You are on page 1of 17

PENGENALAN

Karnival Sukan dan Permaianan Tradisional IPG KBM anjuran kelas PISMP Sem 4 C6
merupakan salah satu aktiviti bagi memenuhi kehendak soalan kerja kursus Pengurusan
Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJMS3092) dan mengeratkan silaturrahim antara
pelajar antara berbilang kaum. Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat
mengintegrasikan kaum di negara ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa
karnival ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setia kawan
dan muhibbah antara kaum muda. Adalah menjadi harapan agar sambutan karnival
sukan kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai sasaran yang
telah ditetapkan.

OBJEKTIF

1. Memberikan ruang kepada setiap pelajar untuk melakukan aktiviti dalam


pengisian masa yang terluang.

2. Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan


hubungan silaturahim di kalangan semua pelajar dan ahli kelas PISMP C6.

3. Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam


nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4. Mewujudkan persef ahaman dan semangat kerja berpasukan di


kalangan peserta dan ajk sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
kerja.

5. Menajamkan pemikiran ahli seiring dengan tuntutan masa kini.

1 |PJMS3092
PERANCANGAN KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL IPG KBM

PERANCANGAN SEBELUM

Pada 25 Januari 2019 bersamaan hari Isnin, telah diadakan Mesyuarat Agung kali-1
Karnival Sukan dan Permainan Tradisional IPG KBM bertempat di kelas PISMP C6.
Mesyuarat itu diadakan untuk melantik jawatankuasa induk dan jawatanjuasa kecil yang terdiri
daripada pengerusi, timbalan penegerusi, bendahari, setiausaha dan ahli jawatankuasa lain-
lain. Pemilihan bagi mengisi jawatan tersebut dibuat melalui undian sebulat suara. Pengerusi
untuk karnival ini telah melantik saudara Muhammad Farouk Aznan Bin Zolkarnain.
Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Cik Tan Yan Im selaku pemerhati. Sesi pelantikan
jawatankuasa diadakan untuk memberi kelancaran karnival dan segala perancangan dapat
dijayakan. Saya telah mendapat jawatan sebagai AJK Publisiti dan Multimedia Bersama
rakan saya iaitu saudara Muadz Bin Mohd Zaidi. Berikut adalah jadual di bawah senarai ajk
yang terlibat:

AHLI TERTINGGI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI MUHAMMAD FAROUK AZNAN BIN ZOLKARNAIN


TIMBALAN PENGERUSI MUHAMMAD AMIR AQIL BIN AZEMAN
SETIAUSAHA 1.AHMAD FARIS BIN HAMDAN FADEL
2.NUR SYAZA AUNI BINTI SYUKRI
BENDAHARI NUR ANIS AZLIBN BINTI HAMZAH

2 |PJMS3092
AHLI JAWATANKUASA KECIL

AJK TEMPAT DAN PERALATAN MUHAMMAD SYUKRAN BIN ROSLI


MUHAMMAD IZZAT BIN MAZLAN
AJK HADIAH AINAA FARHANA BINTI MUHAMMAD ISHAK
NUR ADILA FADZLYN BINTI RAMLY
AJK PERTANDINGAN MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM
NURUL SYUHADA BINTI MOHD HARON
AJK MAKANAN NUR HUDAINA BINTI MUHAMMAD PILUS
SITI KHADIJAH BINTI JUHARI
AJK TEKNIKAL OII JIA FENG
MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY
AJK PUBLISITI & MULTIMEDIA MUHAMMAD NUR ARIF SHAFIQ BIN MOHD
NOR HISHAM
MUADZ BIN MIHD ZAIDI
NUR KIASATINA BINTI MOHAMAD FISAL
AJK KESELAMATAN, KEBERSIHAN MUHAMMAD FARIS ASYRAF BIN MOHD
DAN KEBAJIKAN REDZUAN
WONG XUN ENN

Selepas pemilihan jawatankuasa, kami terus berbincang mengenai bajet kewangan


untuk membiayai karnival ini. Kami telah bersetuju untuk mengutip sebanyak RM 20 untuk
membiayai dari segi hadiah, makanan, minuman, peralatan dan lain-lain. Hasil jumlah kutipan
yang kami peroleh ialah sebanyak RM 400. Kemudian pensyarah kursus kami iaitu Cik Tan
Yan Im telah memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM 50 dan jumlah keseluruhannya ialah
RM450.

