You are on page 1of 26

PENGENALAN

Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi tujuh orang dalam satu
pasukan. Bola baling dimainkan di dalam dewan atau kawasan yang tertutup. Permainan
bola baling hanya sekadar memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang dipasang gol
pada kedua-dua hujung padang. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah memastikan
perkara-perkara berikut

a) Memakai pakaian jersi bernombor.

b) Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan.

c) Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal.

d) Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Permainan bola baling mempunyai beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan


sukan-sukan lain. Peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis
permainan.

SEJARAH BOLA BALING

Bola Baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah
diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czhoslovakia, Handbold
di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer
di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah
menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaras permainan ini. Pada tahun ini juga,
Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudgedi
Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan
dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Pada tahun 1946,(IAHF) telah ditukar kepada
Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF).Negara-negara yang menguasai permainan bola
baling ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan juga
Poland. Di Asia pula ialah Jepun, China dan Korea adalah antara negara yang terkuat. Pada
hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan
Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Tehran. Ibu
pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan Bola Baling di Malaysia dianggap satu
permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han.
Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah
didaftarkan pada 11September 1985. Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli

1
gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah
Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling
Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 di mana 11 pasukan telah mengambil
bahagian. Mulai tahun 1987, permainan Bola Baling telah diterima sebagai satu permainan
yang dipertandingkan kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia(MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di
Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun
1986untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di
maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum
pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab
perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Permainan bola baling mempunyai
beberapa peralatan tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan lain. Peralatan yang
disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan. Bola baling dimainkan
di dalam dewan atau kawasan yang tertutup. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan
yang mengandungi tujuh orang dalam satu pasukan. Permainan bola baling hanya sekadar
memerlukan sebuah padang atau gelanggang yang dipasang gol pada kedua-dua hujung
padang.

PERALATAN BOLA BALNG

Padang/gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh
merupakan gelanggang bersimen atau berarket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang
permainan berbentuk segi empat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar
di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas

2
oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang
berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan
jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan
jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu
ditandakan secar jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.

Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola
sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat
dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan
bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

Bola saiz 3

Berat antara 426 g hingga 475 g

Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
16 tahun)

Bola saiz 2

Berat antara 325 g sehingga 375 g

3
Lilitan antara sehingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12
tahun)

Bola saiz 1

Berat antara 290 g sehingga 330 g

Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan
bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di
peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola
Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Tiang gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua
batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini
disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol
diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang
terang. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang
sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian lain tiang gold an palang, panjang warna yang
sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan jarring. Lebar kayu tiang gold an palang
ialah 8 cm.

4
PERATURAN BERMAIN BOLA BALING

Memulakan Permainan

Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain yang akan
bermain pada permulaan permainan.

Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemain hendaklah


berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliran memulakan
permainan.

Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masing-masing. Lontaran


pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama. Sekiranya gol,
gol itu tidak akan dikira.

Masa Permainan

Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama 30
minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut :

Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur18 tahun ke

atas. Masa permainan 30 minit dan 10 minit rehat.

Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainan selama 20
minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.

Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.

Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma.
Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi separuh masa kedua. Permainan
biasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan. Ada
juga perlawanan yang berakhir seri. Kadang kala masa tambahan lima minit bagi setiap
separuh masa diberikan. Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan,
menangkap, membaling, melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan,
kepala, paha dan lutut. Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat.
Pemain juga dibenarkan melantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam
kedudukan berlari atau berdiri.

5
Pemain bola baling dibenarkan :

Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara

Memegang bola tidak melebihi tiga saat

Memindahkan bola dari tangan ke tangan

Menghantar bola dalam sebarang keadaan

Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan golpasukan lawan iaitu
antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol

Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan

Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuat jaringan
Balingan Bola ke Dalam

Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telah melepasi
bahagian garisan tepi

Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang diberi
peluang melakukan balingan

Balingan dilakukan di tempat bola telah terkeluar, tetapi di penjuru gelanggang atau
kawasan permainan.

Balingan Gol

Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukan lawan.
Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan. Penjaga gol akan
membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidak dibenarkan membuat
jaringan daripada lontaran atau balingan gol.

Balingan Percuma

Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahan-


kesalahan berikut :

Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah.

Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan

Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja

6
Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol

Kelakuan yang tidak sopan.

Melakukan kesalahan semasa membuat balingan. Balingan percuma hendaklah dilakukan


dengan segera dari tempat berlakunya kesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan
9 meter sehingga balingan dibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada
tiga meter daripada pemain yang melakukan balingan percuma.

