You are on page 1of 18

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan

iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak CONGKAK


berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada kayu
dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang
dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah’. Dua
orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap
satu sama lain.
Untuk memulakan permainan, biji getah atau
guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama
banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan
ini, pemain akan memulakannya dengan serentak.

Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam
'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang
yang kosong dan dianggap mati.
'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan
terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu, setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain
akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan,
iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
 Gelanggang di buat dengan mengoreskan
garisan di atas tanah atau di atas jalan bertar. teng teng
Dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri
dari dua hingga empat orang setiap gelanggang,
tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi
setiap gelanggang. Selain daripada gelanggang,
gundu adalah juga sebagai perkakasan penting
yang dimainkan bersama. Gundu ialah objek
berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan
seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu
yang leper. Gundu ini adalah sebagai tanda bagi
pemain untuk gerakkan kedudukan

mereka di petak-petak gelangang.  Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan  gundu ke
dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan
pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak
yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula. Pemain
dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah
kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka
pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan
disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan. 
GALAH PANJANG   Permainan ini dimainkan di atas gelanggang
yang dilakar di atas tanah lapang dan rata. Gelanggang
yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris
bergantung kepada bilangan pemain. Contohnya jika
pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat
mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak
lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3
baris.
Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah
yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada
pelukis garisan dan bilangan pemain.

Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. Selepas pemilihan
dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi
siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
Kumpulan menempuh gelanggang berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya
dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka belari masuk ke
dalam gelanggang. Penjaga akan menjaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang
dijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga
gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan
paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
SEPAK RAGA BULATAN   Sepak Raga Bulatan adalah permainan
tradisional masyarakat Melayu yang masih
dimainkan hingga kini. Permainan ini unik kerana
jumlah pemain tidak terhad dan mereka bermain
dalam satu bulatan yang besar.
Permainan ini juga mempunyai unsur
kesenian yang dapat dilihat dalam aspek
menimbang, menanduk, melibas serta mengawal
bola di hujung kaki. Permainan ini boleh
dimainkan secara individu, berkumpulan atau
berpasukan dengan menggunakan semua anggota
badan kecuali tangan

atau lengan. Bola raga berbentuk bulat diperbuat daripada rotan asli atau sintetik. Beratnya antara 170gm ke
180gm. Garis lilitnya antara 0.42m ke 0.44m dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Permainan
dimulakan oleh pemain pertama dengan melambung bola tinggi melebihi paras kepala kepada pemain ketiga,
keempat atau kelima dengan melalui atau melintasi kawasan bulatan berukuran dua meter. Pemain yang menerima
bola tersebut hendaklah menyepak kepada pemain lain kecuali pemain pertama. Setiap satu sepakan atau sentuhan
dikira mata. Pemain dikira kalah sekiranya gagal menyambut atau melambung bola.
Alatan diperlukan adalah papan dam dan juga buah
DAM HAJI dam. Papan dam berbentuk empat segi sama dilukis di atas
kertas atau dibuat lorekan terus di atas sekeping papan.
Terdapat 64 petak empat segi sama kesemuanya.
Setiap pemain memerlukan 12 biji buah yang sama dari segi
bentuk atau warna. Buah itu mesti berbeza dengan lawan
sama ada dari segi warna atau bentuk. Permainan ini
dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke
hadapan iaitu secara mengiring sama ada ke kiri-depan atau
ke kanan-depan. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan
buah miliknya ke belakang. Permainan berterusan sehingga
buah mana-mana pemain habis dimakan oleh lawan atau ada
pihak mengaku kalah.

Dalam permainan dam haji memang penting untuk menjadikan buah sebagai haji. Semua buah boleh
. mendapat haji apabila tiba di hujung papan lawan. Buah haji boleh bergerak ke belakang, dan boleh bergerak
banyak petak. Pendek kata, buah haji sangat berkuasa. Di akhir permainan, buah haji juga berupaya mengawal satu
baris papan, menghalang mana-mana buah lawan untuk melintas. Kelebihan haji cuma setakat kemahiran pemain.
Buah haji boleh diperangkap dan dimakan lawan sekiranya tidak berhati-hati. Cara terbaik melawan haji
ialah dengan mendapat haji sendiri. Jika lawan mendapat haji awal sekalipun, pemain patut akan tetap mendapat
haji sekiranya dia memiliki sekurang-kurangnya satu buah di kedua-dua petak tepi bahagian lawan. Bermain dam
haji memang menyeronakkan dan menguji minda mengatur strategi.
Permaian ini dinamakan lompat getah kerana alatan
yang digunakan ialah getah mengikat barang yang disambung LOMPAT GETAH
sehingga menjadi panjang. Nama lain bagi lompat getah ialah
zero point bagi sesetengah Kawasan.
Lompat getah dimainkan di kawasan lapang yang rata
dan tidak berlubang. Permainan lompat getah memerlukan
sekurang-kurangnya tiga orang pemain. Seorang pemain
diperlukan untuk memegang hujung kanan getah, seorang lagi
memegang hujung kiri getah manakala seorang lagi yang akan
melompat.
Jika bilangan pemain lebih ramai, pemain perlu membentuk
dua pasukan dan melantik ketua yang digelar “ibu” yang
bertindak sebagai pemula permainan apabila tiba giliran.

