You are on page 1of 14

LAPORAN KRITIKAL

1. KONSEP

Tingkah laku manusia ialah sekumpulan tingkah laku yang ditonjolkan oleh manusia
dan dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, hipnosis,
pujukan, paksaan, dan/atau genetik. Ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam
masyarakat manusia. Menurut sudut pandangan humanisme, setiap manusia mempunyai
tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku manusia dikaji dalam disiplin akademik seperti
psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan antropologi. (Tingkah Laku Manusia, 2013).
Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, Tingkah laku membawa maksud
gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan
kebaikan tingkah laku nya.

Setiap guru-guru di sekolah akan mengalami perkara yang sama sewaktu di dalam
kelas. Guru-guru perlu menghadapi kerenah-kerenah murid-murid di dalam kelas sama ada
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan atau tidak. Sesetengah tingkah laku
murid perlulah dibendung dan ditegur sebelum perkara menjadi semakin serius seterusnya
menjurus ke arah masalah tingkah laku. Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah
adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai
sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif,
tingkah laku disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan
menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan
mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal.

Dalam skop sebagai seorang guru, masalah tingkah laku yang terlibat ialah masalah
tingkah laku murid-murid di dalam kelas. Definisi tingkah laku bermasalah dari konteks
pendidikan ialah sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku
bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah
negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti
tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif (Mok Soon Sang, 2003).

Masalah-masalah tingkah laku tersebut mungkin berpunca daripada beberapa sebab.


Menurut Myer, 2004 (dalam Akhiar Pardi, 2012) salah laku boleh terjadi apabila murid
merasakan diri mereka baik atau sebaliknya, ketika berasa tidak sihat, letih, menghadapi
tugasan yang mencabar, gelisah, gugup, sedih, kecewa atau ketika menghadapi masalah
yang serius. Antara sebab berlakunya salah laku bermasalah dalam bilik darjah ialah murid
ingin mendapatkan perhatian daripada guru dan rakan-rakannya. Murid sebegini mungkin
mempunyai masalah kekurangan kasih sayang dan perhatian di rumah, maka mereka datang
ke sekolah dengan melakukan masalah tingkah laku seperti berbuat bising dan bercakap
dengan kuat dengan harapan untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri mereka. Selain
itu, murid yang gemar bercakap dengan kuat dan berbuat bising itu mungkin mempunyai
amalan dan budaya sebegitu sejak di rumah lagi dan mereka tidak mengetahui bahawa
tingkah laku mereka itu adalah salah dan boleh mengganggu orang lain dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, masalah tingkah laku di dalam kelas merupakan masalah serius yang
perlu diambil berat dan dicegah sebelum berlakunya perkara-perkara yang lebih serius. Bagi
kanak-kanak yang bermasalah, para-para guru haruslah memahami keperluan murid tersebut
dan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya masalah yang dihadapi oleh murid
tersebut tidak dibawa ke dalam kelas seterusnya mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

Terdapat dua masalah tingkah laku yang sering berlaku di dalam kelas iaitu masalah
tingkah laku distruktif dan masalah tingkah laku disruptif. Perkataan Distruktif berasal dari
perkataan Destroy(bahasa Inggeris) yang membawa maksud memusnahkan atau
merosakkan. Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku
anti sosial yang amat berbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi
juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif
mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau
perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang
yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Pelaku
juga mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah
atau dendam.

Terdapat dua sebab utama yang mempengaruhi tingkah laku distruktif iaitu konsep
kendiri dan kawalan kendiri yang rendah. Pendapat Freud ialah kanak-kanak yang
mempunyai sifat agresif telah mempelajarinya daripada ibu bapa, masyarakat atau televisyen
(mencontohi / meniru watak). Justeru itu, guru-guru mempunyai cabaran untuk memahami
dan peka kepada keperluan murid-murid sedemikian sementara memastikan murid lain
berada dalam keadaan selamat dan terus proaktif.
Perkataan disruptif merupakan perkataan yang berasal dari disturb (bahasa Inggeris)
yang membawa maksud gangguan atau mengganggu. Tingkah laku masalah disruptif
didefinisikan sebagai sebarang tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses
pengajaran dan pembelajaran. Seorang murid yang disruptif ialah seorang yang dapat
menarik perhatian guru dan mengelak guru tersebut daripada memberikan perhatian kepada
murid-murid yang lain di dalam bilik darjah. Tingkah laku disruptif ditunjukkan apabila seorang
murid tidak bekerjasama dengan guru dan mengelak dirinya daripada murid-murid yang lain.
Boleh dikatakan kebanyakan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau
sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas
dan sebagainya.