Kemudian, kami juga telah berbincang mengenai sukan dan permainan yang hendak
diadakan untuk karnival. Kami telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti sukan bola tampar,
futsal, bola keranjang, bola jarring, bola baling, batu seremban dan tuju tin. Setiap sukan dan
permainan dikelola seramai 3 orang kecuali permainan tuju tin yang dikelola hanya 2 orang
sahaja. Pemilihan untuk mengelola sukan dan permainan juga dibuat melalui undian secara
rawak.

3 |PJMS3092
SENARAI AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN

BOLA BALING 1. OII JIA FENG


2. MUHAMMAD SYUKRAN BIN ROSLI
3. NUR SYAZA AUNI BINTI SYUKRI
BOLA JARING 1.MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMY
2. MUHAMMAD IZZAT BIN MAZLAN
3. NURUL SYUHADA BINTI MOHD HARON
BOLA KERANJANG 1.NUR ADILA FADZLYN BIN RAMLY
2.AINAA FARHANA BINTI MUHAMMAD ISHAK
3.AHMAD FARIS BIN HAMDAN FADEL
FUTSAL 1.WONG XUN ENN
2.MUHAMMAD AMIR AQIL BIN AZEMAN
3.NUR ANIS AZLIN BINTI HAMZAH
BOLA TAMPAR 1.MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ABU KASSIM
2.MUHAMMAD NUR ARIF SHAFIQ BIN MOHD NOR HISHAM
3.SITI KHADIJAH BINTI JUHARI
BATU SEREMBAN 1. MUADZ BIN MIHD ZAIDI
2.NUR KIASATINA BINTI MOHAMAD FISAL
3. NUR HUDAINA BINTI MUHAMMAD PILUS

TUJU TIN 1. MUHAMMAD FARIS ASYRAF BIN MOHD REDZUAN


2. MUHAMMAD FAROUK AZNAN BIN ZOLKARNAIN

Saya telah mendapat sukan bola tampar bersama dua orang lagi sahabat saya iaitu
saudara Muhammad Hafizuddin Bin Abu Kassim dan Siti Khadijah Binti Juhari. Kami telah
berbincang dari segi masa permainan, peraturan, undang-undang, bilangan pemain, tempat
dan bilangan mata. Kami menngunakan sistem permainan secara kalah mati. Empat
pasukan akan bertanding dalam sistem kalah matin yang bermula dari peringkat separuh
akhir. Setiap pasukan mempunyai seramai 5 orang peserta.

4 |PJMS3092
Secara jujurnya, saya pada mulanya agak kurang faham tentang permainan bola
tampar yang saya perlu lakasanakan sebagai pengelolaan kerana saya tidak pernah bermain
bola tampar sebelum ini. Bagi mengatasi masalah ini, saya bertanya kepada kawan saya
yang tahu bermain bola tampar. Saya telah melaksanakan beberapa tugas sebelum
menjalankan karnival ini. Pertamanya, saya telah menyediakan satu kertas kerja bagi sukan
bola tampar dengan sistematik dan lengkap dengan berpandukan beberapa contoh kertas
kerja. Kerja- kerja tersebut perlu dilengkapi dengan objektif, anggaran perbelanjaan,
peraturan permainan, cara bermai, senarai peralatan anggihan kumpulan dan sebagainya.
Selepas menyediakan kertas kerja tersebut, saya berjumpa pengerusi dan setiausaha untuk
memeriksa kertas kerja tersebut sama ada betul atau mempunyai sebarang masalah.