Pertama sekali, pemain lazimnya akan menggunakan kaedah ‘lai lai li tam plom’ atau ‘ow som’ untuk
. menentukan giliran.
Lompatan akan dilakukan mengikut beberapa tahap iaitu paras tapak kaki, paras lutut, paras paha, paras
pinggang, paras dada/ketiak, paras telinga, paras kepala dan lompatan akhir.
Bagi lompatan akhir, pemain yang dapat melompat pada paras paling tinggi dikira pemenang. Namun begitu,
cara menentukan pemenang berbeza mengikut masyarakat setempat. Sesetengah tempat, pemain akan melompat pada
paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang “mati” sebelum paras ini, permain tersebut boleh
hidupkan kembali sekiranya ada pemain pasukannya dapat melepasi paras ini.
Alatan yang diperlukan ialah 2 pasang selipar yang
Baling selipar tidak terlalu keras bagi mengelakkan kecederaan. Tiga belah
selipar disusun bentuk piramid dan sebelah selipar
digunakan sebagai alat membaling bagi merobohkan selipar
yang disusun bentuk piramid.
Memerlukan dua pasukan dan dimainkan di kawasan
lapang. Tiada jumlah khusus bagi bilangan pemain. Pemain
membuat undian untuk bagi menentukan kumpulan yang
akan memulakan permainan. Kumpulan yang memulakan
permainan menggunakan selipar pembaling bagi
meruntuhkan piramid selipar tersebut. Seorang pemain akan
memulakan balingan, sekiranya dia tidak berjaya pemain
seterusnya dalam kumpulan tersebut perlu membuat
balingan

.
hinggalah piramid selipar itu berjaya dijatuhkan.
Jika piramid selipar berjaya jatuh, ahli kumpulan pembaling perlu melarikan diri sambil mencari peluang
untuk membina semula piramid selipar. Kumpulan lawan perlu menjaga dan menghalang pembaling dari membina
semula piramid selipar. Mereka perlulah membaling selipar yang digunakan tadi kepada ahli pembaling. Ahli
kumpulan pembaling yang terkena selipar balingan pihak lawan itu akan dikira mati dan terkeluar dari permainan.
Pemenang akan ditentukan Sekiranya kumpulan pembaling berjaya membina semula piramid selipar, mereka dikira
menang dan sekiranya semua ahli kumpulan pembaling mati terkena balingan selipar pihak lawan, kumpulan lawan
dikira pemenang.
Permainan ke-2 Masidam ular dikenali dengan
beberapa nama lain iaitu ‘Mokshapat’, ‘Moksha Patamu’ DAM ular
atau ‘Gyan Chaupar’ yang bermaksud permainan
pengetahuan. Permainan ini berasal daripada agama Hindu.
Menurut pakar sejarah, mereka telah membuat andaian
bahawa permainan ini telah dimainkan di India seawal hi
lagi.
1.Permainan ini boleh dimainkan seramai empat orang.
2.Setiap orang murid diminta membaling dadu terlebih
dahulu untuk menentukan giliran.
3.Pemain yang mendapat angka paling tinggi akan
memulakan permainan terlebih dahulu dan diikuti pemain
seterusnya.

4. Setiap pemain meletakkan buah di tapak MULA/ START


5.Pemain akan bergerak mengikut tapak pada papan Dam Ular bergantung pada angka dadu yang diperoleh.
6.Jika pemain mendapat nombor enam apabila membaling dadu, maka pemain diberikan peluang sekali lagi untuk
. membaling dadu.
7.Sekiranya pemain berhenti di tapak tangga dan pemain akan naik tangga ke tapak seterusnya.
8.Jika pemain berhenti di tapak ular, pemain akan didenda dan mundur ke tapak sebelumnya.
9.Pemenang ditentukan apabila pemain dapat membaling dadu dan mendapat angka yang tepat untuk berhenti di
tapak TAMAT/ WIN. 4.
Batu seremban Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu
Selambut atau Serembat. Ia biasanya dimain dua orang
atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, atau
ketulan batu kecil. Objek-objek ini dikenali
sebagai buah. Pemain juga harus duduk diatas lantai
supaya ia lebih senang dimain. Dalam permainan Batu
Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan.
Permainan ini akan bermula dengan peringkat
pertama yang mudah ke peringkat lebih sukar.

