You are on page 1of 38

http://malaysiana.pnm.my/03/0313teng_teng.

htm

Permainan ini juga dikenali sebagai Ketinting. Kanak-kanak perempuan sering


memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan
permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya
memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.

Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas


tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di
kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat
dilukiskan di atas jalan bertar.

Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat
orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap
gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya
akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.

Gelanggang & Gundu

Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat
sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut
urutan seperti rajah di bawah.

Selain daripada gelanggang, gundu


adalah juga sebagai perkakasan
penting yang dimainkan bersama.
Gundu atau buah ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh
tapak tangan yang diperbuat
daripada apa sahaja, seperti pecahan
pinggan, kepingan besi atau batu
yang leper.

Gundu ini adalah sebagai tanda bagi


para pemain untuk mengerakkan
Gelangang Teng Teng
kedudukan mereka di petak-petak
gelangang.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang


mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah
kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam


petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah
berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan
gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali
di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja
memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain
hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu
juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia
dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua


dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan
kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak
ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di
petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,
samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran
pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Sebelum pemain membina rumah, acara timbang hendaklah dilakukan terlebih


dahulu. Gundu hendaklah diletakkan di atas kepala dan melompat kedalam setiap
petak dengan sebelah kaki kecuali petak kesembilan. Pemain hendaklah melepasi
petak ketujuh tanpa melompat kedalamnya dan terus ke petak lima. Sambil berdiri
menghadap di garisan permulaan petak ketujuh, pemain dikehendaki menundukkan
kepala menjatuhkan gundu. Gundu hendaklah disambut sebelum jatuh ke tanah, jika
pemain tidak dapat menyambutnya ia dikira mati dan acara timbang dilakukan
semula setelah giliranya sampai kemudian. Pemain terus melompat ke petak
pertama dan keluar dari garisan permulaan.

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak


di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang
dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau
terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua
belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua
belah kakinya ia dikira mati.

 
http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu


berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah,
biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak
pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau
sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Papan Congkak

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak


biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar
yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir
bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala
dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran
Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm.
dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut.
Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan
kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak
kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari


antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan
Papan Congkak buah congkak sama banyak.

Cara Bermain

Dua orang pemain duduk berhadapan


menghadap papan congkak, dimulakan
dengan kedua-dua pemain serentak mencapai
buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam
lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung
lawan.

Ana Gerakan diteruskan hingga buah yang


k- terakhir pada tangan dimasukkan dalam
ana
kampung kosong di kawasan sendiri atau
k
gadi lawan dan pemain hendaklah berhenti,
s
seda
ng
ber
mai
n
cong
kak
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
(jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Galeri Congkak

 
Papan Congkak

Kampong (lubang kecil) Rumah (lubang besar)

Memasukkan buah kelubang kampung Bermain Congkak

Bermain Congkak Bermain Congkak

http://malaysiana.pnm.my/03/0306galah_panjang.htm
Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri
dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai
pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh
pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan
permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-
awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan
cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Gelanggang Permainan

Kawasan permainan yang sederhana luas


diperlukan, samada di atas tanah, kawasan
bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada
ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi,
tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan
meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang
gelanggang antara tiga hingga empat meter.
Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak
terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap
pasukan.

Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung


atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga
boleh digunakan sekiranya gelanggang simin.
Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan
melorekkan garisan tersebut di atas tanah
sahaja.

Galah Panjang  

Cara Bermain

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk


tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan
permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara
individu atau beramai-ramai.

Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali
dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan
bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu
dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan
jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari
mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi


garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan
pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.

http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-
kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah
atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata
dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini
memudahkan permainan tersebut dimainkan.

Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki
menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan
bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara
menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan
dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak
tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,


berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji
buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam
masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah
hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu,
apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang
sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas
lantai itu habis dilambung dan disambut.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip
mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan
mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah
mengutip tiga biji buah serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang
sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji
buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu
sahaja.

Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana
dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara
maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di
atas lantai, sehingga selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang
masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu
sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah
tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang
terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama
sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan
biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut
dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang
dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan


memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula,
buah satu dan seterusnya sehingga mati.

Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai
tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu
jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya
dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai


aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Latar belakang
 2 Asas permainan
 3 Peraturan permainan
o 3.1 Perbezaan peraturan
 4 Cara membuat congkak

 5 Rujukan

[sunting] Latar belakang


Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur
yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini
Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini
merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai


sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri
atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh
dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai


laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat
tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan
congkak dalam talian.