Melakukan Balingan Penalti

Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut :

Bermain dalam keadaan berbahaya.

Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol

Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan

Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja

Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar dari kawasan
golnya.

Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol.

Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil
meniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklah
berada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan. Pemain
lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukan bertahan
hendaklah berada tiga meter.

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN

Semasa merangka program latihan beberapa prinsip latihan perlu diikuti untuk memperoleh
hasil yang maksimum. Prinsip-prinsip ini adalah:-

1. MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan( warming up) dan
diakhiri dengan sesi melegakan badan(cooling down). Memanaskan badan adalah penting
untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan

7
fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang
lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi
dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

2. ANSUR MAJU

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan


kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada
keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti latihan hendaklah
sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah bertambah. Ini dilakukan
secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani
latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa jangka masa latihan yang diperlukan bagi
seseorang atlit untuk berada dalam keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

3. TAMBAH BEBAN

Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direka bentuk
hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya dapat
mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu mengenakan
beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen kecergasan fizikal yang
hendak ditingkatkan.

4. PERBEZAAN INDIVIDU

Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari segi
matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan yang sama
tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

5. INTENSITI

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban latihan.
Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan supaya atlit bekerja
di atas paras kemampuan fizikal masing-masing. Petunjuk paling nyata terhadap intensiti
latihan yang baik adalah atlit mencapai kadar nadi latihan ke tahap sub maksimum. (70%
hingga 80% KNL).

6. PENGKHUSUSAN

Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak
dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat
mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek

8
kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan
yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan,
pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan
daya tahan kardiovaskular.

7. KEKERAPAN LATIHAN

Gerak kerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan latihan
akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan
kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang
dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang
pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

8. MASA LATIHAN

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan. Untuk menaikkan kadar nadi
ke tahap 75% daripada 0% (kadar nadi rehat) semasa melakukan aktiviti latihan dalam jarak
masa dari 30 minit adalah cukup bagi menghasilkan kecergasan yang signifikan. Pada
peringkat permulaan latihan hendaklah dihadkan dalam lingkungan 50% kadar nadi latihan
dan tempuh latihan diturunkan 15 ke 20 minit sahaja. Ketika ini tubuh badan kita belum
bersedia untuk menerima bebanan yang tinggi. Setelah beberapa minggu berlatih barulah
intensiti latihan boleh dipertingkatkan.

9. KEBOLEHBALIKAN

Latihan yang dijalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak kekal.
Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak berterusan dan
umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang diambil untuk membinanya.

10. KEPELBAGAIAN LATIHAN.

Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi
penyilangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental
dan fizikal.

11. PENYESUAIAN LATIHAN ATAU ADAPTASI.

Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-ubah
maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan yang

9
dikenakan ke atas latihan tersebut. Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan
perkara berikut:-

o Kekerapan (frequency)

o Intensiti ( Intensity )

o Masa (time)

o Jenis (type)

Latihan perlu dijalankan dengan berterusan. Umumnya latihan bersifat aerobik perlu
dijalankan sebanyak tiga kali seminggu dan dijalankan sekurang-kurangnya 20 minit bagi
setiap sesi latihan. Intensiti latihan boleh ditafsirkan sebagai kualiti latihan. Intensiti latihan
pada kadar nadi 60% - 90% akan memberi kesan kepada latihan. Jenis aktiviti yang
digunakan akan menentukan kesan latihan sebagai contohnya senamrobik sesuai untuk
meningkatkan keupayaan aerobik. Jangka masa latihan penting untuk menentukan kesan
latihan yang optimum. Sekiranya terlalu singkat iaitu kurang dari 20 minit tidak akan
memberi kesan ke atas peningkatan keupayaan aerobik manakala jangka masa terlalu lama
pula akan mengakibatkan kelesuan.

KEMAHIRAN ASAS BOLA BALING

Hantaran Atas Kepala

- Menghasilkan hantaran tinggi dan jauh.

- Hantaran ini sukar disekat oleh pihak lawan.

- Latihan kemahiran:

* Tegakkan kedudukan badan, dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan.

* Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan siku.
* Ayunkan tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala.
* Lepaskan bola dan ikut lajak.

10
Hantaran Lantun

- Untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut

- Latihan kemahiran:

* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.

* Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan pada aras bahu.


* Mata sentiasa memandang arah sasaran bola.