Pada 13 Februari 2019, telah diadakan perjumpaan mesyuarat kali-2. Perjumpaan itu
membincangkan lagi tentang gerak kerja masing-masing. Bukan itu sahaja, saya juga
menghantar senarai alatan, anggaran perbelanjaan, dan borang permarkahan kepada setaip
AJK yang berkenaan supaya memberi peringatan kepada mereka agar senang untuk
menguruskan setiap perkara dengan mudah. Selepas itu, saya telah berbincang dengan
sahabat sekerja saya untuk mengagihkan kumpulan dengan teratur.

Tugas yang akhir sebelum karnival bermula saya telah memeriksa gelanggang tempat
bermain sehari sebelum karnival. Selepas itu, kami juga menghiaskan tempat permainan
dengan papan permarkahan, peraturan dan cara bermain yang disediakan sebelum ini serta
menggunakan kertas warna. kami juga menyusun semua alatan yang perlu semasa
menjalakan permainan dengan teratur seperti meja, kerusi, payung dan sebagainya.

5 |PJMS3092
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERANCANGAN SEBELUM

Kelebihan yang saya dapat lihat dalam perancangan sebelum menjalankan karnival
sukan ialah saya sentiasa bekerjasama dengan AJK Peralatan untuk memastikan semua
perkara yang berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa. Selain itu, kerjasama dari
sahabat sekerja saya amat dihargai kerana sentiasa membantu saya semasa merancang
sesuatu perkara tanpa iri hati.

Antara kelemahan yang saya dapat dilihat dalam perancangan ini adalah keadaan
permukaan gelanggan bola tampar yang membahayakan. Permukaan gelanggang yang
retak dan terdapat beberapa lubang mengundang bahaya kepada pemain. Saya telah
mengambil insiatif untuk menampal lubang-lubang tersebut dengan simen. Selain itu, sistem
permainan ini ialah kalah mati. Jadi kumpulan yang kalah awal tidak boleh bermain untuk
peringkat seterusnya. Kesannya ialah, pemain akan berasa tidak puas untuk bermain.

6 |PJMS3092
SEMASA PELAKSANAAN

Pada Tarikh 13 April 2019, seawal jam tujuh pagi, semua ajk pengelola dan peserta
telah berkumpul di Gelanggang Futsal, IPG KBM. Satu taklimat yang ringkas diberi oleh
pengerusi kepada semua ajk dan peserta untuk memastikan semua perkara yang berjalan
dengan lancar. Saya telah membuat persiapan akhir di tempat permainan dengan bantuan
rakan saya.

Seramai 20 orang dari empat kumpulan telah menyertai sukan bola tampar. Saya
mengumpul semua pemain dan memberi taklimat mengenai peraturan dan cara bermain
dengan jelas. Selain itu, rakan sekerja saya yang lain telah mendemonstrasikan cara bermain
permainan supaya peserta tidak keliru semasa bermain. Setiap slot permainan, berjalan
selama 5 minit dan permainan ini memerlukan pasukan mana yang dapat mata yang paling
banyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.

Peserta sangat teruja dan seronok untuk bermain sukan bola tampar. Kami juga telah
membetulkan kesilapan dan menyelesaikan keraguan peserta semasa mereka bermain.
Selepas bermain, kami telah telah membersihkan gelanggang tersebut seperti menyimpan
bola dan meletakkan meja, kerusi ke tempat yang asal dan membuka kesemua papan yang
digantung agar boleh digunakan aktiviti lain pada masa akan datang.

7 |PJMS3092
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SEMASA PELAKSANAAN

Antara kelebihan yang saya dapati dalam pelaksanaan sukan ini adalah pesrta
memahami dan mematuhi peraturan dengan jelas dan bermain dengan sempurna. Hal ini
menunjukkan bahawa kami telah mencapai objektif permainan yang hendak disampaikan.
Semasa sukan ini dijalankan, terdapat beberapa rakan saya yang lain turut membantu
mengutip bola yang keluar dari gelanggang agar masa permainan menjadi tidak terlalu
panjang.

