You are on page 1of 4

1.0 PENGENALAN Bersukan merupakan perkara yang paling digemari oleh kanak-kanak.

Bersukan adalah kerja yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bersukan juga membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bersukan merupakan satu keperluan dan perkara yang menyeronokkan. Bersukan juga tidak dianggap sebagai satu bebanan kepada mereka malahan ia merupakan satu kepuasan. Melalui aktiviti ini kanak-kanak juga dapat belajar pelbagai perkara dan proses ini dikenali pembelajaran tidak formal. Permainan kecil pula adalah sangat penting dalam kehidupan kanakkanak. Permainan kecil boleh melibatkan koordinasi motor-kasar atau koordinasi motor-halus. Koordinasi motor-kasar melibatkan pergerakan otot-otot besar seperti melompat, berlari dan lain-lain manakala koordinasi motor-halus melibatkan pergerakan otot-otot kecil. 2.0 PERMAINAN CABUT EKOR Permainan ini merupakan satu daripada permainan yang sering diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Permainan ini berbentuk permainan secara berkumpulan dimana ia melibatkan bilangan pelajar yang agak ramai untuk memainkannya. 3.0 CARA BERMAIN 1. Setiap pemain atau ayam dikehendaki memakai ekor atau kain yang diletakkan di belakang mereka. 2. Seorang pemain akan bertindak sebagai musang atau penangkap. 3. Musang dikehendaki mengira angka dari 1-50 sebelum mengejar ayam 4. Musang dikehendaki cuba mendapatkan ekor ayam yang ada pada setiap pemain. 4.0 PERATURAN PERMAINAN. 1. Para pemain dikehendaki bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan sahaja. 2. Ayam yang telah diambil ekornya oleh musang akan dikira terkeluar. 3. Bilangan pemain dalam setiap permainan adalah 10-15 orang sahaja.
1

4. Masa adalah tidak terhad. 5. Ayam pertama yang ditangkap akan menjadi musang setelah semua ayam hilang ekor mereka. 6. Permainan akan dimainkan di kawasan padang yang berkeluasan dalam anggaran 15 Meter x 15 meter 5.0 ALATAN YANG DIGUNAKAN Permainan cabut ekor ni boleh dimainkan dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan tempat. Begitu juga bagi alatan yang diperlukan iaitu ekor sebagai syarat permainan. Ekor boleh dibuat menggunakan reben atau tali namun, jika tiada boleh memberikan kebebasan kepada murid-murid menggunakan bahan yang senang di dapati seperti daun atau pelepah kelapa. Penggunaan bahan-bahan terbuang seperti beg plastik, reben atau kertas juga boleh digunakan sebagai ekor.

6.0 RUMUSAN Selain itu, permainan ini dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut. Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

LAMPIRAN

Murid-murid sedang bermain cabut ekor dalam kumpulan

Cabut ekor juga boleh dilakukan dengan menarik ekor masing-masing

Ekor diikat pada pinggang masing-masing

Jika ekor dicabut pemain dikira kalah dan terkeluar dari permainan
4

You might also like