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang
mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising,
bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. Manakala
Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai
apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di
dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian
tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan
kasar.
2. BANDING BEZA KES DISTRUKTIF DAN DISRUPTIF

Bagi menjawab soalan ini, terdapat dua kes kajian yang telah dipilih mewakili kes masalah
tingkah laku distruktif dan masalah tingkah laku distruktif di dalam kelas (rujuk lampiran). Kes
masalah tingkah laku disruptif diambil dari artikel yang bertajuk ‘Mengekalkan Suasana hening
dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik Kelas’. Artikel tersebut merupakan salah
satu isi kandungan yang terkandung di dalam buku ‘Pengurusan Disiplin’. Untuk kes masalah
distruktif pula, satu artikel atau kes diambil dari satu penulisan kajian tindakan yang ditulis
oleh Ahmad Zuki bin Yusoff. Artikel tersebut bertajuk ‘Rosak… rosak…. Rosak…. Angkara
siapakah ini?’

Artikel ‘Mengekalkan Suasana hening dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik
Kelas’ mengisahkan mengenai satu kajian yang berkaitan dengan masalah pelajar-pelajar di
dalam kelas yang selalu melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu proses
Pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk menangani dan mengurangkan
masalah kebisingan dan pergerakan tidak terkawal sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran kelas 3E di SMK Tanjung Pauh. Seramai 3 orang guru dan 19 orang pelajar
terlibat di dalam kejian ini. Tinjauan awal yang dibuat melalui analisis dokumen seperti jadual
kedatangan, buku laporan kemajuan pelajar, rekod pemerhatian diagnostik tingkah laku
disruptif, borang respons cikgu, sesi bicara hati dan soal selidik. Analisis tinjauan awal
masalah menunjukkan 9 daripada 19 orang pelajar kerap kali melakukan tindakan disruptif
masalah kebisingan seperti bercakap pada masa yang tidak sesuai dan bergerak tanpa
kebenaran guru merupakan tingkah laku disruptif yang paling kerap dilakukan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Justeru, tindakan difokuskan kepada sasaran 9 orang pelajar dan dua permasalahan
tersebut dapat dikurangkan ke tahap yang minimum. Dapatan kajian berdasarkan
pemerhatian dan rekod-rekod seperti lembaran tingkah laku, borang respons guru, kontrak
perubahan tingkah laku bersama kaunselor menunjukkan strategi TUMPU (kemahiran
memberi tumpuan, perubahan tingkah laku dimasukkan dalam pemarkahan ujian , sistem 3
titik, stesen tingkah laku dan susunan kelas berbentuk pulau) dapat mengurangkan masalah
kebisingan dan pergerakan tidak terkawal, sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dan
untuk pelajar yang tidak bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah, waris mudah dihubungi
dan mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan memerlukan kepelbagaian strategi kawalan kelas dan pertimbangan psikologi
pelajar seperti mana saranan strategi TUMPU demi mengurangkan pelakuran disruptif yang
menjejaskan pencapaian objektif dan tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Artikel ‘Rosak… rosak…. Rosak…. Angkara siapakah ini?’ pula mengisahkan berkenaan
dengan kegiatan vandalisme di SK Kuala Lanjut. Kes ini menjadi semakin parah. Hal ini
kerana, dinding, tandas sekolah, kerusi meja murid dan telefon awam yang terdapat di dalam
kawasan sekolah sering kali dirosakkan. Kegiatan vandalisme ini mendatangkan pelbagai
masalah kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar. Penolong Kanak Hal ehwal Murid Puan
Sariah Tokijan kelihatan saban hari semakin hilang sabar melihat perbuatan pelajar yang tidak
bertanggungjawab ini. Perkara tersebut sudah banyak kali dilaporkan kepada guru besar SK
kuala Lanjut, En Samsudin bin Dahlan. Akhirnya secara tidak sengaja, Puan Sariah telah
mendapat petunjuk apabila seorang pelajar yang terlibat dalam perbuatan vandalisme
terbongkar.

