You are on page 1of 46

MODUL

KOKURIKULUM
BAHAGIAN 1
PENGENALAN
◦ Kegiatan kokurikulum merangkumi tiga bidang utama, iaitu Kelab/
Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/ Permainan.
◦ Penyertaan dalam ketiga-tiga bidang ini merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah seperti yang
termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996-
Seksyen 18 dan 30).
PUNCA KUASA
◦ Berdasarkan kepada :
- Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM
- Bil.1/1986 Pelaksanaan Kegiatan Kokurikulum di Semua
Sekolah Adalah Wajib.
- Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
- Rujuk pada Perkara 9: Kehendak Untuk Mengikuti Kegiatan
Kokurikulum
- Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas (2014)
- Rujuk pada Bab 6 (Kokurikulum)
OBJEKTIF KOKURIKULUM
◦ Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan
rohani, jasmani dan emosi murid;
◦ Membina dan meningkatkan disiplin murid;
◦ Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang
diceburi;
◦ Mewujudkan sekolah berwatak;
◦ Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid dalam
sekolah dan di antara sekolah; dan
◦ Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat.
PERUNTUKAN MASA KOKURIKULUM
SEKOLAH MENENGAH
TINGKATAN MASA
1-6 180 MINIT

SEKOLAH RENDAH
TAHUN MASA
4 60 MINIT
5 DAN 6 120 MINIT
CARTA
ORGANISAS
I
PANDUAN PELAKSANAAN
◦ Penyertaan dan pelibatan MBK
◦ Penyertaan MBK dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Kehadiran murid dalam
aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan dalam buku laporan kokurikulum. (Rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.1 Bil 1/85).
◦ Penyertaan guru
◦ Penyertaan guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
gerak kokurikulum Sekolah. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Subperkara 5.2 Bil 1/1985.
KP (B5) 8591 Jld.11 (29) bertarikh 2 Januari 1985.
◦ Guru-guru perlu ada bersama-sama semasa menjalankan kegiatan kokurikulum bagi
mengawasi keselamatan MBK sama ada di dalam atau di luar sekolah. (Rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 dan Tambahan Bil. 9/200).
◦ Pakaian
◦ Semua MBK dikehendaki memakai pakaian sukan untuk kegiatan
sukan/permainan dan menggunakan pakaian seragam beruniform
untuk perjumpaan Unit Beruniform. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 1 dan 2 /1996).
◦ Guru mesti mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid yang
terlibat dalam aktiviti kokurikulum. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
9/2000); pada perkara 4.2 ; Guru Kokurikulum dan Sukan:
◦ 4.2.1 Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap
keselamatan murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum dan sukan;
◦ 4.2.2 Guru-guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada
dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
BAHAGIAN 2
- KELAB DAN PERSATUAN
- KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
- KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA
KELAB KESENIAN DAN
KEBUDAYAAN
◦ Terdapat empat elemen kesenian

Nyanyian - Negaraku, lagu patriotik, lagu rakyat dan nasyid


Seni tari - tarian endang
Seni visual - menggambar, corak dan rekaan, kraf tradisional dan
membentuk binaan
Permainan tradisional - congkak dan teng teng
OBJEKTIF

◦ Menyemai dan menyemarakkan seni dan budaya dalam kalangan


MBK;
◦ Membentuk sahsiah dan jati diri MBK;
◦ Mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan kaum; dan
◦ Menyemai sifat hormat menghormati pelbagai budaya dan kaum
KELAB KESELAMATAN
JALAN RAYA
◦ Salah satu kelab di bawah kegiatan kokurikulum oleh KPM dengan
kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia.

◦ Kelab ini bertujuan untuk membentuk nilai-nilai baik dan selamat yang
patut diamalkan oleh MBK khususnya ahli kelab semasa berada di
jalan raya demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
OBJEKTIF
Memberi panduan dan cara melintas jalan raya dengan cara yang betul dan melintas
di tempat yang selamat;
Mengenal tanda-tanda isyarat jalan raya yang penting bagi mengelakkan sebarang
tindakan yang tidak wajar yang berbahaya;
Mengetahui kekurangan/kelemahan diri dan mengambil langkah pencegahan bagi
mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya; dan
Memahami kegunaan dan kepentingan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang
keledar, pemantul cahaya dan lain-lain).
AKTIVITI KELAB
Penggunaan jalan raya secara berhemah:

