You are on page 1of 2

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 21.6.2019
Tajuk Jurnal : Murid Lebih Banyak Mendiamkan Diri Semasa Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :


Minggu kedua adalah minggu pertama saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat
beberapa orang murid mendiamkan diri semasa saya mengajukan soalan kepada mereka.
Selain itu, terdapat juga beberapa orang murid bercakap dengan rakan semasa saya
mengajukan soalan kepada mereka.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Punca murid mendiamkan diri semasa ditanya oleh saya mungkin kerana mereka masih malu
dengan saya. Hal ini kerana ini merupakan minggu pertama saya mengajar mereka.
Kesan terhadap isu yang berlaku ini ialah murid tidak dapat menguasai

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Lahkar (2013) menyatakan bahawa pengajaran dalam abad ke 21 adalah merupakan
pengajaran yang berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru
dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video.
ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan.
iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


1 Minggu

6. Tindakan Susulan :
Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang
berkaitan dengan pengajaran topik yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu
mengajar yang mengandungi video tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :


18/6/2019

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti telah memberi kesan yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, selain itu,
didapati beberapa orang murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan.
Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang
saya sampaikan.

You might also like