MASALAH DISRUPTIF DISTRUKTIF

FAKTOR

LOKASI SK Tanjung Pauh- kawasan SMK Kuala Lanjut –


dalam bandar kawasan luar bandar

SITUASI  Murid membuat  Merosakkan benda


bising di dalam kelas sekolah

 Suka menjerit-jerit  Menconteng dinding


sekolah
 Berjalan ke sana-sini
 Merosakkan
 Melakukan tindakan
kemudahan awam
yang mengganggu
proses pengajaran
dan pembelajaran
KEKERAPAN  Sangat kerap berlaku  Sangat kerap berlaku
di dalam kelas sama ada di dalam
kelas atau di luar
 Ketika guru sedang
kelas
mengajar
 Kegiatan berlaku
secara tersembunyi

PUNCA PENYEBAB  Beranggapan  Faktor keluarga


mereka murid yang
 Faktor rakan sebaya
kurang pandai dan
tidak perlu belajar
 Faktor sikap

 Faktor rakan sebaya


 Faktor sampingan

 Faktor sikap.

UMUR Murid sekolah rendah yang Pelajar sekolah menegah


berumur 12 tahun

Berdasarkan kes-kes yang telah dipilih, terdapat beberapa faktor yang boleh membuat
pembandingan antara kes masalah tingkah laku disruptif dan kes masalah tingkah laku
distruktif. Faktor pertama ialah dari segi lokasi kejadian perkara ini berlaku. Kes disruptif
berlaku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pauh, iaitu sekolah yang berhampiran dengan
kawasan bandar. Sekolah ini juga termasuk dalam kategori kawasan Sekolah dalam bandar.
Oleh itu, seperti kebanyakan murid-murid adalah berlatarkan keluarga yang senang dan
berada. Bagi kes distruktif pula, kes tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Lanjut
iaitu kawasan luar bandar. Kebanyakan murid-murid datang ke sekolah dari keluarga yang
biasa dan keluarga yang susah. Hal ini kerana sekolah ini hampir dengan kawan perumahan
kampung dan jauh dari bandar.
Hasil kajian dapat mengenal pasti perbezaan umur antara kes masalah distruktif dan kes
masalah disruptif. Bagi masalah disruptif responden merupakan murid-murid sekolah rendah
yang berumur 12 tahun manakala bagi kes distruktif pula, responden merupakan pelajar
sekolah menengah tetapi tidak dinyatakan umurnya secara spesifik. Hal ini kita dapat lihat
perbezaan umur dapat memberi perbezaan pada tingkah laku murid. Murid sekolah rendah
hanya mampu membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya yang lain. Tetapi apabila
mereka sudah meningkat dewasa, jika masalah yang lama tidak selesai perkara tersebut akan
menjadi lebih teruk dan lebih berani untuk melakukan vandalisme dan buli. Baka kata pepatah
Melayu, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Faktor seterusnya ialah faktor situasi. Bagi kes disruptif, situasi yang berlaku ialah murid-
murid sering kali membuat bising di dalam kelas. Mereka juga sering kali bergerak-gerak dari
tempat duduk mereka dan membuat bising tanpa dapat dikawal oleh guru mereka. Kadang
kala, mereka bertindak untuk bergaduh sesama mereka sendiri dan melakukan tindakan-
tindakan yang amat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap gerak geri
yang dilakukan oleh mereka membuatkan rakan-rakan mereka yang ingin belajar juga rasa
terganggu dan hilang fokus terhadap sesi pengajaran dan perbelanjaan.

