You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Kanak-kanak yang dikaji oleh pengkaji diberi nama Seri Wahyu Khairina binti
Jamaluddin yang berumur 6 Tahun. Nama panggilannya ialah Khairina yang bersekolah di Pra
Persekolahan SK Kebor Besar. Masalah yang dihadapi oleh kanak ini ialah terlalu leka atau
banyak menghabiskan masa dengan dunia ‘games’ atau permainan di dalam telefon pintar
sehingga mengabaikan pembelajaran. Khairina juga kurang keluar dari rumah untuk beriadah
pada waktu petang atau bermain dengan kanak-kanak yang lain. Kerja sekolahnya juga tidak
dibuat sekiranya tidak dipaksa oleh ibu bapanya. Oleh itu, pengkaji telah mengaitkan masalah
ini dengan teori sosioemosi oleh Erik Erikson.

2.0 ISI KANDUNGAN

1
2.1 TEORI ERIK ERIKSON

Erik Erikson dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Jerman. Bapanya


berketurunan Denmark dan telah meninggalkan keluarganya sebelum beliau dilahirkan.
Ibunya yang masih muda berketurunan yahudi kemudiannya berkahwin dengan seorang
doktor bernama Dr. Theodor Homberger. Menurut Huit (2013), Erik Erikson pada
awalnya merupakan pengikut Sigmund Freud, tetapi telah berpecah daripada gurunya
Freud akibat daripada satu pandangan asas yang berbeza iaitu faktor yang
memotivasikan tingkah laku manusia. Bagi Freud, manusia dimotivasikan secara biologi
atau secara spesifiknya naluri biologi terhadap kehidupan dan rasa permusushan.
Namun, Erikson yang tiada pendidikan biologi dan sains perubatan percaya bahawa
faktor yang mendesak kepada tingkah laku manusia dan perkembangan personality
adalah interaksi sosial. Oleh itu, teori Erikson dipanggil sosioemosi. Erikson telah
meninggalkan Jerman pada tahun 1930-an dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau
membina teori perkembangan sosioemosi manusia yang unik meliputi kahidupan
daripada kanak-kanak hinggalah dewasa.

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak


dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau mengatakan bahawa manusia
mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku
mengikut tahap tertentu dan setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi
supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson dikenali
sebagai teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana mengabungkan tiga faktor
yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.
Erikson berpendapat bahawa, persekitaran sosial bergabung dengan kematangan
biologi yang ada pada diri individu dengan satu set krisis diri yang perlu diselesaikan.
Masa sensitive dibekalkan kepada individu seperti perlu menyelesaikan setiap krisis
sebelum krisis yang baharu timbul. Hasil daripada resolusi ini sama ada berjaya atau
tidak akan dibawa kepada krisis yang berikutnya. Individu akan terus berusaha membina
asas kepada penyelesaian berikutnya. Hal ini berbeza dengan teori yang lain seperti
Teori Kognitif Piaget dan Teori Keperluan Maslow yang memerlukan aras kepuasan
dicapai terlebih dahulu sebelum bergerak ke aras yang berikutnya.

2
Teori Perkembangan Psikososial Erikson menekankan kepentingan hubungan
bersosial dengan individu di persekitaran kanak-kanak. Tetapi pengkaji memerhatikan
bahawa Khairina seorang yang tidak bersosial dengan individu yang lain. Dia hanya
terperap di dalam rumah serta bermain ‘game’ sahaja. Menurut Erik Erikson, personaliti
seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam
teori ini, Erikson telah memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososiologi
dan setiap peringkat saling berkait antara satu sama lain. Erison mencadangkan individu
harus berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat yang mana
setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan
mencapai matlamat tersebut akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang
individu.

