You are on page 1of 1

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TASEK PERMAI

KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN,


14120 SIMPANG AMPAT,
SEBERANG PERAI SELATAN.
Kod Sekolah : PBD4030 No.Tel : 04-5872304
______________________________________________________________________________________________
No. Rujukan :SJKTTP/PSV/01/2020
Tarikh : 04 Mac 2020
Yang berbahagia Tuan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan/Puan,

UNDANGAN SEBAGAI FASILITATOR BAGI BENGKEL KEFAHAMAN ISTILAH BAHASA VISUAL


DAN MENEROKAI EMPAT BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN KESENIAN
(CONTINUOUS PROFESSIONAL DEVELOPMENT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Bengkel Kefahaman Istilah
Bahasa Visual Dan Menerokai Empat Bidang Pendidikan Seni Visual Dan Pendidikan Kesenian
(Continuous Professional Development) bagi penyediaan PdP yang cemerlang.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon khidmat En. Othaya Kumaran
Kandasamy BCK.,PJK, Tuan Hj. Zawawi Bin Mokhtar, Puan Chin Soo Fong dan En. Baskaran
Subramaniam Pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Pihak pengurusan sekolah
memohon jasa baik tuan untuk mengizinkan Pensyarah yang tersenarai di atas dari Jabatan Sains Sosial bagi
mengendalikan program tersebut. Butiran bengkel adalah seperti berikut:

Tempat : BILIK BENGKEL SJKT TASEK PERMAI,


KOMPLEKS SEKOLAH WAWASAN,
SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG.
Tarikh : 28.03.2020 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 4. 00 ptg.

Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian terima

kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………………….
( )

You might also like