bola.Kadangkala satu langkah ke hadapan diperlukan untuk menyerkap bola. Gerakan ke kanan atau ke kiri adalah kepentingannya juga untuk menyerkap bola yang datang dari kedua-dua arah itu.Semua pemain mestilah meletakkan badan mereka dalam kedudukan yang diperlukan dengan keberatan badan sentiasa berpindah dari kiri ke kanan. Pada masa bola bersentuhan dengan kayu, tangan kiri ditegakkan sementara tangan kanan dibengkokkan sedikit. Pemain-pemain dilarang membuangkan kayu ke arah bola. Mereka mesti menerima bola dari beberapa ara h khasnya dari belakang, dari pemain pertahanan, kiri dan kanan.

MENAHAN BOLA Menahan bola dari arah hadapan Pastikan badan berada di hadapan bola dan selari dengan arah bola. Kayu menegak dengan kepalanya rapat pada permukaan padang untuk mendapat kawasan menahan yang luas. Perhatikan bola sehingga ia ditahan. Pegangan tangan kanan dilonggarkan dan tangan kiri ke depan supaya kayu hoki dicondongkan untuk mengawal dan menghentikan bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga ia sentuh kayu hoki.

Fasa Menahan Bola Arah Hadapan


Kedua-dua kaki menghala ke arah bola yang hendak ditahan dan pemain bersedia untuk membuat satu hantaran atau pergerakan.

Menahan bola dengan kayu kilas Membawa kayu dari sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Kaki kanan disilangkan Kayu dikilas untuk menahan bola. Pastikan kedudukan kepala di atas bola. Sentiasa perhatikan bola sehingga bola ditahan. Bersedia untuk membuat pergerakan selepas menahan bola. Fasa menahan bola secara kilas

TEKNIK MENERIMA AERIAL BALLS Kemahiran ini sentiasa digunakan untuk mengalahkan pihak bertahan yang ketat supaya pemain-pemain dapat menembusi diri dalam kawasan bulatan danmenjaringkan gol-gol. Kemahiran ini sangat berguna pada hari hujan kerana padangbanjir dan becak dan pergerakan bola secara meleret amat sukar. Bola perlu diangkatmelalui cara menceduk atau menguis supaya ia dapat sampai kepada pemain lain. Inimemerlukan pemikiran pantas dan adalah kemahiran yang paling berkesan untuk menukarkan keadaan daripada bertahan kepada satu yang menyerang. Terima Bola Dari Udara (Aerial Ball)

Mengawal bola di udara dengan menggunakan kayu hoki adalahkemahiran yang agak baru. Ia diperkenalkan disebabkan oleh perubahanperaturan di mana para pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan(melainkan penjaga gol). Perkara ini bermaksud bahawa bagi mengawalpergerakan bola di udara (hantaran atau lambungan tinggi) dan pergerakan boladi bawah paras bahu, hendaklah dilakukan dengan menggunakan kawalan kayuhoki. Apabila bola jatuh ke atas tanah, kayu hoki hendaklah diletakkan atasbola bagi mengelakkan bola melantun, terutamanya jika permainan diadakan diatas padang rumput tiruan.