[sunting] Asas permainan


Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai
kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Papan congkak berbentuk bangau menyudu.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak.
Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh
lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat
lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya
sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. [1][2]

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan
mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam
setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga
salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan
sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan
terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain
akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan
sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang
terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan
pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan
diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang
sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali
ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan
sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

[sunting] Peraturan permainan


Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:[2][3]

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga
dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

[sunting] Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan
lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi
peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak


bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak
juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak
secara melawan arah jam.

[sunting] Cara membuat congkak

Congkak plastik moden.


Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya,
mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan


congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam
dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan,
perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.


Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu
mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih
(portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah.
Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja
yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.[3]

[sunting] Rujukan
1. ↑ Congkak (dalam bahasa B. Inggeris). ThinkQuest Library. Dicapai pada 18
April 2008.
2. ↑ 2.0 2.1 Congkak, a game of wits (dalam bahasa B. Inggeris). Brunei Darussalam
Newsletter. Brunei Darussalam Information Department (9 Februari 2008).
Dicapai pada 18 April 2008.
3. ↑ 3.0 3.1 Permainan Tradisional : Congkak. Malaysiana. Perpustakaan Negara
Malaysia (2000). Dicapai pada 18 April  2008.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak"


http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing

Gasing
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing Jepun

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing
dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada
tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang.
biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali
gasing.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Jenis gasing
 2 Cara bermain gasing
o 2.1 Melilit tali
o 2.2 Melilit gasing
o 2.3 Memusing gasing
o 2.4 Memangkah gasing
 2.4.1 Pangkah totok
 2.4.2 Pangkah hentak
 2.4.3 Pangkah layang
 2.4.4 Pangkah tebang
o 2.5 Mengangkat gasing

 3 Pautan luar

[sunting] Jenis gasing


 Gasing toyol
 Gasing begelen
 Gasing berembang
 Gasing buku benang
 Gasing jantung
 Gasing kelamar
 Gasing kepala duri
 Gasing kuno
 Gasing lang laut
 Gasing leper
 Gasing leper Kelantan
 Gasing pacitan
 Gasing pangkah
 Gasing piring
 Gasing pinang
 Gasing tanjung
 Gasing telor
 Gasing Cina
 Gasing Melayu
 Gasing uri

[sunting] Cara bermain gasing


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun
1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan
daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing
dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua
pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan
membela uri gasing.

[sunting] Melilit tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari
kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali
yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.
Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan
pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.
Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan
kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan
pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.
Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin
pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi
akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang
telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan
cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing,
pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa
sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan
ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak
tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

[sunting] Melilit gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan
dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang
diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada
pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.
Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya
dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan
cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu
gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula
bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing.
Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan
pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk
mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak
bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua
orang.

[sunting] Memusing gasing

Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing. Memusing mengikut cara yang
betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan
pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya
gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan
yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan
sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang.
Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan
gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing
mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing
ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak
jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut
hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak
rendah dan dekat.

Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan
kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala
ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke
hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan
dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan
pusingan akan menjadi kurang ligat. Gasing diangkat paras bahu sebelum dilepaskan.

[sunting] Memangkah gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,
perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan
menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa
digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah
hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

[sunting] Pangkah totok

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.
Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.
Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini
bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan
gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

[sunting] Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula
diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun
tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan
pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai
sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah
dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk
melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini
bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

[sunting] Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala
dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat,
cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus
keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu,
labu, kepala atau tengkuk gasing.

[sunting] Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga
merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan
pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak
dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah
gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan
pepat.

[sunting] Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah
pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau
kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah
yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah
pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan
menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan
berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan
tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali
yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak
akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

[sunting] Pautan luar


 Permainan Tradisional: Gasing
 Petikah akhbar mengenai gasing.
 Gasing pangkah permainan tradisional masyarakat Melaka
 Gambar pelbagai jenis gasing yang dimainkan di Malaysia.
 Laman Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing"

Gasing toyol
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing toyol.

Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan
berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian
sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka.

Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah
pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa
dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah
dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain.

Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya
sebagai pengacau.

[sunting] Pautan luar


 Keratan akhbar.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_toyol"

Gasing begelen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Gasing begelen.

Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan
berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian
sekitar 8 cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan
gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah
disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei.
Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi
pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak
sahaja.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_begelen"


Kategori: Gasing | Gasing Malaysia

Gasing berembang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk
semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing
jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia.[1]

Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah
diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin.[2]

[sunting] Rujukan
1. ↑ "Memartabatkan Permainan Warisan Melayu", Mega, Utusan Malaysia, 4 Jun
2006, p. 2. Dicapai pada 25 Jun 2008. 
2. ↑ Mohamed Fazil bin Noorul Ameen (Mei 2008). Permainan Tradisional: Gasing
(e-buku). Folio Sejarah PMR 2008 Gasing 7. Scribd. Dicapai pada 25 Jun 2008.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_berembang"

Gasing jantung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing jantung adalah gasing berbentuk jantung dan biasanya dimainkan di negeri
Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Gasing jantung ini juga
dikenali sebagai gasing lundu.

[sunting] Pautan luar


 http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-jantung.html
 Gambar pelbagai jenis gasing yang dimainkan di Malaysia.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_jantung"

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_kuno

Gasing kuno
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing kuno.
Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.

Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki
daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat
daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh,
bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.

Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai
lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

[sunting] Pautan luar


 http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-kuno.html
 Gambar pelbagai jenis gasing yang dimainkan di Malaysia.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_kuno"

Gasing lang laut


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing lang laut.

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor,
tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor.

Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.
Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu
hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari
atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_lang_laut"

Gasing leper
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional.
Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional.
Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai
lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.

Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah
sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat
asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran,
tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan
lama berputar.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_leper"

Gasing leper Kelantan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing leper Kelantan.


Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia
biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.

Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring
dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6
cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan
lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih
dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

[sunting] Pautan luar


 http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-leper-kelantan.html
 Gambar pelbagai jenis gasing yang dimainkan di Malaysia.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_leper_Kelantan"

Gasing pacitan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini
hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula,
gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai
gasing bunut.

Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan
mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah
mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang
kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini
banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang
Sungai Jelai.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pacitan"


Kategori: Gasing | Gasing Malaysia
Gasing pangkah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Rencana utama: Gasing

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat


pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing
kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,
kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

[sunting] Cara bermain permainan gasing pangkah


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan
lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75
cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh
permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan
itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pangkah"

Gasing piring
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing piring merupakan sejenis gasing yang bentuknya pipih dan melebar. Semakin
pipih gasing itu, semakin lama ia berputar. Pada kebiasaannya ia mempunyai simpal
logam, biasanya timah. Gasing piring ini banyak terdapat di Kelantan.

Gasing ini dimainkan dalam 2 bentuk samaada dengan memangkah atau lama berpusing,
atau gabungan keduanya.
[sunting] Mengangkat gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang
sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing
memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat,
pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing.
Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian
patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat.

Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika
membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok.
Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing
semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika
kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan
untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan
dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_piring"


Kategori: Gasing

Gasing pinang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan
lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing pinang ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal
1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi
seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak
dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_pinang"


Kategori: Gasing
Gasing tanjung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Gasing tanjung.

Gasing tanjung merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor. Ia dimainkan
dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor
gasing ini dinamakan gasing labu lemak.

Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

[sunting] Pautan luar


 http://zamhi34.blogspot.com/2007/03/gasing-tanjung.html
 Gambar pelbagai jenis gasing yang dimainkan di Malaysia.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing_tanjung"

Gasing uri
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri
mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai
dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah,
ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg.
gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

[sunting] Cara permainan gasing Uri di Kelantan

Gasing uri biasanya dimainkan dengan kaedah pertandingan antara dua kumpulan
biasanya melibatkan dua kampung samada di daerah yang sama atau berlainan. Pada
kebiAsaannya terdapat kampung lain yang akan cenderung untuk membantu kampung
yang dianggap sekutu dalam permainan ini. Setiap kumpulan biasanya akan
mempertandingan tujuh set gasing uri untuk satu game. Untuk permainan gasing ini,
gasing yang dililit dengan tali akan dilempar ke atas bong ( tempat gasing mendarat
diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih
kurang 2 kaki persegi)dan dengan cepat sorang tukang cokak akan menceduk gasing
dengan menggunakan penceduk daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopak (tempat
gasing berputar) dan sedikit pelincir diberi. Format permainan ialah setiap kumpulan
akan bergilir-gilir melempar (putar) gasing uri sehingga habis tujuh set masing-masing.
Kumpulan yang mempunyai gasing paling lama berputar akan memenagi game tersebut
(gasing uri biasanya berputar lebih kurang 2 jam). Untuk setiap pusingan pertandingan
(satu hari) bisanya ada 5 game, semuanya bergantung kepada perbincangan antara dua
pihak. Game yang paling penting ialah game terakhir kerana kemenangan pada game
terakhir akan menobatkan pasukan sebagai juara dan akan menjadi tuan rumah untuk
pusingan seterusnya sehingga pasukannya kalah barulah tuan rumah bertukar. Pasukan
yang kalah berturut-turut selama 7 pusingan dikehendaki menbayar ufti berupa 7 set
gasing uri lengkap. Permainan biasanya dilangsungkan dua minggu sekali dan melibatkan
tempoh masa selama 2 tahun atau bengantung pada perbincangan antara kedua-dua pihak.

