You are on page 1of 11

PENGENALAN

Permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang melayu dari dulu lagi Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masingmasing.Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa.Kebanyakan permainan tradisional tidak memerlukan belanja yang besar untuk dimainkan kerana bahan yang digunakan boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar.Permainan tradisional boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.Permainan tradisional juga tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja malah kaum wanita turut mempunyai jenis permainan tradisional mereka sendiri.Contohnya permainan tradisional orang dewasa ialah permainan wau, gasing pangkah, dam haji, sepak raga dan sebagainya.Contoh permainan tradisional kanak-kanak ialah layang-layang, ting-ting, kunda kindi, galah panjang, congkak, batu seremban dan banyak lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Teng Teng ".

ASAL USUL PERMAINAN TENG TENG


Teng-teng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanakkanak. Teng-teng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. . Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng. Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang Teng-teng tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain tengteng. Teng-teng sebenarnya mudah hendak dimain. Permainan teng-teng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Teng-teng boleh dimain seorang ataupun secara kumpulan. Teng-teng sekurang-kurangnya mempunyai 9 rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, dia boleh lompat ke 8 kotak yang lain dan tidak boleh pijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya.

CARA BERMAIN DAN PERATURAN TENG-TENG Teng-teng atau lebih dikenali sebagai ketinting adalah sejenis permainan tradisional yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak. Kebiasaannya permainan ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana permainan ini tidak begitu lasak dan hanya menggunakan kaedah lompatan satu kaki dan dua kaki. Permainan ini hanya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng hanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana hanya dimainkan di kawasan yang bersaiz kecil sahaja. Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya.

Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petakpetak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Cari satu permukaan tanah lukis bentuk permainan tengteng diatas tanah atau dengan menggunakan pita penutup, bina satu rajah dengan 8 kotak dengan 18 inci persegi seperti yang didalam gambarajah yang dipaparkan. Letakkan nombor 1 hingga 8 pada setiap kotak dan memberi tanda kepada setiap pemain.

Sebelum memulakan permainan ini,pemain haruslah melakukan undian untuk mengetahui pemain mana yang harus memulakan permainan dahulu. Sesetengah undian dengan cara memilih batang ranting atau lidi. Pemain yang memiliki batang ranting atau lidi yang terpanjang akan memulakan permainan dahulu dan begitulah sebaliknya. Selain itu, undian juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah lai la li tam plong.

Untuk memulakan permainan ini, berdiri di belakang garisan seperti dalam rajah dan balingkan tanda yang diberikan pada kotak 1. Melompat dengan menggunakan satu kaki merentasi kotak pertama ke kotak kedua dan seterusnya sehingga kotak kelapan. Kotak yang teratas sekali adalah Rumah iaitu dalam kawasan nombor sembilan dan tidak perlu membuang penanda ke dalamnya.

Apabila berada pada kotak keempat dan kelima, dan juga kotak ketujuh dan kelapan, anda hendaklah melangkah dengan menggunakan kedua-dua belah kaki seperti rajah di sebelah kiri. Apabila berada pada kotak ketujuh dan kelapan, anda perlu melakukan pusingan untuk berpatah balik dan melompat ke titik permulaan. Tetapi, apabila berada pada kotak kedua, anda hendaklah berhenti bagi mengambil kembali penanda anda di kotak pertama.

Akhir sekali, lompat kembali ke kotak pertama dan seterusnya melompat keluar.Menyambung semula permainan dengan kali ini membaling penanda ke kotak kedua. Melompat melintasinya sehingga tiba di Home dan seterusnya patah balik sehingga kotak ketiga untuk mengambil kembali penanda di kotak kedua seperti rajah di bawah.

