You are on page 1of 4

Bagaimana nak pelbagaikan nombor mukasurat dalam Microsoft Word

(Update bergambar)
Semasa hendak sempurnakan tesis saya baru-baru ini, saya hadapi tiga masalah:
i) Bagaimana hendak halang daripada meletakkan nombor mukasurat pada muka depan iaitu
pada halaman cover thesis saya.

ii) Bagaimana hendak buat dua nombor mukasurat yang berbeza. Contohnya, pada daftar isi
kandungan, saya mahu nomborkan muka surat bahagian ini dengan nombor roman (eg i, ii, iii,
iv and so on), manakala pada bahagian content pula saya hendak nomborkan muka surat itu
dengan nombor biasa pula (1, 2, 3 dan seterusnya)

iii) Bagaimana hendak buat dua kali pengiraan untuk muka surat bagi file tersebut.
Contohnya, jika pada bahagian daftar isi kandungan berakhir dengan muka surat v (5),
bagaimanakah untuk mulakan balik pengiraan pada bahagian content tersebut bermula
nombor 1.

Masalah ini saya atasi dengan cara berikut:


i) Bahagikan file word kita yang panjangnya berpuluh-puluh muka surat itu kepada
beberapa section yang kita kehendaki. Contohnya, saya jadikan halaman cover thesis saya itu
sebagai satu seksyen, bahagian daftar kandungan satu seksyen dan bahagian content atau isi
karangan saya itu satu seksyen yang lain menjadikan kesemuanya tiga seksyen.

ii) Untuk bahagikankan file word kita kepada beberapa seksyen yang dikehendaki:
1- Gerakkan cursor anda pada tempat bahagian yang anda mahu pecahkan kepada seksyen
berlainan dan klik di tempat tersebut.
2- Tekan kekotak page layout yang ada terdapat pada bahagian atas microsoft word tersebut.
Kemudian klik breaks dan pilih next page.

3- Selesai langkah (2) diatas, anda sudah berjaya bina dua seksyen dalam file tersebut. Untuk
check sama ada betul atau tidak, klik pada kekotakinsert, klik header dan kemudian pilih edit
header.

Sekiranya apa yang anda telah lakukan betul, maka anda akan dapati pada bahagian bawah
mukasurat terakhir seksyen pertama akan tertera Footer -Section 1- manakala pada bahagian
atas mukasurat terawal seksyen kedua tertera Header -Section 2-.

4- Tekan Link to Previous untuk menyahfungsikan fungsi tersebut yang memang sedia ada
dalam keadaan default. Jangan lupa lakukan yang sama juga untuk footer anda!

iii) Disebabkan saya tidak mahu letakkan nombor pada halaman cover thesis saya, maka saya
tidak lakukan apa-apa perubahan pada footermuka surat tersebut.

iv) Masukkan nombor muka surat pada seksyen kedua (bahagian daftar kandungan):
1- Klik kekotak insert--> footer---> edit footer.
2- Klik pada footer muka surat pertama seksyen kedua.
3- Klik page number---> Format page number...--->pilih format nombor yang dikehendaki-->
pilih page numbering start at 1.
4- Pilih jenis bahagian mana anda mahu letakkan muka surat file anda.

v) Kemudian, saya masukkan pula nombor muka surat pada seksyen ketiga (bahagian isi
karangan) menggunakan langkah yang sama seperti (iv) di atas.

You might also like