1. Buah satu: Kesemua buah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain. Sebiji buah
dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai
dikutip. Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
2. Buah dua: Kesemua buah diselerakkan. Sebiji buah dijadikan ibu. Setiap kali lambungan ibu, buah akan
. dikutip serentak ialah dua, dua, kemudian satu.
3. Buah tiga: Kesemua buah diselerakkan. Sebiji buah dijadikan ibu. Setiap kali lambungan ibu, buah akan
dikutip serentak tiga, kemudian tiga.
4. Buah empat: Kesemua buah diselerakkan. Sebiji buah dijadikan ibu. Setiap kali lambungan ibu, buah akan
dikutip serentak empat, kemudian dua.
5. Buah lima: Kesemua buah diselerakkan. Sebiji buah dijadikan ibu. Setiap kali lambungan ibu, buah akan
dikutip lima kemudian satu.
6. Buah enam: Kesemua buah diselerakkan. Sebiji buah dijadikan ibu. Setiap kali lambungan ibu, buah akan
dikutip serentak enam sekaligus.
Sepak takraw merupakan permainan antara dua pasukan
atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi
SEPAK TAKRAW
setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara
kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang
berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw
pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah
digantikan dengan penggunaan bola buatan.
Permainan sepaktakraw yang ada sekarang
merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan
badminton. Pada tahun 1940-an permainan ini telah
dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut
sistem kiraan mata seperti badminton.

Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara
bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur.
. Pemain:
Tekong (pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, melakukan sepak mula atau
servis, mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
•Apit kanan (pemain yang berada di bahagian sebelah kanan, mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan
gelanggang.
•Apit kiri (pemain yang berada di bahagian sebelah kiri, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan
gelanggang.
Permainan video adalah perisian
permainan elektronik yang dikembangkan untuk hiburan
PERMAINAN VIDEO
melalui peranti elektronik seperti mesin arked, konsol,
komputer atau peranti digital.
Permainan video dilahirkan dengan minat dan
pengetahuan yang semakin meningkat baik dalam bidang
grafik komputer dan juga bidang pengkomputeran.
Permainan video pertama yang dikomersialkan disebut
Spacewar! dilancarkan pada tahun 1962 oleh dua orang
pelajar MIT. Permulaan pengkomersialan permainan video
mengembangkan industri permainan untuk mesin arcade,
iaitu mesin elektronik yang dibuat khusus untuk permainan
video tertentu.

Salah satu yang pertama dalam format ini adalah permainan Pong yang dikeluarkan oleh syarikat Atari juga
pada tahun 1962.
. Industri permainan video mula berkembang dan berjaya apabila Atari pada tahun 1975 mengeluarkan edisi
Pong untuk bermain di rumah. Penciptaan konsol permainan individu mendorong kemajuan teknologi di bidang
mikropemproses.
Salah satu genre permainan video yang paling pesat berkembang adalah RPG Dalam Talian Banyak
Pemain, atau MMORPG. MMORPG terdapat dalam genre RPG (Role playing game) di mana pemain mengawal
dan mengurus kebolehan dan kebolehan watak mengikuti plot cerita seperti permainan video Pokémon, Final
Fantasy, Diablo, World of Warcraft, PUBG dan lain-lain.
BOLA SEPAK Bola sepak ialah sukan sepasukan yang paling
banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan
oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri
daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini
telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200
negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular
di dunia. Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol
sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol
lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang
berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput
sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA,
atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.

Pada umumnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam
wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua
. bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal,
dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan
ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian,
pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak
antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap-tiap empat tahun sekali.
BOLA JARING Bola jaring ini adalah sukan yang dimainkan boleh
dua pasukan yang setiap satu pasukan terdiri daripada tujuh.
Pengiraan mata sukan ini adalah dikira berdasarkan jumlah
jaringan bola yang paling banyak akan menang. Hanya
posisi pemain Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA)
sahaja yang boleh menjaringkan gol sepanjang perlawanan.

Undang-undang asas bola jaring:


Dilarang menghantar bola lebih dari kawasan tanpa
disentuh atau diambil oleh pemain
Pemain tidak dibenarkan untuk mengheret atau
memusingkan tapak kaki apabila sedang memegang bola

 Jika bola keluar, hantaran kedalam diberikan kepada pasukan lawan.