Yang paling penting adalah pemain mestilah melompat melintasi kotak yang mempunyai penanda di dalamnya. Pertukaran pemain akan dilakukan apabila pemain terkeluar. Pemain dikatakan terkeluar apabila penanda yang dibalingnya terlepas dari kotak,pemain jatuh pada bila-bila masa, seperti membengkokkan kaki untuk mengambil penanda atau sewaktu melompat juga menggunakan tangan yang diletakkan di atas tanah untuk mendapatkan keseimbangan dan pemain juga akan terkeluar apabila meletakkan kedua-dua kakinya di dalam sebuah kotak kecuali rumah. Selain itu,sebab lain yang menyababkan pemain terkeluar ialah memijak kaki ke rumah pemain lawan. Gundu yang dilontar terkena garisan petak dan kaki terpijak garisan petak juga adalah antara sebab pemain terkeluar. Buah yang dilontar tidak masuk ke dalam petak yang sepatutnya. Pemain menukar kaki sewaktu bermain. Pemain terlupa memijak kedua belah kaki serentak ke dalam petak sayap iaitu kaki kiri dipetak sayap kiri dan kaki kanan didalam petak sayap kanan juga akan terkeluar.

Apabila pemain menghabiskan satu pusingan permainana,mereka akan mendapat satu petak sebagai rumah. Bagi mendapatkan rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan di situlah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh di atas garisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain mestilah memijak dengan 7

kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain lain memijaknya atau rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati. Pemenang dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat dikumpul oleh pemain. Terdapat pelbagai variasi permainan ini. Variasi tengteng yang paling popular ialah bentuk kapal terbang. Ia dimainkan dengan begitu meluas dan ramai yang mengingatinya.Coraknya yang mudah membuatkan kanak-kanak mudah untuk mengenali permainan ini. Peraturan permainan ini seperti diatas. Variasi yang kedua ialah bentuk siput.Ia berasal dari Perancis. Tengteng ini mempunyai bentuk yang berlingkar seperti siput dan mempunyai bilangan kotak yang lebih dengan peraturan permainannya yang sedikit berbeza.Dalam permainan ini, pemain perlu melompat dengan caranya tersendiri untuk ke pusat pilin dan kemudian keluar semula. Apabila berjaya menghabiskan permainan ini, pemain perlu menulis huruf-huruf awal dalam satu daripada kotak-kotak tersebut. Kotak yang dipilih itu merupakan kawasan rehat untuk pemain tersebut tetapi kotak ini haruslah dielak oleh pemain-pemain yang lain.Permainan ini akan tamat apabila tiada lagi tempat untuk dilompat sehingga ke pusat pilin. Ada juga variasi yang berbentuk ular. Variasi ini pula melengkung merentasi tanah yang seolah-olah seekor ular sedang berlingkar. Variasi ini agak susah berbanding variasi tengteng yang popular. Variasi ular ini agak mencabar untuk kanak-kanak mengekalkan keseimbangan mereka.Versi ini boleh dimainkan dengan membaling penanda atau tidak membaling penanda.

KESIMPULAN
Dalam semester kedua, kami telah mempelajari pelbagai jenis permainan traditional terutama permainan yang melibatkan kanak-kanak. Terdapat banyak jenis permainan tengteng yang dimainkan dalam masyarakat kita. Antaranya ialah tengteng yang berbentuk siput,kapal terbang dan ular.Dalam kerja kursus ini,kami memilih untuk mempersembahkan cara permainan tengteng yang berbentuk kapal terbang. Permainan tengteng adalah sejenis permainan yang menggunakan sebelah kaki untuk memainkannya.Permainan tengteng juga dikenali sebagai permainan ketinting. Biasanya permainan ini dimainkan oleh golongan kanak-kanak.Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini mungkin disebabkan permainan tengteng tidak begitu lasak dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Selain itu, ia cuma memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja. Di perkampungan, gelanggang permainan tengteng dibuat dengan menggoreskan garisan di atas pasir sahaja,tetapi berbeza pula keadaannya dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan perumahan atau pekan yang tiada pasir dan tanah.Mereka akan menggunakan kapur tulis untuk membuat garisan bagi gelanggang tengteng tersebut di atas jalan bertar. Tengteng biasanya dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang pemain setiap gelanggang.Gelanggang tengteng hanya dilukiskan petaknya sahaja.Terdapat lapan petak dalam gelanggang tengteng kapal terbang ini.Selain daripada gelanggang, gundu juga adalah alat permainan yang pentig dalam permainan tengteng ini.Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di dalam petak gelanggang.Gundu ialah sebuah objek yang diperbuat daripada pelbagai alat.Terdapat banyak benda yang boleh dijadikan gundu,antaranya ialah pemadam,batu,dan alat yang berbentuk leper dan berat. Sebelum memulakan permainan, pemain perlu melakukan undian terlebih dahulu bagi menentukan pemain pertama, kedua dan seterusnya. Setelah bermain,perkara yang terakhir yang dilakukan ialah membina rumah.Pemenang bagi permainan ini merupakan pemain yang mempunyai paling banyak rumah.