Menerima Bola Dalam mana-mana pasukan yang lulus adalah melibatkan ia adalah penting bagi pemain untuk menjadi mampu untuk menerima dan mengawal bola bila-bila masa atau di mana-mana jua ia datang dari, sama ada di bawah tekanan atau dalam ruang. Tidak kira berapa berbakat pemain, dia / dia akan menggunakan sedikit kepada pasukan jika keupayaan mereka untuk menerima dan mengawal pas adalah miskin. Terdapat banyak kali apabila pemain menerima bola akan perlu untuk menghentikan ia 'mati'. Secara umumnya, penerima pas akan diperlukan untuk membawa bola di bawah kawalan dan menyusun semula ia sebagai persediaan untuk langkah seterusnya, sama ada pas, menitis atau ditembak. Seorang pemain mesti belajar untuk melaksanakan kemahiran ini dalam masa yang minimum dan dengan kesan maksimum. Prinsip-prinsip yang mendasari pelaksanaan kemahiran ini adalah sama sama ada bola menghampiri dari di hadapan atau di belakang pemain atau sama ada dari kiri atau kanan. Menerima Walaupun pegun Tangan kiri harus menggenggam batang di bahagian atas manakala tangan kanan diletakkan kira-kira satu pertiga kepada separuh ke bawah aci. Kayu perlu dipegang tegak dengan aci dan muka yang cenderung ke tanah supaya bola tidak melantun semula ke atas. Apabila mungkin kepala dan badan pemain perlu dibawa masuk ke dalam selaras dengan jalan bola dan bola menonton ke batang. Untuk mengurangkan impak dan kesan kawalan yang lebih besar ia kadang-kadang mungkin perlu untuk membolehkan tangan kanan dan berpegang kepada 'memberi' sedikit pada masa hubungan. Secara umumnya, bola dikawal di sebelah kaki kanan apabila menerima pada sebelah terbuka melekat dan sebelah kaki kiri apabila menerima di sebelah belakang melekat. Bola juga boleh diterima dengan batang terbuka apabila ia terletak berhampiran dengan kaki kiri. Perhatikan bagaimana bola kedudukan yang baik di hadapan kaki kiri pada masa hubungan supaya membenarkan wajah kayu diletakkan di bawah bola dalam perintah untuk mengangkat dan mengarahkan ia ke atas. Kaki kanan dibengkokkan pada kayu titik dan bola membuat hubungan untuk menjana kuasa kepada pukulan. Susulan melalui dan titik pelepasan menentukan ketinggian dan laluan melalui mana bola akan pergi. Apabila bermain di atas rumput tiruan atau bangunan, ia adalah mungkin untuk menggunakan 'rata' melekat untuk menerima bola sama ada pada sebelah batang terbuka atau terbalik. Sekali lagi ia adalah penting untuk memastikan bahawa muka batang cenderung ke arah tanah dalam usaha untuk 'memerangkap' bola apabila ia tiba. Menerima dengan kayu yang rata akan membolehkan pemain untuk mengambil bola jauh dari / kaki beliau. Menerima dengan batang tegak dan menerima dengan kayu rata. Dalam kedua-dua keadaan perhatian bahawa genggaman adalah sama, bola diterima dekat dengan kaki kanan dan muka kayu bersudut ke tanah untuk memerangkap bola. Menggunakan kayu tegak untuk menerima bola di sebelah kayu terbalik.

Menggunakan kayu terbalik rata untuk menerima bola. Sama ada menerima dengan batang tegak atau rata, anda akan melihat bahawa cengkaman pada batang adalah sama. Bola itu diterima dekat dengan kaki kiri dan muka kayu bersudut ke tanah untuk memerangkap bola. Perangkap Udara Dalam permainan moden pemain sering dipanggil untuk menerima dan mengawal pas udara. Keperluan pertama adalah bahawa bola mesti berada di bawah ketinggian bahu apabila ia dimainkan dengan batang tersebut. Batang harus diadakan seperti pas menolak dengan tangan kiri di atas dan tangan kanan satu pertiga atau separuh ke bawah batang. Aci dan muka batang harus bersudut supaya membolehkan bola dipesongkan ke bawah. Ia harus dibawa di bawah kawalan berhampiran kaki pemain. Batang kemudiannya boleh digunakan untuk memerangkap bola sebelum melaksanakan langkah seterusnya. Pemain ini menyimpan matanya pada bola dan kayu disimpan di bawah paras bahu kerana dia bergerak ke sejajar dengan bola. Bola dimainkan ke bawah supaya ia tanah dekat dengan kaki kanan. Kayu bersudut digunakan untuk menambah bahawa kawalan akhir kepada pergerakan itu. Nota kayu dan kedudukan badan pada ketika ini. Menerima bermakna membenarkan bola untuk datang ke batang, walaupun anda sedang berjalan untuk memenuhi pas. Mana-mana pergerakan ke hadapan atau ayunan batang akan menyebabkan pemulihan. Penerima mahu bola diluluskan tepat ke batang supaya ia boleh terperangkap atau terserempak dengan ruang terbuka dan kemudian boleh digunakan sertamerta. Pas Kualiti roll lancar sepanjang tanah dan perjalanan secara langsung kepada sasaran. Kedudukan terbaik untuk menerima bola yang bergerak di sepanjang tanah adalah untuk menghadapi selari dengan garis bola. Menerima bola tanah memerlukan bahawa anda belajar untuk melaksanakan menerima teknik-teknik di sebelah kanan badan dan pada sebelah kiri badan (terbalik atau pukulan kilas). Baik pukulan depan dan pukulan kilas menerima teknik adalah alat asas bagi usaha pasukan yang menang. Pukulan Kilas menerima mengikuti prinsip-prinsip yang sama yang menerima pukulan depan menerima tetapi dengan beberapa perbezaan. Kerana 90 peratus teknik lulus berasal dari sebelah kanan badan, selepas menerima terbalik, mengawal bola ke sebelah kanan badan dan menubuhkan kedudukan pelbagai ancaman dengan bola.

