You are on page 1of 6

ALS 441

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

PENULISAN AKADEMIK BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU (20%): RESENSI

NAMA PELAJAR: NUR ASYILA BINTI CHE RODZI

NO.PELAJAR: 202336789

KUMPULAN: LG241F

NAMA PENSYARAH:
DR. AKMAL

TARIKH SERAHAN: 19 MEI 2023


Terdapat dua sumber bahan ilmiah yang dirujuk oleh pengkaji bagi menghasilkan resensi
ini iaitu berdasarkan sebuah buku kosa ilmu dan dua buah artikel jurnal. Salleh Mohd Akib
(2009) telah menerbitkan sebuah buku berkaitan budaya tradisional kelantan  berdasarkan
pemerhatian dan temubual sendiri dalam suasana asalnya yang bertajuk Permainan Tradisional
Rakyat Kelantan. Pengarang buku adalah antara pengkaji tempatan terawal yang membuat
penelitian tentang budaya kelantan. Selain itu, Chander Vengadasalam et.al (2019)  telah
melakukan kajian mengenai nilai-nilai moral yang dapat ditanam dalam diri masyarakat melalui
permainan tradisional yang bertajuk Perkembangan Nilai Moral Melalui Inovasi Tradisional
yang telah dimuatkan dalam sebuah artikel jurnal. Di samping itu, Salma Rizuan (2019) turut
memuatkan sebuah artikel jurnal berdasarkan kajian beliau yang memfokuskan faktor yang
mempengaruhi perubahan permainan tradisional yang bertajuk Perubahan Sosial Di Dalam
Kecenderungan Generasi Muda Bermain Permainan Tradisional Di Era Modenisasi. Ketiga-tiga
rujukan ini menjadi sumber bagi pengkaji untuk menghasilkan resensi ini. Ketiga-tiga penerbitan
karya ilmiah tersebut memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh tentang budaya permainan
tradisional dari pelbagai sudut.
Tema yang difokuskan dalam meresensi buku yang dikarang oleh Salleh Mohd
Akib (2009) ialah unsur permainan tradisional Kelantan yang terdapat dalam bab 3 buku ini.
Permainan merupakan fenomena sosial mempunyai pelbagai unsur sebagaimana dirujuk oleh
penulis berdasarkan sebuah buku yang bertajuk Notes and Queries on Anthropology (1960).
Antara unsur permainan yang dijelaskan dalam buku tersebut ialah permainan yang
mengandungi unsur pergerakan, permainan yang berunsurkan kepintaran berfikir, permainan
yang berunsurkan nasib dan sebagainya. Salleh Mohd Akib (2009) menerangkan bahawa
permainan tradisional masyarakat melayu Kelantan berunsurkan pergerakan tubuh badan yang
boleh membina diri dan membentuk perkembangan jasmani dan kesihatan contohnya permainan
sepak raga dan galah panjang. Di Kelantan, permainan galah panjang sangat digemari oleh para
pemain ketika bulan terang. Pasukan yang bermain terdiri daripada dua pihak iaitu pasukan
penyerang dan pasukan penanti. Permainan galah panjang akan menjadi lebih meriah apabila
perlawanan diantara antara dua buah kampung diadakan. Pada masa itulah masyarakat akan
keluar beramai-ramai menonton dan menyokong seolah-olah seperti satu temasya kecil di bawah
sinaran bulan yang terang. Permainan ini memerlukan pergerakan yang pantas dan tenaga yang
banyak kerana setiap ahli mempunyai peranan masing-masing.
Selain itu, permainan tradisional Kelantan juga berunsurkan kepintaran berfikir dan
mengira misalnya permainan golek para, tuju lubang dan guli. Permainan tuju lubang  dimainkan
dengan cara pertaruhan di mana pemenang akan mendapat wang siling atau biji berangan yang
menjadi pertaruhan dalam permainan tersebut. Kanak-kanak itu akan mengira terlebih dahulu
untuk membuat rancangan di awal permainan dengan secara tidak langsung permainan ini dapat
melatih kanak-kanak untuk mengira dan berfikir. Akhir sekali, penulis juga menerangkan
permainan yang berunsurkan nasib dalam bab ini iaitu permainan berlaga telur yang dimainkan
oleh masyarakat negeri Kelantan. Walaupun permainan ini terdapat unsur kebijaksanaan
memangkah atau menahan telur itu, tetapi ternyata lebih banyak bergantung pada keadaan kulit
telur. Pemilihan telur yang berkulit tebal dan keras amat susah dan mustahil dengan hanya
