You are on page 1of 5

Tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif
bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang
memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
negatif. Masalah disiplin di sekolah boleh dikategorikan kepada salah laku disruptif, distruktif
dan kebergantungan.

Rajah 2: Jenis-jenis tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-
Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) :
Tingkah laku bergantungan dicirikan dengan kanak-kanak yang sering mengalami emosi
kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kegagalan
murid untuk menunjukkan tingkah laku tanpa sokongan orang lain seperti rakan atau guru
biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-
kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
pergantungan. Sekiranya murid dapat melakukan sesuatu hanya dengna sokongan dan
bantuan rakan atau guru, mereka sebenarnya telah bergantung dan bukan tidak berkeupayaan
(disabled). Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara tingkah laku kebergantungan dengan
tidak berkeupayaan.
Tidak berkeupayaan Kebergantungan
Murid meminta penjelasan dalam mata
pelajaran atau topik tertentu yang sukar
difahami.
Murid kerap meminta penjelasan dalam setiap
tajuk, subtajuk serta mata pelajaran yang lain.
Murid meminta penjelasan dan bantuan hanya
apabila berlaku satu bentuk atau gaya arahan
sahaja. Contohnya arahan lisan yang tidak
disertakan dengan visual atau arahan visual
tanpa lisan.
Murid meminta penjelasan walaupun guru
telah menggunakan pelbagai cara melibatkan
arahan lisan dan bukan lisan.
Soalan murid merupakan soalan yang spesifik
kepada bahan dan setelah diperjelaskan,
murid dapat melaksanakan tugas dengan lebih
efisien.
Soalan daripada murid tidak spesifik kepada
isi pelajaran tetapi lebih bertujuan untuk
menarik perhatian guru.
Kadar kelambatan (slow pace) serta
ketidakaturan murid berterusan walaupun
telah diberikan motivasi dan ganjaran.
Kerja murid tidak tersusun atau lambat
disiapkan tetapi akan menjadi efisien jika
diberikan ganjaran dan motivasi.
Murid menjalankan tugas secara sendirian
setelah guru menjelaskan keseluruhan proses.
Murid menjalankan tugas atau bekerja hanya
apabila ada guru berhampirannya.
Walaupun murid akan belajar dengan lebih
cepat dalam seting individu, murid akan
belajar lebih baik sekiranya belajar dalam
kumpulan dengan syarat ketidakupayaan
murid diambil kira.
Murid belajar hanya setelah diberikan arahan
secara peribadi dan tidak akan belajar
walaupun kaedah kumpulan digunakan.

Ciri-ciri tingkah laku kebergantungan adalah seperti berikut :
Kebimbangan seperti sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan
diri.
Pergantungan lebihan seperti terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang
lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh
berdikari, tidak menyiapkan kerja sekolah.
Pengunduran diri seperti malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi
pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik
dari dirinya.
Pengasingan diri seperti tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan,
sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan.

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) :
Galloway, Ball, Blomfield dan Seyd (1982), menyatakan bahawa tingkah laku disruptif sebagai
sebarang tingkah laku yang dapat dilihat sebagai bermasalah, tidak sesuai serta mengganggu
guru yang sedang mengajar. Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan orang lain dan disengajakan oleh murid seperti pertengkaran, kecerewetan dan
menyibuk dengan hal yang remeh sehingga menghalang proses pembelajaran. Bagi kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri
hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Mereka merupakan kanak-kanak yang suka
bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada
rakan-rakan yang lain.
Salah laku disruptif boleh dilihat dalam enam bidang seperti di bawah :
1. Kemahiran melaksanakan tugas pembelajaran seperti persembahan hasil kerja,
penjagaan buku, kerja rumah yang tidak dilengkapkan, ketidakpatuhan kepada
arahan tugasan serta cara meminta bantuan guru atau rakan dalam kelas.
2. Tingkah laku lisan seperti enggan mematuhi arahan, berbual ketika guru mengajar,
bercakap dengan guru ketika seharusnya menjalankan tugas belajar, menganggu
ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap, menjerit, ketawa dengan suara yang
nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya, kurang
sopan dan biadab, mengancam guru serta suka menggangu kawan-kawan, membuli
atau menyakat kawan-kawan sekelas, serta menghasilkan pelbagai bunyi yang tidak
sesuai dan mengganggu, menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak
sopan, biadap dan berkelakuan tidak sopan terhadap guru, kakitangan atau tetamu
yang boleh menjejaskan nama baik sekolah, guru atau pelajar sendiri.
3. Tingkah laku bukan lisan seperti mimik muka, meninggalkan bilik darjah tanpa
kebenaran, merayau-rayau dalam bilik darjah, berasa gelisah di tempat duduk
sendiri, duduk dengan hanya menggunakan dua kaki kerusi serta tidak menghormati
harta murid lain, suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam
kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila
masa.
4. Profil emosional seperti mudah menangis, gagal mengawsal rasa marah,
mengasingkan diri daripada rakan sebaya, penderaan diri secara fizikal dan tidak
upaya menunjukkan atau menyatakan emosi.
5. Pengaturan diri seperti tidak mementingkan masa, lewat, ponteng, gagal membawa
buku atau peralatan yang diperlukan serta tiada kekemasan diri
6. Kekemasan diri seperti tidak berpakaian seragam atau berpakaian sukan yang
lengkap, fesyen rambut serta kuku yang panjang dan berwarna, berpakaian nipis
dan selekeh.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) :
Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan
masyarakat. Tingkah laku distruktif tidak hanya meninggalkan kesan ke atas pelaku tetapi juga
kepada murid lain, ahli keluarga murid berkenaan serta mereka yang berkaitan. Tingkah laku
sedemikian merupakan tingkah laku permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering
menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang.
Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid
yang lain, memotong barisan tersebut. Ciri-ciri tingkah laku distruktif adalah seperti berikut :
Permusuhan nyata seperti suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan
mana-mana murid terutama rakan sebaya, memeras ugut menggunakan ancaman atau
tekanan keselamatan dari pihak lain.
Vandalisme seperti suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding
menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas,
memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
Klik (clique) seperti mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai
perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
Geng seperti menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau
digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain
serta terlibat dengan kumpulan liar seperti terlibat dengan kumpulan tidak bermoral,
bekerjasama dalam pertubuhan haram, berjudi dan terlibat dalam kegiatan perjudian loteri atau
pertaruhan wang.

You might also like