Antara kelemahan yang saya dapat kenal pasti ialah peruntukan masa untuk
mengendalikan masa sukan bola tampar amat terhad. Ini kerana sukan dan permainan
sebelum ini telah melanjutkan masa mereka sebanyak 20 minit. Setiap sukan perlu dijalankan
selama 30 minit sahaja. Jika mengikut tentatif, bola tampar mula pada pukul 9:30 pagi tetapi
oleh kerana permainan lain telah melanjutkan masa maka bola tampar mula pada pukul 9:50
pagi. Jadi terdapat lari sedikit dari tentatif sebenar. Tetapi, tiada sebarang masalah yang
berlaku sehinggalah majlis penutupan dilakukan tepat pada masanya.

8 |PJMS3092
SELEPAS PELAKSANAAN KARNIVAL

Acara bagi bola jaring dan batu Seremban, telah diadakan di Dewan Za’ba. Acara itu
diadakan di dewan kerana gelanggang bola jarring sudah siap disediakan oleh ajk yang
terlibat. Selepas acara bola jarring selesai, bertukar pula acara iaitu permainan tradisional
batu Seremban. Permainan ini dikelolakan oleh Nur Kiasatina, Muadz dan Hudaina. Selepas
tamat acara itu, majlis penutup diadakan di Dewan Za’ba. Hadiah disampaikan oleh Cik Tan
Yan Im selaku pensyarah yang memantau karnival kami.

‘Post Mortem’ telah dijalankan selepas menyelesaikan majlis penutup karnival ini.
Setiap AJK Induk telah memberi laporan dan luahaan perasaan semasa mereka
melaksanakan karnival ini. Kita juga akan membincang dan menyoal tentang perkara yang
tidak puas hati semasa menjalankan Karnival Permainan Tradisional dalam “post morterm”
ini.

Tambahan pula, pensyarah pembimbing juga telah menerangkan kelebihan dan


kelemahan yang terdapat dalam karnival ini. Pada masa yang sama, beliau juga telah
memberi cadangan untuk menambahbaikan bagi setiap AJK Induk dan perkara yang perlu
dilaksanakan pada masa akan datang supaya tidak mengulangi perkara yang sama agar
menjayakan sesuatu program. Saya berasa bangga kerana selepas melibatkan dalam
karnival ini supaya dapat pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada saya untuk melihat dan
merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.

9 |PJMS3092
Semasa ‘post mortem’ dijalankan terdapat perbincangan dari segi kewangan yang
digunakan sepanjang karnival dijalankan. Berikut adalah jumlah perbelanjaan seperti di
bawah:

Kredit

Sumbangan Miss Tan RM 50.00 x 1 RM 50.00


Kutipan Ahli Kelas C6` RM 20.00 x 20 RM 400.00
Jumlah RM 450.00

Debit

Sarapan Roti ( 1.00 x 45) 45.00


Air Mineral (2 x 16.00) 32.00
Makanan Tengahari Nasi Balado (4.00 x 43) 172.00
Ais 1 Paket x 4.00 4.00
Gula 1 kg (2.80 x 3) 8.40
Hadiah 178.00 178.00
Jumlah 439.40

10 |PJMS3092
CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai
sebarang gabungan kemahiran kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan,
pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks
sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan
sukan.

Terdapat banyak cadangan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan yang timbul


sepanjang perancangan dan pelaksanan program ini. Cadangan yang relevan membantu
melaksanakan dan mengelolakan program dengan lebih baik pada masa akan datang. Dari
segi pengurusan sukan bola tampar baik dan pengurusan masa yang diperuntukkan untuk
melaksanakan permainan. Masa yang diperuntukkan amat terhad dan mengakibatkan saya
dan rakan saya yang lain selaku pengelola sukan bola tampar begitu tergesa-gesa untuk
melaksanakannya. Penambahbaikan yang dicadangkan ialah bagi permainan yang lain perlu
dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dan peserta perlulah datang awal untuk
memudahkan ajk lain.

