You are on page 1of 2

Soalan 3

Huraikan jenis-jenis tingkah laku bermasalah negatif berserta contoh yang sesuai.

Definisi tingkah laku bermasalah

Tingkah laku bermasalah didefinisikan sebagai sebarang aksi murid yang dianggap oleh guru sebagai
disruptif atau mengganggu kerana ia menghalang kelancaran dan kelicinan proses pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku bermasalah juga boleh merujuk kepada sebarang tindakan yang menjurus
kepada tingkah laku agresif. Justeru itu, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
yang menghalang guru dan murid-murid lain daripada mencapai pembelajaran optima.

Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merujuk kepada tingkah laku distruktif, tingkah laku disruptif, tingkah
laku bergantung, tingkah laku hiperaktif, tingkah laku bimbang, tingkah laku murung, pengunduran diri
dan pengasingan diri .

1. Tingkah Laku Distruktif

Tingkah laku destruktif paling kerap terjadi di kalangan pelajar yang berumur di antara 10 hingga 14
tahun. Sikap agresif mereka akan kelihatan dalam bentuk tingkah laku destruktif. Jenis-jenis tingkah laku
destruktif termasuk permusuhan nyata, vandalisme iaitu merosakkan kerusi, meja, peralatan, telefon
awam dan sebagainya, aktiviti kumpulanliar, amalan tumbuk menumbuk, mengugut, mencalar kereta
atau motosikal guru, menconteng dan melukis lakaran lucah pada dinding bangunan sekolah.

Permusuhan Nyata (Overt hostility)

Permusuhan nyata boleh difahamkan sebagai keadaan di mana wujud tingkah laku fizikal atau lisan yang
bertujuan untuk menyakiti atau melukai sesorang. Antara situasi yang boleh menimbulkan permusuhan
nyata ialah apabila seseorang itu mengalami kekecewaan, tersinggung dan mendapat penilaian yang
negatif.

2. Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang boleh menjejaskan kelicinan perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis tingkah laku disruptif termasuk tingkah laku hiperaktif,
perubahan yang melampau, kebisingan, pergerakan pelajar yang tidak perlu, mengganggu rakan
sedarjah, gelak ketawa yang amat kuat dan kelakuan agresif fizikal seperti tolak-menolak atau tumbuk-
menumbuk di dalam kelas.

3. Tingkah Laku Bergantung

Tingkah laku bergantung merujuk kepada keadaan di mana seseorang itu bergantung kepada orang lain,
sama ada guru atau rakannya untuk menjalankan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu keputusan.
Individuindividu yang tergolong dalam kumpulan ini termasuk mereka yang menunjukkan sifat
pergantungan berlebihan, kebimbangan dan pengunduran diri.

You might also like