http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang


memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga
menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku
atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing
yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan


timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat
lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya
maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan
varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing
lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian
dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian
gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit
jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan
berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat
danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di
hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau
arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25
meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada
dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan
memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah


pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing
mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah
gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu
gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan
ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya
cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.

http://malaysiana.pnm.my/03/0308guli.htm

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia


biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas
tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat
bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang
diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah


bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm.
dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut
dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada
garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh
guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam
kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah
seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain
lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan


guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli
miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan
dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih
giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu
sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang
induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk
dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap
pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan
bulatan.

http://mingguan.melaka.net/2000/oct_29/artikel3.htm

GASING PANGKAH PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAKA

GASING pangkah merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi yang mempunyai kesenian tersendiri di mana mengandingankan
kepakaran pembuat dan pemain.

Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri ini sejak abad ke-15 lagi sememangnya
mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada
penghasilan sesebuah gasing itu.

Bagi menghasilkan sebuah gasing pangkah, pembuat gasing akan memastikan jenis kayu yang
baik bagi menjamin ketahanannya di samping keseimbangannya yang menjadi kayu pengukur
kepada kejayaan pemain.
Bagi pemain pula, kepakarannya untuk memangkah dan memastikan gasing pihak lawan berjaya
dipangkah merupakan kesenian permainan itu yang menjadi titik tolak kejayaan sesebuah
pasukan untuk bergelar juara.

Jika di zaman dahulu, permainan gasing pangkah melibatkan pengaruh pawang dan bomoh
untuk memastikan gasing yang berpusing itu mampu bertahan di samping "kepercayaan"
melemahkan semangat lawan dan mengalihkan pemumpuan.

Permainan gasing pangkah bukan sahaja melibatkan penumpuan yang khusus tetapi kepakaran
untuk memangkah dan mematikan gasing lawan juga memainkan peranan kerana setiap
balingan (pangkahan) perlu menepati sasaran.

Di samping itu juga, mengikut kepercayaan masyarakat dahulu, pemainan gasing pangkah juga
boleh menghalau hantu yang merosakkan hasil tanaman disebabkan bunyi dentum yang kuat
apabila hantukan berlaku di antara sebuah gasing dengan sebuah gasing yang lain.

Pelbagai jenis gasing pangkah terdapat di negeri ini antaranya "gasing bulat" atau "gasing
tunjang", "gasing botol" atau "gasing jantung" manakala "gasing leper" pula juga dikenali sebagai
"gasing pereng" atau "gasing merempang".

Penggunaan kayu yang berkualiti dan keras menjadikan sesebuah gasing itu sukar retak atau
pecah bagi menghasilkan sebuah gasing yang mantap apabila berhadapan dengan pihak lawan
ketika pertandingan.

Pembuat gasing akan memastikan kayu yang berkualiti sahaja mampu menghasilkan sebuah
gasing yang mampu bertahan lama antara kayu yang sering digunakan ialah merbau, limaum,
jambu batu, kualang, bakau, rhu dan leban.

Bagi menghasilkan sebuah gasing memerlukan kemahiran serta pengetahuan di samping bakat
dan seni untuk menghasilkan produk yang berkualiti, bentuk yang ringkas termasuk tali bagi
melilit untuk memusingkan gasing.

Tali yang di perbuat daripada benang atau tali terap di mana bahagian pangkal besar dililit di
tangan permain manakala hujung tali yang halus melilitkan di bahagian atas kepala gasing
melawan arah jam.

Permainan gasing kini kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda disebabkan
pengaruh arus perbangunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru.

Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana
beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda menyertainya di
samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.

Pengerusi Lembaga Pengadil Malaysia dan juga Jurulatih Persatuan Gasing Negeri Melaka
(Pergam), Koh Kim Bok berkata, setakat kini sebanyak lapan gelanggang gasing yang masih aktif
antaranya di Bukit Rambai, Serkam dan Bukit Sengeh.

