You are on page 1of 15

PERMAINAN `ZERO POINT`

UMAR SAFWAN DZULFIKRI HAZIQ SHAHMIR FHATHULLAH

Pelajar sekolah sedang bermain permainan zero point

DEFINISI
Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "lompat tali" dan "zero point"oleh masyarakat segelintir tempat, ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.

ALATAN
Getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung.

Gelung getah sekurang-kurangnya sepanjang 3 meter diperlukan

Getah dijalin secara double di bahagian tengah.

Hujung getah akan dimatikan dengan 2 gelung getah secara simpulan

PEMAIN
Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala seorang lagi sebagai orang yang akan melompat. Walau bagaimanapun, permainan akan lebih memyeronokkan jika lebih ramai yang bermain. Jika demikian, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH


Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut.

Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka.

CARA BERMAIN
a) bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som. b) "ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain. c) pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang Kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

d) kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah. e) paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah. f) paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah. g) paras dada.

h) paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata dan muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan) i) paras kepala. j) sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.

k) huruf Z dan C pada paras pinggang

l) melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.

Kelebihan
Mengikut kajian saintifik, permainan zero point akan membakar banyak kalori ketika bermain. Meransang perkembangan sosial kanak-kanak. Kegembiraan dapat dizahirkan melalui permainan ini.

You might also like