Daripada lapan peringkat perkembangan sosioemosi Erik Erikson tersebut,


kanak yang diuji iaitu Khairina berada di peringkat umur yang ke empat iaitu peringkat
pencapaian lawan rasa rendah diri. Pada peringkat ini, tahap umur yang terlibat dalam
lingkungan 6 hingga 12 tahun dimana kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu dan mereka sudah mula masuk ke alam persekolahan. Tugas
utaman dalam peringkat ini adalah untuk menimbulkan rasa kompetensi dan industri.
Istilah industri membawa kepada kejayaan dalam melaksanakan sesuatu kemahiran dan
menghasilkan sesuatu yang memuaskan hati kanak-kanak. Jika kanak-kanak diajar
sesuatu kemahiran dan tugasan, mereka akan cuba melakukannya dengan penuh
minat. Guru dan ibubapa perlu sentiasa membantu dan membimbing kanak-kanak
dalam mencapai kemahiran-kemahiran yang mereka patut capai pada peringkat ini.
Kegagalan akan membawa kepada rasa rendah diri, malu dan tiada keupayaan.
Khairina berkemungkinan tidak ada orang yang menyokong dan membantunya untuk
melakukan aktiviti-aktiviti yang lain sehingga dia selalu dengan telefon pintar yang hanya
dimainkan dengan seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapun. Dia juga kurang bersosial
di persekitarannya kecuali dengan bermain telefon pintar sahaja.

3
2.2 PEMERHATIAN DAN ANALISIS

Pengkaji memerhatikan sepupunya iaitu Seri Wahyu Khairina yang mempunyai


masalah selalu bermain dengan telefon pintar untuk bermain game. Setiap hari atau
setiap masa lapang iaitu apabila pulang sahaja dari sekolah dan jikalau cuti, selepas
sahaja bangun tidur, dia akan bermain ‘games’ sehingga mengabaikan semua benda
termasuk makan dan mandi. Ibu bapanya sudah memberi nasihat dan memarahinya
tetapi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut akan mengabaikan apa dikatakan oleh
orang tuanya. Apabila tiba waktu makan, ibunya akan menyediakan makanan untuknya
kerana dia tidak mahu bergerak atau berjauhan daripada bermain telefon.

Dalam situasi ini, dia berada di peringkat keempat dimana peringkat kanak-
kanak mula memasuki alam persekolahan sekoah rendah. Beliau seharusnya
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis pada usia sekarang.
Guru dan rakan sebaya serta persekitaran akan mempunyai pengaruh yang besar ke
atas perkembangan kanak-kanak dan pemikiran kanak-kanak sudah mula mencapai
operasi konkrit dan berupaya berfikir secara logik. Kanak-kanak pada peringkat ini suka
dengan aktiviti berkumpulan yang berbentuk kemahiran.

3.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH

4
Pengkaji telah melaksanakan beberapa aktiviti terhadap Khairina bagi mengatasi
masalah yang selalu bermain ‘games’ di dalam telefon pintar. Aktiviti yang pertama dijalankan
ialah pengkaji mengajak Khairina beserta abang dan adiknya untuk bermain plastisin bagi
meningkatkan kreativiti dan mengembangkan kemampuan motor halus Khairina yang berusia 6
tahun ini. Ketika bermain plastisin, Khairina merasa bebas untuk membuat berbagai bentuk
yang disukai serta gembira kerana mempunyai teman untuk bermain bersamanya. Permainan
plastisin ini dapat melatih daya pemikiran kerana mereka dapat mengeksplorasi dan mencari
informasi tentang sesuatu yang mereka belum ketahui. Selain itu, Khairinaa dapat
mengkoordinasikan jari-jari tangan, melenturkan otot-otot jari tangan, melatih keuletan dan
kesabaran serta mengembangkan imaginasi dan kretivitinya yang diperoleh melalui kegiatan
bermain sambil belajar. Khairina kelihatan gembira serta seronok dengan aktiviti yang baru ini.
Pengkaji memberi pujian kepada Khairina yang menunjukkan kemahiran yang baru kerana
dengan pujian semangat dalam dirinya akan melonjak naik.

