You are on page 1of 20

•Program Pemulihan Khas ialah satu usaha

mengatasi masalah murid yang menghadapi


kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
 Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang
daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya
juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di
dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk
pendidikan khas
kepada kanak-kanak atau pelajar yang
menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam
mata-
mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan
Pemulihan berbeza daripada pendidikan
atau pengajaran biasa
 Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah
guru
yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas
pemulihan selalunya lebih kecil daripada
kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga
khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan
pulih’.
 Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk
 Membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran
tertentu.
 Memupuk serta mengembangkan sikap yakin
diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
 Membantu murid mengubah sikap negatif
dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran.
 Membolehkan murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu dengan cara mengikuti
aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan
mereka.
 Membolehkan murid mendapat layanan dan
kemudahan belajar yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mental
individu.
 Membolehkan murid mendapat peluang yang
sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam
aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di
luar bilik darjah.
 Membolehkan murid meneruskan pelajaran
mereka dalam sistem persekolahan biasa atau
sekolah khas yang bersesuaian dengan
keperluan masing-masing.
 Memastikan semua murid menguasai kemahiran
asas 3M kecuali murid berkeperluan khas
Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh
guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya
terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai
“3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.
Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah
Pembelajaran Ringan)
Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah
biasa oleh guru biasa.Murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
 Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau
lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk
kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas
tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan
dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang
sahaja.

 Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu


sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.
 Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu
darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah
diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya
hendaklah tidak melebihi 15 orang.

 Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti


kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka
bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.

 Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah


tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas
Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.
 Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
 Kenal pasti masalah murid.
 Kenal pasti punca masalah murid.
 Menjalin hubungan mesra dengan murid.
 Menunjukkan penghargaan kepada murid.
 Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid
untuk belajar.
 Memilih pendekatan kaedah, teknik yang
sesuai.
 pendekatan bermain sambil belajar.
 teknik bercerita.
 teknik latih tubi.
 teknik bersoal jawab.
 teknik nyanyian.
 Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran
yang sesuai.
 Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu
murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa
ditetapkan.
 Menjalankan aktiviti pengukuhan.
 Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan
susulan.
 KBSR menyarankan agar kaedah kumpulan
digunakan untuk melaksanakan program
KBSR dalam kelas. Sehubungan dengan itu,
murid- murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu kumpulan cerdas, sederhana
dan lambat.
Pembahagian kumpulan ini dilakukan dengan
adanya penilaian.
 Kumpulan cerdas dan sederhana

bolehlah menjalani aktiviti pengayaan.


 Kumpulan lambat akan diberikan pendidikan
pemulihan dalam kelas biasa, selain aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan dalam
kelas biasa juga merupakan pemulihan dalam
KBSR. Ia adalah proses pengajaran dan
pembelajaran yang khusus untuk murid-murid
yang menghadapi masalah atau kesukaran
belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
 Bagi yang belum melepasi penilaian, mereka
akan ditempatkan dalam satu kelas khas dan
diberikan satu program pemulihan yang
disediakan oleh guru pemulihan
 Selepas kumpulan lambat menjalani aktiviti
pemulihan dalam kelas biasa, mereka akan
dinilai. Bagi yang berjaya, mereka akan
diberikan program pengayaan seperti yang
dilakukan kumpulan cerdas dan sederhana.
 Pemulihan khas ialah tindakan-tindakan
pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak
yang menghadapi kesulitan pembelajaran,
kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas
dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas
secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang
diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh
seorang guru pemulihan
 Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang
menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan
dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkan bagi
mengikuti Program Pemulihan Khas
 Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang
lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas
 Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan
untuk menentukan calon yang layak untuk
dimasukkan ke
program pemulihan khas Bahan atau topik dalam
Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajar oleh guru kelas sehingga masa
saringan diberikan
 Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting
dalam Program Pendidikan Pemulihan
Khas
 Ujian ini digunakan untuk membantu guru
pemulihan khas mengesan daerah-daerah
kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
setiap murid
 Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan
untuk membantu guru pemulihan khas mengesan
kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan
yang dihadapi oleh seseorang murid secara
khusus dan seterusnya membentuk objektif
pengajaran (baseline)
 Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat
pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-
masalah yang dialami ketika belajar dan
mengnal pasti punca kegagalan murid dalam
menguasai sesuatu kemahiran.
 Murid yang telah dapat menguasai kemahiran
yang telah dipulihkan akan menjalankan
kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas
biasa dengan bantuan dan kerjasama dari
Guru Pemulihan Khas apabila perlu
 Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru
pemulihan perlu saling bekerjasama di antara
satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like