melihat dari luar begitu sahaja. Jelaslah bahawa permainan ini adalah bergantung kepada nasib
seseorang. 
Di samping itu, berdasarkan penelitian yang dibuat daripada makalah yang bertajuk 
Perkembangan Nilai Moral Melalui Inovasi Permainan Tradisional oleh Chander Vengdasalam
et.al (2019), makalah ini kajian yang sangat menarik kerana pengkaji mengemukakan unsur
positif dalam kalangan masyarakat. Penerapan nilai melalui permainan tradisional boleh berlaku
dalam beberapa cara seperti penghayatan nilai, perbuatan, meniru cara orang lain dan mengikut
arahan guru. Nilai-nilai moral mendorong seseorang melakukan sesuatu perbuatan yang
membawa kepada tingkah laku moral ( Rokreach, 1977). Menurut Powney (1996), beliau
mengatakan bahawa nilai merupakan keyakinan dari agama dan moral. Nilai merangkumi tiga
aspek iaitu aspek kognitif, aspek emosi (afektif) dan tingkah laku seseorang. 
Kaedah penyelidikan telah digunakan dalam kajian ini untuk menarik pandangan siswa
pendidik berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka berdasarkan aktiviti penginovasian
permainan tradisional. Terdapat tiga nilai moral yang telah dikenal pasti oleh Chander
Vengdasalam et.al (2019) melalui kajian mereka antaranya ialah pemupukan nilai kerjasama di
kalangan siswa pendidik. Kerjasama ditafsirkan sebagai gabungan usaha, pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan yang digunakan untuk mencapai prestasi yang lebih unggul
berbanding penghasilan kerja secara individu (Mad Shah, 2004). Permainan tradisional yang
dimainkan oleh siswa pendidik semasa pesta atau karnival permainan tradisional dapat
membuktikan nilai bekerjasama dalam diri masyarakat apabila mereka tidak mudah berputus asa
dan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi mata atau markah dalam permainan galah panjang
dan kabadi. Permainan ini memerlukan strategi yang bijak dan kerjasama di antara satu sama lain
kerana bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai roboh. Di samping itu, Nilai hormat-
menghormati merupakan elemen penting sewaktu proses permainan tradisional berlangsung.
Menurut Yalawae (2007), hormat-menghormati merupakan salah satu unsur yang dapat
membentuk individu yang berakhlak mulia. Setiap peserta perlu menghormati keperluan pihak
lawan walaupun bersaing untuk memperoleh kemenangan dalam pertandingan contohnya
permainan gasing, wau dan konda kondi. Selain itu, setiap peserta juga perlu menghormati apa
jua keputusan yang dibuat oleh pengadil kerana kekalahan dan kemenangan merupakan adat
dalam pertandingan. Akhir sekali, pelaksanaan permainan tradisional juga menekankan nilai
bertanggung jawab dalam kalangan siswa pendidik. Menurut Katip et. al (2005), bagi
memastikan tugas dapat diagihkan dengan baik dan adil, sikap bertanggungjawab perlu wujud
dalam kalangan siswa pendidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa pendidik yang
menjadi urus setia dalam setiap permainan tradisional yang telah dijalankan  telah menerapkan 
sikap bertanggungjawab dalam mengendalikan program dan sikap ini turut diterima pakai oleh
para peserta semasa permainan tradisional sedang diinovasikan contohnya permainan kuis-kuis,
selipar beracun dan permainan jadi-jadi istana yang terkenal dalam kalangan siswa pendidik. 
Sementara itu, menerusi jurnal yang ditulis oleh Salma Rizuan (2019) yang bertajuk
Perubahan Sosial Di Dalam Kecenderungan Generasi Muda Bermain Permainan Tradisional
Di Era Modenisasi, pengkaji memfokuskan faktor yang mempengaruhi perubahan permainan
tradisional. Permainan tradisional dipercayai telah mendedahkan sebahagian kecil kehidupan
nenek moyang kita pada satu masa dahulu bagaimana mereka bekerja dan berhibur. Namun pada
masa kini, permainan tradisional kian dilupakan berdasarkan beberapa faktor tertentu. Justeru
pengkaji telah menggunakan kaedah pendekatan kualitatif bagi mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi perubahan permainan tradisional. Hasil daripada dapatan kajian, mendapati
