You are on page 1of 4

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum.

Ia bukan
sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di
kalangan pelajar. Untuk itu, sekolah turut dapat mewujudkan perpaduan bagi
membentukkan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum. Hal ini demikian agar
perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa
hadapan.

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi
tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja
pelbagai kaum. Awalnya di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat
resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Tambahan pula, persahabatan
terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau
peminggiran atas dasar kelainan itu. Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum
lain di alam persekolahan ini membina perspektif unik dalam diri kanak-kanak dan remaja
sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan
dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

Sebagai seorang guru mahupun warga pendidik, kita hendaklah memikirkan usaha
dan inisiatif yang perlu dijalankan di sekolah yang dapat mewujudkan kerjasama dalam
perpaduan bagi membentukkan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam
kalangan murid-murid. Melaui pemerhatian saya, pengulas telah memberikan beberapa
langkah-langkah dalam usaha pihak-pihak terlibat bagi memantapkan hubungan yang
harmoni dalam kalangan murid berbilang etnik. Di antaranya adalah, pembentukan
persahabatan di sekolah, keberkesanan hubungan guru-murid, adaptasi sikap dan
tingkahlaku murid, peranan tadbir urus sekolah, pengurusan bilik darjah, penglibatan aktiviti
di luar bilik darjah, keefektifan pola pengajaran dan pembelajaran dan guru sebagai model
peranan.

Saya amat bersetuju dengan pengulas di mana guru memainkan peranan penting
dalam membentuk persahabatan dalam kalangan murid-murid dalam memantapkan
hubungan yang harmoni dalam kalangan murid berbilang etnik. Sebagai contoh, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sudah tentu melibatkan murid-murid secara
menyeluruh dan berkumpulan yang tidak mengira latar belakang murid mahupun bangsa,
agama murid tersebut. Guru sewajarnya membentuk sesuatu aktiviti di dalam mahupun di
luar bilik darjah agar terjadinya pola interaksi sosial dalam kalangan murid yang pelbagai
bangsa. Hal ini kerana, perkara sebegini mampu menjalin mahupun membentuk kerjasama
serta ruang untuk perkongsian ilmu merentasi kaum jelas terbuka sepanjang proses sesuatu
pembelajaran. Secara tidak langsung, ini mewujudkan nilai-nilai perpaduan walaupun
mereka terdiri daripada kaum yang berbeza.

Selain itu, pengulas juga menyatakan guru mahupun pihak sekolah perlu membentuk
sikap dan tingkah-laku murid dalam usaha memantapkan hubungan di antara pelajar yang
berbilang kaum dan etnik. Pihak pentadbir sewajarnya menganjurkan aktiviti gotong-royong
dalam kawasan sekolah secara berkala. Hal ini demikian kerana aktiviti sebegini membawa
kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana murid-murid dan guru-guru bekerjasama
membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama, mereka dapat berinteraksi
semasa mereka dan mengenali rakan yang tidak dikenali. Secara tidak langsung aktiviti
gotong-royong seperti ini mampu mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional antara
murid dan guru. Seterusnya, di sekolah, murid-murid berpeluang menggunakan
kemudahan-kemudahan yang tersedia tanpa mengira kedudukan dan kaum murid yang
berbeza. Contohnya, kemmudahan pusat sumber diberikan kepada mereka tanpa
mengambil kira latar belakang kaum. Keadaaan ini terang menunjukkan bahawa perpaduan
dan integrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan murid mengikut
bangsa dan agama untuk menggunakan pusat sumber.

Di samping itu, pengarang juga menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah


merupakan salah satu strategi dalam memperkukuh dan memperkasa hubungan etnik
dalam kalangan murid. Pembahgian kerja atau tugas membersihkan bilik darjah semasa
waktu rehat di sekolah merupakan inesiatif yang amat berkesan dalam menyatukan
hubungan antara etnik. Melalui aktiviti ini, dengan jelas dapat kita lihat kerjasama yang
diamalkan dalam diri setiap murid. Mereka akan saling membantu tanpa mengira kaum.
Sebagai contoh, seseorang murid telah menyiapkan tugasnya, secara automatiknya dia
akan membantu rakannya yang masih belum siap tugasnya. Bukan itu sahaja, aktiviti Hari
Kantin di sekolah juga memupuk sikap bekerjasama dalam kalangan murid. Tambahan lagi
kita akan dapat lihat kegigihan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka untuk
menjayakan aktiviti tersebut dengan lancar, justeru perpaduan secara tidak lengsung telah
tersemat di jiwa mereka.
Di luar sistem akademik, saya bersetuju dengan pegulas yang menyatakan bahawa
salah satu perkara yang perlu ditekankan adalah keberkesanan hubungan guru dengan
murid. Murid seharusnya terlibat dalam aktiviti pelbagai kaum seperti program keluarga
angkat. Fokus utama program anak angkat ini adalah bertujuan dalam membina
perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju
perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke sesuatu
tempat membolehkan seseorang murid dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan
sesuatu tempat. Secara tidak langsung, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara
murid dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi
nasional. Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi
membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau
berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa kebaikan kerana
wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat dipereratkan.

Seterusnya adalah peranan pihak pentadbir sekolah merupakan institusi yang


penting dalam mewujudkan perpaduan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum di
sekolah. Setiap sekolah sewajarnya membentuk satu program ‘Sekolah Penyayang’ dengan
menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda
Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa murid-murid melalui Persatuan Ibubapa
dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan murid yang cinta kepada sekolah,
membentuk peribadi murid yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi
pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara
warga sekolah dan sesama ibubapa murid-murid. Sebagai contohnya, setiap pagi guru
bertugas di pintu sekolah hendaklah menyambut kedatangan dan menyapa murid-murid ke
sekolah dengan mesra, tidak kira bangsa atau agama murid tersebut. Ini kerana perkara
sebegini akan memberi kesan dan contoh positif kepada murid-murid justeru dijadikan
contoh teladan dengan mengamalkan tabiat sapaan terhadap rakan-rakan yang berbeza
kaum.

Akhir sekali, keefektifan pola pengajaran dan pembelajaran dan guru sebagai model
peranan dalam mempereratkan hubungan etnik antara para pelajar. Selain kurikulum,
kokurikulum juga merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Hal ini kerana, pelaksanaan aktiviti ini adalah penting dan setara dengan
kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi
penyumbang dan pelengkap kepada pembentukan kesepaduan dalam kepelbagaian di
sekolah keseluruhannya. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga dapat
membantu pelajar dalam meningkatkan, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama
kokurikulum adalah bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan
pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk
di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi membentukkan dan memperkukuhkan
hubungan pelbagai kaum di sekolah. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa
yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang berlaku, sekolah sebagai
pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Dapat disimpulkan
bahawa, peranan sekolah dan seseorang guru dalam mewujudkan perpaduan dalam
kalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak yang lain juga perlu
dalam merialisasikan perpaduan ini.

You might also like