 Hantar tengah untuk memulakan permainan diambil secara bergilir-gilir selepas jaringan gol
.  Setiap perlawanan mempunyai 2 orang pengadil
 Pasukan akan menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku perlawanan
 Kesalahan “off side” apabila pemain keluar daripada kawasan yang dibenarkan
 Pemain mesti melakukan halangan minima 3 kaki dari pemain yang memegang bola
 Pemain tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang sentuhan ketika memegang bola samada sengaja atau tidak. 
Papan selaju atau papan luncur (skateboard) ialah
sejenis papan yang memiliki empat roda dan digunakan
PAPAN SELAJU
untuk sukan meluncur. Papan ini memiliki tenaga yang
dipacu dengan menggunakan satu kaki sementara kaki
sebelahnya memijak papan. Pengguna boleh juga berdiri di
atasnya apabila papan ini meluncur ke bawah di atas
permukaan yang curam menggunakan graviti sebagai
pemacu.
Papan selaju pertama kali muncul di California pada tahun
1950-an, apabila para pemain mendapat idea cuba
melayari jalan-jalan.

Tiada siapa yang benar-benar tahu siapa yang membuat papan pertama. Terdapat beberapa orang datang
dengan idea yang sama pada masa yang sama. Beberapa orang telah mendakwa telah mencipta skateboard terlebih
dahulu, tetapi tiada apa yang dapat dibuktikan, dan papan selaju masih menjadi penciptaan spontan yang aneh.
Bahagian yang biasa untuk membina papan luncur yang asas dan lengkap terdiri daripada dek, trak dan roda.
. Kebanyakan dek dibina daripada papan lapis kayu mapel berlaminasi tujuh hingga sembilan lapis; namun bahan lain
seperti gentian kaca, buluh, resin, Kelvar, gentian karbon, aluminium, dan plastik turut ditambah bagi meringankan
atau menguatkan dek. Dua trak besi (biasanya daripada jenis aloi aluminium) memasangkan roda dan bearing pada
papan dek. Roda papan biasanya diperbuat daripada  poliuretana dan datang dalam pelbagai jenis saiz dan bentuk
yang bersesuaian dengan jenis gaya luncur.
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam
atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak
Bola baling
banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau
gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan
14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Peraturan asas permainan Bola Baling
Satu pasukan 12 orang pemain. Semasa permainan 7
orang bermain dan 5 orang sebagai simpanan. Penggantian
pemain boleh dilakukan bila-bila masa dalam permainan.

 Permainan diadili oleh 2 pengadil


 Dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan
dibuat di garisan tengah.
.  Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara
pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat
balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan
yang ditetapkan.
 Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
 Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.
Badminton adalah permainan raket yang dimainkan
oleh sama ada secara perseorangan (satu lawan satu)
badminton
ataupun secara beregu (dua lawan dua). Pemain akan
memungut mata jika bulu tangkis yang dipukul melepasi
jaring dan jatuh kawasan pihak lawan.
Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih
dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam
undian. Pemenang boleh memilih untuk memulakan
servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.
Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of three games’). Mata akan diberikan
kepada mana-mana pemain yang memenangi rali. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak,
permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. Dalam
acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan
. sebaliknya. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

Terdapat 5 jenis teknik permainan badminton iaitu:


Kemahiran memegang raket, Kemahiran servis, Kemahiran pukulan dan Kemahiran gerak kaki
hoki Seperti lain, umpamanya bola sepak dan ragbi,
hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi
11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan
permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol
lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang
dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak
dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola
kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga
gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.
Jangka masa permainan sesebuah perlawanan hoki
adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil
masa sebanyak 35 minit.

Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan
setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.
.
Peralatan:
Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry.
Bola hoki adalah berbentuk sfera dan keras, pejal atau kosong. Permukaannya licin tetapi pelipat(seam) atau lekuk-
lekuk kecl (indentations) adalah dibenarkan.
Semua pemain diwajib memakai ‘shinguard’ sepanjang perlawanan. Semua pemain diwajibkan memasukkan jersi
ke dalam skirt (wanita) / seluar (lelaki) sepanjang perlawanan.
Bola tampar Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar
tahun 1920-an di Pulau Pinang. Setiap pasukan yang
mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola
tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola
jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan
kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan
betul.
Dimensi gelanggang
Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter
yang dibahagikan suatu jaring kepada dua segi empat
sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang
berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang
bagi peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat
perempuan.

Kelegaan tinggi (height clearance) minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah
sebanyak 7 m, namun ketinggian melebihi 8 m juga disyorkan.

. Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan yang
berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya. Bola dikira masuk jika ia
menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas membuat servis dapat membuat servis pembuka
pada pusingan setersnya. Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis pada mata yang sebelumnya,
maka pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Permainan akan berterusan
sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu seterusnya memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di
mana set terakhir dimainkan sehingga 15 mata diraih dahulu dari mana-mana pasukan.

You might also like