Menerima pukulan depan Penyediaan 1) Hadapi bola atau titik bahu kiri ke arah bola dari arah depan. 2) Bergerak ke arah bola menggunakan pendek, langkah-langkah yang cepat. 3) Gunakan cengkaman goncang-tangan. 4) Berat sama diedarkan pada bola kaki anda. 5) Bawah kepala batang adalah di atas tanah. 6) Stick baji 70 darjah ke hadapan ke arah tanah. 7) Simpan kayu anda menerima masih. 8) Ketua mantap dan mata anda tertumpu pada bola.

Pelaksanaan 1) Laraskan kaki anda untuk menerima bola dalam kotak kawalan anda. 2) Membenarkan bola untuk datang ke batang. 3) Terima bola pada sebelah kiri batang dan menyerang separuh lebih rendah bola pada bilah kayu. 4) Ketua stabil sejak, dan sejajar dengan, bola. 5) Pandu bola ke angkasa, jauh daripada lawan berdekatan. Susulan 1) Mengekalkan baki anda. 2) Pastikan kepala anda dan menonton bidang. 3) Bola sebelah batangnya. 4) Bersedia untuk lulus, menembak, atau menitis.

Perbuatan yang salah bola muncul di udara off kayu anda. pembetulan Berehat dipisahkan goncang-tangan cengkaman dan bengkokkan lutut anda. Mengedarkan berat pada bola kaki. perbuatan salah Bola bergerak di bawah kayu anda. pembetulan Pastikan kepala anda ke bawah, melekat kepala di atas tanah, dan menonton bola datang ke kayu anda. Memerangkap separuh lebih rendah bola.

Kayu tidak boleh diangkat atas kepala anda untuk memerangkap bola udara. Iaitu, bola tidak boleh dimainkan di udara. Jika anda sedang menerima bola udara, anda mesti menunggu sehingga ia adalah di bahu ketinggian untuk menghentikan bola. Mana-mana berhenti di bawah bahu dibenarkan selagi bola dihalakan tanah dan bukan kembali ke udara atau pada pemain lain. Letakkan tangan anda dalam genggaman asas.

Pastikan lengan anda tentang 6-12 inci di hadapan badan anda (siku bengkok). Berdiri dengan kaki kanan sedikit di belakang anda untuk sokongan. Pegang kayu anda mendatar ke bahu anda. Halakan bawah batang ke kanan supaya bahagian rata batang menghadapi ke hadapan dan jauh daripada anda.

