You are on page 1of 3

AHMAD FADHIL BIN MUSTAFFA

PPGM00001/2011/1/K1
830802-08-5417
REFLEKSI KENDIRI

Bidang Kokurikulum
Bidang kokurikulum terdiri daripada 3 bahagian iaitu:i.
Sukan dan Permainan
ii.
Pasukan Unit beruniform
iii.
Kelab dan Persatuan
Aktiviti Kokurikulum SK Ulu Beranang dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 7:45 pagi
hingga 8:45 pagi. Selepas itu, pada pukul 1.05 ptg hingga 2.05 petang. Aktiviti ini melibatkan
murid-murid tahun 3 hingga tahun 6.
Bidang Sukan dan Permainan
Bola Sepak
Bola Jaring
Bola Baling
Bidang Pasukan Unit Beruniform
Puteri Islam
Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Pengakap
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Bidang Kelab dan Persatuan
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik & Sains
Agama Islam

Pembahagian ahli bagi setiap bidang adalah adalah mengikut minat murid dan juga
kesesuaian kelengkapan yang ada di sekolah itu sendiri. Walaupun mengikut minat murid tetapi

guru memiliki hak untuk menentukan sukan dan permainan atau unit beruniform atau kelab
yang perlu murid jadi ahli. GPK Kokurikulum cuba untuk memenuhi kehendak murid mengikut
minat dan kecenderungan mereka, walaupun begitu berdapat beberapa faktor yang perlu
diambil kira dan perlu dipertimbangkan. Kami percaya bakat adalah sesuatu yang telah wujud
dalam diri murid, tetapi kemahiran adalah sesuatu yang perlu diajar, dihilap dan diasah supaya
menjadi lebih baik. Kami juga percaya, murid-murid sekolah rendah adalah murid yang boleh
dilentur dan dibentuk. Kita wajib memberi mereka kebebasan untuk meneroka apa yang mereka
inginkan tetapi ianya perlu berada di dalam kawalan kita sebagai guru.
Untuk makluman di sekolah saya merupakan Setiausaha Sukan, Guru Penasihat Sukan
Bola Sepak, Penasihat Persatuan Sains Dan Matematik, jurulatih pasukan olahraga sekolah,
pengurus pasukan bola sepak sekolah.
Sebagai seorang setiausaha sukan sekolah, saya dipertanggungjawabkan untuk
merancang aktiviti berkaitan sukan dan permainan sepanjang tahun. Saya juga akan
menentukan ahlijawatan kuasa kerja semasa Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah dengan
persetujuan GPK Kokurikulum. Selain itu saya juga yang akan mengagihkan rumah sukan
murid-murid tahun 1 dan memastikan pengagihan adalah seimbang.
Saya juga bertanggungjawab terhadap segala alatan sukan dan permainan yang ada di
dalam Bilik Sukan. Segala rekod penggunaan alatan dan juga stok alatan adalah dibawah
tanggungjawab saya. Saya sentiasa memastikan alatan yang digunakan brada di dalam
keadaan baik dan selamat digunakan. Saya juga yang akan merancang pembelian alatan
sukan dan mendapat persetujuan dari jurulatih dan juga penasihat permainan sebelum disemak
oleh GPK.
Semua aktiviti yang melibatkan pertandingan sukan dan permainan akan saya rekodkan
dan disimpan didalam fail laporan aktiviti. Segala kejayaan yang diperolehi akan di simpan dan
direkodkan. Segala laporan tersebut akan dibuat postmortem.
Sebagai Guru Penasihat Sains Dan Matematik, saya dan penasihat yang lain akan
berbincang pada awal tahun pengagihan tugas penasihat dan seterusnya merancang aktiviti
yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun. Sukatan yang dirancang mengikut tahap murid, iaitu
dari tahun 3 atau 4 hingga tahun 6. Matlamat unit persatuan ini adalah pada akhir tahun 6 murid
dapat mendalami ilmu sains dan matematik melalui cara yang lebih seronok. Aktiviti yang
dijalankan haruslah menarik dan sesuai dengan murid-murid.
Tugas sebagai jurulatih dan pengurus pasukan adalah tugasan yang dikira berat. Selain
melatih murid-murid untuk menghadapi sesuatu kejohanan, saya juga perlu memastikan segala
keperluan murid itu sendiri dapat dipenuhi. Ianya termasuklah dari aspek kesihatan, pakaian
dan kebajikan murid itu sendiri. Keselamatan semasa latihan dan kejohanan juga
dititikberatkan. Saya juga sentiasa berbincang bersama guru lain mengenai murid yang memiliki
kemahiran dalam pelbagai jenis sukan. Kami tidak mahu bakat dan kemahiran yang ada pada

seseorang murid itu terbantut dan terjejas. Kami akan memastikan murid yang memiliki
pelbagai kemahiran ini dapat mewakili sekolah dalam permainan yang mereka minat. Kami
akan memastikan kejohanan diantara satu permainan dengan satu permainan tidak
bertembung samaada di peringkat daerah atau negeri. Jika terdapat pertembungan, pihak
pengurusan bersama jurulatih, murid dan penjaga akan duduk berbincang memilih mana
permainan yang lebih sesuai.
Secara keseluruhannya, bidang tugas yang diserahkan kepada saya, adalah bidang yang
agak sukar dilaksanakan. Namun begitu dengan bantuan dan bimbingan serta sokongan dari
pihak pengurusan dan rakan guru, saya dapat menjalankan tugasan tersebut dengan baik.

You might also like