Bagi kes distruktif pula, responden bertindak agresif dengan membuat contengan yang
tidak berfaedah di dalam kawasan sekolah. Tidak cukup dengan contengan-contengan grafiti
yang cantik kononnya neraka juga bertidak merosak harta benda sekolah dan harta benda
awam seperti meja, kerusi dan merosakkan susunan meja di dalam kelas susunan meja.
Terdapat juga kerosakan dan contengan pada meja-meja dan kerisi yang dipinjamkan kepada
mereka di dalam kelas. Selain itu, terdapat juga kerosakan pada kemudahan awam seperti
telefon awam yang disyaki individu yang sama melakukan vandalisme. Dalam hal ini, kita
dapat lihat kesan dari masalah tingkah laku distruktif adalah lebih bahaya berbanding dengan
masalah tingkah laku disruptif. Kes disruptif hanyalah mengganggu orang lain tapi distruktif
bertindak dengan lebih ganas hinggakan sanggup membahayakan orang lain.

Faktor seterusnya ialah kekerapan gangguan berlaku. Jika dilihat pada kes masalah
disruptif, murid-murid ini memuat bising tidak kira masa sama ada, ada guru yang sedang
mengajar di hadapan ataupun guru tiada di dalam kelas. Walaupun kedudukan kelas mereka
hampir dengan bilik kaunseling, tetapi mereka tidak menghiraukan guru sebelah dan terus
membuat bising di dalam kelas. Perkara ini dengan masalah tingkah laku distruktif bagi kes
vandalisme ini. Cuma aktiviti vandalisme berlaku dalam keadaan yang tiada orang ketahui.
Disebabkan aktiviti ini dijalankan secara senyap dan tersembunyi begitu, terdapat pelbagai
benda-benda sekolah dan benda awam rosak dalam keadaan misteri dan tidak tahu siapa
yang melakukan dan puncanya. Kesimpulannya, kedua-dua kes masalah tingkah laku ini
sangat kerap berlaku di sekolah, Cuma yang menjadi perbezaannya ialah, kes masalah
tingkah laku disruptif membuat bising berlaku semasa guru ada ataupun tiada da dalam kelas
tidak kira apa waktu sekali pun tetapi bagi kes masalah tingkah laku distruktif vandalisme,
aktiviti ini dilakukan semasa guru tiada, dan bergerak secara ‘underground’.

Faktor terakhir ialah punca-punca penyebab berlakunya masalah tingkah laku distruktif
dan disruptif di sekolah. Dalam kes masalah tingkah laku disruptif, punca-punca murid-murid
membuat bising ialah mereka merasakan mereka golongan yang kurang pandai dan sentiasa
dipinggirkan oleh guru. Mereka selalu rendah diri dan mereka beranggapan tidak ada gunanya
mereka memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar. Kadang kala, kata-kata guru dan
tingkah laku guru yang selalu memuji-muji pelajar yang pandai akan membuatkan pelajar
bermasalah tingkah laku ini berasa iri hati dan mula membuat masalah. Faktor ikut kawan
juga memainkan peranan kerana murid sangat mudah mempercayai kawan-kawannya.

Bagi kes masalah tingkah laku distruktif vandalisme, terdapat pelbagai sebab terjadinya
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Sebab yang pertama ialah faktor
keluarga. Pada kebiasaannya, pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang
mempunyai masalah seperti cerai, selalu bergaduh dan sebagainya. Apabila pelajar ini
mempunyai masalah keluarga, mereka akan kurang mendapat perhatian dan kasih sayang
daripada ibu bapanya. Antara sebab lain ialah ibu bapa terlalu sibuk bekerja sehinggakan
mengabaikan tanggungjawab menjaga anak di rumah. Perkara seperti ini juga boleh
mengundang kepada masalah kurang kasih sayang. Namun begitu, pelajar yang terlalu
dimanjakan oleh ibu bapanya juga akan mempunyai masalah tingkah laku kerana pelajar
tersebut tidak pernah dimarahi atau kehendak tidak dipenuhi.