  Pengguna basikal

 Pejalan kaki

 Pengguna pengangkutan awam

 Pengguna motosikal dan pembonceng motosikal

 Pemandu dan penumpang kereta


BAHAGIAN 3
BADAN BERUNIFORM
- PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS
PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS
◦ Murid Berkeperluan khas (MBK) digalakkan menyertai mana-mana
pasukan unit beruniform yang dianjurkan di sekolah masing-masing.
◦ Namun begitu, Unit beruniform Pengakap menjadi keutamaan untuk
disertai MBK kerana unit ini merupakan pergerakan sedunia yang turut
mengiktiraf golongan kelainan upaya (OKU).
SKIM LATIHAN PENGAKAP
PENDIDIKAN KHAS
Skim Latihan Pengakap Pendidikan Khas (PK) ini telah diubah suai untuk
membolehkan ahli-ahli Pengakap PK mengikuti aktiviti-aktiviti kepengakapan dan
dapat mengekalkan minat dalam berpengakap. Skim Latihan Pengakap Pendidikan
Khas dibahagikan kepada tiga (3) tahap, iaitu

Tahap 1 (SEKOLAH RENDAH - PENGAKAP KANAK-KANAK)

Tahap 2 (MENENGAH BAWAH – PENGAKAP MUDA)

Tahap 3 (MENENGAH ATAS - PENGAKAP REMAJA)

.
BAHAGIAN 4
SUKAN DAN PERMAINAN
- OLAHRAGA
- GOALBALL
- BOLA JARING
- BADMINTON
- PETANQUE
- BLIND FOOTBALL
◦ Jenis- jenis sukan yang dipilih di dalam modul ini merupakan sukan
yang dominan untuk dimainkan oleh MBK masalah pembelajaran,
kurang upaya pendengaran dan kurang upaya penglihatan.
◦ Secara asasnya MBK akan bermain mengikut peraturan yang sama
seperti murid arus perdana, namun bagi MBK kurang upaya
penglihatan dan kurang upaya pendengaan memerlukan sedikit
modifikasi dan bantuan sokongan semasa permainan berlangsung.
OLAHRAGA
◦ Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa
acara berlainan yang berasaskan pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat
dan membaling.

◦ Jenis acara balapan dan padang untuk MBK :


Acara lari pecut
Acara lari berganti-ganti
Acara lompat jauh
Acara lompat tinggi
Acara lontar peluru 
Acara merejam lembing
PERMAINAN GOALBALL
◦ Merupakan salah satu permainan yang dimainkan oleh pemain yang menghadapi
masalah penglihatan.
◦ Permainan ini juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta daya pendengaran
yang tajam.
◦ Bola yang digunakan mengandungi tiga biji loceng di dalamnya.
◦ Berat bola kira-kira 1.25 kilogram.
◦ Permainan ini dimainkan secara berkumpulan.
◦ Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang pemain.
◦ Daripada enam orang pemain, hanya tiga pemain utama dalam permainan ini.
◦ Selebihnya hanyalah sebagai pemain simpanan sahaja.
BOLA GAWANG
GOL
CARA BERMAIN
◦ Permainan ini dimainkan oleh tiga orang pemain bagi setiap pasukan.
◦ Bilangan pemain gantian bergantung kepada pengelolaan pertandingan sama ada 1,
2 atau 3 pemain gantian.
◦ Ketiga-tiga pemain berperanan untuk menjaringkan gol serta menjaga gawang gol
sendiri.
◦ Ketiga-tiga pemain yang berada di dalam gelanggang wajib ditutup mata mereka
dengan ‘eyes patch’ serta wajib memakai ‘goggle’ atau ‘blindfold’ .
◦ Bola khas berloceng digunakan dalam permainan dan pemain perlu menghantar bola
ke gawang pihak lawan untuk menjaringkan gol.
◦ Untuk mengelakkan perlanggaran semasa bermain, kedudukan pemain telah
ditetapkan dan garisan bertali timbul digunakan untuk memudahkan mobiliti serta
pergerakan pemain.
BOLA JARING
◦ Bola jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan
dalam kalangan wanita.
◦ Permainan ini melibatkan kemahiran asas seperti
◦ menghantar dan menerima bola,
◦ Pergerakan mengelak,
◦ menghadang dan
◦ menjaring.
PERANAN DAN POSISI
◦ Bola jaring boleh dimainkan di kawasan yang lapang mengikut ukuran
gelangang bola jaring yang standard sama ada di:
◦ i. Di gelanggang rumput
◦ ii. Di gelanggang tertutup (indoor)
BADMINTON
◦ Badminton ialah sejenis permainan yang menggunakan raket
dan bulu tangkis yang dimainkan secara perseorangan atau
beregu.
◦ Permainan ini akan dikira mata jika bulu tangkis melepasi
jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.
Gelanggang badminton
PERALATAN ASAS BADMINTON
◦ Raket
◦ Bulu tangkis
◦ Pakaian sukan
◦ Tiang dan jaring
PETANQUE
◦ Petanque merupakan sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang
lapang menggunakan boule yang diperbuat daripada logam dan
dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu.
◦ Boule akan dibaling mengikut teknik acundali untuk menghampiri jack
yang berupa sebiji bola kayu, saiznya lebih besar daripada guli bagi
membolehkan pemain mendapat mata permainan.
◦ Objektif permainan petanque adalah untuk menguasai kedudukan
dengan meletakkan boule milik pasukan sendiri terdekat dengan
sasarannya iaitu jack.
◦ Permainan ini sesuai untuk MBK ketidakupayaan pembelajaran,
ketidakupayaan pendengaran dan ketidakupayaan fizikal kerana
permainan ini tidak memerlukan pergerakkan fizikal yang besar.
◦ Permainan petanque hanya memerlukan kemahiran balingan (tangan)
dan tumpuan (mata) fokus kepada bulatan.
PERALATAN

