You are on page 1of 3

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING [JURNAL MINGGU 3]

1
Minggu praktikum : 3
Tarikh : 14 April 2014- 18 April 2014
Tajuk : Masalah Pengurusan Masa

1.0 Isu / Masalah
Pada minggu ketiga, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang
tidak tepat sebagaimana yang telah saya rancangkan. Terdapat aktiviti yang
telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana masalah kekangan masa. Hal ini
telah menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya
objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari
tertentu.

2.0 Analisis Masalah
Menurut Mackenzie, pengurusan masa ialah kebolehan seseorang itu
mengaturkan disiplin dirinya dalam mengikut perjalanan masa. Menurut Abdul
Fatah Hasan (1994) pula menyatakan bahawa masa boleh dimanfaatkan dengan
baik sekiranya kita bijak menggunakannya.

Menerusi pemerhatian saya, terdapat dua faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah pengurusan masa. Yang pertama, masalah ini timbul kerana
aktiviti secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi
masa yang ditetapkan. Contohnya, ketika subjek bertema Kreativiti, kanak-kanak
mengambil masa yang lama dari yang sepatutnya untuk melekatkan kolaj pasir
berwarna. Situasi ini menyebabkan masa yang diperuntukkan selama 40 minit
telah bertambah kepada 45-50 minit. Selain itu, masalah pengurusan masa turut
terjadi ketika melakukan aktiviti lembaran kerja. Seperti yang saya sedia maklum,
murid-murid di prasekolah Melur mempunyai tahap pencapaian pembelajaran
yang pelbagai. Oleh itu, murid yang pandai cepat menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh saya manakala murid yang agak lemah memerlukan masa dan
bimbingan yang lama untuk memastikan kesemua tugasan yang diberi oleh saya
GRACE BAUN CHIEN SIEW MING [JURNAL MINGGU 3]



2
telah siap. Ini telah menyebabkan banyak masa yang terbuang sehinggakan
kadangkala, saya tidak dapat membuat penutup kepada pengajaran saya pada
hari tesebut.

Faktor kedua yang menyebabkan berlakunya kekangan masa ialah murid-
murid prasekolah mengambil waktu yang agak lama untuk makanan. Seperti
yang telah dinyatakan di dalam jadual waktu prasekolah Melur, murid-murid
sepatutnya mula rehat pada pukul 10.00 10.30 pagi. Namun, waktu rehat
tersebut selalu menjadi lama kerana terdapat kanak-kanak yang lambat
menghabiskan makanan dan ada yang menambah makanan mereka untuk
kedua. Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan kanak-kanak ketinggalan
slot pengajaran yang sepatutnya diajar pada hari tersebut.

3.0 Cadangan
Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini
daripada berlarutan adalah :
1) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan
masa dengan lebih sempurna.
2) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu
terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang
telah dirancangkan.
3) Bagi memastikan bahawa aktiviti secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang
masa yang ada dan memilih beberapa hasil kerja murid yang terbaik dan siap
sahaja untuk dijadikan sebagai bahan penilaian.
4) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.


GRACE BAUN CHIEN SIEW MING [JURNAL MINGGU 3]



3
4.0 Tempoh Masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan
masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

5.0 Tindakan Susulan
Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani
praktikum iaitu tentang masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah
bersifat kekal jika kita bijak mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia
kerana masa adalah amat berharga bagi mereka semua. Tindakan yang perlu
diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan mengawal aktiviti dengan
melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan masa bagi
setiap aktiviti.

6.0 Kesimpulan
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan
mudah oleh para guru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik
dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi
dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat
dalam hati setiap guru.

You might also like