You are on page 1of 2

Refleksi Individu Olahraga

Kumpulan kami telah memilih permainan lompat getah sebagai ganti lompat
tinggi untuk murid di prasekolah. Permainan lompat getah, juga disebut sebagai lompat
tali dan zero point oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan
tradisional di Malaysia. Ianya memerlukan sekurang-kurangnya tiga pemain, iaitu
seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah,
manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walaubagaimanapun,
permainan akan lebih menyeronokkan jika lebih ramai yang bermain.
Cara bermain pula ialah, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan
perlulah dilantik ketua atau ibu yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.
Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan,
diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua
pasukan perlulah ow som. "ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak"
melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan
pula yang akan bermain. Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras
tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" . Pemain tidak
boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.Sekiranya pemain melepasi
tahap tersebut, ketinggian getah akan dinaikkan ke paras lutut kemudiannya ke paras
pinggang, bahu, telinga dan kepala. Sekiranya murid masih dapat melepasi halangan
ini, pemain akan bermain "formation gelombang" pula.
Terdapat beberapa tunjang dalam Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan yang dapat disepadukan melalui aktiviti ini. Melalui permainan ini, murid
akan melakukan kemahiran motor kasar lokomotor (PFK 2.1) , dengan melompat dan
mendarat dengan kedua-dua belah kaki menggunakan teknik yang betul. (PFK 2.1.7).
Secara tidak langsung ianya akan membantu dalam meningkatkan perkembangan
fizikal murid. Selain daripada itu, daripada segi nilai pula, murid akan mengamalkan
sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat melalui aktiviti
berkumpulan (PM 12.0). Murid juga boleh menggunakan kemahiran sosial dalam
interaksi dengan berkongsi barangan dan peralatan seperti gelang getah ini(PSE 3.2.3).
Kami merasakan melalui permainan ini juga, teori konstruktivisme kognitif dan sosial

dapat diaplikasikan. Ini kerana melalui aktiviti ini guru berperanan sebagai pembimbing,
pemudahcara dan perancang sedangkan murid memainkan peranan utama dalam
aktiviti ini. Penglibatan murid adalah keutamaan dan membuktikan ianya salah satu
bentuk pembelajaran berpusatkan murid, melalui olahraga.
Sebelum memilih aktiviti bagi menggantikan lompat tinggi, kami terlebih dahulu
membuat rujukan daripada pelbagai sumber. Panduan utama yang kami gunakan ialah
Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, di mana kami amat menitik
berat objektif serta kemampuan murid agar tidak tersasar dari pembelajaran
prasekolah. Kami turut membuat rujukan dalam laman sesawang mengenai
permainanan lompat getah.
Setelah memilih permainan ini, semua ahli kumpulan memberikan kerjasama
sepenuhnya dalam menyediakan permainan dan kertas kerja. Pelbagai pengalaman
dan pengetahuan turut dikongsikan bersama. Ini telah mengeratkan lagi hubungan kami
yang mana pada asalnya, kami adalah pelajar dari berlainan IPG.
Cabaran utama kumpulan kami ialah mencari gelang getah memandangkan
kesemua ahli kumpulan tidak membawa kenderaan ke IPG. Bagi menyelesaikan
permasalahan ini, kumpulan kami telah meminta bantuan daripada ahli kumpulan lain
yang tinggal berdekatan dengan kampus IPG untuk membeli dua bungkus gelang
getah. Kami tidak mempunyai masalah lain kerana setiap ahli telah memberikan
komitmen sepenuhnya dalam menjayakan permainan yang kami pilih.

Disediakan Oleh,
Effa Hasfa Rina Binti Sahari

You might also like