5
Selain itu, pada sebelah petang kira-kira pada pukul 5.30, pengkaji mengajak khairina
untuk bermain bola bagi mengelakkannya untuk bermain telefon selalu. Pengkaji mengajar
bagaimana cara untuk menyepak bola supaya dapat mengetahui permainan yang baru
walaupun kanak yang dikaji perempuan. Pengkaji juga mengajar Khairina untuk membaling
bola menggunakan tangan iaitu cara balingan dalam permainan bola jaring. Permainan ini telah
memberikan Khairina bergembira dan seronok semasa bermain. Aktiviti seterusnya ialah
pengkaji membawa Khairina berjalan-jalan di kawasan berdekatan dengan rumah dengan
menaiki motosikal untuk mengambil udara dan melihat persekitaran luar. Aktiviti ini dibuat
supaya Khairina suka akan berada di luar rumah berbanding di dalam rumah yang selalu
bersama dengan telefon pintar sahaja. Semasa membawa dia jalan-jalan, Khairina dapat
melihat suasana kanak-kanak lain yang beriadah bermain bersama kawan-kawannya di
kawasan lapang seperti bermain bola, laying-layang dan sebagainya. Beri peluang kanak-kanak
untuk mencuba kemahiran-kemahiran baru melalui kaedah bermain. Kaedah bermain adalah
strategi yang baik untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran baru. Kemahiran akademik
seperi membaca, mengira dan meulis diterapkan dalam elemen-elemen pembelajaran semasa
pengajaran.

6
Seterusnya, pengkaji memberi Khairina melihat filem yang mengantuk supaya dia tidur
untuk merehatkan mindanya daripada terbayang-bayang akan permainan yang selalu

7
dimainkan olehnya di telefon pintar. Lebih baik memberikan dia tidur daripada bermain
permainan sepanjang masa. Pada waktu malam, pengkaji mengajak Khairina untuk membuat
latihan atau kerja sekolah supaya tidak dimarahi oleh guru lagi semasa di sekolah. Khairina
berasa gembira kerana ada yang menemaninya dan mengajar apa yang tidak difahami olehnya.
Pengkaji mengalakkan Khairina untuk menanyakan soalan tentang perkara-perkara yang baru
dipelajari atau perkara yang tidak difahami dan pengkaji memberi maklum balas yang ringkas
dalam bahasa yang mudah difahami oleh Khairina. Khairina melakukan latihan yang disuruh
dengan baik tanpa membantah.

Pada hari seterusnya, Khairina telah mengajak pengkaji untuk bermain batu Seremban
bersamanya di halaman rumah. Pengkaji berasa gembira mendengar ajakannya kerana ini
boleh dilihat bahawa otak dan perlakuannya sudah menerima aktiviti yang lebih menyeronokkan
lagi selain daripada bermain ‘games’ di dalam telefon pintar. Pengkaji hanya mengikuti
ajakannya dan bermain bersama-samanya sehingga dia berasa puas dan serokon dengan
permainan yang lebih mendatangkan faedah kepada dirinya.

4.0 HASIL DAPATAN DAN JUSTIFIKASI

8
Menurut pengkaji, hasil dapatan yang diperoleh setelah melakukan aktiviti-aktiviti ini,
Khairina sudah mula melakukan aktiviti yang lain selain daripada bermain ‘games’ malah selalu
bermain dengan kawan-kawannya atau saudara-maranya. Dia bukannya tidak bermain ‘game'
seratus peratus tetapi hanya bermain dalam satu hingga dua jam sahaja dalam sehari dan
selebihnya dia bermain permainan yang baru. Nasihat yang diberikan oleh ibu bapanya juga
sudah mula dia turuti dan patuhi. Dia selalu ajak abang dan adiknya bermain di dalam rumah
mahupun di luar rumah sepanjang masa lapang. Perubahan yang diberikan ini telah
menunjukkan kegembiraan kepada pengkaji kerana telah berjaya melakukan perubahan
kepada Khairina ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Kini, aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh Khairina menunjukkan pelbagai keseronokan dan kegembiraan yang lebih
maksimum daripada terperangkap daripada dunia permainan telefon pintar. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh Khairina sekarang sudah dilakukan atas kesukaannya bukan kerana dipaksa
atau disuruh oleh sesiapapun.