Terima bola pada batang batang. Pastikan untuk menyerongkan melekat ke hadapan (ke tanah) di tangan anda. Ini akan menghalang bola daripada melantun kembali ke udara selepas memukul kayu anda (yang akan mengakibatkan penalti permainan berbahaya terhadap anda!). Untuk menampan bola, "memberi" sedikit di kesan. Sejurus selepas menerima, memaksa bola ke tanah dengan memancing batang anda ke hadapan. Imbas untuk pilihan lulus mungkin. Peraturan Bola Udara Dalam hoki, peraturan umum adalah bahawa mana-mana bola atas lutut dianggap berbahaya. Kerana bola udara diangkat lebih tinggi daripada lutut, terdapat peraturan yang tertentu bahawa setiap pemukul mesti mematuhi untuk memastikan bahawa pas mereka dianggap "selamat" oleh pengadil:

Percuma hits: bola mesti bergerak satu meter sebelum diangkat pada hit percuma - ia tidak boleh ditarik balik terus daripada melanda percuma. Jika ia adalah, pengadil akan memanggil penalti dan bola itu akan diserahkan kepada pasukan lain. Tembakan pada matlamat: Anda dibenarkan untuk menaikkan bola dengan filem atau sudu sebagai selagi ia tidak dianggap berbahaya. Jika filem itu adalah ke arah lawan dalam tempoh lima kilometer, atau jika lawan jelas berlari ke pukulan, anda tidak boleh mengangkat bola. Jika anda lakukan, anda akan dihukum untuk bermain berbahaya.

Menerima bola udara: Anda tidak boleh pendekatan dalam tempoh lima ela dari lawan menerima pas udara sehingga ia telah diterima dan dikawal di atas tanah. Jika anda mengabaikan peraturan ini, anda akan dihukum untuk bermain berbahaya. Latihan melakukan hantaran udara Dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan Boleh dilakukan secara pepenjuru(diagonally), ke hadapan atau tegak lurus (perpedicularly) kepada garisan gol Hantaran 1 dan 3 dibuat secara pepenjuru depan manakala hantaran 2 dibuat secara tegak lurus ke depan. 4 adalah hantaran udara ke depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti ditunjukkan dalam rajah 4.

Latihan (Traping and Receive) 1. Menahan / Menyerkap bola Menyerkap bermakna menahan dan mengawal bola. Kemahiran ini adalah penting sekali daripada kemahiran-kemahiran lain kerana ia bermaksud memiliki bola. Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menahan bola di atas permukaan padang yang berlainan kerana hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga Astroturf. Pasukan-pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan. a. a) Menahan bola dari hadapan Pegangan Pegangan kayu hoki dengan dua belah tangan yang berkedudukan berjarak. Pegangan tangan kanan hendaklah dilonggarkan dan tangan kiri ke hadapan supaya kayu berkeadaan condong untuk mengawal bola. Tangan kanan perlu diturunkan ke bawah tetapi dengan keadaan releks, kendur dan selesa, sementara tangan kiri dikekalkan di hujung kayu. Semasa bola menyentuh kayu, kendurkan pergelangan tangan untuk menyerkap bola agar dapat mengurangkan tekanan.

b) Badan

Badan tepat menghadap bola yang datang. Badan membongkok dan lutut dibengkokkan sedikit. Pusing sehingga kaki kiri di hadapan atau badan berada di antara kedua-dua belah kaki. Kedudukan ini adalah untuk bertindak semasa bola di kawal atau hantaran dibuat serta merta. Mata Mata hendaklah memandang bola sehingga ia ditahan. Bola daripada badan Pegangan adalah sama seperti menghadapi bola dari hadapan. Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk mengenalpasti arah bola yang hendak diterima. Lutut dibongkokkan sedikit Mata melihat bola. Kepala kayu diletakkan di sebelah kaki kanan di mana bahagian yang rata menghadap bola. Ubah kedudukan kayu daripada sebelah kanan ke sebelah kiri mengikut arah pergerakan bola. Silangkan kaki kanan Kilaskan kayu untuk menahan bola Tentukan kepala kayu berada di atas bola Mata sentiasa memerhati bola.

c) d) -

Ansur Maju 1

1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter. 2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. 3. Pemain boleh mensasrkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. 4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergerak satu langkah, 2,3 langkah seterusnya.

Ansur Maju 2

1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. 2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain. 3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. 4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.

Ansur Maju 3

1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya. 2. Seorang pemain memukul dan kawannya menahan bola dan memukul balik kepada pasangan berulang-ulang. 3. Mulakan memukul bola secara statik dan kemudian bergerak 1, 2 dan 3 langkah sebelum memukul bola.

