You are on page 1of 2

Kerja berpasukan merujuk kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi yang bekerja dalam satu

kumpulan yang sentiasa bekerjasama dan menjalankan tugas dengan penuh muafakat bagi
mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi kepakaran, kemahiran,keupayaan,
dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta
bersedia melaksanakan tugasan secara bersama tanpa rasa jemu.

Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber
kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan
yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara
bersendirian. Lapan nilai-nilai utama yang menjasi pra syarat kepada perlaksanaan kerja secara
berpasukan iaitu:

1. Mempunyai matlamat yang sama


2. Kerjasama
3. Saling bantu membantu
4. Brrkongsi idea
5. Tanggungjawab bersama
6. Saling percaya mempercayai
7. Bertolak ansur
8. Musyawarah

Perbezaan di antara kerja berpasukan dengan kerja berkumpulan. perlu dipastikan bahawa kedua-
dua istilah ini berbeza. Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan.
Terdapat banyak jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum
menjadi kepada contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing2 tetapi secara beramai-ramai setiap
orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan hanya
menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang keputusan
atau tindakan”
Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar belakang
dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi kerja
berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan dari segi
cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai “bukan daripada
kita“.

Sesebuah pasukan dikatakan berprestasi tinggi apabila dapat memberi kepuasan kepada
pelanggan, pekerja, pelabur serta pihak lain yang berkepentingan dalam organisasi. Pasukan ini
sentiasa menekankan aspek penambahbaikan yang berterusan dalam perancangan dan
pengurusan aktivitinya serta kerap menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Pasukan
berprestasi tinggi lebih sedia membangunkan potensi, mengemas kini kepakaran, dan
menjadikan kekuatan kognitif serta emosi sebagai penggerak dalam memastikan kecermelangan
pasukan.
Oleh itu, faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan perlu dikenal pasti terlebih
dahulu bagi meransang penglibatan sepenuhnya oleh anggota pasukan. Prestasi pasukan
ditentukan oleh 3 faktor iaitu:

1. Motivasi pekerja
2. Persekitaran kerja
3. Kemampuan pekerja

Terdapat 6 elemen bagi membentuk sesebuah pasukan kerja berprestasi tingi iaitu;

1. Kopetensi anggota pasukan Nilai organisasi


2. Kopetensi anggota pasukan
3. Visi, matlamat dan hala tuju yang sama
4. Kemahiran interpersonal,komunikasi dan kelebihan personaliti
5. Kemahiran, proses dan cara kerja
6. Sistem nilai

Disamping itu penguasaan bidang tugas serta peranan, kuasa dan tanggungjawab setiap anggota
pasukan turut mempengaruhi prestasi sesebuah pasukan kerja. Dalam hal ini, setiap anggota
dalam pasukan kerja perlu memahami dengan jelas kepercayaan, nilai serta norma yang menjadi
pegangan mereka. Setelah mereka mengatahui tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan
sebaiknya serta etika kerja yang menjadi panduan bersama dapat memenuhi sasaran matlamat
pembentukan pasukan berprestasi tinggi yang boleh menguntungkan organisasi.

Melihat kepada faktor-faktor disenaraikan, jelas menunjukkan bahawa keberkesanan, prestasi


dan pencapaian sesebuah pasukan di pengaruhi oleh hubung kait antara faktor di peringkat
organisasi, pasukan dan setiap individu (anggota). Kekurangan dan kelemahan salah satu faktor
akan menyebabkan pasukan kerja gagal berfungsi dengan berkesan dan situasi ini boleh
menjejaskan matlamat yang ingin dicapai oleh pasukan.

Peningkatan usaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan berprestasi tinggi


juga memerlukan jalinan kerjasama yang erat serta komunikasi berkesan antara pihak
pengurusan organisasi dengan pasukan. Pengembelingan usaha dalam kalangan anggota pasukan
penting untuk memastikan pasukan mencapai matlamatnya. Oleh itu, penekanan terhadap konsep
C-O-Q-P Driven adalah penting agar pasukan mencapai tahap kematangan yang berjaya melalui
3 tahap kritikal iaitu:

 Kelansungan (survive)
 Perkembangan (growth)
 Kejayaan (excell)
Pendekatan bersepadu ini mengkehendaki pasukan memberi tumpuan kepada tututan pelanggan
dalaman dan pelanggan luaran (stakeholder dan majikan), memenuhi objective asal
penubuhannya, menepati kualiti dan mencapai produktiviti dalam penghasilan perkhidmatan atau
produk.

You might also like