faktor persekitaran merupakan salah satu sebab yang mempengaruhi perubahan permainan
tradisional. Ketiadaan sarana dan tempat bermain merupakan sebab permainan tradisional
semakin berubah. Seperti yang kita ketahui permainan tradisional kebiasaannya dimainkan di
kawasan yang lapang seperti padang atau di halaman rumah. Dalam era pascamoden kini, telah
berlaku perubahan dalam ciri kediaman masyarakat di mana mereka memilih untuk bermigrasi
dari luar bandar ke bandar dan membeli rumah taman dan pangsapuri yang tidak mempunyai
halaman yang luas di hadapan rumah. Hal ini menyebabkan, anak-anak mereka tidak mempunyai
kawan untuk bermain permainan tradisional bersama-sama. Disebabkan kekangan dari segi
persekitaran ini menyebabkan berlaku perubahan di mana kanak-kanak pada masa kini lebih
cenderung bermain gajet atau permainan digital berbanding permainan tradisional. 
Berlanjutan daripada artikel yang sama, pemikiran sesetengah ibu bapa yang
menganggap permainan tradisional tidak lagi relevan untuk dimainkan pada masa kini
merupakan faktor perubahan permainan tradisional. Hal ini kerana ibu bapa pada masa kini lebih
menitikberatkan pendidikan daripada segalanya. Ibu bapa pada masa kini lebih senderung untuk
menghantar anak-anak ke kelas tambahan berbanding bermain permainan tradisional kerana bagi
mereka bermain tidak memberi manfaat malah membuang masa. Terdapat juga di kalangan ibu
bapa yang bersaing sesama sendiri dengan membandingkan keputusan peperiksaan anak-anak
mereka. Di samping itu, pengkaji juga mendapati kemajuan globalisasi pada masa kini telah
mengakibatkan berlakunya perubahan drastik  bagi sesebuah negara yang mendatakangkan
impak positif dan negatif dalam pelbagai aspek sosial, politik dan budaya. Kepesatan teknologi
yang berlaku telah menyebabkan berlaku perubahan ketara dalam permainan tradisional. Hal ini
dapat dilihat apabila kanak-kanak pada masa kini lebih berminat untuk bermain gajet seperti
telefon pintar, permainan video dan permainan komputer. Majoriti kanak-kanak pada masa kini
yang seawal usia enam tahun sudah mempunyai telefon pintar mereka sendiri dan lebih cekap
bermain telefon pintar berbanding kanak-kanak pada masa dahulu yang kurang didedahkan
dengan peralatan moden. Ketaksuban kanak-kanak  pada masa kini dengan penggunaan
teknologi moden merupakan punca permainan tradisional kian dilupakan. Hal ini menyebabkan
mereka tidak lagi mengenali dan mengetahui bagaimana cara permainan tradisional dimainkan.
Secara umumnya, resensi ini menghuraikan satu analisis lengkap bagi menjelaskan
beberapa sudut yang berkaitan dengan permainan tradisional yang berkait rapat dengan
masyarakat di Malaysia. Ketepatan dan kesesuaian data yang digunakan menyumbang kepada
keberhasilan analisis kajian ini. Analisis kajian ini menunjukkan permainan tradisional
mempunyai beberapa unsur permainan dan penerapan nilai-nilai murni di dalam diri masyarakat
di Malaysia. Namun terdapat juga faktor yang menyebabkan perubahan permainan tradisional
dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Justeru itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan
penting bagi memartabatkan permainan tradisional di Malaysia agar tidak ketinggalan dek
zaman.
RUJUKAN

Salleh Mohd. Akib. (2009). Unsur Permainan Tradisional Kelantan. Dalam Hanapi Dollah &
Jazamuddin Baharuddin (Eds.), Permainan Tradisional Rakyat Kelantan (hlm. 28-42).
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Chander Vengadasalam, Malathi Balakrishnan & Ooi Cheng Lee. (2019). Perkembangan Nilai
Moral Melalui Inovasi Permainan Tradisional. Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, 5 (1), 1-6.
Salma Rizuan. (2019). Perubahan Sosial Di Dalam Kecenderungan Generasi Muda Bermain
Permainan Tradisional Di Era Modenisasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris Jurnal, 10
(2), 12-17.

You might also like