Sebab pengkaji memilih aktiviti-aktiviti ini kerana ingin memberi Khairina berasa
keindahan berada di suasana luar rumah berbanding hanya berada di dalam rumah.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji dilakukan di luar kawasan rumah supaya dia
mempunyai perasaan dan persekitaran yang berbeza daripada sebelumnya. Selain itu, aktiviti
yang dijalankan juga memberi keseronokan dan kepuasan kepada Khairina. Mimik muka dia
kelihatan seronok apabila melakukan aktiviti yang dijalankan kerana mempunyai dorongan
daripada pengkaji dan juga ahli keluarga terutamanya abang dan adiknya yang sentiasa
menemaninya melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Khairina yang berjaya tidak terlalu aktif dengan telefon pintar telah memperolehi
perasaan yakin pada dirinya sendiri. Dia telah berusaha dan mampu untuk memperoleh
kemahiran yang diajar oleh pengkaji. Dia sudah hilang akan perasaan rendah diri dan telah
mempunyai semangat baru yang menaikkan dirinya menjadi seorang yang ceria selalu.

5.0 PENUTUP

9
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak amat penting untuk diketahui oleh seorang
pendidik. Hal ini akan menjadikan seorang pendidik itu jelas dan sedar tentang ciri-ciri emosi
yang ada pada diri murid atau kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru perlu menjalankan
tanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak agar lebih Berjaya mengawal dan meluahkan
emosinya dengan cara yang betul. Punca kecelaruan jiwa kanak-kanak juga adalah berpunca
daripada keadaan emosi yang terganggu. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat banyak masalah
dalam kalangan kanak-kanak yang berpunca daripada ketidakstabilan emosi dan kurang
kekuatan kerohanian dan moral dalam diri. Jika gangguan seperti ini tidak dipedulikan oleh
guru, maka dalam jangka masa yang panjang, perkara ini mungkin memudaratkan keseluruhan
kehidupan kanak-kanak yang akhirnya mampu merosakkan masyarakat

6.0 LAMPIRAN

10
11
12
7.0 RUJUKAN

13
BUKU

Atan Long, (1988), Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Fazli, A.B. (2006) Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-Kanak Dan Dewasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi perkembangan : Panduan Untuk Guru. Tanjung


Malim : Penerbit UPSI

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahmood Nazar Mohamed. (2000). Pengantar Psikologi : Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Ma’arof Redzuan dan Haslinda Abdullah. (2001). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur : Mc Graw
– Hill

Mohd. Sharani Ahmad. (2005), Psikologi Kanak-Kanak. Pahang : PTS Publications

Mok Soon Sang. (2009. Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor : Penerbitan Multimedia


Sdn.Bhd

14
Mok Soon Sang. (20012). Perkembangan Kanak-Kanak – Edisi Semakan Terkini. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Rohai Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak : Penilaian secara portfolio. Serdang :


UPM

INTERNET

Huitt, W.G. (2013), Ericson. Diperoleh 28 Ogos 2018 daripada http://www.edpsycinteractive.org.

Jumize Waswie, (2016), Psikologi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran. Diperoleh 28 Ogos


2018 daripada https://www.scribd.com/doc/100073151/Psikologi-Kanak-kanak-
Bermasalah-Pembelajaran-Hbsl1203smp

Faizah Othman, (2011), Teori Psikoanalisis. Diperoleh 29 Ogos 2018 daripada


https://faizahothman.wordpress.com/2011/11/25/teori-psikoanalisis/

Wong Ic, (2010), Teori Personaliti Sigmund Freud / Erikson. Diperoleh 29 Ogos 2018 daripada
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/teori-personaliti-sigmund-freud-erikson.html

15

You might also like