You are on page 1of 7

Permainan Tradisional

TENG TENG
Mohammad Akil
Muhammad Zaidiee

Latarbelakang Permainan Teng Teng


Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali
sebagai Ketinting ialah permainan yang
selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan.
Teng-teng juga tidak memerlukan kawasan yang
besar.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanakkanak dimana ada dua hingga empat orang
didalam sebuah gelanggang.

Gelanggang teng-teng
lukisan petak-petak di atas tanah.
Terdapat sembilan petak-petak di dalam
satu gelanggan.
Selain gelanggan, pemain juga perlu
gundu. Gundu ialah satu objek yang
menandakan kedudukan mereka di
petak-petak gelanggang.

Cara bermain TENG TENG


Undian (Lai lai li tam plong )
kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua,
ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah


mencampakkan gundu ke dalam petak pertama
dengan cara membelakangkan petak
Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang
ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan
hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran
pula

Pemain dikehendaki melompat


kedalam kesemua petak dengan
sebelah kaki, kecuali di petak
kesembilan dengan kedua belah kaki.
Pemain tidak boleh memijak petak
yang ada gundu pemain lain dan
tidak boleh memijak garisan.

Membina Rumah
Acara timbang hendaklah dilakukan terlebih
dahulu.
Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan
melompat kedalam setiap petak dengan sebelah
kaki kecuali petak kesembilan
Sambil berdiri menghadap di garisan permulaan,
pemain dikehendaki menundukkan kepala
menjatuhkan gundu.
Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke
tanah, jika pemain tidak dapat menyambutnya ia
dikira mati dan acara timbang dilakukan semula
setelah giliranya sampai kemudian

Untuk mendapatkan rumah, pemain


dengan berdiri membelakangkan
kesemua petak di garisan permulaan
dan mencampakkan ke dalam manamana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya.
Tuan rumah boleh memijak dengan
kedua belah kaki.
Sekiranya pemain lain memijaknya
atau tuan rumah lupa memijak
dengan kedua belah kakinya ia dikira
mati.

You might also like