Selain itu, keadaan gelanggang bola tampar yang berlubang akan mendatangkan
bahaya kepada peserta. Keadaan permukaan gelanggang yang tidak dijaga dengan baik oleh
pihak pengursan IPG KBM telah mengakibatkan beberapa lubang di gelanggang muncul.
Sebagai cadangan penambahbaikan, saya telah menampal lubang tersebut dengan simen
agar tidak mendatangkan bahaya kepada peserta. Selain itu, saya mencadangkan sukan
bola tampar dimainkan di dalam dewan kerana permukaan lantai yang selamat dan tidak
mendatangkan bahaya. Pengurusan risiko sukan bertujuan mengelakkan dan meminimum
kemalangan dalam sukan (Ang , 2007; Wong & Chen, 2010, Rejda 2005). Keselamatan
peserta adalah tanggungjawab kami untuk mencapai objektif kami.

Lain daripada itu, jumlah peserta yang sikit memberi sedikit pengaruh pada mata.
Setiap kumpulan disertai seramai lima orang peserta. Apabila bermain bola tampar, bola
mudah jatuh ke kawasan lawan kerana kurang pemainn dalam gelanggang. Perkara ini telah
menimbulkan masalah kepada saya. Cadangan penambahbaikan saya ialah
memperhebatkan lagi iklan dan maklumat sebelum pertandingan. Apabila iklan
diperhebatkan, secara tidak langsung kita dapat menarik minat orang lain untuk menyertai
pertandingan yang diadakan. Mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Persekutuan Bola Tampar (FIVB), pemain yang perlu berada dalam gelanggang ialah seramai
6 orang sahaja.

11 |PJMS3092
RUMUSAN

Penyertaan pelajar sebagai peserta ke karnival banyak memberi pengalaman


terutama dalam mengendalikan acara di tempat sendiri. Komunikasi dan kerjasama yang
baik daripada semua ajk penganjur banhyak membantu terutama apabila berlaku masalah-
masalah yang tidak dijangka. Komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibvat
juga sangat menggalakkan di mana persediaan dilakukan dengan bajet yang terhad dan masa
yang agak singkat namun semua urusan jualan dan pameran dapat berjalan dengan lancar
pada hari kejadian berlangsung. Karnival Sukan dan Permainan Tradisional IPG KBM ini
adalah sebahagian daripada tugasan untuk kursus PJMS3092 iaitu Pengurusan Pendidikan
Jasmani dan Sukan. Hal ini adalah sebagai latihan dan juga persediaan kepada setiap guru
pelatih dalam menguruskan aktiviti-aktiviti sukan. Selain daripada itu, karnival ini juga adalah
bagi memantapkan pengetahuan dan pengalaman setiap guru pelatih sebagai bekalan
apabila menjejakkan kaki ke sekolah kelak. Diharapkan agar perancangan yang dirangka ini
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan kesungguhan yang tinggi
daripada setiap pihak adalah amat diperlukan demi untuk mendapatkan hasil yang
memuaskan.

12 |PJMS3092
RUJUKAN

Rejda. (2005). Principles of Risk Management and Insurance. Delhi, India: Pearson
Education India.

Ten, H. H. (1992). Pengelolaan dan pengurusan pertandingan sukan.

Volleyball, F. I. (1975). International Volleyball Federation Coaches Manual.

Volleyball, U. (2009). Volleyball Systems and Strategies. Champaign, IL: Human Kinetics.

Wilson, R., & Piekarz, M. (2015). Sport Management: The Basics. London, England:
Routledge.

13 |PJMS3092
LAMPIRAN

PERANCANGAN SEBELUM

14 |PJMS3092
SEMASA PELAKSANAAN

15 |PJMS3092
16 |PJMS3092
SELEPAS PERLAKSANAA

17 |PJMS3092

You might also like