You are on page 1of 3

ULASAN BUKU

Judul : Pendidikan Anak Di Rumah: Penglibatan Ibu Bapa

Pengarang : Suresh Kumar N Vellymalay

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2016)

Pengulas:

SINOPSIS

Sebagai pendidik pertama dalam keluarga, ibu bapa juga memainkan tanggungjawab yang
penting dalam mengasuh dan mendidik anak mereka. Oleh itu, penglibatan ibu bapa secara
berterusan dalam proses pembelajaran anak amat perlu untuk menjamin sokongan dan
keperluan pendidikan anak disekolah. Dengan itu dapat dikatakan bahawa sumbangan ibu
bapa juga tidak kurang pentingnya dalam menjamin perkembangan, kemajuan dan kejayaan
pendidikan anak. Ibu bapa pada hari ini harus memahami bahawa terdapat jurang perbezaan
yang besar antara keupayaan sebenar seorang anak dan pembangunan potensi yang mampu
dicapai oleh anak menerusi bantuan ibu bapa. Tanpa penglibatan efektif ibu bapa, seseorang
anak gagal membangunkan potensi yang terdapat dalam dirinya. Hal ini mengekang anak
daripada memaksimumkan keupayaan diri dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan. Ini bermakna penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak dapat menyokong
perkembangan kognitif anak, seterusnya membangunkan potensi dan memberikan kesan
positif terhadap pencapaian akademik. Realitinya jika ibu bapa banyak melibatkan diri dalam
pendidikan anak-anak mereka di rumah, lebih tinggi pencapaian pendidikan anak di sekolah.
Apa yang penting ialah keperluan transformasi minda dalam kalangan ibu bapa untuk
mengubah kepercayaan daripada makna “tahu” kepada “sedar” tersebut.

ULASAN BUKU

Pendidikan Anak Di Rumah : Penglibatan Ibu Bapa membincangkan tentang penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan anak di rumah. Buku ini mengandungi lapan bab yang akan
membincangkan pelbagai perkara penting yang merujuk konteks penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak. Antaranya termasuklah mengenai paradigma penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan yang dijelaskan dalam bab 1 yang mana memfokuskan usaha menanam
keyakinan dalam kalangan ibu bapa tentang keperluan penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan anak. Soal tanggungjawab, kekuatan diri, kepercayaan yang tinggi dan
pengetahuan yang mencukupi tentang keperluan pendidikan anak merupakan asas utama
dalam memupuk pembentukan bagi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak disekolah.
Bab 2 memfokuskan faedah yang diterima oleh anak dan ibu bapa hasil penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak di rumah. Bab 3 pula membincangkan cabaran dan halangan yang
dihadapi ibu bapa dalam melibatkan diri dalam pendidikan anak di rumah. Bab 4
membincangkan kegagalan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak di rumah dan
implikasinya kepada anak. Bab 5 pula menekankan perbincangan yang menjurus kepada
kegagalan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak di rumah dan implikasinya kepada
ibu bapa.

Secara ringkas, Bab 6 menumpukan perhatian kepada strategi yang boleh digunakan oleh ibu
bapa dalam melibatkan diri dalam pendidikan anak di rumah. Dalam bab 6 juga dibincangkan
tentang keperluan usaha dan strategi yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk meransang
hubungan yang efektif antara ibu bapa dengan anak. Bab 7 pula membincangkan
keberkesanan pemantauan ibu bapa sebagai strategi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak di rumah. Seterusnya Bab 8 menekankan kepentingan galakan dan dorongan sebagai
strategi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak di rumah, manakala bab 9
menyimpulkan perbincangan tentang kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak di rumah.

Secara keseluruhan penerangan dan gambaran tentang kepentingan penglibatan ibu bapa
dalam pendidikan anak di rumah sangat jelas dan terperinci. Penulis juga menggunakan laras
bahasa dan susunan ayat yang mudah difahami dalam menjelaskan kepentingan pendidikan
anak dirumah dan implikasinya untuk kejayaan anak pada masa akan datang. Selain itu setiap
hujah dan pernyataan yang dibawakan penulis sangat releven, mudah dan praktikal untuk
dilakukankan oleh ibu bapa dirumah. Cadangannya juga setiap penerangan yang diberikan
dilampirkan juga carta, analisis dan statisitk yang sesuai bagi mempelbagaikan cara
penyampaian fakta agar lebih meluas dan jelas. Satu yang menarik perhatian ialah penulis
gemar menggunakan kata pepatah Melayu seperti “alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan”, “belakang parang diasah lagikan tajam”, “orang mengantuk
disorongkan bantal” dan “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Penggunaan kata pepatah
dan bidalan ini amat sesuai untuk menarik pembaca dari pelbagai lapisan usia dan
bermatlamat menyebarluaskan khazanah bahasa ibunda rakyat Malaysia itu sendiri agar tidak
tenggelam ditelan peredaran masa.
Yang paling penting adalah buku ini juga sesuai dijadikan sumber rujukan umum rakyat
Malaysia untuk merealisasikan usaha kerajaan dalam merealisasikan gagasan “Satu
Malaysia” bagi menjadi negara pelopor dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan
inovasi pada masa hadapan.

You might also like