Ansur Maju 4. A A A

c B B B

1. Pemain A memukul bola kepada B dan lari ke belakang barisan B. 2. Pemain B pula akan memukul kepada pemain C dan berlari ke belakang barisan C. 3. Teruskan aktiviti ini sehingga semua pemain dapat melakukan pukulan dengan baik.

Ansur Maju 5.

1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki. 2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat. 3. Pemain memukul pula bola kedua , supaya bola itu bergerak separuh jarak bola pertama. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.

Aktiviti Pemulihan.

B A C D

1. Pemain A akan membuat pukulan ke arah pemain B, C dan D. Kemudian pemain A akan mengambil tempat pemain B. 2. Pemain B pula mengambil tempat pemain A tadi dan membuat pukulan kepada tiga rakannya. 3. Pemain boleh menegur rakan yang melakukan kesilapan memukul bola. 4. Ulang aktiviti ini.

Aktiviti Pengayaan.

B A

C
20 Meter

1. Pemain-pemain (bertiga) akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola ke hadapan rakannya. 2. Pemain A akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola kepada pemain B. Pemain B akan menahan dan memukul kembali bola kepada A. Kemudian pemain A akan memukul pula kepada pemain C dan seterusnya. (secara bergerak) 3. Apabila sampai di garisan yang ditetapkan pemain akan bertukar tempat dan lakukan aktiviti yang sama seperti tadi. 4. Pastikan pemain-pemain sentiasa bergerak semasa melakukan aktiviti ini.

Permainan Kecil.

Aktiviti : Pukulan Berganti-ganti dalam Kumpulan Tujuan : Menghantar dan Memukul dengan betul Bil. Pemain : 6 orang satu kumpulan.

123

456

123

456

123

456

Syarat-Syarat Permainan. 1. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang pemain. 2. Pemain-pemain akan melakukan pukulan ke arah kumpulan masing-masing. 3. Setelah melakukan pukulan pemain tadi akan duduk di belakang barisan masing masing. 4. Kumpulan yang menamatkan pukulan paling cepat dikira pemenang. 5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Kemahiran Objektif Alatan

: Menerima atau memerangkap dengan tepat di udara. (Aerial Ball) : Untuk menguji kemahiran pemain menerima dengan betul : 5 biji bola hoki 1 batang kayu hoki 4 skitel 1pita pengukur 1 wisel

Cara melakukan ujian : a.. Susun skitel. Dua buah skitel diletakkan dalam tiang gol dengan jarak 1 meter antara skitel. Letakkan satu skitel di sebelah kiri tiang gol dengan jarak 1 meter daripada tiang gol kiri dan satu skitel di sebelah kanan tiang gol dengan jarak yang sama. b. Letakkan bola di atas garisan D ( 0.5 meter dari garisan D) dan apabila wisel dibunyikan peserta mula menerima pukulan dari pasangannya ke sasaran. c. Setiap pemain diberikan 5 pukulan dan perlu menerimanya dengan betul. Cara membuat skor : a. Setiap pukulan yang diterima dengan baik diberikan 3 mata, menerima tetapi bola terlepas dari batang kayu hoki diberi 2 mata dan jika menerima terlepas bola tetapi menyentuh kayu hoki diberi 1 mata. b. Jumlahkan mata daripada 5 pukulan untuk menerima atau memerangkap bola. Masa ( saat ) 1-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12 13-14 15-16 17-18 19-20 Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Keputusan Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik

Kemahiran Objektif Alatan

: Menerima ( forestick trap ) : Untuk menguji keupayaan peserta memukul bola dengan kuat. : 3 biji bola hoki 1 batang kayu hoki 2 skitel 1pita pengukur 1 wisel

Cara melakukan ujian : a. Peserta berdiri di belakang skitel yang diletakkan sebagai tanda untuk meletakkan bola. b. Apabila isyarat mula diberi, peserta mula menerima bola daripada rakan untuk mendapatkan jarak yang baik. Hanya menerima yang melalui 2 skitel itu dianggap sah. Jarak antara 2 skital ialah 1 meter.

c. 3 percubaan diberikan. Percubaan yang terbaik diambil kira.

