You are on page 1of 7

AINAN DALAMAN

PERM
DAM AJI
LATAR BELAKANG

Permainan dam merupakan sejenis permainan


kategori permainan anjung. Permainan dam
juga dikenali sebagai dam aji diminati di
kalangan masyarakat Melayu. Permainan
tradisional ini dimainkan secara satu lawan
satu. Sejarah asal permainan ini telah
dikenalpasti bermula sejak zaman Mesir purba
yang dikenali sebagai Alquerqueor Quirkat,
PERALATAN PERMAINAN

Alatan diperlukan untuk kedua-dua permainan ini


adalah papan dam dan juga buah dam. Papan dam
berbentuk empat segi sama dilukis di atas kertas
atau dibuat lorekan terus di atas sekeping papan.
Terdapat 64 petak empat segi sama kesemuanya.
Buah dam pula terdiri daripada penutup botol,
kulit kepah, serpihan bata atap yang kecil ataupun
kulit etak. Setiap pemain memerlukan 12 biji buah
yang sama dari segi bentuk atau warna. Buah itu
mesti berbeza dengan lawan sama ada dari segi
warna atau bentuk
PERATURAN & CARA
Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan
buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengiring
sama ada ke kiri-depan atau ke kanan-depan. Pemain
tidak dibenarkan menggerakkan buah miliknya ke
belakang.
Pemain memegang permainan boleh 'makan' buah lawan
jika berada berhampiran buah lawan dan ada petak
kosong di hadapan untuk dia 'melompat'.
Permainan berterusan sehingga buah mana-mana
pemain habis dimakan oleh lawan atau ada pihak
mengaku kalah.
IDEA & STRATEGI
Dalam permainan dam haji memang penting untuk
menjadikan buah sebagai haji. Semua buah boleh
mendapat haji apabila tiba di hujung papan lawan (baris
8 bagi Hitam dan baris 1 bagi Putih). Namun realitinya
hanya 2 atau 3 buah dapat naik haji dalam setiap
permainan.
Buah biasa dengan buah haji banyak bezanya. Buah haji
boleh bergerak ke belakang, dan boleh bergerak banyak
petak. Pendek kata, buah haji sangat berkuasa. Di akhir
permainan, buah haji juga berupaya mengawal satu
baris papan, menghalang mana-mana buah lawan untuk
melintas.
kesimpulan

Bermain dam haji memang menyeronokkan dan


menguji minda selain sebagai aktiviti mengisi
masa lapang yang berfaedah. Permainan
tradisional ini sememangnya layak diangkat
sebagai salah satu warisan negara. Sesuai untuk
semua golongan umur dan tak lapuk dek hujan
dan tak lekang dek zaman.
rujukan

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=610239

http://lwaliman.blogspot.com/2020/01/sgf.html

DISEDIAKAN OLEH: spellman.case@gallerywalk2022

You might also like