* Tolak bola ke bawah untuk melantun ke hadapan atau sisi.

Hantaran Lompat

- Digunakan untuk menjaringkan gol atau mengelirukan pihak lawan.

- Latihan kemahiran:

* Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil memegang bola.
* Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian peinggng.

* Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.

Hantaran Aras Dada

- Digunakan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas.

- Lebih berkesan apabila dua pemain yang membuat larian pecut dalam serangan

- Latihan kemahiran:

* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.

* Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada aras dada dengan cara
mencekaknya dan siku difleksikan.
* Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.

Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan

11
- Latihan kemahiran:

* Kedudukan badan dalam keadaan sedia.

* Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan ke arah bola.

* Sentiasa memandang arah atau laluan bola.


Mengelecek dengan bola
* Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya.

- Bermaksud pergerakan kaki pada pelbagai arah sambil melantun.

- Membolehkan pemain bergerak dengan bola dari satu tempat ke tempat yang
lain untuk melepasi pihak lawan.

- Latihan kemahiran:

* Lantunkan bola dengan jari dibuka (bukan dengan tapak tangan) pada paras
pinggang.
* Badan dicondaongkan sedikit ke hadapan.
* Kedudukan kaki digerakkan mengikut pergerakan badan.

Mengacah

- Merupakan pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan


peluang menyerang pasukan lawan.

- Terdapat dua cara mengacah tanpa bola dan mengacah dengan bola

- Mengacah tanpa bola biasanya digunakan untuk melepaskan diri daripada kawalan
pihak lawan.

- Mengacah dengan bola bertujuan meneruskan serangan.

- Latihan kemahiran:

* Rendahkan kedudukan badan.

* Kedua-dua kaki dibuka seluas bahu untuk mendapatkan kestabilan pergerakan.


* Berat badan dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri mengikut pergerkan.

* Tangan diayun mengikut pergerakan kaki.

* Tukar arah pergerakan dengan pantas apabila bersedia untuk melepaskan diri.
12
Mengadang

- Mengawal pergerakan pihak lawan daripada menyerang.

- Melambatkan pergerakan dan mengehadkan ruang serangan pihak lawan.

- Latiahan kemahiran:
* Depakan tangan pada pelbagai aras mengikut situasi.

* Kedudukan badan seimbang.


Menjaring
* Mata sentiasa mengawasi pergerakan lawan.
- Bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang.

- Mendapatkan mata kemenangan.

- Jaringan lompat: Menghantar bola ke gawang sambil melompat

- Latihan kemahiran:

* Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan sebelah tangan.
* Pada langkah terakhir, lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam bola ke gawang.
* Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap
daya.

- Jaringan junam: Mendapatkan jarak jaringan yang lebih hampir dengan gol serta
mengelirukan penjaga gol.

- Latihan kemahiran :

* Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan sebelah
tangan.
* Lonjak ke udara, lemparkan badan ke dalam kawasan gol.

* Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mencecah tanah.

* Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak
dengan menggulingkan badan. 13
Menjaga gol

- Menyekat bola daripada memasuki gawang.

- Menampan bola: Mengawal serangan pihak lawan yang datang berhadapan dengan
penjaga gol.

- Latihan kemahiran:

* Rebahkan badan sekiranya bola terlalu rendah.

* Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola.

* Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.

KEMAHIRAN YANG DIPILIH

1) KEMAHIRAN MENGHANTAR ARAS BAHU

- Kemahiran hantaran ini adalah kemahiran yang sering digunakan dalam permainan bola
baling.

TEKNIK KEMAHIRAN :

Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.


Kedudukan siku yang memegang boal dibenarkan dengan kedudukan lengan
condong sedikit ke sisi.
Bahagian atas badan tegak, kepala dicondongkan sedikit dan mata memandang ke
sasaran.
Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang berlawanan
dengan tangan belakang ke kaki hadapan.
Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling di bawa ke
hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan kuat. Pergelangan
tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari
telunjuk menghala ke sasaran di akhir perlakuan.
Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak baling, semakin luas
langkahan pertama. Cara ini akan membantu keseimbangan dan kawalan pemain.
Biasanya langkahan dihalakan ke sasaran.

14
PRINSIP ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA ARAS BAHU

Buat satu tempat sasaran pada tembok. Berdiri dalam jarak 3 meter dari tempat
sasaran. Lakukan 10 kali hantaran bola secara hantaran aras bahu.
Gambar di bawah menunjukkan latihan aras bahu menggunakan tembok ke sasaran.
Setiap hantaran yang tepat mengenai sasaran, pemain dianggap memperoleh dua
mata. Pastikan pelaku memperoleh 20 mata selepas membuat 10 hantaran.

Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan. Lakukan hantaran bola secara
hantaran bahu berganti-ganti selama 30 saat. Catatkan bilangan hantaran yang
dapat di buat dalam jangka masa tersebut.

15
PRINSIP KEPELBAGAIAN DALAM KEMAHIRAN MENGHANTAR ARAS BAHU

Semasa menghantar bola aras bahu, gunakan jenis, saiz dan bentuk bentuk bola
yang berbeza-beza.
Contohnya : bola jaring, bola tenis dan bola tampar.
Ini untuk melatih murid membiasakan tangan untuk memegang bola yang berlainan
dengan bola baling.

16
Empat prinsip hantaran adalah seperti berikut :
o KETEPATAN
Kebolehan pemain membuat hantaran hendaklah menepati arah dan destinasi yang
dituju.
o KETEPATAN MASA
Pemain berkebolehan membuat penentuan berkenaan ketika atau masa tepat dan
terbaik untuk membuat hantaran walau dalam pelbagai situasi.
o SUDUT HANTARAN
Pemain berkebolehan menentukan dari mana hantaran perlu dibuat bagi memudahkan
serta membolehkan rakan menangkapnya dengan selesa.
o MEMBUAT PERTIMBANGAN

Pemain menentukan keadaan bola dan kemudiannya menentukan bagaimana membuat


hantaran dalam keadaan tertentu mengikut jarak dan kedudukan rakan.

OTOT YANG TERLIBAT DALAM KEMAHIRAN MENGHANTAR ARAS BAHU

1) Biceps
2) Triceps
3) Deltoid
4) Pectrolis major

KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA


.
Teknik menerima bola atas kepala

17
Lakuan :

Pandang ke arah bola.

Lompat dengan tangan lurus ke atas kepala dan jari-jari tangan direnggangkan.

Sambut bola dan rapatkan bola ke badan.

PRINSIP ANSUR MAJU DALAM KEMAHIRAN MENYAMBUT BOLA ATAS KEPALA

LAKUAN:

1. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu.

2. kedua-dua belah tangan memengang bola.

3. bola tersebut dilambung pada ketinggian 2 meter.

4. kemudian, bola disambut dengan kedua-dua belah tangan di atas kepala serta bola
dibawa ke dada untuk menyerap daya.

5. langkah 1 hingga 4 diulang menggunakan ketinggian yang berbeza iaitu 3 dan 5 meter.

18
Kemahiran menerima bola lantun

Lakaun :

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

19
Kemahiran menerima bola sisi

Lakuan :

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

Kemahiran menerima bola aras dada

Lakuan :

Buka kaki. Rendahkan badan sedikit. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan
untuk menerima bola.

Renggangkan jari tangan. Tangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Bawa
bola ke dada untuk menyerap daya.

20
Kemahiran menjaring

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Walaupun
kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali
penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang
yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih
bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar
bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

Untuk menjadi seorang penjaring yang baik, prinsip-prinsip yang perlu ada ialah
sepertikeyakinan diri yang tinggi, pengawalan imbangan dan tempo dalam
permainan,tumpuan penuhdalam semua pergerakan, berkebolehan mengikut lajak, pintar
merancang dan mengarah untuk menepati sasaran serta cekap menilai ruang kosong dan
kedudukan penjaga gol.

Terdapat empat jenis cara menjaring yang biasa dilakukan:

a. Jaringan bahu

b. Jaringan lompat

c.Jaringan menjunam dan

d. Jaringan rendah / bawah lengan

JARINGAN BAHU

I. Pemain membawa antara paras bahu dan abdomen sambik bergerak ke arah gol.
II. Perlakuan jaringan bermula dengan kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan bengkok ke
belakang.
III. Tangan kanan yang membawa bola dibawa ke belakang dan siku dibengkokkan.
IV. Seterusnya Mengikut momentum, bola dibawa ke atas paras kepala.
V. Tangan dihayun lurus ke hadapan dalam aksi membaling bola dengan sekuat
tenaga.

21
VI. Gabungan kekuatan otot bahu, dada, lengan dan jari perlu untuk balingan yang kuat.
VII. Akhir sekali, pemain perlu mengikut lajak setelah balingan dibuat.

