You are on page 1of 3

GALAH PANJANG

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak
kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan,
garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya
menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan
ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas


Galah Panjang
diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar
atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran
khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi
dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak
tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas
padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan
kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah
dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau
beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.
Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati.
Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan
penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka
dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering


memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah


sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman
perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan
menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan
bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang
setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan
mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Gelanggang & Gundu

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu


adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek berbentuk
leper sebesar separuh tapak tangan
yang diperbuat daripada apa sahaja,
seperti pecahan pinggan, kepingan besi
atau batu yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi


para pemain untuk mengerakkan
kedudukan mereka di petak-petak
Gelangang Teng Teng
gelangang.

Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana
harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi
menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak


pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya
melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah
sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di
anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di
petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah
melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan
lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran
pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di
petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan
hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu
melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap petak dengan
sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi petak ketujuh tanpa
melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri menghadap di garisan
permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan kepala menjatuhkan
gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika pemain tidak dapat
menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan semula setelah giliranya
sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak pertama dan keluar dari garisan
permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di


garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan
disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar
maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak
rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian. Sekiranya pemain lain
memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.

You might also like