You are on page 1of 23

DEFINISI WACANA

- Wacana Secara Maknawi (Kamus)


- Pendapat Ahli Bahasa
- Ciri-ciri Wacana

Presented by:
Abraham Yu, Cheng Chung Yu, Brendo Chew,
Cheong Kah Min, Lim Sheng Ren, Seow Wen Qiang
Definisi Wacana Secara Maknawi (Kamus)
Kamus-kamus yang memberi definisi wacana

Kamus Kamus Oxford


Dewan Linguistik University Press

The American
Heritage Kamus Lain
Dictionary
Definisi Wacana Kamus Dewan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wacana ialah

1. Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,


pertuturan, percakapan
2. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan spt
pidato, bahas, forum, syarahan, ceramah, khutba atau tulisan spt
surat, srtikel, cerpen, dan novel.
Definisi Wacana Kamus Linguistik
Menurut Kamus Linguistik, wacana didefinisikan sebagai :-

1. Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada


deretan perkataan dalam bentuk lisan atau tulisan.
2. Sekecil-kecil unsur seperti fonem yang diikuti oleh morfem,
perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

Fonem Morfem Perkataan Frasa Klausa Ayat


Definisi Wacana Oxford English
Dictionary
Menurut Oxford English Dictionary, wacana wujud dalam komunikasi
lisan atau tulisan antara dua pihak atau lebih yang mempunyai ayat-ayat
yang saling berkait sama ada secara sehala atau dua hala.

Wacana adalah terjemahan dari perkataan Inggeris discourse. Perkataan


discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari ke
sana dan ke sini.
Definisi Wacana The American Heritage
Dictionary
Definisi wacana yang dikemukakan oleh The American Heritage Dictionary
ialah :-
1. Ekspresi lisan sama ada secara lisan ataupun tulisan, khususnya dalam
wacana berkaitan politik.
2. Perubahan lisan dalam perbualan, khususnya dalam wacana tentang
polisi luar negara.
3. Perbincangan tentang sesuatu isu yang lengkap dan formal sama ada
secara lisan atau tulisan.
4. Proses atau kecekapan menyatakan sebab dan akibat.
5. Melakukan perbincangan dan mengaitkan dengan sesuatu isu.
Kamus Lain
—Kamus Besar Bahasa Indonesia(1988)
Indonesia
—Tesaurus Bahasa Indonesia(2008)

Amerika —American Dictionary of the English Language(2014)


Syarikat —Merriam-Webster's Intermediate Dictionary (2010)

Brunei —Longman Dictionary of Contemporary English(2014)


Kamus Besar Bahasa Indonesia
Wacana merupakan kelas perkataan yang mempunyai
tiga ciri , iaitu
(i)ucapan;perkataan;tuturan
(ii)keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan
(iii)satuan;bahasa yang lengkap dan jelas dalam bentuk
karangan yang utuh seperti novel, buku atau artikel.
Tesaurus Bahasa Indonesia

Wacana merupakan artikel, bacaan, ceramah, dialog,


diskusi, khutbah, komunikasi, syarahan, perbualan,
pidato, pustaka, surat dan teks yang
• mempunyai makna,
• yang mempunyai awalan, isi dan pengakhiran yang
dapat difahami.
American Dictionary of the English Language

• wacana atau discourse yang berasal daripada bahasa


Latin, iaitu berlari.
• sesuatu idea yang berterusan dalam pengucapan atau
penulisan.
• idea yang disusun sama ada dalam pengucapan dan
penulisan itu juga adalah dalam bentuk yang dapat
difahami kandungannya dari awal hingga akhir.
Merriam-Webstrer's Intermediate Dictionary

• penggunaan bahasa dalam komunikasi yang


disampaikan secara lisan mahunpun secara bertulis
• wacana terdiri daripada
(i)bahasa dalam komunikasi
(ii)komunikasi lisan dan tulisan
Longman Dictionary of Contemporary English
wacana mempunyai tiga pengertian
(i)sebuah percakapan khusus yang formal dan
pengungkapannya diatur berdasarkan idea dalam
ucapan dan tulisan
(ii)pengungkapan dalam bentuk sebuah nasihat, risalah
dan sebagainya
(iii)kesatuan idea yang dihubungkan secara ucapan atau
tulisan.
Wacana adalah keseluruhan kelahiran
bahasa oleh penutur atau penulis iaitu
kelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur
luar pada sistem bahasa yang
menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan itu sebagai yang
bermakna dalam berkomunikasi.
Asmah Hj Omar(1986)
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
batas ayat,yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan
seperti ayat,sejumlah ayat,ceraian,
perenggan,bab,buku,novel,cerpen,cerita,
dialog,siri buku(cerita)dan sebagainya.
(Asmah Hj Omar,1982)
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas
ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri
buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan.
Menurut beliau lagi, wacana merupakan
kesatuan bahasa yang lengkap.
(Raminah Haji Sabran,1984)
Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman
dan apabila ditelaah, ternyata sama teratur
dengan struktur ayat-ayat tertentu. Unit-unit ini
dibentuk oleh sejumlah prinsip ke paduan yang
rasmi dan yang bersifat kultural,termasuk
pengaturan kala atau waktu, struktur pohon,
dan keseluruhan jaringan sosial tentang cara hal-
hal itu wujud dan cara hal-hal itu menjelma.
(Linde,1981)
Wacana adalah seperangkat proposisi yangsaling
berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa
kepaduan atau rasa kohesi bagi penyemak atau
pembaca. Kohesi atau kepaduan itu sendiri harus
muncul daripada isi wacana, tetapi kepaduan
yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca
perlu muncul daripada cara pengutaraan atau
pengutaraan wacana tersebut.
(Deese,1984)
Wacana merupakan kesatuan bahasa yang
lebih besar daripada ayat atau klausa.
Dengan perkataan lain wacana merupakan
unit-unit linguistik yang lebih besar daripada
ayat atau klausa, seperti pertukaran-
pertukaran percakapan atau teks-teks
tulisan. Secara ringkas,yang disebut teks
bagi wacana adalah kalimat bagi ujaran
(utterance).
(Stubbs,1983)
Ciri-ciri Wacana Penulisan
Mempunyai tujuan
Setiap wacana perlu mempunyai tujuan sama ada berbentuk lisan atau
tulisan.

Tujuan boleh menimbulkan interaksi yang komunikatif.


Ciri-ciri Wacana Penulisan
Penerimaan
Sesuatu wacana perlu mempunyai pembaca dan pendengar
(penerima).

Tahap penerimaan adalah tinggi jika penerima boleh memahami


sepenuhnya wacana yang diujarkan.
Ciri-ciri Wacana Penulisan
Maklumat
Setiap wacana mempunyai maklumat. Maklumat terdiri daripada dua
jenis, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama.

Maklumat baharu ialah maklumat yang belum diketahui oleh penerima


manakala maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan
dahulu.
Ciri-ciri Wacana Penulisan
Keadaan
Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu
penerima memahami sesuatu wacana

Terdapat pelbagai latar seperti latar rumah tangga, latar tempat


kerjadan sebagainya. Setiap latar ini dapat menghasilkan wacana
tersendiri.
Ciri-ciri Wacana Penulisan
Interteks
Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana
yang lain.

Wacana yang lain juga memainkan peranan yang penting untuk


membantu penerima memahami sesuatu wacana.

You might also like