Sebab kedua yang menjadi sebab berlakunya kes masalah tingkah laku distruktif ini ialah
disebabkan pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan pengaruh terbesar pelajar
terjebak dengan vandalisme. Hal ini kerana pelajar ini akan berasa lebih berani dan lebih
selamat jika berada dalam kumpulan. Kadangkala mereka bersaing-saing untuk melakukan
perkara-perkara yang negatif. Sebab ketiga berlakunya kes masalah tingkah laku vandalisme
ini ialah disebabkan sikap dan pengaruh media massa. Pelajar seperti ini kurang rasa
tanggungjawab kepada harta awam dan mempunyai sikap pentingkan diri sendiri. Mereka
juga kurang prihatin dengan masalah orang lain. Apa yang mereka fikirkan ialah hanyalah
keseronokan dan kepuasan sementara sahaja.
3. CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU DI DALAM KELAS

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Masalah tingkah laku mempunyai pelbagai
cara dan kaedah untuk menyelesaikannya. Terdapat lima model yang boleh digunakan bagi
menangani masalah tingkah laku di dalam kelas. Model yang pertama ialah Model Disiplin
Asertif Center. Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Disiplin Asertif Canter telah
dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk
menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mengandungi beberapa model asas
iaitu tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan, tanggungjawab adalah nadi
disiplin asertif. Guru hendalah bersifat asertif dan merangka satu sistem ganjaran dan
dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan
buruk.

Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline:
A Take-Charge Approach for Today’s Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah
laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan
peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat
daripada peraturan yang ditetapkan di samping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan
secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Canter menekankan tentang hak guru dan murid
dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik
darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa
gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid
memilih tingkah laku yang sesuai. Manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran
kondusif.

Model ini menekankan tiga jenis peneguhan iaitu peneguhan tidak asertif, peneguhan
asertif dan peneguhan agresif. Guru yang bersifat asertif mempunyai matlamat yang jelas
mengenai pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang
sama, guru ini juga mengambil berat dan adil kepada semua murid. Guru yang bukan asertif
pula menggunakan pendekatan yang pasif. Guru seperti ini kadang jadi mengelirukan dan
tidak konsisten. Guru agresif pula guru yang bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak
bertolak ansur.
Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah untuk model ini ialah dengan
menerangkan peraturan terlebih dahulu kepada murid-murid. Seterusnya melaksanakan
peraturan itu dengan adil kepada semua murid dan semak kefahaman murid. Selepas itu guru
haruslah memaklumkan kepada murid mengenai hukuman dan ganjaran yang akan mereka
terima pada setiap tingkah laku yang mereka lakukan. Selepas itu guru membetulkan
kesalahan murid jika murid tersebut ada melakukan kesalahan. Akhir sekali, guru harus
semak kefahaman murid tersebut. Berdasarkan kajian kes yang telah dikaji, masalah tingkah
laku disruptif dan masalah tingkah laku distruktif dapat diatasi dengan menggunakan model
disiplin asertif Canter ini.

Bagi kes masalah tingkah laku disruptif, cara untuk mengatasi masalah murid membuat
bising di dalam kelas semasa guru mengajar ialah dengan membuat peraturan terlebih
dahulu. Peraturan yang paling sesuai ialah memberi denda kepada murid-murid yang selalu
membuat bising dan mengganggu kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Hukuman yang dikenakan adalah berperingkat berdasarkan tahap kesalahan yang
telah dilakukan oleh murid tersebut. Contohnya, jika murid membuat bising, murid akan diberi
amaran untuk buat kali pertama(pelaksanaan asertif), jika murid tersebut membuat kesalahan
untuk kali kedua, murid tersebut akan dihadapkan ke guru disiplin untuk diambil tindakan
selanjutnya dan jika murid tersebut masih degil, murid tersebut akan dihadapkan ke guru
besar dan ibu bapa mereka akan bersama-sama dengan guru besar untuk membincangkan
masalah yang dilakukan oleh murid tersebut (pelaksanaan agresif).

