You are on page 1of 1

LATIHAN 1 4 September 2020

Jelaskan apa yang anda faham tentang konsep tingkah laku bermasalah dalam bilik
darjah.
Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh
guru sebagai disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada
sebarang tindakan yang menjurus kepada tingkah laku agresif. Justeruitu, tingkah laku
bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang menghalang guru dan murid-murid
lain daripada mencapai pembelajaran optima. Tingkah laku bermasalah merujuk kepada
tingkah laku distruktif, tingkah laku disruptif, tingkah laku kebergantungan. Tingkah laku
destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14
tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis
tingkahlaku destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan kerusi,
meja, peralatan, telefon awam dan sebagainya, aktiviti kumpulan liar, amalan tumbuk
menumbuk, mengugut, mencalar kereta atau motosikal guru, menconteng dan melukis
lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah. Seterusnya, Tingkah laku disruptif pula
merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses pengajaran
dan pembelajaran. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif,
perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu
rakan sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-
menolak atau tumbuk- menumbuk di dalam kelas. Akhir sekali, tingkah laku bergantung
merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain, sama ada
guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan.
Individu-individu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan
sifat pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.

You might also like