REFLEKSI
Tugasan yang diberi oleh pensyarah Pendidikan Jasmani saya, iaitu Pn. Melawati binti Yacob ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Bagi menyempurnakan tugasan ini , kelas matematik kami telah terbahagi kepada beberapa kumpulan pelajar. Dengan syaratnya,setiap kumpulan mesti mempunyai pelajar tidak melebihi daripada 3 orang dan kumpulan kami terdiri daripada tiga orang sahaja. Setelah selesainya pembahagian kumpulan, semua kumpulan telah memulakan kerja kumpulan mereka masing masing dengan serta merta kerana masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan tugasan ini adalah sangat terhad, iaitu selama 2 minggu sahaja.Begitu juga dengan kumpulan kami telah memulakan tugasan ini dengan segera. Melalui tugasan ini, kami dapat mencari bahan yang sesuai dan juga berkaitan dengan tajuk tugasan kami, iaitu Permainan Tradisional Teng Teng..Kemudian , kami mampu mengenal pasti gaya hidup sihat yang dapat diperolehi melalui permainan tradisional teng-teng ini. Selain itu, kami juga dapat mengenal pasti kemahiran pergerakan asas yang terdapat dalam permainan yang kami telah pilih itu. Malah, kami juga dapat melaksanakan permainan tradisional ini dengan penuh berkesan hasil daripada pengetahuan yang kami perolehi melalui tugasan ini. Setelah memperoleh maklumat yang sebanyak mungkin,satu lagi perjumpaan telah diadakan di antara kami bagi berbincang balik tentang tugasan ini. Kami menghadapi sedikit kesukaran apabila mengkaji tentang sejarah permainan tradisional teng teng secara lebih mendalam. Tetapi, dengan bimbingan dan dorongan yang diberi oleh pensyarah, kami dapat mengatasi masalah tersebut dengan jayanya. Akhir sekali,selepas perjumpaan demi perjumpaan akhirnya kami sudah pun menyempurnakan tugasan ini dengan penuh yakin. Hal ini kerana terdapatnya nilai tolong- menolong dan juga berkerjasama yang tidak terhingga antara kami berdua dan saya berharap keadaan sebegini akan berterusan pada masa akan datang.

10

BIBLIOGRAFI
i)(n.d.). Retrieved mac 29, 2011, from http://www.panduputeri.org.my/media/permainan.php?g=2 ii)Aman, M. S. (2004). Sukan dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. iii)JOM MAIN. (n.d.). Retrieved MAC 29, 2011, from Johnsons baby: http://ilovejohnsonsbaby.com/jommain/_files/hopscotch_bm.pdf iv)mari balajar adik-adikk. (n.d.). Retrieved mac 29, 2011, from blogger: http://wwwmaribelajar.blogspot.com/2008/09/ketingting.html v)Syazwan, k. (n.d.). melayu kita. Retrieved mac 29, 2011, from http://paichorwantradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html

11

You might also like