Cara membuat skor : a. Jarak setiap pukulan diambil kira. ( 33.60 dikira sebagai 34.0m) b. Jarak menerima pukulan yang terbaik sekali diambil kira. Skor dan markah : Masa 50 m ke atas Antara 49.50 hingga 47.0 m Markah 10 9 Keputusan Sangat baik

Antara 46.00 hingga 44.0 m Antara 43.00 hingga 41.0 m Antara 40.00 hingga 38.0 m Antara 37.00 hingga 35.0 m Antara 34.00 hingga 32.0 m Antara 31.00 hingga 29.0 m Antara 28.00 hingga 26.0 m Antara 25.00 hingga 23.0 m Kurang dari 22.50 m

8 7 6 5 4 3 2 1 0

Baik

Sederhana

Lemah

Sangat lemah

Glosori Ansur maju Latihan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai daripada yang mudah dan berpindah kepada yang lebih kompleks. Back

pemain barisan pertahanan dalam permainan hoki

Half Back pemain tengah dalam barisan pertahanan permainan hoki. Pintu gol kawasan di antara dua tiang berpalang yang menandakan sasaran pukulan bola dalam permainan hoki. Menghantar memukul bola hoki ke sesuatu tempat atau kepada seseorang pemain dalam permainan hoki. Kayu hoki kayu pemukul bola dalam permainan hoki yang bengkok di hujungnya. Menggelecek membawa bola dengan kayu permukaan supaya tidak dapat di rebut oleh pihak lawan dalam permainan hoki. Receive menerima bola semasa pukulan dilakukan dari rakan pasukan. Trapping memerangkap bola semasa pukulan dari pihak lawan.

Rujukan

Internet :
http://fieldhockey.isport.com/fieldhockey-guides/how-to-aerial-pass-in-field-hockey http://www.google.com/webhp?hl=en&tab=Tw#hl=en&sugexp=les%3B&gs_nf=3&cp=35&gs_id =4a&xhr=t&q=hockey+field+trapping+and+receiving&pf=p&scl http://books.google.com.my/books?id=IZHnaBwv0JUC&lpg=PA3&ots=Mn0tE32EPu&dq=hocke y%20field%20trapping%20and%20receiving&pg=PA16#v=onepage&q=hockey%20field%20trap ping%20and%20receiving&f=false

Buku :
The Hockey Work Shop by David Whitaker ( 1992) Field Hockey, Step To Success by Elizabeth Anders with Sue Myers ( 1998 )

Lampiran

CD kemahiran asas ( Video )

INDEX

A Ayunan,6 B Bendera sudut,3 Bahu,5 Berat,6,12 Berat badan,8 tangan,12 Berpusat,8 Buka bahu,11 C Cengkaman,6,8 Condong,11

kiri,5 kaki depan,5,6 kepala,5 kaki kanan,14 kon,14,15,17 L lilitan bola,3 lutut,5,6 lengan,6 langkah pendek,8 laluan bola,9 M

penalti,4 posisi badan,5 persediaan,5 pergerakan kaki,5 pertahanan,8,11 pemulihan,9 pergelangan S sarung tangan,4 sasaran gol,5 sasaran,8,9,11 separuh bola,11 T tiang mendatar,3 tiang bendera,3 tetungku getah,4 tenaga,5

G Garisan panjang,3 Garisan tepi,3 Garisan lebar,3 Garisan belakang,3 Gerak kaki,8 Gelanggang sintetik,4 J Jaring,3,5

muka kayu,4 menolak bola,5 momentum,6,9 menjaring,8,11,15 mendatar,11 melintang,12 P pintu gol,3

penjaga gol,4 K plastik,4 Kayu hoki,4,11,12,14,17 pelindung dada,4 Kulit,4 penutup muka,4 Kasut,4 pelindung mulut,4

You might also like