JARINGAN LOMPAT

I. Pemain bersedia tiga langkah ke belakang.


II. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas
kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
III. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
IV. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

JARINGAN MENJUNAM

I. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


II. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.

22
III. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat.
IV. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.

JARINGAN BAWAH LENGAN

I. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
II. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah
ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
III. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Antara prinsip latihan yang boleh dilaksanakan dalam kemahiran menjaring ini ialah
prinsip latihan ansur maju. Latihan ansur maju yang boleh dilakukan sebagai contoh semasa
melakukan jaringan lompat. Ansur maju yang pertama ialah pemain berlari dan melonjak
menggunakan sebelah kaki. Seterusnya, prinsip ansur maju boleh diaplikasikan dengan
cara pemain berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas. Sekiranya kaki kiri
melonjak, tangan akan diangkat ialah tangan kanan. Latihan boleh ditingkatkan sambil
melonjak, bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan dibengkokkan sedikit dan
dihayun ke hadapan dari belakang bahu. Prinsip latihan ansur maju ini merujuk kepada
peningkatan kesukaran latihan yang beransur-ansur. Beban kerja dalam melakukan jaringan
melompat bertambah apabila semakin banyak teknik yang digunakan.

Kemahiran mengelecek

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah


dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi
membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat.
Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan
kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan
pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari
terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan
baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.

23
Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana
jika dia sudah memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang
tindakan selanjutnya. Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk
menggerakkan bola, yakni bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki. Walau
bagaimanapun pergerakan bola menerusi kemahiran ini juga tidak sesuai kerana lambat.
Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan kemahiran ini dalam permainan,
kecuali pemain itu tidak ada cara lain atau terdesak untuk bertindak sedemikian.

Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek
ini ialah pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah membawa
bola agak rapat kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah
menolak bola dengan sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan yang
akan dihantarkan bola itu serta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah tentu akan cuba
membuat hadangan. Dalam melakukan kemahiran ini, pemain hendaklah memastikan bola
dapat dikawal dengan baik.

Teknik kemahiran mengelecek :

Lutut dibengkokkan lebih kurang 120 dengan imbangan badan yang terkawal.

Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka.

Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan.

Menolak bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan.

Badan hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan.

Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada
bola

24
Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut.

Untuk membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan


pihak lawan

Prinsip latihan yang boleh diaplikasikan dalam kemahiran mengelecek ialah prinsip
latihan kepelbagaian latihan. Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan
rasa jemu pemain. Aplikasi penyilangan latihan adalah satu cara yang dapat mengurangkan
kebosanan dari segi mental dan fizikal. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempelbagaikan
latihan ialah membuat aktiviti sebagai contoh, setiap pemain memegang sebiji bola.
Kemudian pemain diminta mengelecek bola secara lurus. Aktiviti ini tidak boleh dilakukan
secara kerap kerana akan menyebabkan pemain menjadi bosan. Oleh itu aktiviti yang
berlainan perlu dibuat selepas melakukan aktiviti yang pertama. Aktiviti lain yang boleh
dilakukan semasa latihan bola baling ialah dengan cara pemain mengelecek bola secara zig
zag dan bukan lagi secara lurus. Kepelbagaian aktiviti latihan ini akan menarik minat pemain
untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh.

KEPENTINGAN BERINTERAKSI DAN BERKOMUNIKASI SEMASA BERMAIN

Memudahkan kita membuat hantaran dan menyambut bola dengan tepat ketika
perlawanan.

Melancarkan permainan ketika berada di tengah padang.

Dapat menyusun strategi yang berkesan dan lebih baik.

Memudahkan pemain menerima arahan dari jurulatih ketika permainan.

Mengurang dan mengelakkan daripada melakukan sebarang kesilapan

HUBUNGKAIT MASA TINDAK BALAS DAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

25
Masa tindak balas ada hubungkait dengan asas permainan bola baling kerana setiap
kali hantaran dibuat sudah semestinya pemain yang akan menyambut perlu
bertindak pantas.

Bagi penjaga gol pula masa tindak balas memang perlu kerana balingan dari pihak
lawan adalah sangat kuat dan pantas. Oleh yang demikian, penjaga gol perlu
menepis atau menangkap bola balingan dari pemain pihak lawan.

Dalam permainan bola baling juga tugas penghalang adalah menghalang pihak
lawan dalam menjaringkan gol. Pengalang perlu masa tindak balas dalam merampas
bola.

26

You might also like