Beliau berkata, gelanggang permainan gasing memerlukan kawasan yang sesuai iaitu tanah
yang rata dan keras di mana keluasan sesuatu gelanggang itu sekitar 14 x 14 meter (m) dengan
penyertaan lapan permain bagi membentuk dua regu.
Ketika ditemui Mingguan Melaka di rumahnya di Bukit Rambai di sini, Koh yang lebih dikenali
sebagai Baba Kim Bok berkata setiap hujung minggu pesatuan gasing akan menjalani latihan
serta mengadakan pertandingan pertunjukan di Gelanggang Gasing Pangkah di Bandar Hilir.

Menurutnya, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan permainan rakyat itu yang kini telah
diadaptasikan lebih berbentuk sukan dalam usaha menarik minat orang ramai menyertainya.

Baba Kim Bok yang pernah mewakili pasukan Melaka dalam beberapa kejohanan gasing
pangkah antaranya "Melayu Merdeka Challenge Shield" pada 1957 lepas.

Penglibatan beliau bukan sahaja sebagai jurulatih dan pengadil perlawanan malah turut membuat
gasing pangkah di samping menjalankan perusahan kecil-kecilan menghasilkan kraftangan
berbentuk gasing.

Mengenai sukan gasing pangkah, Baba Kim Bok berkata setiap gasing perlu mematuhi peraturan
yang ditetapkan iaitu dari segi panjangnya mata gasing, ukur lilit, berat dan juga jumlah uri hidup
(gasing yang masih berpusing setelah dipangkah).

"Jika dulu, kiraan mata ditentukan berapa lama uri berpusing (gasing berpusing) setelah
dipangkah tetapi kini ditukar kepada jumlah uri hidup pula secara tidak langsung dapat
menjimatkan masa," katanya.

Baba Kim Bok berkata, setiap permainan mempunyai dua pihak iaitu pemusing dan pemangkah
di mana pemusing perlu memusingkan gasing mereka di dalam kawasan yang ditetapkan.

"Manakala pemangkah perlu memangkah gasing pemusing sama ada untuk memati atau
mengeluarkan gasing dari kawasan yang ditetapkan sebelum ditentukan jumlah uri hidup,"
katanya.

Beliau berkata, Pergam sememangnya mengalu-alukan golongan muda terutama para belia
untuk menyertai mana-mana persatuan gasing pangkah dalam usaha melahirkan pemain gasing
pangkah yang berkualiti sekaligus mampu mengharumkan Melaka di peringkat kebangsaan.

Mingguan Melaka : 29 Okt - 4 Nov 2000. Issue 18

Copyright © 2000 by IKSEP, Melaka . Issue 18 (29 Okt - 4 Nov 2000)

Sepak raga
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Bola sepak raga.

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud
sejak 600 tahun lalu. Ia dikatakan berasal dari China, dan kemudian menjadi popular di
Malaysia dan Thailand.

[sunting] Sejarah
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan,
rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan
tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya
akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

[sunting] Pautan luar


 Warisan Budaya Malaysia: Permainan Tradisional - Sepak Raga

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_raga"

http://malaysiana.pnm.my/03/0312sepak_raga.htm

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga
tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti
raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Cara Bermain

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-
giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola
itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata
untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan
kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama
yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan
yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya
membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira
menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh
jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada
tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang
gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan
memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Sepak takraw
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bola takraw.

Sepak takraw merupakan sejenis permainan dua pasukan yang dianggotai oleh tiga
pemain. Permainan sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan antara pemain dan
dimainkan di gelanggang yang sama seperti badminton. Bola takraw pula diperbuat
daripada rotan.

Sepak raga pula merupakan menimang bola takraw dalam bulatan tanpa tangan yang
telah dimainkan semenjak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu
menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad
tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Pemain
 2 Lihat juga
 3 Rujukan

 4 Pautan luar

[sunting] Pemain
 Tekong - yang melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang
gelanggang.
 Apit kiri mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama
mematikan bola di gelanggang lawan.
 Apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama
mematikan bola di gelanggang lawan.

[sunting] Lihat juga


 Sepak raga

[sunting] Rujukan
 Pogadaev, Victor “Let’s Play Volleyball… By Foot!” - “Vostochnaya Kollektsia”
(Oriental Collection). M.: Russian State Library. N 3 (34), 2008, 129-134. ISSN
1681—7559

[sunting] Pautan luar


 Peraturan sepak takraw
 Sepak raga

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw"

You might also like