Kes masalah tingkah laku distruktif pula haruslah dilaksanakan dengan lebih agresif
berbanding dengan cara nak menguruskan kes masalah tingkah laku disruptif. Langkah
permulaan untuk menangani masalah ini ialah guru haruslah memberi peringatan pada setiap
kali perhimpunan supaya murid takut untuk melanggar peraturan. Selain itu murid juga akan
didedahkan dengan sikap menghargai harta benda awam kepada murid-murid sekolah. Bagi
menangani masalah ini. Murid- murid yang telah melakukan vandalisme tersebut akan
dikumpulkan semua sekali dan dibawa ke guru kaunseling. Murid-murid tersebut akan diberi
kaunseling mengenai dengan kesan buruk akibat perbuatan vandalisme. Sekiranya murid
yang sama melakukan masalah vandalisme yang sama, murid tersebut akan dikenakan
hukuman yang sangat berat. Contoh hukuman ialah sebatan atau digantung persekolahan.
Jika murid itu melakukan vandalisme yang sangat teruk, kemungkinan murid tersebut akan
dibuang dari persekolahan itu dan ditukarkan ke sekolah lain.
Model pengurusan disiplin yang kedua yang dapat digunakan untuk mengatasi masalah
kes murid-murid masalah tingkah laku disruptif dan distruktif ini ialah Model terapi realiti
William. Model ini diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi
realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944,
ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang
kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi
ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh
kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan
atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu
Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu
meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat
perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang

Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut iaitu setiap individu bertanggungjawab ke atas
tingkah laku masing-masing. Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara
berkesan sekiranya diberi bimbingan dan sokongan. Akhir sekali, Setiap individu bertingkah
laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-
masing. Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa
untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu
mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku
melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang
positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga
perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu
pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan, murid
diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi
yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar
kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius,
rujuk murid kepada pihak berkuasa. Model ini amat berkesan untuk membantu murid
membuat pilihan yang wajar. Murid juga akan belajar untuk memikul tanggungjawab secara
peribadi. Selai itu murid akan didedahkan dengan cara menangani tingkah laku masa kini
bukan masa lampau. Model ini memberikan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai
terhadap tingkah laku mereka. Guru haruslah memberikan kepercayaan kepada murid
bahawa murid boleh berubah ke arah positif.
Kes murid membuat bising dan gangguan di dalam kelas merupakan masalah yang serius
kerana gangguan di dalam kelas boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
terbantut dan tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Oleh itu, jika guru ingin
menggunakan model ini kepada murid- murid nakal yang suka buat bising, guru haruslah
memberi penekanan dan nasihat kepada murid supaya murid tersebut sedar bahawa tindakan
murid tersebut ialah salah dan murid tersebut haruslah sedar dengan kesalahan yang telah
dibuat. Selain itu, guru juga perlulah memahami keperluan asas yang diperlukan oleh murid-
murid tersebut. Keperluan asas manusia ialah kasih sayang, kuasa dan kawalan, kebebasan
dan keseronokan.

Bagi menggunakan model ini terhadap kes disruptif dan distruktif iaitu kes murid yang
suka membuat bising dan kekacauan di dalam kelas dan vandalisme, murid-murid yang
bermasalah akan diberi kaunseling mengenai dengan masalah tingkah laku yang telah
mereka lakukan. Murid-murid tidak akan didenda tetapi guru kaunseling cuba memahami
murid dan mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Jika murid
tersebut mengalami masalah keluarga, guru tersebut boleh membantu murid tersebut dengan
membantu murid tersebut menyelesaikan masalahnya. Guru akan cuba melayan murid
tersebut dengan lemah lembut supaya murid tersebut rasa disayangi. Hal ini kerana
sesetengah murid tidak mempunyai cukup kasih sayang dari ibu bapanya atas masalah-
masalah tertentu. Murid juga haruslah diberikan kebebasan untuk bersuara dan meluahkan
perasaan tetapi guru haruslah mengajar murid tersebut meluahkan masalahnya dengan cara
yang betul dan saluran yang betul. Selepas kesemua keperluan murid dipenuhi, murid
tersebut akan patuh pada arahan guru tersebut. Murid akan secara tersendiri nya akan
memahami tanggungjawabnya datang ke sekolah dan berusaha untuk mencapai cita-citanya.
Tetapi jika tiada perubahan tingkah laku kepada murid tersebut, murid tersebut akan dihantar
ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Murid-murid yang melakukan vandalisme, mereka juga akan diberi kaunseling supaya
mereka sedar mengenai tingkah laku yang telah mereka lakukan. Mereka tidak akan didenda
tetapi mereka guru memberi rangsangan kepada mereka supaya mereka berfikir adakah
tindakan mereka betul atau salah. Guru juga memberi bimbingan supaya mereka
membetulkan kembali kerosakan yang telah merekan lakukan atas kerelaan mereka sendiri
tanpa rasa dipaksa. Contohnya, jika mereka suka menconteng dinding sekolah, guru akan
sediakan satu dinding khas untuk mereka menconteng dinding tersebut tetapi dengan syarat,
mereka haruslah membersihkan terlebih dahulu kesan-kesan kerosakan pada dinding
sekolah yang telah mereka rosakkan. Dengan in, guru dan murid dalam ‘win win situation’.
Model ketiga ialah Model akibat logikal Dreikurs. Model ini menekankan kepentingan guru
memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Murid
perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid perlu dilatih untuk
mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Murid dan guru
bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan
demokrasi perlu diaplikasikan. Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah
mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa
dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya
menggunakan hukuman.

Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan
murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid
sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah mendapatkan perhatian. Hal
ini kerana murid sering kali menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan perhatian
guru. Motif kedua ialah untuk membalas dendam. Murid akan membalas dendam jika guru
bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Motif ketiga ialah kadang kala murid akan cuba
untuk mencabar kuasa atau kewibawaan guru. Jika perkara ini berlaku, guru seharusnya
bertenang dan cuba mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Untuk murid-
murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara
untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid
, bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada
matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu
murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

Berdasar artikel masalah tingkah laku disruptif yang telah dilampirkan, murid-murid sering
kali membuat bising di dalam kelas dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Cara untuk mengatasi masalah ini ialah murid tersebut dibawa berbincang secara baik
berdepan (face to face). Guru haruslah mengenal pasti masalah murid tersebut dan cuba
membimbing murid tersebut supaya menyelesaikan masalahnya. Selepas itu berdasarkan
model Logikal Dreikurs, guru melantik murid tersebut dan memberi tugas dan kepercayaan
kepada murid tersebut untuk menjaga kelas dari bising dan kucar-kacir. Apabila murid
merasakan dia mempunyai tanggungjawab, dia akan melaksanakan dengan baik dan secara
beransur-ansur dia akan menjadi senyap dan tidak akan melakukan lagi masalah tingkah laku
di dalam kelas.
Jika murid bermasalah itu seorang yang berpengaruh (pembuli atau berbadan besar),
perkara ini akan menjadi lebih berkesan kerana murid lain akan patuh pada setiap arahan
murid tersebut. Dengan adanya pengaruh dan kuasa, secara tidak langsung murid tersebut
akan berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi model kepada murid lain. Guru juga haruslah
memberi peluang kepada murid-murid yang bermasalah untuk mereka menyuarakan
pendapat mereka supaya mereka tidak memberontak. Guru juga haruslah berkomunikasi
dengan cara dan perkara yang positif supaya tidak menyakitkan hati murid-murid tersebut.
Selain itu, guru haruslah memberi galakan dan kepada peningkatan murid dan memberi
galakan serta motivasi. Guru haruslah percaya dengan kebolehan murid dan menyokong
tindakan murid tersebut selagi tidak bercanggah dengan peraturan.

Masalah tingkah laku distruktif juga boleh diselesaikan dengan menggunakan model
akibat logikal Dreikurs. Guru- guru akan membuat satu temu ramah dengan pelajar tersebut
mengenai sebab mereka melakukan vandalisme. Guru haruslah cuba mengenal pasti
masalah yang mereka hadapi. Hal ini kerana kadang-kadang pelajar melakukan masalah
tingkah laku kerana mereka mempunyai dendam atau sesuatu perkara yang menyebabkan
mereka tidak selesa dan marah. Oleh itu, melalui perbincangan, guru dapat mengenal pasti
masalah mereka. Guru juga perlulah pandai mengawal emosi agar sentiasa positif. Murid-
murid dibimbing oleh guru supaya mereka tidak lagi melakukan vandalisme dan perkara-
perkara yang boleh merosakkan harta benda sekolah.

You might also like