You are on page 1of 9

congkak

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah
keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah ,
congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Thursday, March 22, 2007
Congkak
Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang
digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan
dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah
papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan
congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji
congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil
dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua
orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini
dipanggil "rumah".


Cara-cara Bermain Congkak


a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke
dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam
"rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung"
lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira
mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah,
maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan
yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan
dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam
kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam
kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara
serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang
kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah



Permainan Tradisional -
Congkak

Ditulis oleh Arinah Binti Zaidan
Rabu, 29 April 2009 16:59


Apabila sebut tentang permainan, mesti ramai antara anda yang berasa seronok.
Bagi adik-adik yang masih belajar di sekolah, mesti tidak sabar hendak menyambut
ketibaan cuti sekolah, bermain dengan kawan-kawan sekampung. Bagi yang lain
pula, pasti anda juga boleh terkenang dengan permainan-permainan yang pernah
dimainkan bersama kawan-kawan sebaya semasa zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan sejak dahulu lagi permainan merupakan satu budaya dalam mana-
mana masyarakat di dunia. Tahukah anda sebenarnya pelbagai permainan di serata
dunia termasuklah permainan tradisional terdapat unsur matematik?
Claudia Zaslavky (1998), penulis buku Math Games & Activities From Around The
World telah menceritakan pelbagai permainan dan aktiviti yang berunsurkan
matematik di serata dunia. Contohnya, permainan tic tac toe, permainan trique dari
Colombia, toma-todo dari Mexico, magic square dari China, sudoku dari Jepun dan
sebagainya. Di Malaysia, satu permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan ialah congkak.



Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal daripada
perkataan congak yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama. Mereka
yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan
congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada pelbagai
jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di
kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang
papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm. Buah
congkak pula biasanya menggunakan guli.

Buah congkak: Guli

Lubang kecil (kampung) dan lubang besar (rumah)
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke
dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing mengikut arah pusingan
jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain
yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong.
Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.
Pemain A

Pemain B

Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan
pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain
yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah
seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap
kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi rumah dan kembali
ke lubang sebelah pemain, dia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".


teng teng
ASAL USUL
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang
selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu
lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak
memerlukan daerah yang besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat
orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk
jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam
satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk
berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan
petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu.
Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak
gelanggang.
Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi
dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke
dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan
sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran
pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu
kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain
harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak
kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri
mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga
menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama.
Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama
dan terus ke garisan penamat.






















versi 2
ASAL USUL


Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan
tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini
selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal
ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan
kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan
pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh
sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja.
Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk
bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja.



Permainan ketingting


GELANGGANG&GUNDU(BUAH TENG-TENG)
Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah
sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di
kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka
menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan
petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan
ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar
duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan
pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi
para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.


Contoh permainan Ketingting

UNDIAN

Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk
mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah
undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang
ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah
sebaliknya. Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la
li tam plong.


CARA BERMAIN

Pada permulaan permainan,pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam
petak pertama dengan cara mambelakangkan petak. Setelah selesai melepasi
parmainan pertama,kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama.
Pemain dianggap mati atau hilang giliran jika gundu tidak masuk ke dalam petak
yang ditentukan atau terkeluar dari petak tersebut. Setelah pemain mati atau
hilang giliran,pemain lain akan mengambil bahagian pula.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam kesemua petak dengan sebelah kaki
kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama,maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak kedua dan petak seterusnya.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,setibanya di petak kedua
dan keempat,pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan
kaki kiri di petak keempat. Setelah itu,pemain dikehendaki melompat ke petak
ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di
petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya
samada kepunyaannya sendiri atau pihak lawan. Jika ini berlaku ia dikira
mati,giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

MEMBINA RUMAH

Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak
di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang
dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh di atas garisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan kedua belah
kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau rumah lupa memijak dengan kedua belah
kakinya ia dikira mati.

PEMENANG

Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh
pemain.

MATI

Pemain dikira mati sekiranya buah yang dilontar dan kaki terkena garisan
petak,buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya,serta
pemain menukar kaki sewaktu giliran. Selain itu juga,pemain itu akan dianggap
mati apabila terlupa memijak dua belah kaki serentak ke dalam sayap iaitu kaki kiri
di petak sayap kiri dan kaki kanan dalam sayap petak kanan,pemain tidak memijak
dua kaki serentak dalam petak rumahnya serta memijak kaki ke rumah pemain
lawan.


Tapak ketingting moden

You might also like