Boule (Bola) Jack Beg Simpan


Bola
BLIND FOOTBALL
◦ Permainan blind football adalah untuk MBK ketidakupayaan penglihatan kategori
B1(buta) sahaja.
◦ Empat orang pemain, terdiri daripada mereka yang mengalami buta tahap B1
(ketajaman penglihatan yang sangat rendah atau tidak langsung menampakkan
cahaya).
◦ Manakala bagi penjaga gol pula, setiap pasukan bertanding dibenarkan untuk
menggunakan penjaga gol yang normal atau mempunyai masalah penglihatan mata
yang kurang (tahap B2 dan B3).
◦ Kesemua mata pemain kecuali mata penjaga gol perlu ditutup dengan menggunakan
penutup mata yang dikhaskan oleh pihak penganjur.
PERALATAN

Bola
(Ada Bebola Kecil
Untuk Hasilkan Alat Penutup
Bunyi) Gawang Gol
Mata
◦ Perjumpaan bagi setiap kelab/persatuan, badan beruniform
dan sukan permainan adalah sebanyak 12 kali setahun.
◦ Modul kokurikulum ini ada menyediakan perancangan aktiviti
untuk kesemua perjumpaan.
◦ Setiap perjumpaan perlulah direkodkan dan guru perlu
membuat laporan.
BAHAGIAN 5
- PENILAIAN
- PENTAKSIRAN
- PEMANTAUAN
PENILAIAN
◦ Penilaian aktiviti kokurikulum MBK dalam setiap jenis aktiviti yang
disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek dengan pecahan
peratus markah yang telah ditetapkan iaitu:
BIL ASPEK PENILAIAN PERATUS (%)
1 Kehadiran 50
2 Jawatan disandang 10
3 Penglibatan 20
4 Pencapaian 20
Jumlah 100
PENTAKSIRAN
◦ Pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat
yang bertujuan mengukur tahap pencapaian MBK dalam
aktiviti kokurikulum.
◦ Medium pentaksiran yang digunakan ialah Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) yang
dibangunkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
◦ Pentaksiran kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek
utama, iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi.
PEMANTAUAN
◦ Sistem pemantauan merupakan satu proses penting untuk
memantau dan menjamin setiap peraturan dan perancangan
aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan dan dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
◦ Pemantauan diadakan sebanyak dua kali setahun bagi
semua guru penasihat kokurikulum dengan menggunakan
instrumen pemantauan yang standard, iaitu Borang
Pemantauan Kokurikulum.
Jawatankuasa pemantauan kokurikulum terdiri daripada:

i) Pengetua/ Guru Besar


ii) Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Setiausaha Kokurikulum
iv) Setiausaha Sukan
v) Penolong Kanan/Penyelaras Pendidikan Khas
vi) Guru Penyelaras Badan Beruniform
vii)Guru Penyelaras Sukan dan Permainan
MODUL SOKONGAN
PDP
PENERAPAN NILAI, MORAL DAN
PEMBENTUKAN SAHSIAH
◦ Pembentukan sahsiah MBK boleh diterapkan melalui aktiviti
berunsurkan nilai dan moral semasa pelaksanaan pdp dalam bilik
darjah.
◦ Guru Pendidikan Islam yang mengajar MBK dalam kelas inklusif boleh
menggunakan Garis Panduan Pelaksaan Bahasa Arab, Jawi dan Al-
Quran MBK semasa pdp.
◦ MBK bukan beragama Islam boleh menggunakan pendekatan moral
dan sahsiah yang diterapkan dalam pdp Pendidikan Moral.
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like